Lafaz Yang Tersimpan  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in



Dedikasi khas buat kakak-kakak, adik-adikku dan peringatan buat diri penulis....

Buat hati Mak dan Abah Senang dan Bahagia.

Dalam suatu riwayat dikatakan bahawa datang seorang lelaki meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berhijrah sedangkan orang tuanya ditinggalkan dalam keadaan menangis, maka Rasulullah SAW berkata kepada lelaki tersebut, "Kembalilah dan buatlah mereka berdua tertawa (gembira) sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis" [1]

Syukur Alhamdulillah. Tanggal 24 Disember 2009 lalu merupakan satu lagi hari bersejarah dalam keluarga kita. Seorang lagi anak mak dan abah telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Menyoroti kembali kisah-kisah kejayaan lalu, aku mendapati tiada apa yang lebih menggembirakan kedua mak dan abah melainkan melihat kita berprestasi dalam pendidikan. Bagi kakak-kakak In dan Farzana yang kini telah melangkah ke menara gading, pencapaian dalam UPSR, PMR dan SPM hanyalah sebuah permulaan untuk mempertaruhkan diri ke dunia yang begitu kompeten, dan sijil tersebut merupakan kunci untuk kami menjelajah luasnya ilmu pengetahuan di rantau orang. Setidak-tidaknya, kejayaan tersebut dapat membuatkan mak dan abah gembira, mengubat kekecewaan mereka yang lalu, bukankah Islam menuntut kita untuk mengutamakan upaya menggembirakan kedua dua-dua orang tua dan mengelakkan diri daripada membuat mereka bersedih? Jadi, tahniah buat adikku kerana telah berjaya menggembirakan mak dan abah buat kesekian kalinya.

Walaupun mak selalu berpesan kepada kita yang berada di negeri orang agar tidak memanjangkan tempoh perbualan telefon dengannya, dan selalu menasihati supaya tidak terlalu tergesa-gesa membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke kampung, tetapi pada hakikatnya, mak dan abah tetap gembira mendengar suara anak-anak yang jauh dari pandangan mata dan gembira menerima kepulangan anak-anak yang sekian lama dirindui setelah kita rela dilepaskannya pergi jauh bersama teman-teman. Tiada salahnya mengorbankan sedikit waktu dan wang semata-mata untuk menggembirakan mereka dengan kepulangan kita dan berbual mesra dengan mereka.

Begitu jugalah apabila kita telah dewasa nanti dan mempunyai kerjaya masing-masing, jangan pernah membuat mereka terasa jauh hati atau bersedih dengan sikap kita. Rendahkanlah diri kita di hadapan mereka, buat mereka rasa dihargai dengan keberadaan mereka di samping kita, dan bersopan santun lah terhadap mereka, walaupun dalam keadaan ingin menegur kesalahan mereka.

Usaha keras kedua mak abah dan doa mereka, yang telah membantu perjuangan kita, menjadikan kita seperti kita sekarang ini.


"Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi: doa orang-orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya" [HR At Tirmidzi] [2].

Dengarkanlah juga kisah Juraij dari sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Juraij seorang yang gemar beribadat, beliau lebih mendahulukan solat sunat daripada menjawab panggilan ibunya yang berulang-ulang, sehingga ibunya mendoakan nya " Ya Allah, janganlah Engkau matikan Juraij sehingga ia melihat wajah para wanita pelacur" dan Allah pun mengabulkan doa ibunya, akibatnya Juraij terkena fitnah sang pelacur yang mendakwa anak yang dihamilinya adalah keturunan Juraij.

Hati-hati dengan doa mereka, doa mereka pasti termakbul. Kita tahu bahawa mak dan abah jarang terlupa mengingati kita dalam doa mereka. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan tersebut untuk meminta mereka memohon keampunan untuk kita, sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara Nabi Yusof, :

"Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sangat bersalah (berdosa)" [QS Yusof 12:97]

Sesekali terfikir, kelebihan yang kita nikmati sekarang ini merupakan antara kesan doa daripada kedua mak dan abah, dan tidak ada nikmat yang lebih utama melainkan diampunkan dosa-dosa kita oleh Allah SWT. Sementara mereka masih bernafas, mintalah mereka supaya mendoakan kita. Buat mak dan abah, tiada hal yang lebih berharga yang kami anak-anak harapkan melainkan doa dan doa dan doa.

Cita-cita kita adalah keredhaan Allah SWT.

Kita sentiasa mahukan kesenangan, rezeki yang luas, urusan menjadi mudah, hubungan yang baik dengan semua orang (i.e wang, kerja, belajar, dakwah, rakan). Kadang-kadang, bila kita tidak mendapat apa yang kita impi-impikan ini, kita menjadi cepat 'stress', kecewa, marah, dan merasakan hidup 'tunggang terbalik'. Dalam menjalani hidup di atas muka bumi ini, perlulah kita sedar bahawa tidak ada yang lebih penting daripada keredhaan Allah SWT, dalam mencapai matlamat yang satu ini, ketahuilah bahawa:

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa" [HR At Tirmidzi] [3]

Apa sahaja yang kita lakukan- syari'at Islam- Allah dan Rasul perlu diutamakan, dan setelah itu pula, penting untuk kita mendapatkan redha kedua mak dan abah sekalipun dalam urusan yang baik.

Mak, di mana harus ku cari ganti ?!

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya (tempoh menceraikan susu) dalam dua tahun…." (QS Luqman 31:14)

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah 30 bulan sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun ia berdoa, "Ya Rabbi, tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmatMu yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri" [QS Al-Ahqaf 46:15].

Sukarnya mahu melahirkan anak, satu kesakitan yang belum pernah kami alami, namun juga telah diceritakan dalam Al-Quran, ketika Maryam mahu melahirkan Isa a.s:

"(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pokok kurma; dia (Maryam) berkata: 'Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang' " [QS Maryam 19:23]

Dalam dunia perubatan juga diajarkan bahawa terjadi pelbagai perubahan dari sudut psikologi, hormonal, sistemik, fizikal, emosi, kesakitan, kelemahan, sehinggakan rutin harian seorang ibu berubah mendadak selama waktu mengandung, dan juga bagaimana gentingnya saat-saat ibu mahu melahirkan bayi yang dibahagikan kepada beberapa tahap, kontraksi yang dialami, rasa tekanan pada vagina dan kesakitan seperti rasa terbakar, pernafasan dan otot-otot di sekitar perineum yang harus dikawal kekuatannya dan bagaimana seorang ibu harus bekerja begitu keras untuk mengeluarkan bayi tersebut, tentang komplikasi setelah melahirkan, sampailah kepada menyusu dan melayani karenah kita dari kecil sampai dewasa, sehingga menjadi manusia yang berguna. Kepada siapa perlu kita berterima kasih dan bersyukur?

Dari Abu Hurairah ra menceritakan: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: 'Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak mendapat perlakuan baikku?' Beliau menjawab: 'Ibumu'. Lelaki itu bertanya, 'kemudian siapa?' Beliau menjawab, 'Ibumu'. Lelaki itu bertanya lagi, 'kemudian siapa?' Beliau menjawab, 'Ibumu'. Lelaki tadi bertanya lagi, ' lalu siapa?' Beliau menjawab, 'Ayahmu.' [HR Al-Bukhari].

Kedudukan seorang ibu dalam Islam begitu istimewa.

Ingat Mereka dalam Doa Kita.

"Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah daripadanya amalannya kecuali 3 perkara: Sedekah jariahnya, atau ilmunya yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya" [HR Muslim]

Marilah kita mencontohi Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim yang mendoakan kedua ibu bapa mereka.

Nabi Nuh as pernah berdoa: "Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke dalam rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman dari lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan" [QS Nuh 71:28]

Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa: "Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari khiamat)" [QS Ibrahim 14:41]

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra', surah ke-, ayat ke 23-24:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan jangan lah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecilku".

Kaitannya dengan Kesempurnaan Tauhid.

Mentauhidkan Allah SWT dengan beribadah kepada Nya merupakan satu perintah yang perlu diiringi dengan berbakti atau berbuat baik kepada kedua mak dan abah; perintah ini difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagaimana yang berikut:-

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baik lah kepada kedua orang ibu bapa……" [QS An-Nisa 4:36]

"Katakanlah, 'Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa……" [QS Al-An'am 6:151]

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya…" [QS Al-Isra' 17:23]

"Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji daripada Bani Israil, (iaitu) janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baik lah kepada kedua ibu bapa.." [QS Al-Baqarah 2:83]

Maka, buktikanlah kesempurnaan tauhid kita terhadap Allah yang Maha Esa, kesaksian yang telah kita ungkapkan selama ini!

Nota Kaki:

[1] Hadits Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i dinilai sahih oleh al Albani dalam Sahih Sunan al Nasai no.4163

[2] dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Al Tirmizi, no.1905.

[3] Hadis no. 1899 dalam Sunan At Trimidzi, dinilai sahih oleh al Albani dalam Silsilah al ahadits al Sahihah- no.515.

