"Berbuat baik lah terhadap para wanita, kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnyaa sesuatu yang paling bengkok ialah bagian atas tulang rusuk. Jika engkau meluruskannya, engkau mematahkannya. Dan jika engkau membiarkannya bengkok, ia tetap bengkok. Oleh kerana itu, berbuat baik lah kepada wanita." (Fathul Bari, 6/418 no.3331, dan Sahih Muslim (1468)) Seorang penyair berkata, "Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok dan tidak engkau luruskan, ketahuilah, meluruskan tulang rusuk bererti mematahkannya. Apakah engkau mengumpulkan kelemahan dan kekuatan pada seorang pemuda, di mana kelemahan dan kekuatan itu bukan hal aneh?" dalam Istri-istri Para Nabi, ditulis oleh Ahmad Khalil Jam'ah dan Syaikh Muhammad bin Yusuf ad Dimasyqi) "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik." (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890) "Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya." (Hadis riwayat al-Bukhari 4889). Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik, berlaku lembut dan menjaga hati mereka. Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.) Wanita, sebagai manusia, telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang lemah, yang perlu dibimbing dan dilindungi. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas harian, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana fitrah manusiawi seorang wanita. Sudahlah lemah, jalan fikirnya juga sangatlah mendalam serta panjang sekali, berkelok-kelok (baca: complicated), dan seringkali juga setiap tindak tanduknya dikuasai oleh emosi yang kadangkala tidak stabil. Selamilah lubuk jiwa wanita, bertolak ansur dan berlapang dada dalam menyelesaikan konflik, berlemah lembut lah dengan wanita sesuai dengan lemah lembut nya sifat seorang wanita, didiklah wanita sesuai jiwanya sebagai wanita, jangan sesekali mendidik atau membetulkan wanita dengan cara didikan yang sama untuk lelaki yang kuat dan keras, sekalipun seorang isteri nusyuz terhadap suaminya, Islam tetap memberi "guidelines" kepada si suami untuk mendidik, sedangkan untuk memukul seorang isteri yang nusyuz juga mempunyai syarat-syarat pukulan yang digariskan syariat. Bersabarlah terhadap kebengkokan akhlak para wanita dan lemahnya akal mereka. Janganlah membenci tanpa sebab dan janganlah terlalu mengharapkan mereka agar terus 'lurus' semaunya. Ibnu Kathir rahimahullahu berkata ketika menyebut ayat di bawah ini: "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka"[4:34] Ayat ini menerangkan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada wanita, iaitu dia sebagai pemimpin, pembesar dan penguasa serta pendidik bagi mereka, ketika terjadi kebengkokan pada wanita itu. Kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberikan keutamaan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita) iaitu karena laki-laki lebih utama dari wanita dan lebih baik. Karena itulah kenabian dikhususkan kepada kaum laki-laki. Demikian pula kekuasaan yang agung berdasarkan hadith Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam: "Tidak akan beruntung suatu kaum manakala menyerahkan urusan kepemerintahannya kepada seorang wanita." (HR. Al-Bukhari) [Ustadz Abu Ubaidah Syafruddin, Berita Kenabian Atas Kepemimpinan Wanita, http://www.salafy.or.id]. Dalam surah an-Nisa' juga terkandung banyak peringatan agar lelaki/suami berlaku baik dan bersabar terhadap kekurangan/kelemahan isterinya, serta suruhan untuk menggauli isteri dengan cara yang sepantasnya. "Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para istri) secara patut." (An-Nisa`: 19) "Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah karena mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisa`: 19) Mudah-mudahan lelaki yang banyak bersabar atas sikap para wanita, dikurniakan ganjaran dan rezeki oleh Allah SWT. Maafkan kami atas segala kekurangan dan kelemahan, maafkan kami kerana tidak mampu sekuat isteri para nabi dan para sahabiah dalam berjuang, apa yang kami pinta, bimbinglah kami agar kami dapat melangkah dengan keyakinan dan semangat kuat di jalan istiqamah, agar kami dapat menjadi insan solehah dalam perilaku dan pemikiran, agar keimanan dan ketaqwaan kami sentiasa dipelihara. -Dedikasi khas buat sahabat seperjuangan, sebarang kesilapan harap dibetulkan-
Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian (Muhamad Hanief Awang Yahya, Perempuan Tidak Berasal Dari Tulang Rusuk, http://www.darulkautsar.com/).