FITNAH  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

SABAR..SABAR...SABAR...

Perjuangan perlu diteruskan..Jangan gentar kepada sesiapa pun melainkan Allah SWT..

Badai ini adalah satu ketentuan buat kamu semua...Jadikan perjuangan Rasulullah SAW sebagai inspirasi..

Redhai...Hadapinya...Dah tak mampu nak kata apa lagi selain daripada SABAR...

**teringat kata2 dari salah sorg sahabat dlm 1 ruangan forum di suatu situs : Musuh dalam dakwah itu adalah diri kita sendiri

Hati Bersih Mampu Lihat Kebesaran Isra' Mikraj  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://www.bharian.com.my

“ATAP rumahku dibuka, saat itu aku berada di Makkah. (Malaikat) Jibrail turun dan membedah dadaku, kemudian mencucinya dengan air zamzam. Kemudian didatangkan sebuah bekas dibuat daripada emas yang berisi hikmah dan iman, lalu dituang ke dalam dadaku. Kemudian dadaku ditutup.”

Demikianlah diterangkan Rasulullah SAW seperti diriwayatkan al-Imam al-Bukhari. Peristiwa itu berlaku pada malam Israk dan Mikraj, seketika sebelum Baginda menaiki buraq untuk meluncur sekelip mata dari Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.

Timbul persoalan, mengapakah perlu dicuci hati Rasulullah SAW sebelum perjalanan itu? Ia adalah satu daripada beberapa rahsia yang boleh disingkap daripada peristiwa Israk dan Mikraj iaitu kelayakan perlu dimiliki hati sebelum dapat meraih keistimewaan bakal Allah berikan kepada tuannya.

Hanya hati yang bersih layak untuk diperlihatkan tanda kebesaran Allah ketika Israk dan Mikraj, manakala hati yang kotor, dicemari kuman kedengkian, buruk sangka, dendam, angkuh, ujub, riak dan sebagainya tidak layak untuk semua keistimewaan itu.

Maka, sesiapa yang menginginkan keistimewaan daripada Allah, hendaklah dia terlebih dulu memerhatikan keadaan hatinya. Peristiwa pencucian hati Rasulullah SAW menerusi pembukaan dada oleh Malaikat Jibrail adalah mukjizat khusus kepada Baginda SAW.

Adapun kita tidak boleh ada satu bentuk pencucian seumpama itu. Pakej pencucian hati ‘sekali cuci bersih selamanya’ yang ditawarkan individu atau pihak tertentu adalah palsu belaka. Sebaliknya yang boleh dilakukan ialah usaha pendidikan, kesedaran, penerapan dan pembetulan yang dilakukan secara berulang serta berterusan.

Setibanya di Masjid al-Aqsa, Rasulullah SAW mendapati nabi dan rasul sebelum Baginda sedang bersolat di sana, lantas Baginda turut bersolat menjadi imam bagi nabi dan rasul di situ.

Rahsia di sebalik itu disingkap Syaikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi: “Nabi solat di belakangnya (Muhammad). Hal ini, pemberitahuan mengenai ciri kesejagatan risalah Baginda, keabadian kepemimpinannya, kepiawaian ajarannya serta kesesuaiannya dalam pelbagai ruang dan masa.

Selepas menjadi imam, Rasulullah SAW Mikraj dari Masjid al-Aqsa ke lapisan langit. Rahsia pertama dapat ditangkap ialah bagi membuktikan kemuliaan Masjid al-Aqsa bagi umat Islam. Rahsia kedua, iaitu sebagai sindiran kepada kaum sebelum itu yang titik paksi mereka ialah Masjid al-Aqsa.

Bumi Palestin ialah tempat diutus beberapa rasul dan nabi sebelum Rasulullah SAW akan tetapi umat setempat menentang ajaran dibawa rasul dan nabi itu. Sudah menjadi ketetapan Allah sesiapa yang menentang ajaran-Nya dan ajaran rasul-Nya, akan dibalas dengan kehinaan. Maka dengan itulah mereka disindir dan dihina, di mana peristiwa Israk dan Mikraj menjadi kebanggaan umat Muhammad dan bukan diri mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang menentang Allah dan rasul-Nya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 5)

Dalam hadis sahih diterangkan setiap kali Rasulullah SAW menaiki lapisan langit yang baru, Baginda bertemu dengan seorang atau lebih nabi. Perkataan pertama diucapkan ialah ‘Assalamualaikum.”

Oleh itu, ia sepatutnya menjadi ucapan kita sesama umat Islam apatah lagi jika kita ingin melayakkan diri memasuki syurga, kerana Rasulullah SAW mengingatkan:
“Berilah makan dan sebarkanlah salam (dengan mengucap Assalamualaikum), nescaya kalian akan mewarisi syurga.”

Ketika Mikraj ke langit, Rasulullah SAW menerima perintah pelaksanaan solat fardu. Jika dibandingkan dengan ibadah lain seperti puasa, zakat dan haji, semuanya diperintahkan menerusi wahyu ketika Baginda berada di bumi.

Hanya ibadah solat diperintahkan ketika Baginda berada di langit. Ia sekali gus, menunjukkan bahawa istimewa lagi penting ibadah solat fardu berbanding ibadah lain. Bagaimanapun, atas nasihat Nabi Musa, Rasulullah SAW kembali mengadap Allah untuk meminta pengurangan 50 kali solat sehari hingga akhirnya menjadi lima.

Satu rahsia berharga untuk disingkap, iaitu kesediaan Rasulullah SAW mendengar nasihat Nabi Musa padahal tidak sampai beberapa jam sebelum itu, Baginda menjadi imam kepada Nabi Musa ketika mereka solat di Masjid al-Aqsa.

Seandainya Baginda SAW bersikap angkuh sehingga enggan mendengar nasihat Nabi Musa, nescaya umat Islam dibebani dengan ibadah solat fardu sebanyak 50 kali sehari. Kesediaan dan sifat rendah diri mendengarnya dan kelapangan jiwa melaksanakannya adalah ciri pemimpin berjaya.

Sikap itu membawa manfaat besar kepada dirinya dan orang di bawah pimpinannya. Sebaliknya, sikap angkuh, tinggi diri dan kesempitan jiwa hanya akan membawa mudarat kepada dirinya dan orang di bawah pimpinannya.

Rasulullah SAW juga berjumpa dengan satu kaum yang mencakar wajah dan dada mereka sendiri dengan kuku diperbuat daripada tembaga semasa Mikraj. Rasulullah SAW bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Jibrail? Beliau menjawab: Mereka adalah orang yang memakan daging manusia dan menjatuhkan maruah mereka (ketika di dunia dulu).”