Apabila Nenek Moyang Dipuja-puja, ‘Agamawan’ dipandang paling tinggi, Kekuasaan Menjadi Misi..  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in



Setiap insan menyakini akan kewujudan Tuhan , tidak mengira si dia Islam atau kafir. Mereka yakin adanya satu kuasa yang menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan, serta beriman bahawa Dia lah Tuhan yang berkuasa mengatur segala sesuatu di atas muka bumi ini. Lalu mereka mahu merealisasikan keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah AWT melalui agama. Di sini lah terjadinya penyimpangan aqidah, di mana manusia tidak mengikhlaskan ibadahnya hanya untuk Allah SWT & mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu, serta menyamakan Allah SWT dengan sifat-sifat makhluk yang lemah. Ritual ibadah direkacipta oleh tangan manusia, dengan alasan untuk mencari keredhaan Allah SWT dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

"Kemudian kami susulkan rasul-rasul Kami mengikut jejak mereka dan Kami susulkan pula Isa putra Maryam; dan Kami berikan Injil kepadanya dan Kami jadikan rasa santun dan kasih sayang dalam hati orang-orang yang mengikutinya. Mereka mengada-ngadakan rahbaniyyah, padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka, (yang Kami wajibkan hanyalah) mencari keredhaan Allah SWT, tetapi tidak mereka pelihara dengan semestinya. Maka kepada orang-orang yang beriman di antara mereka Kami berikan pahalanya dan banyak di antara mereka yang fasiq" [QS al Hadid 57:27].

Ringkasan tafsir ayat ini oleh Prof Dr Wahbah Az Zuhaili [4] :

Kemudian Kami mendatangkan pula rasul Kami di jalan yang mereka lalui. Rasul-rasul itu diutus dengan membawa berbagai BUKTI yang NYATA atas KEBENARAN mereka. Kami juga menyusulkan Isa (anak Maryam yang termasuk keturunan Nabi Ibrahim -sebelah ibunya) di jalan mereka, dan Kami berikan kitab Injil kepadanya. Kami menghadirkan sifat lembut dan kasih sayang dalam hati orang-orang yang beriman kepada risalah Isa dan mengikuti agamanya, iaitu Hawariyun (murid2 yang setia) dan para pengikut mereka (Untuk mengikuti hukum, balasan hukuman, dan peraturan agama).

Mereka melaksanakan kehidupan KERAHIBAN, iaitu BERIBADAH SECARA BERLEBIHAN yang disertai dengan 'uzlah (menyepi), sesuatu yang TIDAK Kami WAJIBKAN kepada mereka. Mereka melakukannya dengan mengada-ngadakannya dari diri mereka sendiri dengan TUJUAN untuk MENCARI REDHA ALLAH. Namun mereka sendiri tidak memeliharanya dengan benar, bahkan mereka MENGABAIKANNYA dan MELAMPAUI BATAS. Oleh itu, Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka secara ikhlas pahala yang berhak mereka terima. Banyak di antara para pendeta membangkang perintah Allah.

Mereka juga mendakwa Allah yang menyuruh mereka melakukannya (perbuatan keji). Lihat surah Al-'Araf, surah 7 ayat ke 28.

"Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata, "Kami mendapati nenek moyang kami melakukan demikian, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya". Katakanlah, "Sesungguhnya Allah tidak pernah menyuruh kamu berbuat keji. Mengapa kalian membicarakan tentang Allah apa yang tidak kalian ketahui?".

Ayat ini berkenaan dengan kaum musyrikin yang melakukan tawaf dengan telanjang. Ketika kaum musyrikin berbuat maksiat (dosa besar), seperti melakukan tawaf di Kaabah dengan telanjang dan menyembah patung (kerana MENGIKUT NENEK MOYANG mereka) mereka beralasan "Kami mendapati nenek moyang kami melakukan demikian, dan Allah menyuruh kami mengerjakan kemungkaran ini." Wahai Nabi, katakan kepada mereka, "Allah memerintahkan kamu semua agar berakhlak baik dan terpuji. Dan tidak pernah menyuruh berbuat keji dan mungkar. Kenapa kamu berkata atas nama Allah tentang hal yang kamu TIDAK TAHU KEBENARANNYA dan TIDAK DIDASARI DENGAN DALIL YANG TIDAK DAPAT DITERIMA?!

Ini Sejarah Mereka: Sekilas Tentang Sejarah Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab zaman Jahiliah.

Dahulu, bangsa Arab masih mengikuti nabi Ismail a.s yang mengajak umat untuk mengikuti seruan Nabi Ibrahim a.s supaya mentauhidkan diri kepada Allah, tapi lama kelamaan, mereka diajak untuk melakukan syirik kepada Allah SWT, lebih menyedihkan, dalang yang mengajak kepada perbuatan ini ialah 'Amr bin Luhay, seorang pemimpin Bani Khuza'ah yang sering melakukan urusan-urusan agama, mengajak orang lain bersedekah dan dianggap sebagai seorang ulama' besar yang terhormat & wali pada waktu itu sehingga semua tunduk kepadanya. Dia memandang ritual penyembahan berhala yang disaksikannya di Syam merupakan satu hal yang baik dan benar sebab perbuatan tersebut dilakukan oleh penduduk Syam-iaitu tanah air para Nabi dan tempat turunnya kitab-kitab, lantas dia membawa pulang berhala 'Hubal' tersebut dan meletakkannya di Ka'abah, seruan si agamawan ini untuk mensyirikkan Allah dengan melakukan penyembahan kepada berhala tersebut disambut baik oleh masyarakat setempat. Tidak lama selepas itu, penduduk Hijaz pun mengikut cara penduduk Mekah mengabdikan diri kepada Tuhan, sebab penduduk Mekah merupakan pengelola Baitullah dan pemilik Masjidil Haram.

Penyembahan berhala menjadi berleluasa dalam setiap kabilah, rumah-rumah dan masjid. Ritual penyembahan berhala ini pula dikendalikan dan diada-adakan oleh Amr bin Luhay (yang mereka pandang sebagai ulama'), masyarakat pula bersangka bahawa hal tersebut merupakan sesuatu yang baik walaupun mereka tahu hal tersebut adalah hal yang diada-adakan, tetapi tidak dianggap sebagai mengubah agama Ibrahim. Mereka mengadakan taqarrub [5] kepada berhala, berdiam diri di hadapan berhala, berlindung kepadanya, meminta pertolongan daripadanya, menyebut-nyebut nama berhala2 tersebut, meminta hajat daripadanya, menunaikan tawaf di sekeliling berhala, menghinakan diri di hadapan berhala, bersujud kepadanya, menyembelih dan berkorban untuk berhala2 tersebut, menyajikan makanan dan minuman dan bernazar menyajikan juga hasil tanaman dan ternakan mereka kepada berhala, malah ada juga bahagian yang diperuntukkan oleh Allah SWT J. Mereka menyangka berhala-berhala tersebut dapat member syafaat di sisi Allah, mereka yakin bahawa mereka dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan hal-hal yang sedemikian rupa, sebagaimana firman Allah SWT tentang apa yang mereka perkatakan:

"Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya [QS Az-Zumar 39:3].

"Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan (tidak) pula manfaat, dan mereka berkata, 'Mereka itu (apa yang mereka sembah) adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah" [QS Yunus 10:18].

Kesyirikan, penyembahan berhala, tahyul dan khurafat terlalu bermaharajalela. Terdapat juga beberapa agama lain yang wujud pada waktu itu seperti Yahudi, Nasrani, Majusi, dan Shabi'ah. Semuanya dijajah oleh pengaruh dari luar, tradisi dan kebiasaan masing-masing.

Sosial mereka rosak- pelacuran, pergaulan bebas, pertumpahan darah dan perbuatan keji di mana-mana. Lihat sahaja prosedur pernikahan dan poligami tanpa batasan di era jahiliah, nasab menjadi keliru. Namun, mereka masih mempunyai akhlak yang masih baik seperti memuliakan tetamu, menepati janji, dan bersemangat waja.

Apakah Reaksi Mereka Terhadap Dakwah Rasulullah SAW?

Tahap pertama dakwah Rasulullah SAW adalah secara rahsia, berjalan selama 3 tahun, kepada mereka yang akrab dan mempunyai hubungan yang baik dengan baginda, dan kepada mereka yang dikenali mempunyai sifat atau sukakan kebaikan. Kemudian turun pula perintah untuk solat. Kemudian Rasulullah SAW diperintahkan pula untuk menyampaikan dakwah Islam secara terang-terangan, dakwah di kalangan kaum kerabat, di atas bukit Safa di mana baginda dicerca oleh bapa saudaranya sendiri, si Abu Lahab. Apakah respons kaum Musyrikin terhadap seruan baginda untuk mentauhidkan Allah pada ketika itu? Sedangkan di situ (Mekah) merupakan satu kota yang menjadi pusat agama, tempat berkumpulnya pengabdi-pengabdi Kaabah dan orang-orang yang mengurus 'berhala suci' masyarakat Arab jahiliah, dan masyarakat pula sudah sebati dengan amalan-amalan jahiliah. Ada yang menyokong dan ada yang menentang, hal ini mewujudkan jurang dalam ikatan kekeluargaan, saling membenci dan menjauhi antara yang sudah memeluk Islam dan menolak untuk memeluk Islam.

