FITNAH  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

SABAR..SABAR...SABAR...

Perjuangan perlu diteruskan..Jangan gentar kepada sesiapa pun melainkan Allah SWT..

Badai ini adalah satu ketentuan buat kamu semua...Jadikan perjuangan Rasulullah SAW sebagai inspirasi..

Redhai...Hadapinya...Dah tak mampu nak kata apa lagi selain daripada SABAR...

**teringat kata2 dari salah sorg sahabat dlm 1 ruangan forum di suatu situs : Musuh dalam dakwah itu adalah diri kita sendiri

Hati Bersih Mampu Lihat Kebesaran Isra' Mikraj  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://www.bharian.com.my

“ATAP rumahku dibuka, saat itu aku berada di Makkah. (Malaikat) Jibrail turun dan membedah dadaku, kemudian mencucinya dengan air zamzam. Kemudian didatangkan sebuah bekas dibuat daripada emas yang berisi hikmah dan iman, lalu dituang ke dalam dadaku. Kemudian dadaku ditutup.”

Demikianlah diterangkan Rasulullah SAW seperti diriwayatkan al-Imam al-Bukhari. Peristiwa itu berlaku pada malam Israk dan Mikraj, seketika sebelum Baginda menaiki buraq untuk meluncur sekelip mata dari Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.

Timbul persoalan, mengapakah perlu dicuci hati Rasulullah SAW sebelum perjalanan itu? Ia adalah satu daripada beberapa rahsia yang boleh disingkap daripada peristiwa Israk dan Mikraj iaitu kelayakan perlu dimiliki hati sebelum dapat meraih keistimewaan bakal Allah berikan kepada tuannya.

Hanya hati yang bersih layak untuk diperlihatkan tanda kebesaran Allah ketika Israk dan Mikraj, manakala hati yang kotor, dicemari kuman kedengkian, buruk sangka, dendam, angkuh, ujub, riak dan sebagainya tidak layak untuk semua keistimewaan itu.

Maka, sesiapa yang menginginkan keistimewaan daripada Allah, hendaklah dia terlebih dulu memerhatikan keadaan hatinya. Peristiwa pencucian hati Rasulullah SAW menerusi pembukaan dada oleh Malaikat Jibrail adalah mukjizat khusus kepada Baginda SAW.

Adapun kita tidak boleh ada satu bentuk pencucian seumpama itu. Pakej pencucian hati ‘sekali cuci bersih selamanya’ yang ditawarkan individu atau pihak tertentu adalah palsu belaka. Sebaliknya yang boleh dilakukan ialah usaha pendidikan, kesedaran, penerapan dan pembetulan yang dilakukan secara berulang serta berterusan.

Setibanya di Masjid al-Aqsa, Rasulullah SAW mendapati nabi dan rasul sebelum Baginda sedang bersolat di sana, lantas Baginda turut bersolat menjadi imam bagi nabi dan rasul di situ.

Rahsia di sebalik itu disingkap Syaikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi: “Nabi solat di belakangnya (Muhammad). Hal ini, pemberitahuan mengenai ciri kesejagatan risalah Baginda, keabadian kepemimpinannya, kepiawaian ajarannya serta kesesuaiannya dalam pelbagai ruang dan masa.

Selepas menjadi imam, Rasulullah SAW Mikraj dari Masjid al-Aqsa ke lapisan langit. Rahsia pertama dapat ditangkap ialah bagi membuktikan kemuliaan Masjid al-Aqsa bagi umat Islam. Rahsia kedua, iaitu sebagai sindiran kepada kaum sebelum itu yang titik paksi mereka ialah Masjid al-Aqsa.

Bumi Palestin ialah tempat diutus beberapa rasul dan nabi sebelum Rasulullah SAW akan tetapi umat setempat menentang ajaran dibawa rasul dan nabi itu. Sudah menjadi ketetapan Allah sesiapa yang menentang ajaran-Nya dan ajaran rasul-Nya, akan dibalas dengan kehinaan. Maka dengan itulah mereka disindir dan dihina, di mana peristiwa Israk dan Mikraj menjadi kebanggaan umat Muhammad dan bukan diri mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang menentang Allah dan rasul-Nya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 5)

Dalam hadis sahih diterangkan setiap kali Rasulullah SAW menaiki lapisan langit yang baru, Baginda bertemu dengan seorang atau lebih nabi. Perkataan pertama diucapkan ialah ‘Assalamualaikum.”

Oleh itu, ia sepatutnya menjadi ucapan kita sesama umat Islam apatah lagi jika kita ingin melayakkan diri memasuki syurga, kerana Rasulullah SAW mengingatkan:
“Berilah makan dan sebarkanlah salam (dengan mengucap Assalamualaikum), nescaya kalian akan mewarisi syurga.”

Ketika Mikraj ke langit, Rasulullah SAW menerima perintah pelaksanaan solat fardu. Jika dibandingkan dengan ibadah lain seperti puasa, zakat dan haji, semuanya diperintahkan menerusi wahyu ketika Baginda berada di bumi.

Hanya ibadah solat diperintahkan ketika Baginda berada di langit. Ia sekali gus, menunjukkan bahawa istimewa lagi penting ibadah solat fardu berbanding ibadah lain. Bagaimanapun, atas nasihat Nabi Musa, Rasulullah SAW kembali mengadap Allah untuk meminta pengurangan 50 kali solat sehari hingga akhirnya menjadi lima.

Satu rahsia berharga untuk disingkap, iaitu kesediaan Rasulullah SAW mendengar nasihat Nabi Musa padahal tidak sampai beberapa jam sebelum itu, Baginda menjadi imam kepada Nabi Musa ketika mereka solat di Masjid al-Aqsa.

Seandainya Baginda SAW bersikap angkuh sehingga enggan mendengar nasihat Nabi Musa, nescaya umat Islam dibebani dengan ibadah solat fardu sebanyak 50 kali sehari. Kesediaan dan sifat rendah diri mendengarnya dan kelapangan jiwa melaksanakannya adalah ciri pemimpin berjaya.

