Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Antara Kelmarin dan Hari Ini  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

My juniors and my housemates

Akhowat2 yang terlibat sama dalam menjayakan program AKHI.

Moestoporian (sisters): Hani, Aizah, Ida, Pah, Wani, Kak Intan, Che Wan.

Acara: Antara Kelmarin dan Hari Ini
Tempat: TamanMini Indonesia Indah Jakarta Timur, Indonesia.
Hari: 6 p.m Sabtu-12 pm Ahad
Peserta: Pelajar Malaysia (Perubatan dan Pergigian) Universitas Prof Dr Moestopo, Universitas Kristen Krida Wacana, dan Universitas Trisakti batch 2005-2008.

Hmm..tidak banyak perkara yang boleh aku sampaikan melalui penulisan di blog dentistsupermuslim tentang acara yang aku 'join' pada hujung minggu ini..mungkin, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan bagaimana perasaan aku sekarang, aku cukup berpuas hati dengan ilmu baru yang aku peroleh, telah lama memendam hasrat untuk mendalami sejarah Islam berdasarkan fakta yang kukuh dan sahih, boleh jadi ini kuncinya.
Bangga..Kagum..Insaf..Sedar..terharu..malu..kecewa..kasihan..ilmu..semangat..dan ternyata, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah: TAJDID. Itulah kesimpulan yang dapat aku buat di penghujung program siang tadi.
Apa-apa sahaja masalah ummah, kembalilah kepada Islam sebenar, dan itulah antara usaha yang aku cuba lakukan, tak kuat bersendiri, ada teman-teman yang membantu, paling tak boleh lupakan, Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya yang menolong agama Allah SWT ini. Tu pun ciput je nak banding dengan susah payah pahit getir perjuangan Rasulullah SAW dan generasi terawal..nak2 menyeru dan berdakwah dekat masyarakat yang diselubungi karat jahiliyyah, Ya Allah..(speechless+sedih+terharu+bangga)..Para dae'i di luar sana seharusnya jadikan perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai inspirasi dan idola dalam setiap sudut kehidupan, aku sendiri tak dapat nak bayang macammana tegarnya baginda, kuatnya baginda berhadapan dengan masyarakat jahiliyyah yang tak tahu menahu sangat tentang Islam, tentang Tauhid, tentang ALLAH SWT, yang hidup mereka diselubungi dengan...(no word to describe, sorry). Malu pun ada..

Masih jauh langkah kaki, namun jauhkan lagi pandanganmu, sehingga ahirat yang sedang menanti. Siapa aku? Benarkah imanku? Bagaimana ekspidisi sejarah Tamadun Islam? dan bagaimana pula realiti umat Islam masa kini? Ke mana arah tuju aku dan apa solusi yang perlu aku lakukan?

So, lepas ni, nak diam jadi saksi je ke or nak mulakan langkah baru? Refresh dan update..Of course, bergerak memulakan langkah sebagai persediaan membina semula tamadun Islam yang gemilang, bermula daripada membetulkan diri sendiri, bina keluarga, didik masyarakat, kukuhkan negara, regenerate politik Islam, luaskan empayar.

**FAITH: Iman aku, bandingkan dengan iman para sahabat dan sahabiah, Sumayyah, Bilal etc..bagaimana iman aku? Adakah seutuh dan semantap iman mereka? Aku insaf, baru aku sedar siapa diri ini.

**Terima kasih kepada AJK2 program AKHI, brothers and sisters, participants, our speakers (saudara Naseem, Fikri dan Adli), tak lupa juga: my beloved housemates (Che Wan, Aizah,Pah,Ida), our super senior-Kak Intan and my 2008 juniors, thank you very much.