Kaum Quraisy menyindir, menghina, ,mengejek, mendustakan dan mentertawakan Rasulullah SAW-mereka menuduhnya sebagai orang gila dan ahli sihir. Tak cukup dengan itu, mereka menyebarkan fitnah, menyerang peribadi baginda, mengelirukan ajaran baginda Rasulullah SAW, sebagaimana yang diceritakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:

"Dan orang2 kafir berkata, "Al-Quran ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan oleh dia (Muhammad) dibantu oleh orang2 lain". Sungguh, mereka telah berbuat zalim dan dusta yang besar. Dan mereka berkata, itu hanya dongeng2 orang2 terdahulu, yang diminta agar dituliskan, lalu dibacakanlah kepadanya dongeng itu pada setiap pagi dan petang" [QS Al-Furqan 25:4-5]

Lihatlah bagaimana mereka mempersoalkan kebenaran Rasulullah SAW, betapa besarnya fitnah dan tuduhan ke atas dakwah Rasulullah SAW dan risalah yang dibawakannya. Mereka membuat perumpamaan-perumpamaan yang akhirnya menyesatkan diri mereka sendiri.

"Dan mereka berkata, "Mengapa Rasul (Muhammad) ini memakan makanan dan berjalan di pasar? Mengapa malaikat tidak diturunkan kepadanya (agar malaikat) itu memberikan peringatan bersama dia. Atau mengapa tidak diturunkan kepanya harta kekayaan atau (mengapa tidak ada) kebun baginya sehingga dia dapat makan dari (hasilnya)? Dan orang2 zalim itu berkata, "Kamu hanyalah mengikuti seorang lelaki yang kena sihir." [QS AlFurqan 25:7-8].

Tidak cukup dengan itu, masyarakat sekeliling pula dihalang daripada mendengar dan mengikuti dakwah Rasulullah SAW, mereka cuba menarik perhatian orang lain dengan cerita-cerita picisan dan dongeng bagi melarikan orang ramai daripada mendengarkan peringatan daripada Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hidangan makanan dan hiburan untuk melalaikan manusia daripada tertarik kepada Islam. Sedar akan usaha yang tidak begitu membuahkan hasil, mereka memberi tekanan pula kepada orang awam yang mengikuti ajaran Rasulullah SAW. Kaum muslimin ditindas, didera dan diseksa dengan seksaan yang tak berperi kemanusiaan, dihina, dicaci dan diancam. Kaum muslimin cuba dilemahkan oleh mereka, yang mengepalainya sudah tentulah ketua suku masing-masing. Antara mereka yang teruk diseksa ialah Uthman bin Affan, Mush'ab bin Umair, Shuhaib bin Sinan, Bilal, Ammar bin Yasir, Yasir dan Sumayyah, Abu Fakihah dan lain-lain.

Dan Inilah Sejarah Kita…masih berjalan panjang sejarah perjuangan Rasulullah SAW selepas itu, ini hanyalah sebahagian yang saya ringkaskan sedikit dari buku 'Perjalanan Hidup Rasul yang Agung Muhammad SAW Dari Kelahiran Hingga Detik-detik Terakhir', karya Syaikh Shafiyyurrahman al Mubarakfury, terbitan Pustaka Darul Haq, Jakarta,2005, halaman 30-109.

Realiti Kita Pada Masa Kini.

Tidak jauh bezanya, bak kata seorang bekas mufti-Sejarah Akan Terus Berulang. Jalan ceritanya sekitar itu sahaja, wataknya sahaja yang berbeza. Umpamanya, seorang yang membawa perubahan kepada umat yang jahil supaya kembali kepada ajaran Islam yang sahih lagi jelas, perubahan sedemikian rupa adalah sangat perlu supaya dapat kembali ke era kegemilangan Islam seperti suatu masa dahulu yang kuncinya adalah ilmu & aqidah yang mantap. Namun pada sesetengah orang, perubahan ini dilihat menggugat kedudukan sesetengah golongan, menghapuskan amalan dan kepercayaan yang sudah sebati dalam masyarakat. Bila diajak kepada cara peribadatan yang sahih kepada Allah dan pencemaran-pencemaran dalam agama cuba dihapuskan, mereka mendakwa apa yang mereka amalkan selama ini adalah yang diajarkan oleh ibu bapa mereka sejak turun temurun, mereka mengira mereka lebih benar hanya kerana mereka lebih dahulu wujud di atas muka bumi ini, mereka kata itu yang diajarkan oleh ustaz mereka dulu-dulu. Mereka menjadikan nenek moyang dan 'rahib' mereka sebagai alasan terhadap amalan mereka.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka,"Ikutilah apa yang diturunkan oleh Allah SWT." Mereka menjawab,"(Tidak!) Kami mengikuti apa yang kami dapati daripada nenek moyang kami (melakukannya)." Padahal nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun dan tidak mendapat petunjuk" [QS Al Baqarah 2:170].

Perhatikan juga pengajaran dari kisah Firaun dan Nabi Musa a.s. Firaun dan kaumnya menolak risalah yang dibawakan oleh Nabi Musa atas dua alasan: Berpegang teguh dengan TRADISI NENEK MOYANG nya dan MEMPERTAHANKAN KEKUASAAN.

"Mereka berkata: "Apakah engkau datang kepada kami untuk memalingkan kami dari kepercayaan yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya (menyembah berhala) dan agar kalian mempunyai kekuasaan di bumi (negeri Mesir)? Kami tidak akan mempercayai kalian" [QS Yunus 10:78].

Dan kisah Nabi Nuh as dalam surah Al-Mukminun, sila rujuk surah ke-23, ayat 24. Nabi Nuh a.s dituduh ingin mendapatkan keutamaan dan kekuasaan ke atas pengikutnya dengan mengaku sebagai Nabi, supaya orang-orang mengikutinya. Mereka beralasan bahawa mereka belum pernah mendengar seruan tauhid seperti yang dibawakan oleh Nabi Nuh pada zaman nenek moyang mereka dahulu.

Terdapat manusia pada zaman ini yang menganggap hal2 yang asal/tulen itu adalah benda-benda baru lagi pelik, lantas dihukum sebagai sesat dan mengelirukan. Lebih menjijikkan, manusia berhati busuk sanggup menyebarkan apa sahaja fitnah dalam upayanya meruntuhkan dakwah Islamiah tersebut. Alangkah kotornya permainan itu.

"Sungguh Rabb mu, Dia lah yang lebih tahu siapa yang sesat dari jalanNya; dan Dial ah yang paling mengetahui siapa orang yang mendapat petunjuk" [QS Al-Qalam 68:7].

Bagi yang mempertahankan dakwah Rasulullah SAW, sudah tentu mereka sudah tahu dan bersedia menghadapi risiko apabila memulakan dakwah tersebut. Tiada apa yang perlu dihairankan. Semoga yang berada di atas jalan tersebut terus dikurniakan istiqamah, kekuatan menghadapi apa saja bentuk penindasan dan tekanan. Sudah tentu, perjuangan para Rasul dan Nabi jauh lebih sulit dan payah, beruntunglah mereka yang turut merasakan tempiasnya. Usaha tanpa kenal erti titik, kerana perjalanan masih teramat jauh, generasi pada masa hadapan diharapkan dapat menonjolkan kegemilangan Islam yang sebenar hasil daripada usaha yang berterusan ini.

Pengajaran: Demikianlah sekian banyak diceritakan di dalam Al-Quran tentang sikap-sikap orang kafir ketika mereka menentang kebenaran atau risalah yang dibawa oleh utusan Allah SWT, ketika diseru untuk mentauhidkan Allah SWT. Persoalannya, wajarkah kita sebagai seorang yang beragama Islam memiliki pola fikir dan sikap yang sama seperti/seakan-akan mereka ini ketika dibentangkan di depan kita akan kebenaran?. Kadang-kadang, kita tahu bahawa hal tersebut jelas benar tapi kita cuba menafikannya atas alasan-alasan seperti ajaran keturunan, ajaran ustaz, dan kedudukan. WAJARKAH??

Akhir kata, ingatlah..

"Ingatlah wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (iaitu) orang-orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yg agung." [QS Yunus 10:62-64]

-S.E.K.I.A.N, TERIMA KASIH-

Rujukan:

  1. Buku Pintar Al-Quran 7 in 1, Prof Dr Wahbah Zuhaili et al, Penerbit Almahira, Jakarta, 2008.
  2. Indeks Al-Quran, Dr. Azharuddin Sahil, Pustaka Mizan, Bandung, 2007, hal. 533.
  3. Prinsip-prinsip Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Pustaka At-Taqwa, cetakan ke-3, Bogor, 2008,hal. 52-54.
  4. Ulama masyhur dari Syria yang mengarang kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, sudah diterjemah atas judul Fiqh dan Perundangan Islam dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  5. Definisi- satu ikhtiar yang dilakukan oleh manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya (http://www.khilafah1924.org/).



