Apa Kata Dunia?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in


Barbaric Israel kills Protesters in Gaza Flotilla

Malaysia Condemns Israeli Raid on Gaza Aid Flotilla (kata2 pedas Dr M untuk Barbaric Israel dan sekutunya)

Indonesia Condemns Israeli Attack On Humanitarian Volunteers

Demo held over Gaza flotilla Attack

Global Condemnation of Israeli raid

Qunut Nazilah buat Lifeline 4 Gaza
Jiwa perjuangan, jiwa pengorbanan, jiwa kemanusiaan, gentar menghadapi jiwa kehewanan. Doa untuk mereka. Di manakah kita..

Melayu, Islam, Malaysia.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Tiga perkataan di atas begitu sinonim: MELAYU, ISLAM, MALAYSIA. Perhatikan induksi-induksi berikut:
- Islam merupakan agama rasmi Malaysia
- Islam merupakan agama yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia
- Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia

Deduksi:
- Kebanyakan penganut agama Islam di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu

Hakikatnya, Melayu itu bangsa, Malaysia itu negara, dan Islam itu adalah agama- 3 perkara berbeza.

Bangsa Melayu.
Saya masih ingat sewaktu sahabat saya menyertai BTN dalam rangka memenuhi syarat sebagai pelajar luar negara, mereka diajarkan bahawa seseorang itu dikatakan Melayu apabila:-
- bertutur dalam bahasa Melayu
- mengamalkan adat resam orang Melayu
- berketurunan Melayu dan menganut agama Islam
Kami hanya tertawa kecil pada waktu itu, kerana kami berfikir, adakah semua Melayu itu Islam dan adakah semua Islam itu Melayu, kenyataan ketiga itu menunjukkan seolah-olah Islam eksklusif untuk Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu yang bertutur dalam bahasa Inggeris? hehe. Melayu boleh.

Negara Malaysia.
Yang sinonim dengan Malaysia itu bagi saya ialah Islam,Tun Dr Mahathir, Kuala Lumpur, multi racial. Sebetulnya, saya amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Hal ini saya sedari apabila saya ditempatkan di sebuah negara yang tidak jauh dari Malaysia, iaitu Indonesia. Jiran sebelah, satu rumpun. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari negara ini. 3K tergambar di kepala saya bila nama Indonesia disebut: Kemiskinan, Korupsi, Kreatif. Ya, kemiskinan jelas tergambar bila di pinggir-pinggir jalan dapat kita temui pengemis jalanan wujud di mana saja tak kira usia. Ramai yang tidak bersekolah. Kemiskinan juga menyebabkan pembiayaan untuk pendidikan anak bangsa terbatas, pemerintah tidak mampu membiayai kajian ilmiah daripada produk-produk yang berinisiatif. Korupsi menyebabkan yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin, dari peringkat bawahan hingga orang atasan- semuanya mahu 'upah'. Sistem telah bertukar menjadi kapitalis dan money oriented. Kemiskinan menyebabkan mereka kreatif, berusaha mempelbagaikan cara memperoleh wang, tanpa rasa malu atau segan. Mereka begitu rajin. Kadang-kadang ada juga yang kreatif melakukan penipuan. Hidup mereka sempit dan sesak, hal inilah yang menjadikan bangsa mereka cukup sensitif walau dicuit sedikit, maka tidak hairanlah kenapa isu negara ini dan negara kita bangkit sejak akhir-akhir ini. Indonesia banyak mengajar saya untuk bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang sangat memperhatikan rakyatnya. Saya sangat berharap Malaysia dapat lebih baik daripada ini pada masa akan datang, segala unsur-unsur yang menyebabkan keruntuhan negara perlu dibendung dari hari ini. Masalah keruntuhan moral, masalah rasuah, masalah politik dan kempimpinan dan lain-lain lagi merupakan musuh dalam negara. Dan saya, akan memainkan peranan saya dalam bidang kesihatan oral, insyaAllah. Nampak macam sepele, tapi sebesar-besar masalah boleh berpunca daripada hanya sebatang gigi yang sakit.


-tbc-

Islam dan Peranan Pelajar Islam dalam Memastikan Melayu dan Malaysia terus Unggul. Adakah dengan menganjurkan majlis tari menari dan malam penghayatan tradisi Melayu?




Kemiskinan Tidak Pernah Menghalalkan Judi.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu BERJAYA.” [al-Maidah 5:90]


"Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” [al-Baqarah 2:219].


Titik. Bila Allah SWT kata HARAM, hukumnya HARAM. Bila Allah SWT kata WAJIB, hukumnya WAJIB. Andai disenaraikan kesan buruk judi kepada individu dan masyarakat mengikut logik akal juga semua manusia mengaku: JUDI bertentangan dengan norma masyarakat. It's a simple calculation.

Pengajaran dari ayat di atas,
1. Salah satu tips untuk menjadi individu yang berjaya ialah menjauhi arak, judi, dosa syirik dan menilik nasib (seperti menilik masa depan berdasarkan tarikh lahir yang sibuk dipromosikan di Malaysia sejak akhir-akhir ini), semua kemungkaran yang berasal dari syaitan.
2. Apapun alasan kita: samaada judi memberi pulangan menguntungkan atau membantu ekonomi dari banyak sudut, akibat buruk daripada kegiatan judi itu jauh lebih besar peratusnya daripada faedah yang diperoleh. Maka, yang haram tetap haram, walau apapun alasan kita, matlamat takkan pernah menghalalkan cara. Walau sejauh mana pun pandangan kita, ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Mengetahui, pengetahuannya lebih luas meliputi langit dan bumi.

Cukuplah 2 ayat tersebut, sehingga dapat difahami oleh anak-anak SD (sekolah dasar) bahawa: Judi itu tak baik.

Bagi umat Islam, tugas kita bila mendengar ayat-ayat Allah SWT ialah: we hear and we obey. Titik, dan tidak ada sekutu bagiNya, tiada tolak ansur, maka tiada lagi alasan untuk berdolak dalih.

Kesimpulan: Apa sahaja bentuk perjudian hukumnya adalah haram dan apa sahaja laluan yang dibuka untuk perjudian perlu dibanteras dan dibasmi sehingga ke akar umbi, --->Malaysia bebas Judi 2010.


Muhasabah: Apabila Kita Dikritik..  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in



Pabila kesalahanmu ditegur dan engkau dikritik...

Jangan bermuram durja wahai sahabat, jangan rasa terkilan atau rasa terpukul.. Jangan pula kau tegar dengan pendirianmu jika kau memang benar tersilap, seolah kau menegakkan benang yang basah, dan jangan kau agungkan egomu dengan menolak nasihat dari mereka yang darjatnya lebih rendah daripada mu.

Siapa Yang Menegur?

Siapa dia? Emak? Pensyarah? Teman serumah? Suami? Isteri? Rakan sekerja? Anak? Saudara kita? Boss? Majikan? Murid? Orang yang tak dikenali? Orang yang kita hormati? Orang yang strata nya di bawah kita? Siapa dia nak tegur aku?

Tanpa mengira siapa yang menegur kita, yang penting kita faham: APA yang ditegur? [faham di sini bereti kita bukan sekadar tahu apa yang ditegur, tapi kita tahu kenapa kita ditegur sedemikian rupa]. Justeru kita akan tahu di mana salah silap kita, dapat kita kaji apa kesalahan kita selama ini yang kurang kita sedari. Tidak bererti kita harus pasrah dengan menerima bulat-bulat apa yang ditegurnya, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengimbangi "the pros and cons" tindak tanduk kita itu, kalau banyak manfaatnya-kita teruskan sambil menjelaskan prinsip kita kepada yang menegur, kalau ternyata perbuatan kita kurang mendatangkan faedah- kita akur dan cukuplah kesekian kalinya kita melakukan hal-hal yang tak wajar kita lakukan.

Jangan kita menolak teguran seseorang hanya kerana kita memandang rendah kepada si dia, mungkin dia majikan kita, atau junior kita, atau lebih bodoh/jahil daripada kita. Jangan pula kita terlalu ego sehingga merasakan semua yang kita buat adalah baik dan benar, sehingga kita pantang ditegur. Atau kita merasakan pendapat kita sahaja yang bagus dan mantap sehingga sukar menerima teguran orang lain.

Ingat, yang penting ialah: APA YANG DITEGUR, BUKAN SIAPA YANG MENEGUR. Justeru, hati lebih tenang dan adil dalam membuat penilaian.

Reaksi Kita Dalam Menerima Teguran dan Kritikan.

1. Bertenang.

Tarik nafas, bertenang seketika (walaupun hati agak panas dan pedih), cuba bersangka baik, elakkan prasangka negatif (contohnya: A menegur B, B menganggap bahawa A menegurnya kerana A cemburu atau benci, padahal A mungkin saja ikhlas menegur B kerana dia sayang dan prihatin terhadap B). Ketenangan merupakan saat yang sangat sesuai untuk berfikir dengan waras. Justeru, anda adil dalam membuat pertimbangan serta tindakan dan anda boleh menerima teguran/kritikan dengan hati yang terbuka.

2. Bermuhasabah.

Silakan bersedih untuk beberapa saat/minit, kerana setiap manusia mempunyai perasaan dan berhak untuk bersedih. Tapi jangan lama-lama. Bersedih dan menangis takkan dapat mengubah apa-apa, pengecualian kepada orang perempuan, menangis boleh meredakan perasaan. Walaubagaimanapun terlalu melayan perasaan juga adalah satu kegiatan yang kurang sihat untuk kaum Hawa kerana ia yang agak membuang masa dan tenaga fikiran.
Lebih baik kita ambil beberapa saat hingga beberapa hari untuk bermuhasabah mengkaji kelemahan diri dan membuat perancangan bagaimana kita mahu mengubahnya, berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik sementara usia kita masih muda, bila usia dah menjelang senja, dapat kita perhatikan bahawa manusia seringkali menolak untuk berubah atau menerima perubahan, itulah kelaziman manusia, lebih-lebih lagi bila diri tidak pernah bersedia untuk berubah.
Itulah gunanya kritikan dan teguran, tujuannya supaya kita sentiasa memajukandiri, bukan menyatakan kelemahan diri.

3. Sabar dan Tidak Marah.

Andai anda dikritik/ditegur, janganlah terus melenting atau marah. Perasaan marah akan memburukkan lagi keadaan kerana boleh jadi, anda akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir terlebih dahulu, hal itu menampakkan lagi sifat yang kurang bijak dan kurang matang nya seseorang itu. Lebih baik anda diam seketika atau berundur seketika untuk mencari ketenangan. Ingat bahawa setiap daripada kita lemah dan pasti ada salah diri kita di mana-mana yang tidak kita sedari. Marah juga satu emosi yang kurang sihat. Sejukkan hati anda dengan mendekatkan diri dengan Allah Subhanawata'ala, berdoa, sabar dan solat (seperti entry sebelum ini).
Ingat, kawal MARAH anda!

4. Tidak putus asa

Jangan sesekali cuba berputus asa, walaupun usaha serta penat lelah kita terasa tidak dihargai. Sebenarnya kita telah berhasil, sebab itulah kita mendapat kritikan. Sekiranya tidak ada orang yang mengkritik, maka wujud dua kemungkinan. Pertama, mungkin kita sudah benar-benar bagus atau yang Kedua, mungkin saja orang tidak mempedulikan kita.
Sentiasa tanamkan dalam fikiran kita bahawa kita MAMPU berubah ke arah yang lebih baik. Jadikan kisah pelacur yang akhirnya mendapat tempat di syurga kerana memberi minum kepada anjing itu sebagai satu kisah motivasi untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Jangan hanya pasrah menganggap "memang aku sudah ditakdirkan begini dan punya kekurangan begini, tegur macammanapun aku takkan berubah, aku tak dapat nak buat apa-apa".
Maka, jadikan KRITIKAN SEBAGAI ALAT UNTUK MENGASAH GERGAJI ANDA, bukan menumpulkannya.

5. Bertemu dengan Orang yang Menegur.

Pertemuan dapat merapatkan hubungan. Apabila kita melihat wajah saudara kita, atau mendengar suaranya, sekaligus kita akan dapat memadamkan segala buruk sangka yang bermain di kepala, kita akan lebih mengenalnya dengan lebih dekat. Apatah lagi apabila kita berbual mesra tentang satu topik yang diminati dan bersentuhan dengannya. Janganlah kita menjauh atau merajuk apabila kita ditegur/dikritik, ia takkan menyelesaikan masalah. Bersua muka, bincangkan secara baik apa yang kita kurang setuju dengannya dan apa yang kita setujui, saling bertukar pandangan dan sentiasa terbuka.

6. Berterima kasih kepada yang Menegur

Ucapkan terima kasih kerana dia sudah menegur kita. Bukan semua orang mampu menegur orang lain, banyaknya di antara kita yang sedar sahabatnya melakukan kesalahan tetapi hanya membiarkan sahabatnya itu terus menerus melakukan salah yang sama. Hargailah orang yang telah menegur kita, itu bererti dia sangat memberi perhatian dan peduli tentang diri kita. Bahkan, dia sangat sayangkan kita.

Buat Yang Menegur..

Adalah lebih baik jika kita dapat menegur seseorang secara rahsia (personal) tanpa mengkritiknya di hadapan orang lain sehingga menjatuhkan aib nya. Tapi, adakalanya kritikan terbuka juga perlu bagi membina peribadi diri yang kuat. Tegur dengan lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang, boleh juga bersikap tegas bila perlu, jadi amatlah penting bagi penegur mengobservasi terlebih dahulu personaliti orang yang akan ditegurnya. Jika si dia seorang yang degil dan susah menerima nasihat orang lain, maka sikap tegas itu PERLU ada pada waktu itu. Yang penting, janganlah kita cuba-cuba mencari atau mengintai kesalahan orang lain untuk ditegur.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri baik di alam maya mahupun di alam realiti.


Proaktif lah !!  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Kita terlalu banyak berkomentar, kita terlalu sensitif dalam mengenal pasti masalah/kesalahan dan terus melontarkannya menurut suara hati! Dan noktahnya, kita hanya menopang dagu sambil menanti-nanti orang lain memberi penyelesaian/solusi kepada masalah tersebut. [AMARAN: Hati-hati dengan kebiasaan buruk menopang dagu, boleh menyebabkan mandibular dislocation!].


Begitu kah seharusnya kita?


Saudara saudari ku yang dikasihi,

Adakah terlalu sulit untuk bertindak proaktif? Memiki
rkan resolusi yang positif atau inisiatif yang membangun dalam usaha memecahkan masalah? Terlalu sukar kah untuk kita lepaskan rantai besi yang mengikat diri kita daripada bebas merdeka tanpa bergantung kepada orang lain dalam membuat keputusan dan menentukan hala tuju hidup sendiri/mencapai satu matlamat yang sama? Terlalu sukar kah bagi kita untuk menyusun strategi dan menumpukan perhatian terhadap usaha - usaha sendirian berhad?

Sekarang bukan lagi waktunya untuk kita disuap, hapuskan budaya spoon feeding yang diajarkan di bangku sekolah pada zaman dahulu :), cukuplah dahulu ibu kita melakukannya untuk kita ketika dulu kita tidak mampu berdiri sendiri.


Proaktif lah, lakukan inisiatif sendiri, bukannya menunggu orang lain melakukannya untuk kita atau tunggu disuruh baru nak buat!