Sikap itu membawa manfaat besar kepada dirinya dan orang di bawah pimpinannya. Sebaliknya, sikap angkuh, tinggi diri dan kesempitan jiwa hanya akan membawa mudarat kepada dirinya dan orang di bawah pimpinannya.

Rasulullah SAW juga berjumpa dengan satu kaum yang mencakar wajah dan dada mereka sendiri dengan kuku diperbuat daripada tembaga semasa Mikraj. Rasulullah SAW bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Jibrail? Beliau menjawab: Mereka adalah orang yang memakan daging manusia dan menjatuhkan maruah mereka (ketika di dunia dulu).”

Apabila diceritakan pengalaman beliau ketika Israk dan Mikraj, ramai kalangan orang kafir Makkah meragui dan mengingkarinya. Lalu seorang antara mereka yang pernah sampai ke Bait al-Maqdis dan melihat Masjid al-Aqsa ingin menguji sejauh mana kebenaran cerita Rasulullah SAW.

Dia bertanya secara terperinci ciri binaan Bait al-Maqdis. Oleh kerana peristiwa Israk dan Mikraj berlaku agak cepat, Baginda SAW mengalami kesukaran mengingati secara tepat, tetapi kesukaran itu segera dipermudahkan Allah.

Dalam rangka kita memperjuangkan agama Islam, sama ada menyebarkannya atau membelanya, kadangkala kita akan menemui cabaran dan kesukaran. Janganlah berputus asa, tetapkan keyakinan bahawa Allah akan membantu dengan cara tidak disangkakan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
(Surah Muhammad, ayat 7)

Tentu saja janji itu dengan syarat kita melakukan segala usaha dan persiapan yang patut kerana Allah mensyaratkan: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’d, ayat 11)

Hari ini 27 Rejab..Jadi??!!  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Jadi universitas kat sini banyak yang liburan donk...bisa pusing-pusing Jakarta makanya!! hehe.. Ni saja nak post entri pasal 27 Rejab...selama ni kat kalendar Cina yang kita gantung kat rumah tu label 27 Rejab ni hari Isra' Mikraj..ntah sape ntah yang ajar dia...maih baca ttg Isra' Mikraj.. brtul ke 27 Rejab tu hari Isra' Mikraj dan ade ke amalan2 khusus yang Allah SWT syariatkan or Nabi SAW ajarkan??

Artikel 1
Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah - www.hafizfirdaus.com

Tarikh 27 Rejab agak masyhur di kalangan umat Islam kerana ia adalah tarikh yang dikatakan berlakunya peristiwa agung Isra’ dan Mi’raj. Pada malam itu dikatakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah di-Isra’ dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Kemudian baginda di-Mi’raj dari Masjid al-Aqsa ke arah langit, melepasi lapisan-lapisannya sehinggalah ke Sidrat al-Muntaha.

Saya tidak mengingkari peristiwa agung ini. Ia adalah salah satu mukjizat yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan kepada hamba-Nya yang teristimewa, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Allah mengkhabarkan peristiwa Isra’ dalam ayat pertama surah al-Isra’:


Maha Suci Allah yang telah menjalankan (Isra’) hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [al-Isra’ 17:01]

Allah mengkhabarkan peristiwa Mi’raj dalam ayat tiga belas hingga lapan belas surah al-Najm:

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi Sidrat al-Muntaha, yang di sisinya terletak Syurga Jannah al-Makwa. (Nabi Muhammad melihat Jibrail dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa (Sidrat al-Muntaha) itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (pemandangan indah di situ yang dia diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda Tuhannya. [al-Najm 53:13-18]

Memang ada yang cuba mentakwil peristiwa Isra’ dan Mi’raj sebagai konon hanya merupakan mimpi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Alhamdulillah saya telah membantah takwilan ini dalam artikel Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar. Ia dimuatkan dalam buku Membongkar Aliran Islam Liberal terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

Akan tetapi yang ingin saya buka untuk perbincangan adalah tarikh 27 Rejab itu sendiri. Jika dikaji ayat-ayat al-Qur’an di atas dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang sahih, tidak ditemui penetapan tarikh 27 Rejab. al-Qur’an dan al-Sunnah hanya mengkhabarkan peristiwa Isra’ dan Mi’raj tanpa mengkhabarkan tarikh ia berlaku.

Sebenarnya para ilmuan Islam, khasnya para ahli sejarah, juga tercari-cari tarikh sebenar berlakunya Isra’ dan Mi’raj. Secara pasti ia berlaku setelah lawatan dakwah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ke Ta‘if dan sebelum penghijrahan ke Madinah. Syaikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-‘Aziz al-Tuwaijiri telah menghimpun dua belas pandangan berkenaan tarikh Isra’ dan Mi’raj. Di antara dua belas pandangan tersebut, paling awal ia dikatakan berlaku lima tahun sebelum hijrah manakala paling lewat ia dikatakan berlaku enam bulan sebelum hijrah. [al-Bida’ al-Hauliyah (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin atas judul Ritual Bid’ah Dalam Setahun; Darul Falah, Jakarta, 2003), ms. 291-292]

Adapun anggapan peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku pada bulan Rejab, ia telah ditolak oleh al-Imam Abu Syamah rahimahullah (665H). Beliau menegaskan: “Sebahagian ahli sejarah menjelaskan bahawa peristiwa Isra’ terjadi pada bulan Rejab. Akan tetapi mengikut sebahagian yang lain peristiwa Isra’ itu bukan terjadi pada bulan Rejab dan maklumat yang menjelaskan peristiwa itu terjadi pada bulan tersebut dianggap bohong.” [al-Baits ‘ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits (edisi terjemahan oleh Tazkiyatul Fikri & Kamaluddin Sa’diyatulharamain atas judul Bid’ah Yang Dibungkus Dengan Hadits Palsu; Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), ms. 174]

Justeru yang benar tidak ada penetapan tarikh bagi peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Tanpa adanya penetapan tersebut, bererti tiada juga apa-apa ibadah yang boleh dikaitkan dengan malam atau hari Isra’ dan Mi’raj. Seandainya Allah dan Rasul-Nya menginginkan kita – umat Islam – meraikan malam dan hari Isra’ dan Mi’raj dengan ibadah tertentu, nescaya akan dikhabarkan kepada kita melalui jalan yang sahih akan tarikh tersebut. Ini sepertimana sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, hari pertama bulan Syawal dan sebagainya.