Apabila diceritakan pengalaman beliau ketika Israk dan Mikraj, ramai kalangan orang kafir Makkah meragui dan mengingkarinya. Lalu seorang antara mereka yang pernah sampai ke Bait al-Maqdis dan melihat Masjid al-Aqsa ingin menguji sejauh mana kebenaran cerita Rasulullah SAW.

Dia bertanya secara terperinci ciri binaan Bait al-Maqdis. Oleh kerana peristiwa Israk dan Mikraj berlaku agak cepat, Baginda SAW mengalami kesukaran mengingati secara tepat, tetapi kesukaran itu segera dipermudahkan Allah.

Dalam rangka kita memperjuangkan agama Islam, sama ada menyebarkannya atau membelanya, kadangkala kita akan menemui cabaran dan kesukaran. Janganlah berputus asa, tetapkan keyakinan bahawa Allah akan membantu dengan cara tidak disangkakan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
(Surah Muhammad, ayat 7)

Tentu saja janji itu dengan syarat kita melakukan segala usaha dan persiapan yang patut kerana Allah mensyaratkan: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’d, ayat 11)

Hari ini 27 Rejab..Jadi??!!  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Jadi universitas kat sini banyak yang liburan donk...bisa pusing-pusing Jakarta makanya!! hehe.. Ni saja nak post entri pasal 27 Rejab...selama ni kat kalendar Cina yang kita gantung kat rumah tu label 27 Rejab ni hari Isra' Mikraj..ntah sape ntah yang ajar dia...maih baca ttg Isra' Mikraj.. brtul ke 27 Rejab tu hari Isra' Mikraj dan ade ke amalan2 khusus yang Allah SWT syariatkan or Nabi SAW ajarkan??

Artikel 1
Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah - www.hafizfirdaus.com

Tarikh 27 Rejab agak masyhur di kalangan umat Islam kerana ia adalah tarikh yang dikatakan berlakunya peristiwa agung Isra’ dan Mi’raj. Pada malam itu dikatakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah di-Isra’ dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Kemudian baginda di-Mi’raj dari Masjid al-Aqsa ke arah langit, melepasi lapisan-lapisannya sehinggalah ke Sidrat al-Muntaha.

Saya tidak mengingkari peristiwa agung ini. Ia adalah salah satu mukjizat yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan kepada hamba-Nya yang teristimewa, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Allah mengkhabarkan peristiwa Isra’ dalam ayat pertama surah al-Isra’:


Maha Suci Allah yang telah menjalankan (Isra’) hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [al-Isra’ 17:01]

Allah mengkhabarkan peristiwa Mi’raj dalam ayat tiga belas hingga lapan belas surah al-Najm:

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi Sidrat al-Muntaha, yang di sisinya terletak Syurga Jannah al-Makwa. (Nabi Muhammad melihat Jibrail dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa (Sidrat al-Muntaha) itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (pemandangan indah di situ yang dia diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda Tuhannya. [al-Najm 53:13-18]

Memang ada yang cuba mentakwil peristiwa Isra’ dan Mi’raj sebagai konon hanya merupakan mimpi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Alhamdulillah saya telah membantah takwilan ini dalam artikel Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar. Ia dimuatkan dalam buku Membongkar Aliran Islam Liberal terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

Akan tetapi yang ingin saya buka untuk perbincangan adalah tarikh 27 Rejab itu sendiri. Jika dikaji ayat-ayat al-Qur’an di atas dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang sahih, tidak ditemui penetapan tarikh 27 Rejab. al-Qur’an dan al-Sunnah hanya mengkhabarkan peristiwa Isra’ dan Mi’raj tanpa mengkhabarkan tarikh ia berlaku.

Sebenarnya para ilmuan Islam, khasnya para ahli sejarah, juga tercari-cari tarikh sebenar berlakunya Isra’ dan Mi’raj. Secara pasti ia berlaku setelah lawatan dakwah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ke Ta‘if dan sebelum penghijrahan ke Madinah. Syaikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-‘Aziz al-Tuwaijiri telah menghimpun dua belas pandangan berkenaan tarikh Isra’ dan Mi’raj. Di antara dua belas pandangan tersebut, paling awal ia dikatakan berlaku lima tahun sebelum hijrah manakala paling lewat ia dikatakan berlaku enam bulan sebelum hijrah. [al-Bida’ al-Hauliyah (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin atas judul Ritual Bid’ah Dalam Setahun; Darul Falah, Jakarta, 2003), ms. 291-292]

Adapun anggapan peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku pada bulan Rejab, ia telah ditolak oleh al-Imam Abu Syamah rahimahullah (665H). Beliau menegaskan: “Sebahagian ahli sejarah menjelaskan bahawa peristiwa Isra’ terjadi pada bulan Rejab. Akan tetapi mengikut sebahagian yang lain peristiwa Isra’ itu bukan terjadi pada bulan Rejab dan maklumat yang menjelaskan peristiwa itu terjadi pada bulan tersebut dianggap bohong.” [al-Baits ‘ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits (edisi terjemahan oleh Tazkiyatul Fikri & Kamaluddin Sa’diyatulharamain atas judul Bid’ah Yang Dibungkus Dengan Hadits Palsu; Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), ms. 174]

Justeru yang benar tidak ada penetapan tarikh bagi peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Tanpa adanya penetapan tersebut, bererti tiada juga apa-apa ibadah yang boleh dikaitkan dengan malam atau hari Isra’ dan Mi’raj. Seandainya Allah dan Rasul-Nya menginginkan kita – umat Islam – meraikan malam dan hari Isra’ dan Mi’raj dengan ibadah tertentu, nescaya akan dikhabarkan kepada kita melalui jalan yang sahih akan tarikh tersebut. Ini sepertimana sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, hari pertama bulan Syawal dan sebagainya.

Menyentuh tentang ibadah, terdapat beberapa riwayat yang menerangkan keutamaan bersolat dan berpuasa sempena Isra’ dan Mi’raj. Akan tetapi riwayat-riwayat tersebut tidak ada yang bertaraf sahih atau hasan, bahkan ia bertaraf maudhu’ (palsu) dan dha’if jiddan (amat lemah) hingga tidak dapat dijadikan dalil mahupun sandaran anjuran beramal. Drs. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris rahimahullah (2000M) telah menghimpun riwayat-riwayat tersebut dan menerangkan kecacatannya dalam buku beliau Himpunan Hadis Dha’if dan Maudhu’ (Jilid 1 dan 2) yang diterbitkan oleh al-Hidayah, Kuala Lumpur.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) menerangkan: “Tidak diketahui dari seorang jua dari kalangan Muslimin bahawa dia menjadikan malam Isra’ keutamaan tersendiri atas malam-malam yang lain, lebih-lebih lagi atas malam al-Qadar (Lailatul Qadar). Para sahabat dan generasi tabi‘in yang dikenali dengan kebaikan mereka, pun tidak pernah mengkhususkan malam Isra’ dengan kegiatan tertentu. Bahkan mereka tidak memperingatinya. Oleh kerana faktor inilah sehingga tidak diketahui bila waktunya (atau tarikh peristiwa Isra’ dan Mi’raj).

