Update  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Bismillah..Assalamualaikum wbkth..

Saya tak pasti macammana my favourite links kat bahagian widget blog saya dah 'lost'..Saya amat sayangkan link2 tersebut yang membolehkan saya tahu perkembangan semasa dan access favourite links saya dengan mudah.
Saya harus membina ianya semula, tapi bukan sekarang, sebab minggu depan saya akan menduduki Ujian Tengah Semester. Doakan. Support dan doa daripada teman-teman amatlah saya harapkan. Semester baru ini memberikan cabaran yang lebih mematangkan diri. Subjek2 yang saya duduki untuk semester ini ialah:
  • Patologi Anatomi
  • Biologi Oral
  • Farmakologi
  • Radiologi
  • Gizi
  • English for Medical Professions: Dentistry (fast forward subject yang saya ambil)
  • Dasar Manejemen
  • Metodologi Penelitian
  • Ilmu Material kedokteran Gigi
  • Psikologi Komunikasi
  • Biokimia 2
Semakin banyak subjek yang memerlukan kefahaman yang kukuh dan hafalan, terlalu banyak jagons yang perlu diingat, skills perlu diasah lebih tajam..semuanya memerlukan kemampuan...
Saya amat berharap supaya dapat aplikasikan pengetahuan serta ilmu baru yang saya peroleh ini dalam kehidupan seharian saya, bersyukur sangat dapat mempelajari ilmu dari pelbagai sudut. Rasa macam orang kaya.

Seputar gerak kerja dakwah pula, banyak plan yang bermain di fikiran, tapi masih belum disusun dengan rapi, baru nak start enjin bak kata orang, maklumlah, cuti pun banyak sangat sampai 'pause' sebentar dalam buat kerja2 ni.

Apa-apa ilmu tentang pergigian akan saya update di blog universitas saya, sekiranya pembaca berminat, bolehlah lawati di sini. Banyak lagi improvement nak kena buat, mungkin kena bina menu baru untuk post kan something pasal pergigian. Blog ini khusus untuk Islam dan dakwah. Manakala blog friendster saya tak begitu penting untuk dibaca, ia merupakan online diary saya dan saya pun jarang update dengannya.

Setakat ini dahulu, saya nak buat outline untuk membantu teman saya yang akan menyampaikan tazkirah esok, di Manipal Uni. Beliau memohon cadangan saya, dan saya ingat, tajuk paling sesuai untuk anak2 perantau sudah tentulah tentang ayah dan ibu, jadi saya akan gunakan buku tulisan UHF "Wahai Ibu Wahai Ayah" sebagai panduan. Harap bermanfaat. Esok pula ada quiz Gizi, nampak macam senang dan menarik, tapi tak nak lah ambil mudah, doakan saya ye.