Menyentuh tentang ibadah, terdapat beberapa riwayat yang menerangkan keutamaan bersolat dan berpuasa sempena Isra’ dan Mi’raj. Akan tetapi riwayat-riwayat tersebut tidak ada yang bertaraf sahih atau hasan, bahkan ia bertaraf maudhu’ (palsu) dan dha’if jiddan (amat lemah) hingga tidak dapat dijadikan dalil mahupun sandaran anjuran beramal. Drs. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris rahimahullah (2000M) telah menghimpun riwayat-riwayat tersebut dan menerangkan kecacatannya dalam buku beliau Himpunan Hadis Dha’if dan Maudhu’ (Jilid 1 dan 2) yang diterbitkan oleh al-Hidayah, Kuala Lumpur.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) menerangkan: “Tidak diketahui dari seorang jua dari kalangan Muslimin bahawa dia menjadikan malam Isra’ keutamaan tersendiri atas malam-malam yang lain, lebih-lebih lagi atas malam al-Qadar (Lailatul Qadar). Para sahabat dan generasi tabi‘in yang dikenali dengan kebaikan mereka, pun tidak pernah mengkhususkan malam Isra’ dengan kegiatan tertentu. Bahkan mereka tidak memperingatinya. Oleh kerana faktor inilah sehingga tidak diketahui bila waktunya (atau tarikh peristiwa Isra’ dan Mi’raj).

Meskipun Isra’ termasuk keutamaan baginda yang sangat agung, namun tidak disyariatkan mengkhususkan waktu dan tempat tersebut dengan ibadah syar’i. Bahkan Gua Hira’ yang merupakan tempat awal turunnya wahyu dan selalu didatangi oleh baginda sebelum kenabian, tetap tidak dikunjungi oleh baginda mahupun para sahabat baginda setelah kenabian selama baginda tinggal di Mekah. Juga tidak dikhususkan waktu di mana wahyu turun dengan ibadah atau acara tertentu. Sebagaimana baginda tidak mengkhususkan tempat awal turunnya wahyu dan waktu (turunnya wahyu pertama) dengan aktiviti apapun.

Sesiapa yang mengkhususkan tempat dan waktu dengan ibadah atas dasar kemahuannya sendiri, hanya dengan dalih hal-hal seperti di atas, maka dia termasuk kategori ahli kitab yang menjadikan waktu bagi peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Nabi ‘Isa alaihis salam sebagai (penentu) acara-acara ritual dan ibadah. Seperti hari kelahiran, hari penyaliban dan peristiwa-peristiwa selainnya.” [Dinukil oleh al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah (757H) dalam Zaad al-Ma‘ad fi Hadyi Khair al-‘Ibad (tahqiq: Muhammad Anwar al-Baltaji, Maktabah al-‘Asriyah, Beirut, 2000), jld. 1, ms. 37].

Artikel 2
Konsep Agama: Ambil Pengajaran Isra' dan Mikraj

Oleh: Ustaz Zainudin Hashim

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah', yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa', Mansoorah, Mesir 1986.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2

Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan." 3

Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.

Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.

Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.

Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.

Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.

Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.

Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.

Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.4

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.6

1 Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, soal jawab dalam Islamonline.net 17/8/06 (Puasa pada 27 Rejab)

2 Ibid - soal jawab dalam Islamonline.net 9/7/08 (Benarkah Israk berlaku pada malam 27 Rejab.

3 Syeikh Atiah Saqar soal jawab agama di Islamonline 17/7/2007 (Puasa pada bulan Rejab)

4 Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi soal jawab agama dalam Islamonline.net 30/8/04 (Kepimpinan baginda Rasulullah terhadap para Anbiya pada malam Israk dan Mikraj).

5_____al-Qaradawi soal jawab agama dalam islamonline.net 8/8/07 (Pengajaran penting daripada peristiwa penting Israk dan Mikraj).

6 _____Ibid. - lanh _

Sumber:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15977&Itemid=1

Mengenal Manhaj Salaf  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Assalamualaikum wbkth...Ada 1 persoalan menarik baru-baru ni yang aku kutip dari AFN, persoalan tentang sejarah dan pengalaman yang di ajukan oleh saudari Shabana..

Salaam. Macam mana sahabat2 kat sini kenal manhaj salaf ek? Boleh x kongsikan pengalaman sahabat2 semua? Kadang2 bila tgk orang yg byk ilmunya mengenai salaf ni, sy tertanya2 mcm mana dia bleh kenal salaf ek??
Macam2 cerita orang..

Cerita 1
Alhamdulillah, dulunya ana cuma kenal Ahli Sunnah wal Jamaah tetapi tidak kenal salafi, yang kita di Malaysia ini berpegang pada ASWJ. Masa tu di sekolah selain dari ASWJ ana kenal mazhab Muktazilah, mazhab Syiah, Khawarij, Murji'ah dan beberapa pecahan dan sub-sub dari mazhab utama. Bila bab sejarah Malaysia pula ana kenal Kaum Tua dan Kaum Muda, tentang pertentangan pendapat dalam lingkungan ASWJ.
tetapi tiada pula disebut salafi dan juga manhaj....dua perkataan ini agak asing ketika itu. Namun ana kenal wahabi, tapi anak tak melihat wahabi sebagai satu mazhab ketika itu melainkan satu kelompok yang asing....hahaha...ghuraba !