Bila nak naik Pangkat?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in



Perkuliahan saya di Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Prof Dr Moestopo untuk sesi 09/10 baru saja membuka tirai. Kali ini, saya melangkah ke semester yang lebih tinggi, semester V. Banyak input baru yang saya peroleh dan bakal saya peroleh, dari sudut ilmu (knowledge) dan juga ketrampilan (skills), saya sukakan kombinasi kedua-dua elemen ini, dari situ manusia tidak sekadar diuji dengan teori, malah kita diajar bagaimana dan bila masanya untuk mengaplikasikan teori tersebut. Untuk mendapatkan Sarjana Kedokteran Gigi, saya perlu menghabiskan pembelajaran saya (kuliah dan praktikum) selama 3 tahun setengah, manakala untuk mendapat gelar Drg (dokter gigi), saya perlu meneruskan apa yang sudah saya peroleh selama 3 tahun setengah itu ke peringkat klinik, yang dijangkan selesai selama 2 tahun setengah, tergantung faktor-faktor tertentu yang terkadang menghambat keinginan kita. Jadi, secara garis besar, saya akan mengambil satu tempoh yang agak lama (6 tahun) hanya untuk bergelar seorang dokter gigi muda yang tidak berpengalaman. Demikianlah perjalanan saya yang belum sampai separuh langkah di sini, ia bakal memakan masa yang lama dan bertahap-tahap mengikut silibus, malah kita disaring setelah selesai satu tahap untuk ke tahap yang lebih tinggi berkadaran dengan sejauh mana kemampuan kita.

Maka, apa yang ingin saya katakan di sini?
Sekiranya untuk mengajar ilmu pergigian sahaja kita harus mengikut sistem dan silibus malah secara bertahap ianya disusun bagi melahirkan doktor2 gigi yang boleh diharapkan, kenapa tidak hal yang sama kita implementasikan kepada pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu agama? Kenapa kita perlu terus menerus menyumbat ilmu & teori kepada manusia tanpa kita perkirakan kondisi & suasana pada waktu itu, apakah dapat diaplikasikan? Adakah semua orang bagus seperti kita? Kalau ada pun yang belajar ilmu agama mengikut silibus dan sistem2 tertentu, kenapa produk nya masih sangat2 kurang berkualiti? Di mana silap nya sistem itu?

Saya tidak berbicara tentang salah sesiapa kerana saya tidak mahu menyalahkan sesiapa sebab saya tidak tahu siapa yang perlu dipersalahkan, kadang-kadang sesuatu masalah yang timbul itu berpunca dari salah kita sendiri tanpa kita sedari, tetapi kita asyik nampak salah pada orang di sekeliling kita, semuanya salah, dia salah, mereka salah, aku yang bagus, aku yang paling benar..saling tuding menuding, sedangkan diri saya sendiri yang turut menkontribusikan tercetusnya sesuatu permasalahan tidak pula saya salahkan, tidak saya renungkan, sedangkan kita yang pengetahuannya masih sangat cetek mengambil sikap sering menerjah tanpa memeriksa terlebih dahulu kerana kita sangka kita lah yang paling benar, tahu-tahu rupanya kita ini lebih lajak daripada laju.

Saya sedang mengajar diri saya untuk tidak menyempitkan horizon pemikiran ini yang sememangnya agak tertutup, saya mahu melihat luasnya dunia, luasnya cabang ilmu yang perlu saya kuasai, bervariasinya ketrampilan yang perlu saya pelajari, dan lebih utama lagi, betapa LUAS nya ISLAM ini sehingga sebenarnya ia menjadi satu agama yang yang applicable tidak mengira zaman/masa serta umur, sehingga ia memberi kelapangan dan tidak menyesakkan dada para penganutnya, sehingga ia mampu menarik mereka yang lahir dalam keluarga bukan Islam untuk beriman dengan keesaan Allah SWT dan menuruti Rasulullah SAW sebagai pesuruh Allah, sehingga agama ini sebenarnya satu PENYELESAIAN dan JAWAPAN kepada masalah2 yang menyerabutkan fikiran dan menghuru-harakan dunia pada saat ini. Islam, harus difahami sifatnya yang tegas dari sudut aqidah tetapi lapang dari sudut fiqh dan muamalatnya.

Betulkan saya sekiranya saya tersalah menafsirkannya...Saya bukan seorang ahli dalam agama, saya cuma pentaqlid dan seorang pelajar yang tidak begitu arif dalam persoalan agama, apalagi bab hukum hakam. Namun, menyedari akan hakikat itu, sebagai seorang penganut agama Islam, saya dan kita perlu bertanggungjawab ke atas agama ini, urusan agama bukan sahaja milik ustaz atau mufti, kita berhak mencari tahu dan mendapatkan bukti sekiranya seseorang mengclaim sesuatu tentang agama ini. Adakah selamanya kita akan beralasan bahawa kita seorang pentaqlid yang kurang ilmu maka kita hanya angguk2 dan geleng2? Kalau dalam unsur politik kita tidak mahu menjadi pak turut dan bertindak begitu agresif, kenapa dalam agama ini, kita kena jadi pak turut? Bukankah agama ini lebih berhak ke atas kita? Dayus kah kita? Tolong jangan beri alasan "saya tak berani nak cakap lebih2 tentang agama, saya bukan ulama' atau ustaz, saya takde ilmu, saya taqlid kat ustaz je". Memang kita bukan ahli,ya, tetapi sebagai seorang yang akal pemikirannya sihat dan mempunyai fizikal yang tiada cacat cela, tidak malukah kita memberi alasan seperti itu? Kenapa tidak cuba berusaha mendalami ilmu / mencari tahu? Malulah jika seorang cerdik pandai berbicara seperti itu, alasan ini mungkin valid dipakai untuk orang yang tidak mengaji sekolah sahaja. Tidak wajar selamanya menjadi pentaqlid, apatah lagi secara membabi buta.

Lakukanlah secara berperingkat, berusaha meredakan sebarang kesalahfahaman, tingkatkanlah ilmu dengan berguru dan membaca, ikhlaslah dalam mencari kebenaran. Takkan Allah SWT kejam utk menyesatkan hambaNya yang ikhlas ingin kembali ke jalan yang lurus? Bukakan hati dan minda untuk menerima teguran walaupun teguran datang dari mereka yang 'di bawah' kita. Elakkan daripada mendengar serta menyebarkan fitnah atau berbicara tentang sesuatu yang kurang kita ketahui. Mantapkan ilmu & kefahaman terlebih dahulu, diikuti dengan proses memantapkan amalan. Terkadang dapat kita temui orang yang semangat dakwahnya tinggi tetapi ilmunya kurang, ada yang ilmunya mantap tapi kefahamannya pula yang bermasalah, ada yang memiliki banyak ilmu tapi kurang amalan, saya percaya semuanya masih dalam proses mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah SAw. Berdoa dan berlapang dada lah, jangan selamanya kita membiarkan diri sehingga tak "naik pangkat". WA.

“BAGI MU AGAMA MU DAN BAGI KU AGAMA KU!”  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in



Sering kita dengar, dalam ceramah-ceramah agama, ustaz2 merintih tentang aqidah umat Islam yang kian tercemar, yang kian goyah. Isu kes murtad, pengaruh gerakan Kristianisasi, gejala khurafat, dukun dan pawang yang tak sudah2, kemunculan Nabi palsu, Islam Liberal, Syiah, Tarekat & Sufi yang melampau, sampai lah kepada isu2 pemimpin politik yang mempunyai nama dan kedudukan di tengah2 masyarakat yang turut menyertai upacara orang bukan Islam- berkabung dengan cara menyalakan lilin, puasa sunat dengan niat atas dasar membantah keputusan mahkamah, memberi penghormatan kepada tugu Negara, kata orang, pemimpin lahir dari masyarakat, maka pemimpin mencerminkan sesebuah masyarakat itu. Masyarakat juga sudah tidak kisah, menyambut dan tumpang bergembira pada hari perayaan agama orang2 kafir juga dah tak menjadi suatu kelainan lagi, sampaikan dulunya pernah masyarakat kita sibuk dengan promosi "Kongsi Raya", katanya, "Inilah Malaysia yang muhibah, bersatu antara kaum.." Takkanlah agama pun kita nak menyatu?


"Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir! Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untuk mu agamamu, dan untukku agamaku." [QS Al-Kaafiruun: 109:1-6]


Ibnu Kathir rahimahullah ketika menyebutkan ayat2 ini, menjelaskan:


"dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah" (109:4) - maksudnya, aku tidak akan pernah menyembah sembahan kalian (orang2 kafir). Aku tidak akan menempuh jalan kalian dan tidak juga mengikutinya. Tetapi aku akan sentiasa beribadah kepada Allah dengan cara yang Dia sukai dan redhai.

"dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah" (109:5) - kalian (orang2 kafir) tidak akan mengikuti perintah-perintah Allah dan syariatNya dalam menyembah Allah, tetapi kalian telah memilih sesuatu dari diri kalian sendiri. Dengan demikian Rasulullah SAW terlepas dari mereka dalam segala aktiviti mereka, kerana sesungguhnya, setiap orang yang beribadah sudah pasti memiliki sembahan dan ibadah yang ditempuhnya. Dan Rasulullah SAW beribadah kepada Allah atas apa yang disyariatkanNya.

Orang2 musyrik menyembah selain Allah dengan ibadat yang tidak diizinkanNya sedangkan tidak ada sembahan melainkan Allah semata, dan tidak ada jalan yang boleh sampai kepadaNya kecuali apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Persoalan kefahaman aqidah yang meruncing ini tidak wajar hanya dibicarakan oleh ustaz2 penceramah agama sahaja, tetapi setiap individu yang telah bersyahadah (beri'tiqad dan berikrar bahawa tidak ada yang berhak disembah dan menerima ibadah melainkan Allah SWT serta mengakui secara lahir batin bahwa Muhammad SAW adalah hamba Allah dan RasulNya yang diutus kepada manusia untuk diikuti), perlu memikul tanggungjawab, mengambil serta menyokong usaha yang dilakukan bagi melawan anasir yang boleh meruntuhkan aqidah umat Islam.

Hakikatnya, fenomena yang terjadi sekarang sangat membuktikan majoriti daripada kita sememangnya kurang sensitivitas terhadap perkara yang berkaitan dengan aqidah. Apabila pasangan suami isteri baru mendapat cahaya mata, mereka sudah mula merancang masa depan anak-anak nya itu yang melibatkan pendidikan sekolah & universiti, kerjaya yang professional, apabila mahu diajarkan sesuatu tentang agama ini kepada anak-anak, mereka memulakannya dengan mengajarkannya ibadah solat, apabila anak-anak jauh dari mata mereka, mereka mula risau dan tertanya-tanya, "Bagaimanakah kesihatan dan pelajaran anakku?", ketika pintu ajal sudah hampir, mereka risau di mana tempat yang akan diduduki oleh anak-anak mereka, lalu mereka wasiatkan segala macam harta benda dan jawatan. Apabila para pemuda diberi pilihan antara majlis ilmu yang mengagungkan Allah dan mengajak ittiba' kepada Rasul, maka hiburan jugalah yang menjadi pilihan….Dan bagi yang berada dalam barisan jemaah dakwah mahupun parti/persatuan pula, kadang-kadang, terlalu menumpukan perhatian kepada usaha mengukuhkan jemaahnya serta memandang kelemahan jemaah lain sehingga terlupa isu aqidah umat ini. Tidak semuanya salah, namun itukah yang menjadi prioriti dalam kehidupan ini sebenarnya?


Berapa ramai ibu bapa yang menasihati anak-anaknya sebagaimana yang dilakukan oleh Luqman terhadap anak-anaknya agar tidak mensyirikkan Allah? "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya, mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang amat besar." [QS Luqman 31:13]


Berapa ramai ibu bapa yang memulakan didikan kepada anak-anak dengan menyeru kepada anak-anaknya untuk mengenal Pencipta dan mengesakanNya?

Berapa ramai ibu bapa mahupun anak-anak yang bertanyakan khabar keimanan antara satu sama lain ketika berjauhan?


Berapa ramai ibu bapa yang berpesan kepada anak-anaknya sebelum mereka meninggal dunia, agar anak-anaknya teguh di jalan yang satu untuk sampai kepada Allah? Tahukah kita bahawa TAUHID adalah wasiat para nabi tatkala mereka menghampiri kematian?


"dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): 'Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam'. Adakah kamu menjadi saksi saat maut menjemput Ya'qub, ketika ia berkata kepada anak2nya:'Apa yang akan kamu ibadahi sepeninggalanku?' Mereka menjawab: 'Kami akan beribadah kepada Ilahmu dan Ilah nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il dan Ishaq, (iaitu) ilah yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya?" [QS Al-Baqarah 2: 132-133].

Dan berapa ramai antara kita yang peduli untuk melakukan perbaikan tauhid dalam diri dan saudara-saudaranya dengan menegakkan tarbiah dan menjalankan dakwah?

Adakah boleh dibilang dengan jari? Jelas lah, kenapa masyarakat kita terlalu takut dengan dakwah kristianisasi, takut Bible ditulis dalam Bahasa Melayu, melenting bila nama Allah mahu digunakan dalam bible, dan generasi kita terlibat sama dalam gejala2 penyimpangan aqidah, malah ada juga yang tak mahu ambil tahu langsung atau buat-buat tak tahu! Paling tidak pun, berusahalah untuk mengambil tahu, paling kurang pun, sampaikan lah kepada mereka yang dekat dengan kita tentang peringatan2 ini.


" Hai sekalian manusia, ibadahilah Rabb mu yang telah menciptakanmu dan orang2 sebelummu agar kamu bertaqwa" [QS Al-Baqarah 2:21]


"…..kerana itu, janganlah kamu mengadakan sekutu2 bagi Allah, padahal kamu mengetahui." [QS Al-Baqarah 2:22]


"Dan Ilahmu adalah Ilah yang maha Esa; tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" [QS Al-Baqarah, 2:163]


"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap2 umat (untuk menyerukan): Beribadahlah kepada Allah sahaja, dan jauhilah Taghut itu…." [QS An-Nahlu 16:36]


"…..Dan Kamu tidak mengutus seorang Rasul pun sebelummu, melainkan Kami wahyukan kepadanya:'Bahawasanya tidak ada Ilah (yang haq) melainkan Aku, maka ibadahilah olehmu sekalian akan Aku" [QS Al-Anbiyaa 21:25].


"Beribadahlah kepada Aku dan janganlah akmu mempersekutukan aku dengan sesuatu pun…." [QS An-Nisaa'4: 36].

Mungkin, ada di antara pembaca yang baru mendengar perkataan aqidah, atau sering mendengar tetapi kurang pasti akan apakah ertinya aqidah itu dan kenapa ia sangat penting untuk dipelihara?


Dari segi bahasa: asal perkataan AQIDAH ialah al-qa'du (ikatan), at-tautsiiqu (kepercayaan atau keyakinan yang kuat), al-ihkaamu (mengukuhkan/menetapkan) dan ar-rabthu biquwwah (mengikat dengan kuat. [1]


Dari segi istilah: AQIDAH ialah IMAN yang teguh dan pasti, tanpa ada keraguan sedikitpun bagi orang yang meyakininya. (-keyakinan) [1]


Manakala AQIDAH ISLAMIAH ialah keimanan yang teguh dan pasti kepada Allah Ta'ala dengan melaksanakan seluruh kewajipan, bertauhid (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, & Asma' Was-Sifat) dan taat kepada Allah, beriman kepada Malaikat2 Nya, Rasul2Nya, Kitab2Nya, hari Akhir, takdir yang baik mahupun yang buruk dan mengimani seluruh prinsip2 agama (usuluddin) yang sahih, perkara2 ghaib, beriman kepada apa saja yang disepakati oleh salafusSoleh, serta seluruh berita2 yang pasti, baik secara ilmiah mahupun amaliah yang telah ditetapkan menurut Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih serta apa yang telah disepakati oleh salafusSoleh. [1]


Ahli Sunnah wal Jamaah menamakan aqidah antaranya adalah sebagai: al-Iman, Aqidah, Tauhid, As-Sunnah, Ushuluddin dan Ushuluddiyanah, Al-Fiqhul Akbar dan Asy-Syari'ah. [2]


Manakala, nama2 aqidah menurut selain daripada Ahli Sunnah walJamaah antaranya ialah: Ilmu Kalam, Filsafat, Tasawwuf, Ilaahiyyat (Teologi), dan Kekuatan di Balik Alam Metafisik. [3]


Saya menyertakan nama2 ini supaya pembaca dapat mendeteksi aqidah yang benar dan menyimpang pada pertama kali mendengar istilah2 tersebut, dan seterusnya nilailah kefahaman aqidah tersebut dengan syari'at Allah Ta'ala.


Demikianlah, pengertian di sebalik kata AQIDAH dan realiti tentang kefahaman serta kepentingan aqidah di sisi masyarakat ketika ini. Sudah sampai saatnya kita berusaha mewujudkan satu lingkungan yang boleh menarik umat ini semula ke arah kefahaman aqidah yang jelas serta sahih dan umat Islam juga harus berusaha & berminat untuk mencari tahu. Tidaklah saya nukilkan seruan/teguran ini melainkan tujuan utamanya adalah sebagai panduan dan pengajaran untuk diri saya sendiri. Wallahu'alam.


[1] Prinsip-Prinsip Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Yazid Abdul Qadir Jawas, Pustaka At-Taqwa, cetakan ke-3, 2008, Bogor Indonesia, halaman 15-16.


[2] & [3] almanhaj.or.id


SPECIAL OFFER di Bulan SYA'BAAN: JOM PUASA!!!  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Sebelumnya, saya memohon maaf atas keterlambatan meng'update' blog ini. Terima kasih atas perhatian & saranan teman2 + my twin yang begitu prihatin. Kadang2 saya rasakan perlu untuk saya berehat daripada menulis buat sementara waktu dan menggunakan senggang waktu yang ada untuk memperbaiki kelemahan diri. Dan apabila detik waktu terus berjalan, saya tersedar yang kita sudah hampir memasuki gerbang Sya'baan dan Ramadhan....................

Sya'baan adalah bulan sebelum Ramadhan. Saya cuma mahu mengambil peluang ini untuk mempromosikan "special offer" yang telah Allah SWT tawarkan buat kita pada bulan depan, tawaran hebat ini jauh lebih menarik dan terjamin daripada Mega Sale di gedung2 shopping Mall macam Pondok Indah Mall atau Mid Valley Mega Mall!! =)

PERTAMA.

Dari Aa'isha r.a berkata: "Rasulullah SAW berpuasa hingga kami berkata bahawa beliau tidak akan berbuka dan beliau berbuka hingga kami berkata bahawa beliau tidak akan/tidak pernah berpuasa, maka aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan selain bulan Ramadhan dan aku tidak melihat baginda puasa paling banyak seperti baginda berpuasa dalam bulan Sya'baan." [HR al- Bukhari dan Muslim].