Meskipun Isra’ termasuk keutamaan baginda yang sangat agung, namun tidak disyariatkan mengkhususkan waktu dan tempat tersebut dengan ibadah syar’i. Bahkan Gua Hira’ yang merupakan tempat awal turunnya wahyu dan selalu didatangi oleh baginda sebelum kenabian, tetap tidak dikunjungi oleh baginda mahupun para sahabat baginda setelah kenabian selama baginda tinggal di Mekah. Juga tidak dikhususkan waktu di mana wahyu turun dengan ibadah atau acara tertentu. Sebagaimana baginda tidak mengkhususkan tempat awal turunnya wahyu dan waktu (turunnya wahyu pertama) dengan aktiviti apapun.

Sesiapa yang mengkhususkan tempat dan waktu dengan ibadah atas dasar kemahuannya sendiri, hanya dengan dalih hal-hal seperti di atas, maka dia termasuk kategori ahli kitab yang menjadikan waktu bagi peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Nabi ‘Isa alaihis salam sebagai (penentu) acara-acara ritual dan ibadah. Seperti hari kelahiran, hari penyaliban dan peristiwa-peristiwa selainnya.” [Dinukil oleh al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah (757H) dalam Zaad al-Ma‘ad fi Hadyi Khair al-‘Ibad (tahqiq: Muhammad Anwar al-Baltaji, Maktabah al-‘Asriyah, Beirut, 2000), jld. 1, ms. 37].

Artikel 2
Konsep Agama: Ambil Pengajaran Isra' dan Mikraj

Oleh: Ustaz Zainudin Hashim

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah', yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa', Mansoorah, Mesir 1986.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2

Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan." 3

Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.

Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.

Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.

Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.

Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.

Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.

Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.

Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.4

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.6

1 Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, soal jawab dalam Islamonline.net 17/8/06 (Puasa pada 27 Rejab)

2 Ibid - soal jawab dalam Islamonline.net 9/7/08 (Benarkah Israk berlaku pada malam 27 Rejab.

3 Syeikh Atiah Saqar soal jawab agama di Islamonline 17/7/2007 (Puasa pada bulan Rejab)

4 Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi soal jawab agama dalam Islamonline.net 30/8/04 (Kepimpinan baginda Rasulullah terhadap para Anbiya pada malam Israk dan Mikraj).

5_____al-Qaradawi soal jawab agama dalam islamonline.net 8/8/07 (Pengajaran penting daripada peristiwa penting Israk dan Mikraj).

6 _____Ibid. - lanh _

Sumber:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15977&Itemid=1

Mengenal Manhaj Salaf  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Assalamualaikum wbkth...Ada 1 persoalan menarik baru-baru ni yang aku kutip dari AFN, persoalan tentang sejarah dan pengalaman yang di ajukan oleh saudari Shabana..

Salaam. Macam mana sahabat2 kat sini kenal manhaj salaf ek? Boleh x kongsikan pengalaman sahabat2 semua? Kadang2 bila tgk orang yg byk ilmunya mengenai salaf ni, sy tertanya2 mcm mana dia bleh kenal salaf ek??
Macam2 cerita orang..

Cerita 1
Alhamdulillah, dulunya ana cuma kenal Ahli Sunnah wal Jamaah tetapi tidak kenal salafi, yang kita di Malaysia ini berpegang pada ASWJ. Masa tu di sekolah selain dari ASWJ ana kenal mazhab Muktazilah, mazhab Syiah, Khawarij, Murji'ah dan beberapa pecahan dan sub-sub dari mazhab utama. Bila bab sejarah Malaysia pula ana kenal Kaum Tua dan Kaum Muda, tentang pertentangan pendapat dalam lingkungan ASWJ.
tetapi tiada pula disebut salafi dan juga manhaj....dua perkataan ini agak asing ketika itu. Namun ana kenal wahabi, tapi anak tak melihat wahabi sebagai satu mazhab ketika itu melainkan satu kelompok yang asing....hahaha...ghuraba !

Ana dapatkan satu buku yang ditulis oleh Umar Hasyim, tajuknya "Siapakah Ahli Sunnah wal Jama'ah ?". Dari situ ana dapat sedikit penerangan tentang salaf, wahabi, ASWJ dan golongan yang bertentangan. Dari sini ana kenal serba sedikit perkataan salaf dan sejarah ASWJ. Jazakallah kepada penulis Umar Hisyam...siapa dia ni ??

Kemudian ana berkenalan pula dengan Al-Ahkam.net sekitar tahun 2000, dari situ ana masih kabur lagi kerana mereka lebih berkisar tentang penjelasan isu wahabi. Kemudian datang era Dr.Asri Zainal Abidin, ana rasa beliau bagaikan pencetus salafi di Malaysia ini. Namun Dr.Asri juga berkhilaf dengan Ustaz Rasul Dahri, ana dapatkan maklumat tentang Ustaz Rasul, terkejut ana beliau juga mendakwa sebagai salafi, jadi siapakah salafi ?

Ana tak berpuashati lalu ana dapatkan maklumat tentang salaf di internet, terlalu banyak lamannya, hingga ana keliru kerana antara salafi-salafi ini juga terdapat pertentangan dan masing-masing mendakwa mereka adalah salafi yang sebenar. Bingung ana dibuatnya......ana buat keputusan untuk mengelakkan kekeliruan ini ana mesti tahu tapak asas atau fundamental tentang salafi, jadi ana tak perlu campur dengan kekhilafan yang berlaku.Jadi ana kutip segala buku dan artikel yang membincangkan persoalaan akidah, sejarah, feqh, serta perbincangan-perbincangan asas tentang salafi.

Akhirnya ana tahu apa itu salafi sekaligus ana dapat tahu apa itu manhaj. Ana rasakan perkataan manhaj ini walaupun sama maksudnya dengan mazhab, tariqah tetapi bila menyebutnya ana rasakan satu kelainan. Ana dapat rasakan perkataan ini bagaikan mendakap didada, tujuannya adalah hati....digandingkan dengan salaf, masya Allah hebatnya ana rasa. Bagaimanapun ana hanya kenal saja, kaki ana masih belum dapat melangkah ke dalamnya 100%. Jadi apa yang kurangnya ? Ana selidiki lagi, ternyata, ana kekurangan ilmu........."rabbi zidni ilman".

