Salahkah Students Medic Berbicara Soal Agama?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Bismillah. Assalamu'alaikum.
Berikutan isu yang timbul di persekitaran saya baru2 ini, ada sahabat saya menimbulkan persoalan, "Salahkah students Medic Berbicara Soal Agama?" Sebenarnya isu ini agak lapuk di Malaysia, pernah timbul suatu ketika dulu, ketika orang ramai sibuk memperkatakan tentang Wahhabi dan fenomena Protaz, malah mungkin lebih sesuai saya katakan ketika negara dilanda arus gerakan tajdid dalam persoalan agama.

Assalamualaikum,
Saya nak minta pendapat kawan2 sekalian. Sekarang ada isu bahawa orang yang tak belajar agama secara formal tak boleh bahas hal-hal agama lebih2. Lebih baik Taqlid sahaja. Kita tak boleh nak fahami agama. Betulkah?Kalau student medic or engineering cakap agama orang anggap taboo dan risau. Adakah hal ini wajar? Ulama' besar Indonesia Haji Abdul Malik Karim Amirullah (HAMKA) juga pernah dihalau orang kampung kerana dianggap tidak bertauliyah dalam menyampaikan agama. Di Malaysia sekarang fenomena ProTaz (Professional Ustaz) semakin berkembang. Kita ada dr.Daniel,Kapten Hafiz Firdaus, Dr. Farouk dan etc... Mereka terkenal sebagai pendakwah professional dan telah banyak menulis buku agama dan memberi ceramah lebih berkualiti daripada sebahagian golongan konservatif agama lain yang kadang2 hanya banyak menyampaikan cerita2 rakyat dan jenaka picisan yang tak bermanfaat dalam ceramah.
Ada yang kata HANYA orang yang ada sarjana agama kenal agama. Bagaimana dengan Aminah Wadud(Imam Wanita pertama dalam Solat Jumaat)? Dia bahkan seorang lecturer dalam bidang agama (pernah di UIAM). Astora Jabat? Ada master dalam pengajian agama. Adakah mereka dianggap arif? Mereka kan ada sarjana.
Hal ini bukan nak cetuskan kontroversi... Saja nak cetuskan pemikiran untuk kita sama2 diskusikan secara matang.

Saudara-saudari sekalian...
Saya tertanya-tanya kenapa isu protaz perlu menjadi satu isu yang membimbangkan? Kadang2 isu ini lebih dibimbangkan daripada isu sang professionals yang menganut fahaman Islam Liberal. Bukankah ini satu perkembangan yang baik di mana timbul kesedaran masyarakat untuk bangkit dengan ilmu? Bukankan suatu masa dulu ilmuan2 Islam seperti Al-Khawarizmi dan Ibnu Sina juga pernah menempah sejarah kegemilangan Islam lantaran kebolehan mereka menguasai kedua2 bidang? Bukankah suatu masa dulu Islam gemilang kerana aqidah yang sahih yang dibina dari ilmu yang sahih? Adakah kau lupa?

Kenapa perlu kita berfahaman sekular? Kenapa kita menyempitkan minda ini lantas menyekat kemajuan dan perubahan? Kenapa perlu jumud kaku dan beku? Salahkah? salahkah? Kalau bidang Medic yang gampang2 susah tu pun boleh dikuasai oleh golongan yang mempunyai IQ tinggi, mengapa tidak bidang Agama yang gampang untuk dikuasai dan tidak memerlukan requirement setinggi bidang Medic? Mengapa tidak?? Mengapa perlu double standard? Fahaman apakah sebenarnya yang telah menjajah dan tertanam dalam fikiran Melayu Islam?? Dalam sudut pembangunan lahiriah maju terus, tapi aspek pemikiran tak pernah matang. Dalam hal politik kita begitu bersemangat melakukan anjakan paradigma, tapi dalam manhaj beragama?? Semua lesu, itu belum turun ke medan jihad lagi.