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan kerana sememangnya setiap umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan Ramadhan, manakala puasa sunat baginda paling banyak dilakukan dalam bulan Sya'baan.

KEDUA.

Dari Ummu Salamah r.a berkata,
“Saya tidak pernah melihat Nabi SAW berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali pada Sya’ban dan Ramadhan.” [HR Abu Daud & At-Tirmidzi] disahihkan oleh al-albani.

Imam Ibnul Mubarak rahimahullah mengatakan bahawa tidak ada percanggahan antara hadis ke-2 ini dengan hadis Aa'isyah di atas tadi, bagi orang2 Arab, berpuasa banyak dalam sebulan itu dikatakan sebagai telah berpuasa penuh [1], manakala Syeikh Abdul 'Aziz bin Baaz , dalam fatwa beliau, berpendapat bahawa adakalanya dalam tahun2 tertentu Rasulullah SAW berpuasa penuh di bulan Sya'baan manakala dalam tahun2 yang lain pula ia hanya banyak berpuasa dalam bulan Sya'baan.
Hal ini menunjukkan bahawa kita disunnahkan untuk banyak berpuasa di bulan Sya'baan.

KETIGA

Daripada Usamah bin Zaid r.a berkata: Aku berkata kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa (sunat) di dalam bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa di bulan Sya’ban". Lalu Rasulullah saw bersabda: "Bulan ini adalah bulan yang sering diabaikan oleh manusia iaitu bulan di antara Rejab dan Ramadhan, dan ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat mengadap Tuhan semesta alam dan aku suka amalanku diangkat ketika aku berpuasa". [Hadis riwayat Ahmad, al-Nasaa‘i, disahihkan oleh Al-Albani di dalam Silsilah al-Sahihah].

Dari hadis ini dapat kita ambil dua hikmah kenapa Rasulullah SAW banyak berpuasa pada bulan Sya'baan:
1) bulan ini berada di antara bulan Rejab (bulan haram) dan Ramadhan, ramai manusia sibuk dengan kedua2 bulan ini sehingga terlupa akan bulan Sya'baan. Ada yang menyangka puasa Rejab lebih baik dari puasa di bulan Sya'baan, sedangkan pada hakikatnya menurut pendapat ulama', puasa di bulan Sya'ban adalah yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan.

2) Baginda suka amalannya diangkat dalam keadaan berpuasa.

Selain daripada itu, puasa yang banyak di bulan Sya'baan juga merupakan satu latihan atau persiapan memperkukuhkan diri serta memberi semangat yang segar untuk kita menghadapi bulan Ramadhan.

PUASA NISFU SYA'BAN??

Timbul pertanyaan, adakah puasa Nisfu Sya'ban itu juga puasa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW?

Begitu banyak hadis2 tentang nisfu Sya'baan yang tersebar dan popular di kalangan masyarakat kita, kebanyakannya adalah hadis palsu dan mungkar. Malam nisfu Sya'ban sememang nya memiliki keutamaannya berdasarkan hadis sahih ini:-

Nabi SAW bersabda yang maksudnya:Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain, disahihkan oleh al-albany]

Namun, kita tidak disyariatkan untuk mengkhususkan ibadat2 tertentu pada malam/hari Nisfu Sya'ban mahupun meraikannya kerana hal itu tidak pernah mendapat petunjuk daripada Rasulullah SAW, cukuplah dengan bersandar pada hadis2 sahih yang menyeru kita meningkatkan ibadah puasa dalam bulan ini, tanpa perlu mengkhususkan hari tertentu dan beri'tiqad secara putus tentang kelebihan/fadhilat puasa Nisfu Sya'ban, kan Allah dah bagi peluang sebulan puasa tak kire la hari apa pun, janganlah sampai bid'ah ini melalaikan kita daripada melakukan sunnah yang telah diajar oleh Rasulullah SAW.

PERINGATAN: Lihat kalendar di bahagian widget blog saya. Hari ini dah menjelang 21 Julai 2009 bersamaan 28 Rejab 1430 H (4.45 pm) , lagi sehari atau 2 hari kita akan sampai ke bulan Sya'baan, ini adalah peluang bagi kita untuk meningkatkan ibadat sunnah (puasa) bagi menghampirkan diri kepadaNya, ayuh berpuasa, anak2 muda yang masih belum mampu bernikah, mereka yang mahu mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan cara yang benar dan tidak melampau/berinovasi, dan sesiapa sahaja yang mahu mempersiapkan modal/bekal di akhirat kelak, saya menyeru diri saya dan keluarga, dengan motivasi daripada hadis2 sahih di atas untuk sama2 memperbanyak ibadah puasa dalam bulan depan, insyaAllah. Jangan lupakan Sya'baan.....

[1] rujuk Fathul Bari 4/214


Kerana Wanita Ingin Dimengerti…  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,




"Berbuat baik lah terhadap para wanita, kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnyaa sesuatu yang paling bengkok ialah bagian atas tulang rusuk. Jika engkau meluruskannya, engkau mematahkannya. Dan jika engkau membiarkannya bengkok, ia tetap bengkok. Oleh kerana itu, berbuat baik lah kepada wanita." (Fathul Bari, 6/418 no.3331, dan Sahih Muslim (1468))

Seorang penyair berkata, "Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok dan tidak engkau luruskan, ketahuilah, meluruskan tulang rusuk bererti mematahkannya. Apakah engkau mengumpulkan kelemahan dan kekuatan pada seorang pemuda, di mana kelemahan dan kekuatan itu bukan hal aneh?"

dalam Istri-istri Para Nabi, ditulis oleh Ahmad Khalil Jam'ah dan Syaikh Muhammad bin Yusuf ad Dimasyqi)

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik." (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

"Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya." (Hadis riwayat al-Bukhari 4889).

Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik, berlaku lembut dan menjaga hati mereka.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)
Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian (Muhamad Hanief Awang Yahya, Perempuan Tidak Berasal Dari Tulang Rusuk, http://www.darulkautsar.com/).

Wanita, sebagai manusia, telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang lemah, yang perlu dibimbing dan dilindungi. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas harian, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana fitrah manusiawi seorang wanita. Sudahlah lemah, jalan fikirnya juga sangatlah mendalam serta panjang sekali, berkelok-kelok (baca: complicated), dan seringkali juga setiap tindak tanduknya dikuasai oleh emosi yang kadangkala tidak stabil. Selamilah lubuk jiwa wanita, bertolak ansur dan berlapang dada dalam menyelesaikan konflik, berlemah lembut lah dengan wanita sesuai dengan lemah lembut nya sifat seorang wanita, didiklah wanita sesuai jiwanya sebagai wanita, jangan sesekali mendidik atau membetulkan wanita dengan cara didikan yang sama untuk lelaki yang kuat dan keras, sekalipun seorang isteri nusyuz terhadap suaminya, Islam tetap memberi "guidelines" kepada si suami untuk mendidik, sedangkan untuk memukul seorang isteri yang nusyuz juga mempunyai syarat-syarat pukulan yang digariskan syariat. Bersabarlah terhadap kebengkokan akhlak para wanita dan lemahnya akal mereka. Janganlah membenci tanpa sebab dan janganlah terlalu mengharapkan mereka agar terus 'lurus' semaunya.

Ibnu Kathir rahimahullahu berkata ketika menyebut ayat di bawah ini:

"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka"[4:34]

Ayat ini menerangkan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada wanita, iaitu dia sebagai pemimpin, pembesar dan penguasa serta pendidik bagi mereka, ketika terjadi kebengkokan pada wanita itu. Kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberikan keutamaan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita) iaitu karena laki-laki lebih utama dari wanita dan lebih baik. Karena itulah kenabian dikhususkan kepada kaum laki-laki. Demikian pula kekuasaan yang agung berdasarkan hadith Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam: "Tidak akan beruntung suatu kaum manakala menyerahkan urusan kepemerintahannya kepada seorang wanita." (HR. Al-Bukhari) [Ustadz Abu Ubaidah Syafruddin, Berita Kenabian Atas Kepemimpinan Wanita, http://www.salafy.or.id].

Dalam surah an-Nisa' juga terkandung banyak peringatan agar lelaki/suami berlaku baik dan bersabar terhadap kekurangan/kelemahan isterinya, serta suruhan untuk menggauli isteri dengan cara yang sepantasnya.

"Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para istri) secara patut." (An-Nisa`: 19)

"Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah karena mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisa`: 19)

Mudah-mudahan lelaki yang banyak bersabar atas sikap para wanita, dikurniakan ganjaran dan rezeki oleh Allah SWT. Maafkan kami atas segala kekurangan dan kelemahan, maafkan kami kerana tidak mampu sekuat isteri para nabi dan para sahabiah dalam berjuang, apa yang kami pinta, bimbinglah kami agar kami dapat melangkah dengan keyakinan dan semangat kuat di jalan istiqamah, agar kami dapat menjadi insan solehah dalam perilaku dan pemikiran, agar keimanan dan ketaqwaan kami sentiasa dipelihara.

-Dedikasi khas buat sahabat seperjuangan, sebarang kesilapan harap dibetulkan-


CINTA RASUL? IKUTLAH SUNNAH..  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in


ISLAM=SUNNAH, SUNNAH=ISLAM?

Apakah itu sunnah?