Namun dalam perjalanan ini, ana juga ketemu mereka yang memusuhi salafi ini...ahhh.bagaikan sejarah berulang antara Kaum Muda dan Kaum Tua, tetapi yang Kaum Tua itu bukan bermaksud mereka itu tua pada usia kerana ada juga yang muda dikalangan mereka, tetapi peratusannya ramai di antara mereka tua dan dikalangan Kaum Muda ramai mereka yang muda.

Dalam pada itu ada juga puak pelampau yang menentang salafi ini, mereka ini dinamakan Syiah dan Ahbash.

Ana sekarang masih dalam perjalanan mengenal salaf akan tetapi ana sudah tahu secara bahasa dan istilahnya tetapi belum ke temu secara ruhiyyahnya........dimana tu ?

Setakat ini saja, dapat dikongsi kalau nak diikutkan panjang ceritanya. Semoga ana bertemu jalannya, jalan yang digariskan Allah dan Rasul-Nya sebagai "subulussalam"....wallahualam

Cerita 2
Assalaamu’alaikum

HEheh mana ada brutal Din.. Situasi perdebatan masa tuh yg buat kitaorg brutal sket. Banyak sangat provokasi.. lagipun time tuh darah muda...Sekarang dan macho heheh

Ok Sekarang tiba masanya akob plak yg nak bercerita tentang kembara rohani akob ke manhaj salaf. Akob tulis cara santai je lah yek.

Akob rasa semua pun dah tau, akob adalah student UIAM yang merupakan sebuah institusi pengajian yang internasional. Para pensyarah dan pelajarnya datang dari pelbagai Negara, bangsa dan mazhab. Syllabus kat UIAM pun lebih terbuka kepada mazhab-mazhab dalam Islam. So kami di UIAM telah terdedah dengan pendapat-pendapat dalam mazhab-mazhab dalam Islam. So kami ni kira memang dah amalkan Fiqh Muqaran kan sana lah. Memang kita kat sana apabila subjek Islamic Revealed Knowledge atau Ilmu Wahyu kita kena support hujah kita dengan firman Allah SWT dan Sunnah Nabi SAW. Sincerely speaking akob masa zaman kat UIAM tu tak ler sebaik mana pun perangainya. Naughty but yet charming… hahahhah…Masih zaman jahiliyah kat sana tuh

Ok kat UIAM akob berjumpa dengan Dr. Ali Abdurrazaq, lecturer dari India yang PHD nya dari Universiti Madinah. Dia mengajar akob subjek Aqeedah. Dr Ali ni penguasaan al-Qur’an dan Hadis memang hebat. So adalah ciri-ciri kaum muda kat dia ni. Akob sebagai seorang yang bermazhab Syafi’e tulen, bila ada yg akob kurang puas hati, akob akan pergi ke bilik dia untuk minta penjelasan. Tapi apakan daya cakap sikit jer dia buka Qur’an, lepas tuh dia capai kitab-kitab hadis yang banyak kat belakang meja dia. So setiap penjelasan yg dia berikan menyebabkan hati akob menjadi tenang kerana confirm ianya memang daripada Rasulullah saw. Akob masih teringat bila dia ajar tentang sifat Allah maka dia akan suruh kita refer kepada sifat-sifat yang Allah sendiri tunjukkan dalam al-Qur’an & hadis. Cuma masa tuh tak ler dia sebut Tawhid Asma’ was Sifat. So bila dia bagi assignment bertajuk Sifat Allah bebudak Melayu lain habis lah tebal-tebal cerita tentang Sifat 20. Akob plak kupas sifat Allah menurut al-Qur’an. Apa lagi memang akob score highest point ler. Sebelum kelas habis Dr Ali jumpa akob dan dia suruh pergi ke bilik dia. Dia pesan kat akob pemahaman tentang sifat Allah yg akob buat dalam assignment itu adalah metodologi yg benar. Dia pesan kat akob ini adalah amanah dari dia untuk akob sebarkan metodologi ini kepada masyarakat Islam kat Malizia. Akob hanya senyum jer. Biasaklah akob muda lagi time tu, mana minat dengan aktiviti dakwah yg biasanya dijalankan oleh mat-mat skema. Hahah.. How I wish that I can show to Dr Ali my first book entitle Kaedah Memahami Nama-Nama & Sifat-Sifat Allah. Dan ingin akob katakan kepada Dr Ali amanah yg diberikan telah akob tunaikan walaupun setelah tujuh tahun grad dari UIAM. Kat manalah Dr Ali kini. Masa akob final year dia pun dah meninggalkan UIAM.

Oklah. Lepas grad biasaklah akob masih party all the time hehhehe. Bila masuk egroups masa tuh ledakan reformasi. Akob memang aktif terlibat dengan gerakan reformasi. Demonstrasi, Gas pemedih mata & air kimia semua akob dah rasa. Cuma cota dan rotan FRU belum kena. Heheh Bila masuk internet mesti cari bahan anti government. Tapi tu dulu yek, now akob non partizan. E-Group (nama lama untuk yahoogroup) termasuk Islah net plak masa tuh tengah hebat diserang GAH. Masa kat Islah Net akob dah mula nampak kehebatan seorang mamat bernama Tuan Hassan ketika menjawab soklan-soklan Fiqh. Tapi masa tuh fokus masih untuk berhadapan dengan GAH. Amende GAH tuh? GAH tuh Golongan Anti Hadis. So memang susah nak berhujah dengan GAH ni. Time tuh akob kena buka semula buku-buku Ilmu Wahyu masa kat UIAM dan banyakkan kajian tentang al-Qur’an untuk berhadapan dengan GAH. At the same time akob gak duk berdebat dengan Rasul Melayu si Khahar & the Gang. Pegh susah wooo… Masa duk berhujah dengan GAH ni terdapat ramai insan-insan yang bertungkus lumus untuk membela Ahlus Sunnah. Di antara mereka adalah Daud Kilau dan al-Fadhil Syaikh Hafiz Firdaus Abdullah yang sehingga kini menjadi sahabat baik akob. Ini sekitar tahun 98-99. Dalam ramai-ramai geng al-Fikrah yang first sekali bertemu muka adalah akob, Hafiz dan Daud Kilau di Carefour Seri Petaling. THTL belum join kitaorg lagi masa ni. Yg Sorang tuh tinggi melangit (Hafiz) yg sorang lagi rendang (daud Kilau) dan yang sorang tuh besarrrrr (tough & macho which is akob ler hahahha). Korang tau ke sapa Daud Kilau ni? Bukan mamat yg kaki gelek tuh.. Daud Kilau tuh adalah nick yg dipakai oleh Abu Adam aka Khairul.