Ana dapatkan satu buku yang ditulis oleh Umar Hasyim, tajuknya "Siapakah Ahli Sunnah wal Jama'ah ?". Dari situ ana dapat sedikit penerangan tentang salaf, wahabi, ASWJ dan golongan yang bertentangan. Dari sini ana kenal serba sedikit perkataan salaf dan sejarah ASWJ. Jazakallah kepada penulis Umar Hisyam...siapa dia ni ??

Kemudian ana berkenalan pula dengan Al-Ahkam.net sekitar tahun 2000, dari situ ana masih kabur lagi kerana mereka lebih berkisar tentang penjelasan isu wahabi. Kemudian datang era Dr.Asri Zainal Abidin, ana rasa beliau bagaikan pencetus salafi di Malaysia ini. Namun Dr.Asri juga berkhilaf dengan Ustaz Rasul Dahri, ana dapatkan maklumat tentang Ustaz Rasul, terkejut ana beliau juga mendakwa sebagai salafi, jadi siapakah salafi ?

Ana tak berpuashati lalu ana dapatkan maklumat tentang salaf di internet, terlalu banyak lamannya, hingga ana keliru kerana antara salafi-salafi ini juga terdapat pertentangan dan masing-masing mendakwa mereka adalah salafi yang sebenar. Bingung ana dibuatnya......ana buat keputusan untuk mengelakkan kekeliruan ini ana mesti tahu tapak asas atau fundamental tentang salafi, jadi ana tak perlu campur dengan kekhilafan yang berlaku.Jadi ana kutip segala buku dan artikel yang membincangkan persoalaan akidah, sejarah, feqh, serta perbincangan-perbincangan asas tentang salafi.

Akhirnya ana tahu apa itu salafi sekaligus ana dapat tahu apa itu manhaj. Ana rasakan perkataan manhaj ini walaupun sama maksudnya dengan mazhab, tariqah tetapi bila menyebutnya ana rasakan satu kelainan. Ana dapat rasakan perkataan ini bagaikan mendakap didada, tujuannya adalah hati....digandingkan dengan salaf, masya Allah hebatnya ana rasa. Bagaimanapun ana hanya kenal saja, kaki ana masih belum dapat melangkah ke dalamnya 100%. Jadi apa yang kurangnya ? Ana selidiki lagi, ternyata, ana kekurangan ilmu........."rabbi zidni ilman".

Namun dalam perjalanan ini, ana juga ketemu mereka yang memusuhi salafi ini...ahhh.bagaikan sejarah berulang antara Kaum Muda dan Kaum Tua, tetapi yang Kaum Tua itu bukan bermaksud mereka itu tua pada usia kerana ada juga yang muda dikalangan mereka, tetapi peratusannya ramai di antara mereka tua dan dikalangan Kaum Muda ramai mereka yang muda.

Dalam pada itu ada juga puak pelampau yang menentang salafi ini, mereka ini dinamakan Syiah dan Ahbash.

Ana sekarang masih dalam perjalanan mengenal salaf akan tetapi ana sudah tahu secara bahasa dan istilahnya tetapi belum ke temu secara ruhiyyahnya........dimana tu ?

Setakat ini saja, dapat dikongsi kalau nak diikutkan panjang ceritanya. Semoga ana bertemu jalannya, jalan yang digariskan Allah dan Rasul-Nya sebagai "subulussalam"....wallahualam

Cerita 2
Assalaamu’alaikum

HEheh mana ada brutal Din.. Situasi perdebatan masa tuh yg buat kitaorg brutal sket. Banyak sangat provokasi.. lagipun time tuh darah muda...Sekarang dan macho heheh

Ok Sekarang tiba masanya akob plak yg nak bercerita tentang kembara rohani akob ke manhaj salaf. Akob tulis cara santai je lah yek.

Akob rasa semua pun dah tau, akob adalah student UIAM yang merupakan sebuah institusi pengajian yang internasional. Para pensyarah dan pelajarnya datang dari pelbagai Negara, bangsa dan mazhab. Syllabus kat UIAM pun lebih terbuka kepada mazhab-mazhab dalam Islam. So kami di UIAM telah terdedah dengan pendapat-pendapat dalam mazhab-mazhab dalam Islam. So kami ni kira memang dah amalkan Fiqh Muqaran kan sana lah. Memang kita kat sana apabila subjek Islamic Revealed Knowledge atau Ilmu Wahyu kita kena support hujah kita dengan firman Allah SWT dan Sunnah Nabi SAW. Sincerely speaking akob masa zaman kat UIAM tu tak ler sebaik mana pun perangainya. Naughty but yet charming… hahahhah…Masih zaman jahiliyah kat sana tuh

Ok kat UIAM akob berjumpa dengan Dr. Ali Abdurrazaq, lecturer dari India yang PHD nya dari Universiti Madinah. Dia mengajar akob subjek Aqeedah. Dr Ali ni penguasaan al-Qur’an dan Hadis memang hebat. So adalah ciri-ciri kaum muda kat dia ni. Akob sebagai seorang yang bermazhab Syafi’e tulen, bila ada yg akob kurang puas hati, akob akan pergi ke bilik dia untuk minta penjelasan. Tapi apakan daya cakap sikit jer dia buka Qur’an, lepas tuh dia capai kitab-kitab hadis yang banyak kat belakang meja dia. So setiap penjelasan yg dia berikan menyebabkan hati akob menjadi tenang kerana confirm ianya memang daripada Rasulullah saw. Akob masih teringat bila dia ajar tentang sifat Allah maka dia akan suruh kita refer kepada sifat-sifat yang Allah sendiri tunjukkan dalam al-Qur’an & hadis. Cuma masa tuh tak ler dia sebut Tawhid Asma’ was Sifat. So bila dia bagi assignment bertajuk Sifat Allah bebudak Melayu lain habis lah tebal-tebal cerita tentang Sifat 20. Akob plak kupas sifat Allah menurut al-Qur’an. Apa lagi memang akob score highest point ler. Sebelum kelas habis Dr Ali jumpa akob dan dia suruh pergi ke bilik dia. Dia pesan kat akob pemahaman tentang sifat Allah yg akob buat dalam assignment itu adalah metodologi yg benar. Dia pesan kat akob ini adalah amanah dari dia untuk akob sebarkan metodologi ini kepada masyarakat Islam kat Malizia. Akob hanya senyum jer. Biasaklah akob muda lagi time tu, mana minat dengan aktiviti dakwah yg biasanya dijalankan oleh mat-mat skema. Hahah.. How I wish that I can show to Dr Ali my first book entitle Kaedah Memahami Nama-Nama & Sifat-Sifat Allah. Dan ingin akob katakan kepada Dr Ali amanah yg diberikan telah akob tunaikan walaupun setelah tujuh tahun grad dari UIAM. Kat manalah Dr Ali kini. Masa akob final year dia pun dah meninggalkan UIAM.

Oklah. Lepas grad biasaklah akob masih party all the time hehhehe. Bila masuk egroups masa tuh ledakan reformasi. Akob memang aktif terlibat dengan gerakan reformasi. Demonstrasi, Gas pemedih mata & air kimia semua akob dah rasa. Cuma cota dan rotan FRU belum kena. Heheh Bila masuk internet mesti cari bahan anti government. Tapi tu dulu yek, now akob non partizan. E-Group (nama lama untuk yahoogroup) termasuk Islah net plak masa tuh tengah hebat diserang GAH. Masa kat Islah Net akob dah mula nampak kehebatan seorang mamat bernama Tuan Hassan ketika menjawab soklan-soklan Fiqh. Tapi masa tuh fokus masih untuk berhadapan dengan GAH. Amende GAH tuh? GAH tuh Golongan Anti Hadis. So memang susah nak berhujah dengan GAH ni. Time tuh akob kena buka semula buku-buku Ilmu Wahyu masa kat UIAM dan banyakkan kajian tentang al-Qur’an untuk berhadapan dengan GAH. At the same time akob gak duk berdebat dengan Rasul Melayu si Khahar & the Gang. Pegh susah wooo… Masa duk berhujah dengan GAH ni terdapat ramai insan-insan yang bertungkus lumus untuk membela Ahlus Sunnah. Di antara mereka adalah Daud Kilau dan al-Fadhil Syaikh Hafiz Firdaus Abdullah yang sehingga kini menjadi sahabat baik akob. Ini sekitar tahun 98-99. Dalam ramai-ramai geng al-Fikrah yang first sekali bertemu muka adalah akob, Hafiz dan Daud Kilau di Carefour Seri Petaling. THTL belum join kitaorg lagi masa ni. Yg Sorang tuh tinggi melangit (Hafiz) yg sorang lagi rendang (daud Kilau) dan yang sorang tuh besarrrrr (tough & macho which is akob ler hahahha). Korang tau ke sapa Daud Kilau ni? Bukan mamat yg kaki gelek tuh.. Daud Kilau tuh adalah nick yg dipakai oleh Abu Adam aka Khairul.

Lepas perang dengan GAH tamat geng sunnah ramai gak yg regroup kat Islah Net. What happened at Islah Net lepas tuh Fikrah lepas tuh alFikrah THTL dah citer. Kat situ bintang THTL amat menyinar menyebabkan akob kagum dengan Ilmu dia. At the same time Akob juga mengkagumi ilmu Hafiz especially on hadis. So Hafiz & THTL banyak mempengaruhi minda akob. Dalam minda akob kalau pilot and pekerja kat Telekom boleh buat kenapa akob tak boleh. Tapi akob tengah sibuk dengan perkara lain masa tuh heheheh

Akob pun kahwin tahun 2000. Tan Sri Ainuddin yg pernah mendapat gelaran Tokoh Maal Hijrah menghadiahkan akob satu buku yang benar-benar membuka minda akob semasa perkahwinan akob. Tajuk Buku tuh Sifat Solat Nabi SAW karya Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani. Bahagian Muqaddimah buku ini disamping dengan pengaruh THTL dan Hafiz membuatkan akob tersedar bahawa kita bukan hanya sekadar perlu terbuka kepada pendapat mazhab-mazhab dalam Islam tetapi kita harus juga berusaha untuk mencari pendapat yg lebih tepat (tarjih). Akob pun mula pergi ke Saudi Embassy bersama Hafiz & Abu Adam untuk menghadiri kuliyah Dr Abdullah Yassin. Kat Saudi Embbassy ini akob berjumpa dengan seorang insan yang amat akob hormati yakni Dr Imran. Lepas tuh akob pergi pula ke kuliyah Ustaz Hussain Yee di al-Khaadem. Di situ akob berjumpa pula dengan Eng Sian aka Rafiq. Now our geng makin besar. Lepas tuh THTL, Cikgu Rahim, Alamghiri geng AAN seperti Kamin, Zayed, Gayat, kemudian Adlan dst… kenalan kami semakin ramai dan semakin ramai.

Akob berpeluang untuk belajar dari mereka semua dan akob pun mula membina personal library akob. Akob dari seorang yg party all the time bertukar menjadi Ulat Buku. Lepas satu buku ke satu buku akob baca. Akob pun semakin rajin gi kuliyah ustaz-ustaz lain yang akob kasihi seperti Ustaz Rasul Dahri, Ust Shofwan Badri, SS Dr Asri, Ustaz Azzahari, Shah Kirit, Ustaz Fadlan, Dr Azwira, Ust Helmi, Syaikh al-Mandilee dan banyak lagi. Mereka ini semua memantapkan lagi kembara rohani akob ke manhaj salaf sehingga ke hari ini akob telah menulis 8 buah buku (more to come insya Allah) dan puluhan (more than thirty kut) artikel akob telah disiarkan dalam akhbar Utusan, Berita Harian, Metro dan Majalah i.

Itulah serba sedikit citer akob dan geng PROTAZ lain. Akob bersyukur kepada Allah SWT kerana menemukan akob dengan manhaj yang mulia ini. Akob juga bersyukur kerana dapat bertemu dan bersahabat dengan insan-insan yang banyak membantu akob untuk mendalami ilmu agama. Thanx to each & everyone di alFikrah and AAN. Akob banyak belajar dari korang semua. Semoga hubungan kita semua bertambah erat dan kita akan terus belajar di antara sesama kita.

Cerita 3
perjalanan mengenal manhaj salaf..menarik ni! terima kasih atas perkongsian yg sgt best! terkesan..

rasanya manhaj ni lebih mudah berkembang di kalangan professional,juga ahli agama yg professional dlm ilmunya..itqan!(betulkan saya if salah)

saya as medic student mula kenal dakwah tabligh setahun time kat intec (international education centre) uitm s.17, separuh masa dari foundation year terbazir begitu saja. sebelum tu skola lama SBP Klang (haha) rasanya takdapat apa2 yg signifikan psl manhaj ni,taktau la skrg camne. sambung balik msa kat intec, b4 masuk 2year ada la senior ni rajin duk ajak orang gi kuliah dr.asri. saya pun join. then rasa something wrong dgn manhaj tabligh yg sy join time tu, refer la taiko tabligh kat seri petaling, takpuas hati dgn jawapan. try la masukkan usaha sunnah ni dalam jemaah tu,saya karkun kuat time tu. tapi takberhasil,diorang pulak brainwash saya..haha..time tu da kuat sket la fahaman sunnah ni,tak 'terkesan'. Go

Alhamdulillah fahaman sunnah da mula tersebar di kalangan lelaki. Dan mula tersebar di kalangan perempuan bila kami kongsi recording kuliah, kapten hafiz firdaus pulak stat buat kuliah kt rumah dia..supply bus lagi tuh! Setelah dua tahun di bumi intec, geng ni bertebaran seluruh dunia..czech,aussie,russia,india dan saya di jakarta,indonesia. lagi menarik cerita lepas tu,nak bagi orang lain kenai manhaj ni..tunggu geng lain mai sini la..hehe

Cerita 4

Rasanya panjang cerita yang akan ana ceritakan jadi elok juga dibahagikan ke beberapa bahagian. Ana mula mengenal istilah Salaf itu secara tepat pada tahun 2000 masehi. Isltilah itu mula keluar dari mulut sahabat ana Yaakub Yunus yang baru ana kenali beberapa bulan sebelumnya dari internet. Sebelum bertemu Akob (nama manja beliau) ana sering terfikir yang namanya kalau di Inggeriskan maka jadilah Jacob Jonah, iaitu nama Nabi Yaakub a.s. dan Nabi Yunus a.s. di dalam bible. Ana tersenyum sendiri sebab nama tersebut memang agak brutal. Apakah benar?

Sedikit latar belakang kisah ana sebelum tahun 2000. Ana sememangnya tiada pendedahan agama secara formal. Silibus pelajaran agama Sekolah Rendah dan Menengah mendedahkan ana kepada subjek Islam. Arwah datuk ana mengajar mengaji dan solat. Ustazah Siti Khadijah ketika sekolah rendah pula mengajar doa-doa. Kelas KAFA lebih kurang ketika darjah tiga hingga darjah enam, ana dan budak-budak diajar mengaji dan fardhu ain lagi. Tingkatan satu sampai tiga pun sama, mengaji, fardhu ain dan sifat 20. Kemudian berhentilah ana dari sebarang kelas agama, dan sibuklah ana dengan ilmu duniawi bermula dari tingkatan tiga untuk bersedia menghadapi SRP hingga sampai habis universiti dan balik ke tanah air. Kenapa tiba-tiba ana mahu belajar agama semula?
Ketika sudah mendirikan rumahtangga ana rasa macam tanggungjawab sudah semakin besar. Suami kena membimbing isteri dan nanti membimbing anak-anak. Jika kepala tidak lurus maka yang mengikut pun tidak lurus. Dari kesedaran ini maka ana sedikit-sedikit mula menambah ilmu dengan menghadiri kelas agama di surau, ana juga ada mendekati jemaah tabligh dan mula membaca-baca buku agama yang berbagai dan melayari internet. Tapi lama-kelamaan ana rasa macam ada yang tidak kena dengan iklim beragama di Malaysia terutamanya bila ana mula terdedah dengan tulisan-tulisan ulama ' dan laman-laman web luar negara. Ana rasa macam ilmu agama yang diberi dan dipromosi di Malaysia sudah terlalu keMalaysiaan, Islam yang begini tidak mungkin mahu diterima oleh sesiapa pun di luar Malaysia. Ana mula terbayang soalan kawan-kawan ana dari golongan atheist yang bertanya tentang Islam semasa belajar dulu. Satu pun soalan mereka yang ana tidak boleh jawab untuk mempertahankan Islam. Islam rugi kerana ana dan silabus Islam yang diajar sejak turun-temurun dianggap tiada yang istimewa. Sama saja dengan agama lain kata mereka. Ana mula faham maksud taklid buta kerana ana pengikut mazhab ini sebenarnya.

Ana terpaksa menelan episod bodoh hidup ana itu dan ana masih teruskan mengkaji. Tapi masih dalam kerangka berfikir dan belajar yang tidak menentu. Ana mengkaji semua tulisan - tarekat, tabligh, sufi, anti-hadis, ahmadiyah, salaf dan macam-macam. Lagi banyak ana kaji, ana menjadi lagi curious (curiga) apakah Islam yang sebenar, tulin, original sebagaimana yang Allah SWT wahyukan. Ana yakin sekali Allah SWT pasti akan melindungi agama-Nya jika inilah mesej terakhir-Nya kepada dunia sebelum wahyu terputus. Mana mungkin manusia dicipta dan ditinggalkan tanpa panduan. Pencarian ana itu rasanya semakin hari semakin menampakkan hasil, tapi masih belum jelas.