  • Dari sudut istilah, sunnah bermaksud JALAN atau PERJALANAN HIDUP.

    (Ustadz Muhammad Umar As Sewed, Wajibnya Mentaati Rasulullah SAW, http://www.salafy.or.id/).

  • Dari sudut syari'at, sunnah membawa maksud segala sesuatu yang bersumber dari Nabi SAW dalam bentuk qaul (ucapan), fi'il (perbuatan), taqrir (penetapan), sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan dengannya sebagai tasyri (pensyariatan) bagi ummat Islam.

    (Qawaa'idut Tahdits (hal. 62), Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, Ushul Hadits, Dr. Muhammad 'Ajjaj al-Khathib, cet. IV Darul Fikr 1401 H, Taisir Muthalahil Hadits (hal. 15), Dr. Mahmud ath-Thahhan, dalam Pengertian Sunnah Menurut Syari'at, Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas http://www.almanhaj.or.id/).

"Sunnah Rasulullah SAW terbahagi kepada dua kategori, yang pertama ialah apa yang membentuk hukum syariat seperti solat, puasa, pelaksanaan hukum jenayah dan sebagainya. Yang kedua ialah apa yang tidak membentuk hukum syariat terdiri daripada tingkah laku kebiasaan baginda sebagai manusia biasa seperti cara makan, cara berjalan dan sebagainya. Sunnah kategori kedua ini tidak wajib hukumya, hanya dianjurkan mengikutinya sebagai bukti kasih sayang kita kepada baginda yang merupakan sebaik-baik contoh teladan." (Hafiz Firdaus Abdullah, Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam, 2004, Jahabersa, hal.89)

Sunnah yang dibincangkan dalam penulisan ini ialah sunnah kategori pertama.

Mentaati Sunnah: Perlu atau Tidak?


Saya masih ingat, sejak berada di bangku sekolah rendah, ketika diajarkan kepada kami Pendidikan Agama Islam, ustazah sering melontarkan satu soalan kepada saya dan kawan-kawan, "Kamu semua sayang pada Nabi Muhammad SAW tak..?" Semua menjawab "Ya" secara beramai-ramai, mengaku dan mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Namun, pada hakikatnya, pada ketika itu, saya sendiri tidak dapat merasakan perasaan sayang bagaimanakah yang saya akui itu? Dan saya sendiri tidak tahu apakah terbukti saya benar-benar mencintai Rasulullah SAW, apa yang saya tahu, Nabi Muhammad adalah seorang nabi, manusia, lelaki istimewa yang sangat baik dan terpuji serta besar sumbangannya terhadap agama. Saya mengaku cinta dan sayang pada Nabi tetapi sangat kurang kesedaran tentang sunnah/hadis, malah mengenalnya juga hanya melalui jalan cerita sejarah yang tertulis di textbook sekolah. Saya tidak pernah tahu ketika itu samaada ibadat-ibadat yang saya lakukan itu benar-benar berasal dari Rasulullah SAW atau tidak, walaupun saya punya niat dan ikhlas dan disertai pula dengan semangat yang berkobar-kobar, saya tidak pernah merasa penting untuk memeriksa atau untuk tahu asal-usul semua itu, saya hanya mengikuti apa yang dilakukan oleh orang ramai di sekeliling saya yang saya rasakan ianya baik, saya hanya bertaqlid buta pada mereka yang ada label 'agamis', dan mengikut apa sahaja ajaran yang di'perturun'kan kepada saya..Itu dahulu. Dan saya yakin, sekarang, masih ramai yang mengaku cinta pada Rasul tetapi merasa asing dengan apa yang diajarkan oleh baginda, ajaran baginda ditinggalkan, larangan baginda itulah yang dijunjung, jauh sekali untuk mencerminkan identity hidup sebagai seorang yang beragama Islam. Dusta belaka…

Berbalik kepada persoalan di atas, adakah kita perlu mentaati sunnah? Jawapannya, setiap umat Islam bukan sahaja perlu mentaati sunnah, bahkan kita dituntut dan diperintahkan untuk mentaati Rasulullah SAW serta sunnahnya. Berikut ini merupakan beberapa dalil yang membuktikan tuntutan tersebut dan setiap orang Islam perlulah mengambil perhatian atas suruhan ini.

"…Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah…". (al-Hasyr: 7) – Allah mewajibkan kita mentaati perintah Rasulullah SAW dan meninggalkan larangan serta tegahannya.

"…Dan kami turunkan az-Zikr (al-Quran) kepadamu (Muhammad) agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka…". (an-Nahlu:44)

Kedua-dua ayat di atas membuktikan Nabi Muhammad SAW telah diberikan autoriti oleh Allah SWT untuk menggubal atau melaksanakan syariat agama.

Mentaati Rasul bererti mentaati Allah SWT, sebaliknya, jika kita mengingkari Rasulullah SAW bererti kita ingkar pada suruhan Allah SWT. Dasarnya ialah firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat ke-80 ini:

"Barangsiapa yang menta'ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta'ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari keta'atan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka." (an-Nisa': 80)

Ketahuilah bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan satu ketaatan yang mutlak mengatasi yang lainnya, manakala ketaatan kepada pemerintah ialah selagimana mereka melakukan perbuatan yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Ketaatan kepada Allah dan Rasul mempunyai hubungan yang rapat dengan keimanan seseorang. Dasarnya ialah..

"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kalian. Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya (an-Nisa': 59)

Katakanlah: "Ta'atlah kepada Allah dan ta'atlah kepada rasul...." (an-Nuur: 54)

Katakanlah: "Jika
kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.
ِِِDan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali Imran: 31) – bukti cinta kepada Allah ialah dengan mengikutiNya serta mengikuti apa yang diturunkan olehNya,

Sabda Nabi SAW… "Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang pada sunnahku dan sunnah khulafa' ar-rasyidin al-mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Jauhilah kamu perkara yag diada-adakan dalam agama kerana setiap yang diada-adakan itu bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat"

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Tirmizi sebagai hasan sahih, diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibnu Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan "hadis ini sahih") dalam Bid'ah Hasanah: Istilah yang Disalahfahami, Dr.Asri Zainul Abidin, hal. 21, Jahabersa, 2005)

Mengikuti Sunnah: Apa Kepentingannya??


Ya, terkadang kesibukan mengejar kehidupan duniawi seperti pangkat, darjat, harta, nama, kedudukan, kemewahan, cita-cita dan cinta manusia telah mengaburi mata kita daripada menyedari akan hakikat peri pentingnya mengikuti sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa kelebihan mengikuti sunnah Rasulullah SAW sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam beberapa firmanNya:

  1. Ganjaran syurga.

    "..Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah KEJAYAAN yang AMAT BESAR" [al-Nisa':13]

  2. Dapat bergembira bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada, dan Salihin di dalam syurga.

    "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka mereka akan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang siddiqin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman (kepada orang yang taat)" (al-Nisa':69)

  3. Seseorang itu akan beroleh keampunan Allah SWT.

    "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosakamu". Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Ali-Imran: 31)

  4. Seseorang itu akan beroleh hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT

    "..Dan jika kamu ta'at kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk..." (an-Nuur: 54)

  5. Seseorang itu akan beroleh kejayaan dan kemenangan yang hakiki

    "Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata "KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT"; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan.

    Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah maka merekalah orang yang beroleh kemenangan" (an-Nuur: 51-52)

Tiada janji yang lebih benar melainkan janji Allah dan apakah yang kita mahukan lagi selain daripada nikmat-nikmat yang dijanjikan di atas?

Penjelasan ini mungkin sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan sesetengah orang tentang apa kepentingan menegakkan sunnah dan membanteras bid'ah serta segala bentuk pemikiran songsang (Islam Liberal, Golongan Anti Hadis, Tarekat yang Sesat, Syiah), apa kepentingan menghayati sifat ibadat nabi SAW, dan apa kepentingan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar serta memelihara ketulenan fakta…

Ancaman Keras Bagi Penolak Sunnah


  • Pengingkar sunnah berada dalam kesesatan yang nyata

    "Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan- apabila Allah dan Rasul Nya menetapkan keputusan melalui satu perkara- (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas dan nyata". (Al-Ahzab:36)

  • Amalan mereka menjadi batal

    "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kalian merusak (pahala) amal-amalmu." (Muhammad: 33)

  • Bala bencana dan azab seksa

    "…..Oleh itu hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Muhammad), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya" (al-Nur: 63)

  • Balasan api neraka bagi mereka yang enggan bertaubat

    "Dan sesiapa yang menentang ajaran Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikuti jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan), yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) kami akan memasukkanya ke dalam neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali" (al-Nisa': 115).


Rumusan


Kalau anda lihat di sebelah kanan atas blog saya ini terdapat satu banner "Cinta Rasul? Ikutlah Sunnah.." (credit to Bro Masri). Demikianlah tujuan artikel ini ditulis, untuk berkempen ke arah penghayatan sunnah dan mengikuti ajaran Nabi kepada orang ramai, tiada yang lebih utama melainkan mengikuti jalan ini, sangat rugilah mereka yang menolak untuk mengikutinya, di dunia dan akhirat.

Kenapa saya berkempen ke arah hal ini? Mengapa tidak saya mengambil saja kesempatan menulis di blog ini untuk kempen parti politik di Malaysia mahupun di sini (hari ini cuti pemilihan umum) atau perlantikan YDP PKPMI yang baru sebagai tanda saya mengikuti arus perdana?