Lepas perang dengan GAH tamat geng sunnah ramai gak yg regroup kat Islah Net. What happened at Islah Net lepas tuh Fikrah lepas tuh alFikrah THTL dah citer. Kat situ bintang THTL amat menyinar menyebabkan akob kagum dengan Ilmu dia. At the same time Akob juga mengkagumi ilmu Hafiz especially on hadis. So Hafiz & THTL banyak mempengaruhi minda akob. Dalam minda akob kalau pilot and pekerja kat Telekom boleh buat kenapa akob tak boleh. Tapi akob tengah sibuk dengan perkara lain masa tuh heheheh

Akob pun kahwin tahun 2000. Tan Sri Ainuddin yg pernah mendapat gelaran Tokoh Maal Hijrah menghadiahkan akob satu buku yang benar-benar membuka minda akob semasa perkahwinan akob. Tajuk Buku tuh Sifat Solat Nabi SAW karya Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani. Bahagian Muqaddimah buku ini disamping dengan pengaruh THTL dan Hafiz membuatkan akob tersedar bahawa kita bukan hanya sekadar perlu terbuka kepada pendapat mazhab-mazhab dalam Islam tetapi kita harus juga berusaha untuk mencari pendapat yg lebih tepat (tarjih). Akob pun mula pergi ke Saudi Embassy bersama Hafiz & Abu Adam untuk menghadiri kuliyah Dr Abdullah Yassin. Kat Saudi Embbassy ini akob berjumpa dengan seorang insan yang amat akob hormati yakni Dr Imran. Lepas tuh akob pergi pula ke kuliyah Ustaz Hussain Yee di al-Khaadem. Di situ akob berjumpa pula dengan Eng Sian aka Rafiq. Now our geng makin besar. Lepas tuh THTL, Cikgu Rahim, Alamghiri geng AAN seperti Kamin, Zayed, Gayat, kemudian Adlan dst… kenalan kami semakin ramai dan semakin ramai.

Akob berpeluang untuk belajar dari mereka semua dan akob pun mula membina personal library akob. Akob dari seorang yg party all the time bertukar menjadi Ulat Buku. Lepas satu buku ke satu buku akob baca. Akob pun semakin rajin gi kuliyah ustaz-ustaz lain yang akob kasihi seperti Ustaz Rasul Dahri, Ust Shofwan Badri, SS Dr Asri, Ustaz Azzahari, Shah Kirit, Ustaz Fadlan, Dr Azwira, Ust Helmi, Syaikh al-Mandilee dan banyak lagi. Mereka ini semua memantapkan lagi kembara rohani akob ke manhaj salaf sehingga ke hari ini akob telah menulis 8 buah buku (more to come insya Allah) dan puluhan (more than thirty kut) artikel akob telah disiarkan dalam akhbar Utusan, Berita Harian, Metro dan Majalah i.

Itulah serba sedikit citer akob dan geng PROTAZ lain. Akob bersyukur kepada Allah SWT kerana menemukan akob dengan manhaj yang mulia ini. Akob juga bersyukur kerana dapat bertemu dan bersahabat dengan insan-insan yang banyak membantu akob untuk mendalami ilmu agama. Thanx to each & everyone di alFikrah and AAN. Akob banyak belajar dari korang semua. Semoga hubungan kita semua bertambah erat dan kita akan terus belajar di antara sesama kita.

Cerita 3
perjalanan mengenal manhaj salaf..menarik ni! terima kasih atas perkongsian yg sgt best! terkesan..

rasanya manhaj ni lebih mudah berkembang di kalangan professional,juga ahli agama yg professional dlm ilmunya..itqan!(betulkan saya if salah)

saya as medic student mula kenal dakwah tabligh setahun time kat intec (international education centre) uitm s.17, separuh masa dari foundation year terbazir begitu saja. sebelum tu skola lama SBP Klang (haha) rasanya takdapat apa2 yg signifikan psl manhaj ni,taktau la skrg camne. sambung balik msa kat intec, b4 masuk 2year ada la senior ni rajin duk ajak orang gi kuliah dr.asri. saya pun join. then rasa something wrong dgn manhaj tabligh yg sy join time tu, refer la taiko tabligh kat seri petaling, takpuas hati dgn jawapan. try la masukkan usaha sunnah ni dalam jemaah tu,saya karkun kuat time tu. tapi takberhasil,diorang pulak brainwash saya..haha..time tu da kuat sket la fahaman sunnah ni,tak 'terkesan'. Go

Alhamdulillah fahaman sunnah da mula tersebar di kalangan lelaki. Dan mula tersebar di kalangan perempuan bila kami kongsi recording kuliah, kapten hafiz firdaus pulak stat buat kuliah kt rumah dia..supply bus lagi tuh! Setelah dua tahun di bumi intec, geng ni bertebaran seluruh dunia..czech,aussie,russia,india dan saya di jakarta,indonesia. lagi menarik cerita lepas tu,nak bagi orang lain kenai manhaj ni..tunggu geng lain mai sini la..hehe

Cerita 4

Rasanya panjang cerita yang akan ana ceritakan jadi elok juga dibahagikan ke beberapa bahagian. Ana mula mengenal istilah Salaf itu secara tepat pada tahun 2000 masehi. Isltilah itu mula keluar dari mulut sahabat ana Yaakub Yunus yang baru ana kenali beberapa bulan sebelumnya dari internet. Sebelum bertemu Akob (nama manja beliau) ana sering terfikir yang namanya kalau di Inggeriskan maka jadilah Jacob Jonah, iaitu nama Nabi Yaakub a.s. dan Nabi Yunus a.s. di dalam bible. Ana tersenyum sendiri sebab nama tersebut memang agak brutal. Apakah benar?