Kami bukan nak jadi ulama'. Kami bukan nak jadi ahli hadis. Cukup sekadar kami fahami agama ini sebagaimana yang difahami oleh generasi awal, Islam yang original seperti waktu mula2 diturunkan dulu. Penting bagi kami untuk kami membina biah (surrounding) yang sentiasa diredhai Allah SWT di mana saja kami berada, malah penting bagi kami untuk mendidik keluarga kami, dan sahabat di sekeliling kami tatkala golongan yang diharapkan tak pernah cuba memahami apa yang kami mahu dalam agama ini. Mereka yang diberi tanggungjawab untuk membawa agama di kalangan masyarakat kekadang lebih mengharapkan upah dan bayaran sedangkan kami tak mampu. Mereka cari makan dengan mengisi jeda waktu antara waktu maghrib dan isyak di masjid sambil buat lawak yang sama, memang menarik, tapi, finally apa yang kita dapat? Majlis ilmu atau acara komedi, entahlah. Seolah-olah agama ini tak ada isi, membicarakan hal yang tersangat basic dari tadika sampai sekarang. Homework tak buat dan kurang teliti dalam menyampaikan ilmu, kita nak dengar dalil AQ dan AS yang sahih, analogi yang dia bagi. Kalau setakat nak bagi analogi, tak payah masuk universiti pun boleh. isk2.
Bila timbul isu protaz, sibuk salahkan protaz, kononnya protaz cuba bangkitkah hal2 khilaf, perkara2 furu', cuba pecahbelahkan umat, malah dikaitkan dengan "mazhab Wahabbi" pulak tu. Protaz yang saya kenal bukan saja menyentuh hal yang kecil dalam agama, malah menyentuh hal2 yang besar dalam persoalan ummah dan berusaha kembali kepada aqidah yang sahih, kalau ada pun hal2 yang kecil pada pandangan golongan agama, hal itu dibicarakan secara ilmiah, bukannya diambil dari Islam keturunan mahupun "Mazhab Syafi'e Malaysia", minda mereka lebih terbuka luas dalam memahami agama. Kenapa AQ dan AS pula dikatakan punca sebagai perpecahan umat? Sedangkan mereka yang tidak mahu menerima kesalahan yang selama ini mereka sembunyikan, mereka yang menolak kebenaran ini ditegakkan, dan akibatnya, golongan protaz ditekan.

Islam tidak sesulit yang disangkakan, Islam ini simple and flexible, boleh dipelajari oleh semua orang termasuklah mereka yang bukan Islam. Kenapa Islam perlu di"eksklusif"kan kepada golongan tertentu sahaja? Adakah kita mengatakan bahawa Allah tidak berlaku adil kerana memberi kefahaman agama hanya kepada mereka yang mendalami bidang agama?
“Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya suatu kebaikan, maka Allah memberikan pemahaman agama kepadanya, sesungguhnya ilmu itu (diperoleh) dengan belajar (ta’allum) dan fiqh itu dengan memahami (tafaqquh)”. (H.R. ath- Thabarani)"
Makanya, janganlah dihalang mereka yang mahu menuntut ilmu. Berikan ruang untuk kami fahami agama ini. Jangan malukan Islam depan orang kafir. Jangan relakan kami bertaqlid buta kepada seseorang yang bergelar agamawan, kami boleh bertaqlid sekiranya mereka hadirkan hujah dan dalil dalam pembahasan mereka. Sudah tentu bukan semua perkara kami boleh melakukan ijtihad sendiri, terutama dalam menilai kesahihan hadis, tapi sekiranya mampu teruskan, usaha lah sehabis baik ketika usia masih muda dan diberi kekuatan fizikal serta fikiran yang cerdas, aplikasikanlah segala nikmat yang Allah kurniakan. Kami masih memerlukan golongan agama untuk membimbing kami tapi lakukanlah perubahan yang matang supaya Islam ini tidak bosan untuk dinikmati terutama oleh non muslim dan para remaja yang bermasalah, mereka tidak nampak di mana nikmatnya Islam sebagai solusi kepada permasalahan mereka sebab mereka diperkenalkan kepada Islam yang hodoh wajahnya, iaitu Islam keturunan yang dipelihara oleh segelintir golongan yang diberi tanggungjawab membawa agama.

Akhir kata, harapan saya, pada masa depan, akan lahir lebih ramai golongan agamawan yang intelek nya tinggi dan membantu golongan professional dalam memahami Islam dalam konteks yang sebenar, bukannya membantutkan usaha mereka dengan hinaan dan cercaan serta fitnah. Golongan professional pula dapat memberi dimensi baru dalam menyampaikan agama ini, teruskanlah usaha yang murni ini, hal ini merupakan fenomena yang sangat bagus dalam membuka minda umat menjadi lebih luas. Bagi pelajar2 IPT, tidak salah untuk membahaskan agama dan menerapkan kefahaman generasi awal di kalangan para sahabat yang lain, tetapi kita juga ada prioriti dalam bidang kritikal kita masing-masing, kadang2 teguran golongan agamawan terhadap kita juga perlu diperhatikan, Fiqh prioritas perlu difahami. Malah semakin banyak ilmu yang kita belajar, semakin tinggi keinginan untuk memahami bahasa Arab dan Al-Quran dan tidak mustahil kita boleh melakukannya. Agi hidup agi ngelaban.

This entry was posted on 8:42 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment