Terlupa pula..
gambar yang paling bawah tu adalah gambar aku dan seorang sahabat=housemate, gambar ni ditangkap pada Malam Tautan Hati anjuran PKPMI (Persatuan Pelajar Malaysia di Indonesia)..
Gambar yang bari second ni pulak, gambar aku bersama housemates pada hari pertama kami ke kuliyah di Uni Prof Dr Moestopo, kita baru masuk semester ke-2 sekarang (1st yr student). Nampak macam happy je kan dalam gambar tu?? Tapi hanya Allah je yang tau macammana perasaan kami time tu..sekarang, dah alhamdulillah~ =)
ASSALAMUALAIKUM lg..
Argghh..sepanjang 2 minggu ni banyak je exam..
Tapi aku suka pada konsep "take it ez mann.."
Selalu, after isya' (sini 7.15 pm), aku akan siap-siap untuk tidur, set la berapa jam tidur, kalau tak pasang jam loceng pon, memang biology clock aku sudah menentukan aku akan terjaga setelah 5 jam tidur..that's mean aku bangun memang awal pagi gila~time tahajjud, time kawan2 aku yg kaki stay up baru nak tidur..dulu, kalau bangun tidur time ni terus mengadap buku especially time exam, kalau tak exam selalunya tertidur balik (kwang100x), jadi 9 jam tidur, advantage nye, tak ngantuk dalam kelas and rasa fresh sepanjang hari, tak sakit badan..
Tapi, sekarang, ada tips dari Rasulullah SAW untuk elak mengantuk selepas bangun tidur time tahajjud tu ~ sapu muka utk hilangkn rasa ngantuk, baca doa bangun tidur, gosok gigi, wudhu, untuk lengkapkan malam yang hening~ tahajjud, witir, baca AQ, then boleh lah start kerja balik, nak sambung tidur pun ok, tapi kan dah 5 jam tidur, takkan la nak tidur lagi ~ orang lain study bertambah ilmu, kita???
Kejap lagi, jam 10.10 am ada quiz Microbiology, subjek kegemaran aku..hee...
Tapi, biasalah, aku tak dapat nak jauhkan diri aku dari internet menelusuri website2 yang bermanfaat untuk tambahkan imu pengetahuan~ cuma, internet bukannya satu2 nya jalan untuk dapatkan ilmu, diakui, banyak ilmu kontemporari yang dapat di access dengan mudah di hujung jari, tapi, aku sentiasa mengingatkan diri aku utk tidak bergantung kpd internet semata2, banyak lagi kitab2 yang perlu ditelaah.
Sebenarnya apa yang aku nak tulis?? hee...ilmiah la konon...
This week ta'lim cancel lagi :( , ada 1 kali lagi pertemuan untuk lengkapkan tajuk ta'lim dan 1 kali lagi kitorang akan buat sessi bedah buku :20 Persoalan Asas tentang Hadis karangan Us.Adlan...
Macam ada hal nak kena settle, tentang hubungan aku@ lebih tepat lagi, hubungan budak2 universiti aku dengan seseorang, aku doakan dia cepat lega demam, kesian, asyik sakit ja, kadang2 aku tak pernah fikir pasal kesehatan dia untuk request dia datang sini..dan dia asyik memikirkan untuk memenuhi request kitorang tapi kita tak pernah pulak fikir tentang diri dia dan akhawat2 yang dibawanya...rasa bersalah...
ok, sampai sini dulu, mungkin sukar difahami apa yang aku cuba sampaikan tapi tak mengapa, kalau tak da kena ngena ngan korang, tak payahlah susah2 pikir. Blog hanya tempat meluahkan perasaan yang tak terungkap secara verbal..
1 jam lagi nak subuh...
sekian dulu ya...
Assalamualaikum wbkth..
ni coretan aku yang pertama buat blog ke-2.
Blog pertama aku boleh dilawati di : http://www.dentistsupermuslim.blogs.friendster.com/
Besok aku nak exam 2 paper - Biokimia dan Histologi...
so, KIV dulu lah any post ya..sabar ya...
Aku nak pastikan blog kali ni lebih ilmiah dari blog aku sebelum ni..
dah2..makin lama aku depan laptop, makin banyak aku explore. Untuk pengetahuan semua, ni memang hobi aku. Tajuk post pertama ni diambil sempena prakata yang kawan aku bikin untuk makalah yang mereka buat sendiri buat julung kalinya, bahasa jadi berantakan. Mengingat pengalaman lucu itu, aku pon mengambil frasa ini : "Awal Mula Pertama Mula" ...Aku pon tak ngerti..haha...
Assalamualaikum wbkth