Sedikit latar belakang kisah ana sebelum tahun 2000. Ana sememangnya tiada pendedahan agama secara formal. Silibus pelajaran agama Sekolah Rendah dan Menengah mendedahkan ana kepada subjek Islam. Arwah datuk ana mengajar mengaji dan solat. Ustazah Siti Khadijah ketika sekolah rendah pula mengajar doa-doa. Kelas KAFA lebih kurang ketika darjah tiga hingga darjah enam, ana dan budak-budak diajar mengaji dan fardhu ain lagi. Tingkatan satu sampai tiga pun sama, mengaji, fardhu ain dan sifat 20. Kemudian berhentilah ana dari sebarang kelas agama, dan sibuklah ana dengan ilmu duniawi bermula dari tingkatan tiga untuk bersedia menghadapi SRP hingga sampai habis universiti dan balik ke tanah air. Kenapa tiba-tiba ana mahu belajar agama semula?
Ketika sudah mendirikan rumahtangga ana rasa macam tanggungjawab sudah semakin besar. Suami kena membimbing isteri dan nanti membimbing anak-anak. Jika kepala tidak lurus maka yang mengikut pun tidak lurus. Dari kesedaran ini maka ana sedikit-sedikit mula menambah ilmu dengan menghadiri kelas agama di surau, ana juga ada mendekati jemaah tabligh dan mula membaca-baca buku agama yang berbagai dan melayari internet. Tapi lama-kelamaan ana rasa macam ada yang tidak kena dengan iklim beragama di Malaysia terutamanya bila ana mula terdedah dengan tulisan-tulisan ulama ' dan laman-laman web luar negara. Ana rasa macam ilmu agama yang diberi dan dipromosi di Malaysia sudah terlalu keMalaysiaan, Islam yang begini tidak mungkin mahu diterima oleh sesiapa pun di luar Malaysia. Ana mula terbayang soalan kawan-kawan ana dari golongan atheist yang bertanya tentang Islam semasa belajar dulu. Satu pun soalan mereka yang ana tidak boleh jawab untuk mempertahankan Islam. Islam rugi kerana ana dan silabus Islam yang diajar sejak turun-temurun dianggap tiada yang istimewa. Sama saja dengan agama lain kata mereka. Ana mula faham maksud taklid buta kerana ana pengikut mazhab ini sebenarnya.

Ana terpaksa menelan episod bodoh hidup ana itu dan ana masih teruskan mengkaji. Tapi masih dalam kerangka berfikir dan belajar yang tidak menentu. Ana mengkaji semua tulisan - tarekat, tabligh, sufi, anti-hadis, ahmadiyah, salaf dan macam-macam. Lagi banyak ana kaji, ana menjadi lagi curious (curiga) apakah Islam yang sebenar, tulin, original sebagaimana yang Allah SWT wahyukan. Ana yakin sekali Allah SWT pasti akan melindungi agama-Nya jika inilah mesej terakhir-Nya kepada dunia sebelum wahyu terputus. Mana mungkin manusia dicipta dan ditinggalkan tanpa panduan. Pencarian ana itu rasanya semakin hari semakin menampakkan hasil, tapi masih belum jelas.

Akhirnya, pada satu Ramadhan yang ana sendiri tidak ingat tahunnya, ana terfikir sesuatu. Jika Allah SWT menurunkan al-Quran pada bulan yang mulia ini, maka amat bertepatan sekali kalau ana cuba memahamkan mesej Allah SWT ini. Jika ini 'surat' Allah SWT kepada ana maka ana mesti tahu apa yang mahu disampaikan, bukannya ana simpan atas meja. Maka pada bulan Ramadhan tersebut ana berjaya mengkhatamkan al-Quran, bukan dengan cara bertadarrus, kerana itu sudah ana lakukan masa kecil. Ana berjaya menghabiskan memahami maksud al-Quran dari Ummul Kitab hingga surah an-Nas melalui kitab terjemahan Mahmud Yunus, satu-satunya kitab terjemahan yang ana ada ketika itu.

Bagi insan lembab seperti ana, ana sungguh bersyukur kerana Allah SWT memberikan petunjuk kepada ana untuk melakukan kerja mudah ini tapi tidak semua yang mampu, kerana tanpa hidayah Allah SWT ianya memang mustahil. Amat benar sekali sifat al-Quran itu sebagai al-Furqan (pembeza) dan al-Huda (petunjuk), ana mula merasakan agak mudah membeza antara yang benar dan yang kurang benar, yang lurus dan yang bengkok kerana dalam memahami al-Quran itu tanpa kita sedari ianya mengajarkan standard dan piawai untuk hidup kita di dunia. Mesejnya merentasi sempadan masa dan bangsa, pengajarannya tentang sikap manusia dalam berbagai suasana sungguh relevan untuk setiap zaman dan setiap fasa hidup manusia itu.

Kembara ana kini semakin mudah bila ada standard yang ana jadikan pedoman. Dan standard inilah yang diikuti generasi pertama para muslim dan pastinya inilah standard yang selamat. Pesan ana kalau dalam hidup tiba-tiba rasa keliru dan jalan dirasakan kelam, bacalah al-Quran (dengan mentadabbur maksudnya) dan mintalah petunjuk insyaAllah jalan menjadi terang kembali.


Cerita sendiri

Kisah saya tak adalah menarik atau hebat mana sangat nak dibandingkan dengan yang lain-lain, perjalanan biasa2 sahaja.
Aku sejak sekolah rendah memang berminat dengan agama2 nih, pendek kata kalau subjek Pendidikan Islam tu, kite lah yang top scorer nye..Tapi, bila melangkah nak daftar masuk ke sekolah menengah, my parents prefer masukkan aku ke sekolah harian primer di negeri kecil itu, bukan sekolah agama, still tak menghalang aku untuk meneruskan kecenderungan mandalami ilmu agama, cuma time tu gerakan mencari ilmu terbatas setakat kat sekolah ngan ceramah2 politik(atas nama agama) yang ntah pape (huihui) disebabkan oleh persekitaran
..Still scorer untuk subjek ni dan mempunyai hubungan yang rapat dengan ustazah2 di sekolah, malah mewakili sekolah untuk Kuiz agama dan menjadi target ustazah untuk aku jadi wakil hafizah..hahahah..berapa surah je yang ko boleh hafal Farhani oi..entah melekat ke tidak...nak dipendekkan cerita, ada tittle student agamis la jugak dulu, tp focus lebih banyak kat pelajaran akademik sebab parents harap sangat2...Then, ok la gak SPM nye result membolehkan aku mendapat tawaran dalam bidang Pergigian ke Australia dan aku kenalah buat persediaan (AUSMAT) di INTEC dulu setahun setengah.
Ha..start masa ni lah aku bertransformasi...Aku keluar dari tempat aku terperuk, aku menjelajah di dunia luar. Program persediaan aku tu kononnya tough la, aku akui, dan time aku alami kesulitan tu aku cuba mencari ketenangan, selalu la aku menziarah surau time tu, solat jemaah dan join je if ada apa2 halaqah buat halwa telinga dan kongsi la masalah ngan orang2 kat situ...Minat aku pada agama sedang mekar time tu tapi tak tahu lah kenapa aku tak dapat kepuasan lagi walaupun dah 20 tahun berada dalam lingkungan 'agamis' (wan aku pak ustaz, sedara mara sekolah agama, aktif dalam politik yang ada label agama), aku tengok akhlak diorang, aku jadi confuse, takkanla ni yang Islam ajar kot?? Kadang2 timbul rasa muak, menyampah dan sebagai nya lah...
Bila kat INTEC ni, aku sedar aku kena hidup berdikari, aku dah jauh dari mak ayah (maklumlah bawah ketiak mak ayah 17 tahun lamanya), aku kena atur semuanya sendiri dan of course la takkan aku nak study je sepenuh masa, mesti buat benda lain yang bermanfaat juga, aku sedang berdiri atas kaki sendiri dan tak ada sapa2 dapat tolong aku time tu, kecuali Allah ja yang faham situasi aku (of course lah kan), so kat Dia je la tempat aku bergantung, time susah tu jugak lah rasa nak dekat ngan Allah, nak kenal Allah, nak cinta Allah (tenyata selama ni aku belum kenal sama Allah ya??? TAk kenal maka tak cinta)..Alhamdulillah Dia letakkan aku kat kondisi serupa itu, supaya aku dapat menempuh satu perjlanan untuk menghampiri, mengenal, dan mencintai Allah, lepas tu stick pada apa yang Dia suruh, tinggal apa yang Dia larang dengan hati yang teguh tanpa rasa was2...Aku rasa, pengalaman ni ramai yang hadapinya..Kakak2 aku yang masuk SBP pun time kat asrama macam tu, mencari2 aktiviti kerohanian mengisi jiwa yang kosong, siap jadi naqibah and qariah tak bertauliah lagi..haha..jangan marah yerrr...
So aku join lah usrah2, ta'lim2, ceramah2, dari situ dapat kenal ngan ramai kawan2 dan seniors dari program2 lain, mix la pendek kata..waktu tu tak tau lagi kewujudan Salaf2 ni kat iNTEC. PSC, satu Islamic Society yang banyak buat program2 majlis ilmu, aku suka penceramah2 yang dijemput, yang masih aku ingat Bro Shah Kirit yang buka minda aku tentang Islam and comparative religion, Us Maszlee dengan Palestin nya (sangat kagum yang broad knowledge yang beliau miliki), Us Adlan lah yang buat aku tertarik nak belajar tentang hadis, dan yang terakhir, Kapten Hafiz Firdaus aka UHF. Beberapa kali aku gi rumah dia, dengar ceramah dia dan beli buku2 jualan yang dia letak kat library dia yang sangat mengkagumkan tu,,,start dari situ lah aku kenal ngan PROTAZ,aku menjadi pembaca setia Majalah i, aku banyak beli CD2 ceramah dan buku2 agama, korbankan duit biasiswa.
Pada pertemuan terakhir dengan UHF, dia ada pesan kat kita buat sstu amalan kena ada dalil, dan dia sangat tegaskan untuk kita teruskan usaha menuntut ilmu, sebab ilmu sifatnya dinamis-ni lah pesan dia yang paling aku ingat. Sangat berguna pesan2 dia pada hari tu, supaya kita tak taksub, kita tak bertaqlid buta dan tak memandang enteng agama Allah ini.
Aku pun pantang dengar ada pameran buku or majlis ilmu aku join ja, sunnah atau tidak.
Ada juga kawan2 yang pergi rumah UHF tak dapat terima apa yang UHF sampaikan, cth, baca AQ time uzur, padahal dia dah terangkan bab tu dengan dalil2 dan pendapat2, aku memang seorang insan normal yang cenderung kepada perkara2 yang memudahkan dan menghampiri aku,jadi itu lah yang aku pegang tapi aku tak tahu kenapa kawan2 aku especially yang dari sekolah agama, dia tak dapat nak terima soal ni, reason nya sebab dia tak pernah dengar ustaz dia cakap...Nak tergelak pula aku bila teringat, kalau kau nak pegang tak boleh baca AQ time uzur ikut suka kau la, buat pa kau nak halang orang baca..Dia suruh aku jangan ikut sangat pendapat2 yang macam tu..ada lagi kawan aku, aku belikan dia buku Panduan Ibadah Musafir Penerbangan by UHF-macam2 hal la yang dia kata dia rasa pelik bila baca buku tu..dan dia kata dia risau kat aku yang sangat aktif pergi ceramah2 yang macam tu tapi kurang ilmu, dia takut aku nyasar/sesat..ok, fine..aku akui la aku kurang ilmu sebab tu la aku kena pi majlis ilmu bukannya avoid majlis ilmu, at least aku usaha gain knowledge, banyak doala supaya dibimbing ke jalan yang lurus..Takkanlah kejam sangat ALLAH tak bagi kita ke jalan yang benar..kita dah diberi choice, nak tak nak je..
Tu kawan,,,ni tentang family pulak...balik cuti la time aku nak share pengetahuan yang aku dapat ngan family members aku..Tapi macam biasa la, tak semua dapat terima..jadi macam Kaum Muda vs Kaum Tua...alhamdulillah, twin aku dah mulakan langkah untuk mengenal manhaj ni...di sana (NZ) mereka banyak terdedah denga sillibus IM...no comment, cuma aku harap dia teruskan usaha mencari ilmu AQ dan AS..
Tamat je program persediaan aku, aku habiskan masa setengah tahun jadi cikgu, sambil2 tu membaca buku2 yang belum aku baca dan UHF pun ada post kat aku beberapa buku tulisannya, terharu sungguh aku. Time cuti tu lah, rasa macam banyak juga ilmu aku yang bertambah, sedikit demi sedikit, hati aku semakin teguh dirasakan, beragama terasa puas sebab ada keyakinan..sebab apa ada keyakinan??sebab setiap amalan dipastikan ber dalil, ada sebab, ada reasons yang kukuh why kita pilih sesuatu pendapat if benda tu khilaf.
dan ada juga pengalam menarik time cuti tu, aku tercampak ke dunia sufi dan tarekat, tapi nasibla time tu dah ada foundation sunnah, so tak termakan sangat lah dengan mutiara2 kata, hadis2 yang tak jelas sumber2nya, dengan cerita2 fantasi dan analogi2 yang mengasah minda aku..hahahhahah..mula lah ni nak gelak panjang..Saja ja aku pi kenal2 ngan orang tarekat sebab aku nak tahu apa yang ada dalam tarekat, apa yang dipelajari, sebelum ni aku selalu dengar tentang tarekat, lepas tu nak cuba..tapi sekarang baru tahu...

dan right now, di Jakarta..bertemu dengan rakan2 dari uni lain yang gerakkan dakwah sunnah, aku tak nak cerita lebih lanjut tentang ni, yang pasti aku takkan berhenti dalam usaha menuntut ilmu dan aku akan pastikan bukan aku sorang je kat uni ni yang faham sikit la tentang sunnah, semua orang kena tahu,beraqidah dengan aqidah yang jelas dan sahih (best ta'lim sini ada susunan syllibus yang sangat bagus berbentuk didikan untuk rakan2 kenal dan terima sunnah), dan lepas tu keluar uni bukan je sebagai seorg yang tahu selok belok dentistry tapi boleh tahan la jugak bab2 agama dan bertebaran di seluruh negara untuk dakwah ini.