Akhirnya, pada satu Ramadhan yang ana sendiri tidak ingat tahunnya, ana terfikir sesuatu. Jika Allah SWT menurunkan al-Quran pada bulan yang mulia ini, maka amat bertepatan sekali kalau ana cuba memahamkan mesej Allah SWT ini. Jika ini 'surat' Allah SWT kepada ana maka ana mesti tahu apa yang mahu disampaikan, bukannya ana simpan atas meja. Maka pada bulan Ramadhan tersebut ana berjaya mengkhatamkan al-Quran, bukan dengan cara bertadarrus, kerana itu sudah ana lakukan masa kecil. Ana berjaya menghabiskan memahami maksud al-Quran dari Ummul Kitab hingga surah an-Nas melalui kitab terjemahan Mahmud Yunus, satu-satunya kitab terjemahan yang ana ada ketika itu.

Bagi insan lembab seperti ana, ana sungguh bersyukur kerana Allah SWT memberikan petunjuk kepada ana untuk melakukan kerja mudah ini tapi tidak semua yang mampu, kerana tanpa hidayah Allah SWT ianya memang mustahil. Amat benar sekali sifat al-Quran itu sebagai al-Furqan (pembeza) dan al-Huda (petunjuk), ana mula merasakan agak mudah membeza antara yang benar dan yang kurang benar, yang lurus dan yang bengkok kerana dalam memahami al-Quran itu tanpa kita sedari ianya mengajarkan standard dan piawai untuk hidup kita di dunia. Mesejnya merentasi sempadan masa dan bangsa, pengajarannya tentang sikap manusia dalam berbagai suasana sungguh relevan untuk setiap zaman dan setiap fasa hidup manusia itu.

Kembara ana kini semakin mudah bila ada standard yang ana jadikan pedoman. Dan standard inilah yang diikuti generasi pertama para muslim dan pastinya inilah standard yang selamat. Pesan ana kalau dalam hidup tiba-tiba rasa keliru dan jalan dirasakan kelam, bacalah al-Quran (dengan mentadabbur maksudnya) dan mintalah petunjuk insyaAllah jalan menjadi terang kembali.