Kempen ke arah penghayatan Al-Quran dan As Sunnah tidak perlu mengenal waktu, ia harus diperjuangkan secara berterusan, lebih-lebih lagi apabila melihat realiti umat Islam pada masa kini yang sudah tidak mengenal agama ini, kehidupan jauh terpisah daripada Al-Quran dan As-sunnah, anak-anak muda sudah tiada minat dalam mendalami ilmu agama kerana merasa susah dan mereka terlibat pula dalam gejala sosial, wujud pula golongan-golongan pelampau yang menyeleweng kedua-dua sumber agung Islam ini, wajah Islam terus dihodohkan dengan pelbagai campurtangan manusia yang tidak berautoriti dalam menggubal amal ibadat, generasi kini jauh berbeza dengan generasi awal, kita sudah tidak mengenal sunnah, kita sudah tidak mengenal Islam yang sebenar, yang tulen, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Dan apabila bangkit golongan yang memperjuangkan sunnah ini dan menyeru umat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, yang berusaha memelihara Islam dengan bersungguh-sungguh sebagaimana asalnya, mereka dituduh sebagai penyebab pecahbelah umat, mereka dilontarkan dengan pelbagai cemuhan dan dilabelkan dengan pelbagai jenama, malah difitnah dengan fitnah yang tak berasas..Mereka dilihat asing lagi ganjil di tengah-tengah masyarakat…

"Sesungguhnya pada awalnya Islam itu asing, dan akan kembali asing seperti awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang asing." (HR. Muslim)

Dunia lebih dicintai daripada perjuangan membela Islam dan kecintaan kepada Allah dan Rasul..

"Tidaklah beriman seseorang di antara kalian, hingga aku lebih dicintai olehnya dari pada bapak-bapaknya, anak-anaknya dan manusia keseluruhannya." (Muttafaq 'alaihi)

Belajarlah, dan jangan berhenti atau jemu menuntut ilmu, sertailah majlis-majlis ilmu, ta'lim dan tarbiyah yang menitikberatkan persoalan Al-Quran dan As-Sunnah, banyakkan membaca buku-buku dan kitab2 yang berada di atas manhaj ini, kenallah Allah, kenallah Rasul, kerana kalau tak kenal memang tak ada cinta…Mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu adalah satu kewajipan untuk setiap yang mengaku dirinya beragama Islam. Berusahalah seiring dengan kemampuan diri dalam mengamalkan sunnah Nabi dan setialah kepada pengikut-pengikut sunnah Nabi. Tulisan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa melainkan kepada diri sendiri supaya saya sentiasa menginsafi kelemahan diri yang terkadang lalai dalam mengamalkan seluruh perintah baginda dan menjauhi larangannya.


Saya akhiri posting saya kali ini dengan mengajak diri sendiri serta para pembaca sekalian untuk merenung ayat Allah ini:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (al-Ahzab: 21)

Wallahu'alam.

Hak Suami Atas Isteri 14 - Selalu Berusaha Membahagiakannya  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Antara hak suami atas isteri ialah selalu berusaha untuk membahagiakannya dan tidak jemu mendampingi seluruh hidupnya. Bersamanya ketika susah mahupun senang, sihat ataupun sakit, bermasaalah atau tidak bermasalah, kerana sudah sifat lelaki sememangnya memerlukan belaian sang isteri. Dengan layanan2 isteri tersebut, sudah pasti dapat membahagiakan suami, memang tidak mudah untuk seseorang wanita berlaku konsisten apatah lagi sesudah melahirkan anak dan komitmennya bertambah, tetapi sekurang-kurangnya berusahalah sedaya mungkin, demi mencari keredhaan Allah SWT dan memelihara keharmonian rumahtangga.

Janganlah seorang isteri meminta cerai dengan sebab yang tidak jelas. Rasulullah SAW bersabda, " Siapapun isteri yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab yang jelas, maka haram baginya bau syurga," [HR At-Tirmidzi].
"Wanita yang meminta cerai suaminya tanpa sebab adalah wanita munafiq."[HR At-Tirmidzi].
Saya mengajak para muslimah sekalian dan menasihatkan diri saya juga (utk masa hadapan) supaya sentiasa berusaha untuk menunaikan hak-hak yang disebutkan sebelum ini dengan baik . Sekiranya suami melakukan kekurangan, maklumkanlah kepadanya kekurangan yang dilakukan ketika memberikan hak2 wanita sebagai isteri dan berkonsultasilah tanpa perlu melibatkan pihak luar. Hal ini insyaAllah dapat menjamin kasih sayang yang berterusan sehingga dapat melahirkan masyarakat yang baik.

Hak Suami Atas Isteri 13 - Menyimpan Rahsia Peribadi dan Rumahtangganya  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Isteri tidak boleh sesekali menyatakan rahsia peribadi dia dan suaminya serta rumahtangga nya kepada orang ramai.

Dan di antara rahsia besar yang seringkali dipandang enteng oleh isteri ialah masalah berkaitan dengan ranjang dan adengan suami isteri yang dilakukan di situ.
Nabi Muhammad SAW mengancam keras perbuatan itu:

Diriwayatkan dari Asma' Binti Yazid...Waktu itu ia beserta para pria dan wanita lainnya sedang duduk di sekitar Rasulullah SAW. Baginda bersabda, "Barangkali ada seorang lelaki di antara kalian yang menceritakan apa yang diperbuatnya bersama isterinya. Dan barangkali ada juga wanita yang menceritakan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?". Semua orang terdiam.
Asma' lantas berkata "Benar, demi Allah, wahai Rasulullah.. Para wanita itu menceritakannya dan para pria pun menceritakannya." Beliau pun berpesan, "Jangan kalian lakukan hal itu. Sebab, perbuatan itu layaknya setan lelaki yang bertemu dengan setan perempuan di tengah jalan kemudian menyetubuhinya sedangkan orang-orang melihat mereka berdua," sahih[Aadaabuz Zifaaf no.72].

Hak Suami Atas Isteri 12 - Tidak Menghalangi Suami Ketika Berhasrat Kepadanya.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila suami meminta isterinya ke tempat tidur, tapi dia tidak memenuhinya sehingga malam itu ia murka, maka malaikat melaknat si isteri hingga pagi tiba" [Muttafaq 'alaih]

Baginda juga bersabda, "Jika suami memanggil isterinya untuk menunaikan hajat biologisnya, maka hendaklah si isteri menyambutnya sekalipun saat itu sedang memasak," [HR At-Tirmidzi]
Bersambung.

Hak Suami Atas Isteri 11- Memelihara Hubungan Baik dengan Orang Tua dan Keluarga Suami.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Termasuk satu kebaikan isteri terhadap suami apabila ia berusaha untuk mempergauli kedua orang tua suaminya serta keluarga suaminya dengan baik.

Isteri yang tidak berbuat baik kepada kedua orang tua dan familinya belum bisa diakatakan berbakti kepada suami.
Oleh itu, hendaklah memelihara maruah dan imej suami dengan melaksanakan hak di atas, kerana hal ini akan lebih merapatkan lagi hubungan sesama menantu-mertua dan menambahkan kasih si ibu kepada anaknya. Hal ini dapat membantu suaminya untuk berkhidmat dan berbuat baik kepada orang tuanya sekalipun telah berumahtangga.

Hak Suami Atas Isteri 10 - Mendidik Anak-Anak Dengan Baik  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Termasuk hak suami kepada isteri adalah mendidik anak-anak dengan baik dan penuh kesabaran serta tidak memarahi mereka di hadapan suami. Tidak boleh mendoakan keburukan bagi mereka dan janganlah mencela anak-anak dengan celaan.

Mendoakan keburukan dan mencela anak itu bukan sahaja akan menyakitkan hati anaknya, malah akan menyakiti suaminya. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, kecuali isterinya dari Khuril 'Iin berkata, "Jangan kau sakiti dia, atau Allah akan membinasakan mu. Dia hanya sementara sahaja bersamamu dan hampir saja ia mennggalkanmu menuju kami." [HR At Tirmidzi].
Mendidik anak sudah tentu satu tanggungjawab yang sangat besar dan menguji kesabaran yang terlalu tinggi, terkadang seorang ibu memang tidak bisa menahan marah dengan kenakalan anak-anaknya dan bermacam ragam serta rengekan anak-anak. Namun kemarahan tersebut perlulah dikawal supaya tidak melmpaui batas sehingga menyakitkan, dan para suami juga haruslah membantu meringankan beban isteri yang fikirannya selalu tertumpu kepada anak-anak. Sekurang-kurangnya, apabila dibantu suami dan sering dinasihatkan, si isteri akan secara tidak langsung berasa tenang dan dapat mengawal kemarahannya. Tidak dinafikan, ibu lah yang lebih memainkan peranan untuk dekat untuk mendidik anak-anak dengan baik, selain daripada diperlukan kelembutan kasih sayang dan belaian seorang ibu, perancangan didikan yang rapi juga diperlukan bersama suami, tentukanlah hala tuju pendidikan anak-anak, dan seorang isteri perlulah tugas dan amanah nya dengan baik sebagaimana yang diharapkan suaminya sebagai ketua keluarga.