KMT meeting.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

~Membangun Bersama Arus Tajdid~



Bismillah
Assalamu'alaikum wbkth..Atas permintaan my twin, saya update kan blog ini secepatnya tentang aktiviti saya baru-baru ini, kebetulan saya ni orangnya suka berkongsi (sharing is caring, sharing is loving)..=)
Saya just nak berkongsi pengisian yang saya peroleh baru2 ni, disampaikan oleh SS Mufti Negeri Perlis, Dr Asri ZA.
  • Dewasa ini, timbul kesedaran beragama di kalangan masyarakat, mereka ingin mengamalkan dan menghayati agama Islam ini, tetapi nampaknya, agama Islam yang ditinggalkan kepada kita ini terdedah dengan pelbagai tafsiran yang berunsur fitnah walaupun Al-Quran yang ada sekarang ini telah dijamin oleh Allah SWT tetap terpelihara dan tak akan berubah isinya sejak 1,400 tahun yang lalu.
  • Selepas kewafatan Nabi SAW – banyak berlaku perselisihan agama, perbezaan tafsiran agama yang banyak. Apabila berlaku perselisihan, kembalilah kepada al-quran dan as-sunnah, sunnah Rasulullah SAW dan sunnah khulafa’ ar-rasyidiin.
  • Allah jamin al-Quran(sbg salah satu sumber Islam) akan terpelihara sampai bila-bila, tapi tak ada jaminan tafsiran terhadap al-quran akan dilakukan dengan betul @ benar oleh orang-orang yang menafsir al-quran (boleh jadi ada orang yang menyalahtafsirkan Al Quran).
  • Penyelesaiannya: Kita haruslah memahami AQ sebagaimana kefahaman generasi 3 generasi awal yang Allah beri jaminan:(sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in), kita hendaklah beriman dengan AQ sebagaimana assalafussoleh beriman dengannya, insyaAllah, kita akan mendapat petunjuk.
  • SUNNAH – tak ada jaminan akan kekalnya keasliannya, boleh jadi berlaku penyelewengan terhadap sunnah nabi oleh org2 tertentu. Sesiapa yang berbohong atas nama Nabi (menyandarkan sesuatu yang batil terhadap Baginda, e.g: buat hadis palsu):
    "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” [HR Bukhari &Muslim]
  • Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim).
  • Beruntung, lahirnya ulama-ulama hadith yang mempertahankan dan memelihara hadis-hadis yang sahih, sumber-sumber yang sahih lagi jelas.
  • Orang-orang yang bawa agama, ada yang menyeleweng, ada yang adil. Tetapi, orang-orang yang bawa agama yang terdiri dari mereka yang adil, amanah dan bertanggungjawab adalah mereka yang melakukan 3 tugas berikut:
    • Menafi, menghalang, membersihkan Islam dari penyelewengan orang-orang yang melampau
      • Orang-orang yang melampau ini adalah mereka yang menyeleweng, melampau dari had yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah, melebihi had dalam amal ibdat, contohnya golongan sufi dan tarekat yang tak base on AQ dan AS
      • Syaitan bekerja dengan 2 cara iaitu mendorong manusia untuk melebihi had dalam hal2 agama atau mencuaikan/melalaikan manusia sedangkan Islam di antara keduanya, di pertengahan dan bersifat sederhana.
    • Menentang dakwaan agama yang dilakukan oleh orang-orang yang batil atau ahli-ahli sesat
      • Contohnya, pemalsuan hadith Rasulullah SAW.
      • Contoh golongan yang terbabit adalah puak Syiah yang mencerca sahabat dan merekayasa fadhilat pelik2 tentang Saidina Ali
      • Contoh kedua adalah kaum yang menyandarkan diri pada kezuhudan yang melampau seperti ahli-ahli sufi (yang negative shj), yang merekacipta hadis2.
    • Menentang tafsiran yang salah terhadap agama yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil
      • E.g: Islam Liberal (yang menyamakan Islam dengan agama2 yang lain), Aminah Wadud yang menjadi imam solat Jumaat
  • Menyentuh persoalan tokok tambah dalam Islam, seperti raya puasa 6 dan bermacam-macam lagi dengan alasan ianya adalah bid'ah hasanah..Berapa ramai orang yang ingin berbuat baik tapi tidak menepatinya. Dimudahkan cerita, mengapa kita tidak mengikut apa yang Nabi SAW buat tanpa menokok tambah, kan lebih confirm dan lebih selamat jika nak dibandingkan dengan usaha membuat sesuatu ibadat yang kita sendiri sangsi asal-usulnya dari mana walaupun ianya baik, seperti juga Aminah Wadud, bukankah ia juga melakukan perkara yang baik iaitu menjadi imam solat, bukannya dia buat jahat pun kan?? fikir-fikirkan, bandingkanlah dengan amalan tambahan yang kita lakukan itu yang tak pernah dapat petunjuk daripada Nabi SAW, sekalipun kita merasakan ianya baik. Tokoh tambah seperti ini harus disekat, sekiranya dibiarkan, entah bagaimana lagi tokoh tambah yang akan dikembangkan dalam masa akan datang, sekaligus ia memberi gambaran yang hodoh sekali terhadap Islam, orang-orang bukan Islam akan memandang rendah terhadap Islam, maka Islam yang tulen, yang berasaskan ilmu AQ dan AS, harus diperjuangkan.
  • Begitulah, Islam yang datang dalam keadaan ganjil ketika di permulaannya, setelah berlaku pelbagai pencemaran dan mahu ditulenkan semula daripada pencemaran2 ini, ia nampak ganjil pula..
  • pengecualian diberi kepada perkara2 fiqh yang tak perlu dikeraskan, di mana masih wujud khilaf yang jelas di kalangan ulama' tentang beberapa perkara, maka kelonggaran harus diberic (jangan jatuh ke titik extreme).
  • Golongan2 yang melakukan kerja-kerja atau tugas-tugas di atas adalah mereka yang bergelar perwaris nabi SAW kerana usaha mereka memelihara dan menjaga ketulenan agama dengan adil dan amanah.
  • Ilmu ini akan dibawa oleh mereka yang amanah, membersihkan Islam daripada penyelewangan yang melampau, gerakan pembaharuan.proses kembali kepada ketulenan Islam yang sebenar inilah yang kita namakan ianya sebagai TAJDID.
  • Islam yang tulen ialah Islam yang matang, Islam yang memudahkan umatnya sebagaimana yang Allah SWT mahukan kita mudah dan tidak mahu menyulitkan atau memberi kesukaran kepada hamba-hambaNya. Kalau nak Islam canggih, canggihkan pemikiran dan pendekatan. Contoh isu yang berkaitan: Ibadat kepada pesakit-pesakit di hospital dan isu seputar interaksi dengan non-Muslim.
  • Beliau juga menyentuh tentang isu semasa di Malaysia, soal urusan penceraian, isu pengkid, tentang peranan institusi agama yang perlu dimatangkan, dan tentang fatwa baru Perlis yang baru diputuskan pada malam sebelum pertemuan, tentang anak luar nikah, NANTIKANNYA...
  • Terakhir, sambil beliau bercerita tentang pengalamannya dalam berdakwah, beliau menyentuh sedikit sebanyak tentang konsep tawakkal, bulat hati menyerahkan diri kepada Allah SWT sepenuhnya setelah berusaha, tentang doa, 2 elemen penting dalam hidup terutama saat menghasapi masalah, saya kira inilah pengisian yang paling menyentuh hati (yang lain2 tu dah biasa dengar..hehe). "Setiap masalah yang besar yang melanda akan nampak kecil di mata orang2 yang suka berdoa dan tawakkal, dengan syarat, hiduplah dengan AQ dan AS," -lebih kurang macam ni lah (quoted).
  • Di sini, saya sertakan link website minda mufti yang ada kena mengena dengan posting saya pada kali ini:-

TAJDID

FATWA TERBARU PERLIS