Cerita sendiri

Kisah saya tak adalah menarik atau hebat mana sangat nak dibandingkan dengan yang lain-lain, perjalanan biasa2 sahaja.
Aku sejak sekolah rendah memang berminat dengan agama2 nih, pendek kata kalau subjek Pendidikan Islam tu, kite lah yang top scorer nye..Tapi, bila melangkah nak daftar masuk ke sekolah menengah, my parents prefer masukkan aku ke sekolah harian primer di negeri kecil itu, bukan sekolah agama, still tak menghalang aku untuk meneruskan kecenderungan mandalami ilmu agama, cuma time tu gerakan mencari ilmu terbatas setakat kat sekolah ngan ceramah2 politik(atas nama agama) yang ntah pape (huihui) disebabkan oleh persekitaran
..Still scorer untuk subjek ni dan mempunyai hubungan yang rapat dengan ustazah2 di sekolah, malah mewakili sekolah untuk Kuiz agama dan menjadi target ustazah untuk aku jadi wakil hafizah..hahahah..berapa surah je yang ko boleh hafal Farhani oi..entah melekat ke tidak...nak dipendekkan cerita, ada tittle student agamis la jugak dulu, tp focus lebih banyak kat pelajaran akademik sebab parents harap sangat2...Then, ok la gak SPM nye result membolehkan aku mendapat tawaran dalam bidang Pergigian ke Australia dan aku kenalah buat persediaan (AUSMAT) di INTEC dulu setahun setengah.
Ha..start masa ni lah aku bertransformasi...Aku keluar dari tempat aku terperuk, aku menjelajah di dunia luar. Program persediaan aku tu kononnya tough la, aku akui, dan time aku alami kesulitan tu aku cuba mencari ketenangan, selalu la aku menziarah surau time tu, solat jemaah dan join je if ada apa2 halaqah buat halwa telinga dan kongsi la masalah ngan orang2 kat situ...Minat aku pada agama sedang mekar time tu tapi tak tahu lah kenapa aku tak dapat kepuasan lagi walaupun dah 20 tahun berada dalam lingkungan 'agamis' (wan aku pak ustaz, sedara mara sekolah agama, aktif dalam politik yang ada label agama), aku tengok akhlak diorang, aku jadi confuse, takkanla ni yang Islam ajar kot?? Kadang2 timbul rasa muak, menyampah dan sebagai nya lah...
Bila kat INTEC ni, aku sedar aku kena hidup berdikari, aku dah jauh dari mak ayah (maklumlah bawah ketiak mak ayah 17 tahun lamanya), aku kena atur semuanya sendiri dan of course la takkan aku nak study je sepenuh masa, mesti buat benda lain yang bermanfaat juga, aku sedang berdiri atas kaki sendiri dan tak ada sapa2 dapat tolong aku time tu, kecuali Allah ja yang faham situasi aku (of course lah kan), so kat Dia je la tempat aku bergantung, time susah tu jugak lah rasa nak dekat ngan Allah, nak kenal Allah, nak cinta Allah (tenyata selama ni aku belum kenal sama Allah ya??? TAk kenal maka tak cinta)..Alhamdulillah Dia letakkan aku kat kondisi serupa itu, supaya aku dapat menempuh satu perjlanan untuk menghampiri, mengenal, dan mencintai Allah, lepas tu stick pada apa yang Dia suruh, tinggal apa yang Dia larang dengan hati yang teguh tanpa rasa was2...Aku rasa, pengalaman ni ramai yang hadapinya..Kakak2 aku yang masuk SBP pun time kat asrama macam tu, mencari2 aktiviti kerohanian mengisi jiwa yang kosong, siap jadi naqibah and qariah tak bertauliah lagi..haha..jangan marah yerrr...
So aku join lah usrah2, ta'lim2, ceramah2, dari situ dapat kenal ngan ramai kawan2 dan seniors dari program2 lain, mix la pendek kata..waktu tu tak tau lagi kewujudan Salaf2 ni kat iNTEC. PSC, satu Islamic Society yang banyak buat program2 majlis ilmu, aku suka penceramah2 yang dijemput, yang masih aku ingat Bro Shah Kirit yang buka minda aku tentang Islam and comparative religion, Us Maszlee dengan Palestin nya (sangat kagum yang broad knowledge yang beliau miliki), Us Adlan lah yang buat aku tertarik nak belajar tentang hadis, dan yang terakhir, Kapten Hafiz Firdaus aka UHF. Beberapa kali aku gi rumah dia, dengar ceramah dia dan beli buku2 jualan yang dia letak kat library dia yang sangat mengkagumkan tu,,,start dari situ lah aku kenal ngan PROTAZ,aku menjadi pembaca setia Majalah i, aku banyak beli CD2 ceramah dan buku2 agama, korbankan duit biasiswa.
Pada pertemuan terakhir dengan UHF, dia ada pesan kat kita buat sstu amalan kena ada dalil, dan dia sangat tegaskan untuk kita teruskan usaha menuntut ilmu, sebab ilmu sifatnya dinamis-ni lah pesan dia yang paling aku ingat. Sangat berguna pesan2 dia pada hari tu, supaya kita tak taksub, kita tak bertaqlid buta dan tak memandang enteng agama Allah ini.
Aku pun pantang dengar ada pameran buku or majlis ilmu aku join ja, sunnah atau tidak.
Ada juga kawan2 yang pergi rumah UHF tak dapat terima apa yang UHF sampaikan, cth, baca AQ time uzur, padahal dia dah terangkan bab tu dengan dalil2 dan pendapat2, aku memang seorang insan normal yang cenderung kepada perkara2 yang memudahkan dan menghampiri aku,jadi itu lah yang aku pegang tapi aku tak tahu kenapa kawan2 aku especially yang dari sekolah agama, dia tak dapat nak terima soal ni, reason nya sebab dia tak pernah dengar ustaz dia cakap...Nak tergelak pula aku bila teringat, kalau kau nak pegang tak boleh baca AQ time uzur ikut suka kau la, buat pa kau nak halang orang baca..Dia suruh aku jangan ikut sangat pendapat2 yang macam tu..ada lagi kawan aku, aku belikan dia buku Panduan Ibadah Musafir Penerbangan by UHF-macam2 hal la yang dia kata dia rasa pelik bila baca buku tu..dan dia kata dia risau kat aku yang sangat aktif pergi ceramah2 yang macam tu tapi kurang ilmu, dia takut aku nyasar/sesat..ok, fine..aku akui la aku kurang ilmu sebab tu la aku kena pi majlis ilmu bukannya avoid majlis ilmu, at least aku usaha gain knowledge, banyak doala supaya dibimbing ke jalan yang lurus..Takkanlah kejam sangat ALLAH tak bagi kita ke jalan yang benar..kita dah diberi choice, nak tak nak je..
Tu kawan,,,ni tentang family pulak...balik cuti la time aku nak share pengetahuan yang aku dapat ngan family members aku..Tapi macam biasa la, tak semua dapat terima..jadi macam Kaum Muda vs Kaum Tua...alhamdulillah, twin aku dah mulakan langkah untuk mengenal manhaj ni...di sana (NZ) mereka banyak terdedah denga sillibus IM...no comment, cuma aku harap dia teruskan usaha mencari ilmu AQ dan AS..
Tamat je program persediaan aku, aku habiskan masa setengah tahun jadi cikgu, sambil2 tu membaca buku2 yang belum aku baca dan UHF pun ada post kat aku beberapa buku tulisannya, terharu sungguh aku. Time cuti tu lah, rasa macam banyak juga ilmu aku yang bertambah, sedikit demi sedikit, hati aku semakin teguh dirasakan, beragama terasa puas sebab ada keyakinan..sebab apa ada keyakinan??sebab setiap amalan dipastikan ber dalil, ada sebab, ada reasons yang kukuh why kita pilih sesuatu pendapat if benda tu khilaf.
dan ada juga pengalam menarik time cuti tu, aku tercampak ke dunia sufi dan tarekat, tapi nasibla time tu dah ada foundation sunnah, so tak termakan sangat lah dengan mutiara2 kata, hadis2 yang tak jelas sumber2nya, dengan cerita2 fantasi dan analogi2 yang mengasah minda aku..hahahhahah..mula lah ni nak gelak panjang..Saja ja aku pi kenal2 ngan orang tarekat sebab aku nak tahu apa yang ada dalam tarekat, apa yang dipelajari, sebelum ni aku selalu dengar tentang tarekat, lepas tu nak cuba..tapi sekarang baru tahu...

dan right now, di Jakarta..bertemu dengan rakan2 dari uni lain yang gerakkan dakwah sunnah, aku tak nak cerita lebih lanjut tentang ni, yang pasti aku takkan berhenti dalam usaha menuntut ilmu dan aku akan pastikan bukan aku sorang je kat uni ni yang faham sikit la tentang sunnah, semua orang kena tahu,beraqidah dengan aqidah yang jelas dan sahih (best ta'lim sini ada susunan syllibus yang sangat bagus berbentuk didikan untuk rakan2 kenal dan terima sunnah), dan lepas tu keluar uni bukan je sebagai seorg yang tahu selok belok dentistry tapi boleh tahan la jugak bab2 agama dan bertebaran di seluruh negara untuk dakwah ini.

*Masih kekurangan ilmu dan masih banyak yang perlu dipelajari..huhu..doa in ya..
Sila rujuk link ini:

http://armx7.blogspot.com/2008/06/mengapa-harus-bermanhaj-salaf.html