*Masih kekurangan ilmu dan masih banyak yang perlu dipelajari..huhu..doa in ya..
Sila rujuk link ini:

http://armx7.blogspot.com/2008/06/mengapa-harus-bermanhaj-salaf.html





POLAROID Magazine: Be Part Of Us & U'll Get The Reward!!..  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in





Hye Pelajar Malaysia di Jakarta!!! "POLAROID Magazine"  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

ANDA PUNYA BAKAT TERPENDAM?? KREATIF? MINAT BERKARYA? MAHU BERKONGSI ILMU & PENGALAMAN?? ANDALAH ORANGNYA YANG KAMI CARI2 !!
Exco Penerbitan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat memerlukan kerjasama SELURUH pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia (khususnya JAKARTA) untuk menjayakan penerbitan Majalah POLAROID. Anda bisa memberi sumbangan dalam bentuk karya ilmiah, karya kreatif, dan berkongsi pengalaman melawat tempat-tempat menarik di Jakarta lewat penulisan, Hasil karya anda yang dipertandingkan akan dipilih oleh Exco berkenaan dan akan dimuatkan ke dalam majalah ini, yang bakal diterbitkan 3 kali setahun. Inilah masanya untuk para mahasiswa mendedahkan bakat & kreativiti yang terpendam demi mengharumkan nama institusi, nama cawangan Jakarta dan berkongsi untuk menyatukan seluruh pelajar Malaysia di Indonesia!!! Tunggu apa lagi???Ayuh berikan sumbangan anda!!!

A: AKADEMIK (KARYA ILMIAH)
• Bisa dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
• Tidak melebihi 1 halaman (kalau lebih akan diedit)
• Format: A4 (Diketik), font Times New Roman saiz 12
• Setiap universiti harus memberikan kontribusi dalam setiap jurusan yang ada di institusi mereka (Agama, Perubatan, Pergigian dan Farmasi).
• Sumber rujukan harus dinyatakan!
• Karya yang terbaik dipilih oleh sidang redaksi POLAROID dan akan dinyatakan nama penulis beserta cawangannya
• Tidak ada had untuk berkarya..Anda boleh berkarya sebanyak yang mungkin, tetapi pastikan karya anda ilmiah untuk dikongsi bersama para pembaca !!!

B: MASTERPIECE (KARYA KREATIF)
• Segala jenis karya kreatif diterima (puisi, cerpen, dan apa-apa yang dirasakan kreatif (bentuk penulisan shj!!))
• Karya harus asli dan tidak pernah diterbitkan di mana- mana majalah lain (hasil kreativiti sendiri)
• Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diterima
• Tiada had untuk berkarya..Anda boleh berkarya dan menghantar sebanyak mungkin peenyertaan dari setiap unversiti.
• Karya yang terbaik dipilih oleh IPEM (Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia) dan akan dinyatakan nama penulis beserta cawangannya.

C: VIEWFINDER (AROUND JAKARTA)
• Karya yang menceritakan lokasi istimewa yang ada di sekitar kawasan anda. Misalnya, Ancol, MONAS dan bisa juga tentang makanan istimewa (tempe etc) di tempat anda.. kongsikan dengan seluruh pelajar Indonesia!!.
• Sertakan karya ini dengan gambar supaya kegembiraan dapat dirasai bersama..
• Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diterima
• Karya terbaik dipilih oleh sidang redaksi POLAROID dan akan dinyatakan nama penulis beserta cawangannya.


* INFORMASI PENTING !!!!:

- TIAP PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
- PENYERTAAN TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR MALAYSIA DI JAKARTA
- HASIL-HASIL DARI KARYA YANG TERPILIH AKAN DITERBITKAN DALAM MAJALAH ”POLAROID”
- SEMUA PENYERTAAN, SILA SERAHKAN KEPADA WAKIL-WAKIL UNIVERSITI ANDA ATAU BOLEH DIHANTAR LANGSUNG KE E-MEL SAYA (boleh discan & di attach/ copy paste ke e-mail)

- SEBARANG PINDAAN ATAU PERUBAHAN AKAN DI BERITAHU DARI MASA KE MASA
- SETIAP UNIVERSITI DIHARAP DAPAT MEMPUNYAI WAKIL BAGI SETIAP PERTANDINGAN DAN TIADA HAD UNTUK BERKARYA!!!
**** TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA :
14 Juli2008







JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN/MASALAH, SILA HUBUNGI :

FARHANI BINTI MD AZIZAN (Univ.Prof Dr.Moestopo)
+62081806978069
e-mail/YM: zealous_jovial_87@yahoo.com


atau anda bisa menghubungi wakil-wakil di institusi anda :-
• UKRIDA : Zaheera (+6281932673545) (zahra_ryan87@yahoo.com)
• UIN : Nur Hanisah (+62085691323687) (anyssnisa@yahoo.com) / Ikram (081807923717) (ikram_02@yahoo.com)
• TRISAKTI: Syahmi (081808976670) (mhd_syahmi@yahoo.com)
• UI: Padma (08176380352) (padma_2112@yahoo.com)
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN & KERJASAMANYA…
PROMOSIKAN INI KEPADA TEMAN-TEMAN ANDA JUGA!!!!!!! JANGAN LUPA, SEGERA YUK!!!

PeNgOrBaNaN??  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in



Entri kali ni aku tujukan khas buat mereka-mereka di luar sana yang sedang meniti jalan dakwah. Siapa mereka??? Setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya terpikul dengan beban dakwah...bukanlah hanya mereka yang bergelar da'ei/da'eiah, murabbi/murabbiah, naqib/naqibah..tapi SETIAP orang..Firman Allah SWT:
"....dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa..."[QS Al Maaidah:2]


FirmanNya lagi dalam Surah Ali 'Imran ayat 104 (maksudnya):
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." [Ali 'Imran;104]

Maka, sekalipun kita dalam kelompok yang kecil atau terisolasi, tetaplah, taggungjawab dakwah tidak harus dilepaskan begitu sahaja, harus wujud di kalangan mereka orang-orang yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan tahukah pembaca blog sekalian, siapakah golongan yang beruntung antara kita?

"Demi masa...Sesugguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Al-'Asr:1-3]

Kita tahu bahawa dakwah adalah kewajipan setiap Muslim, tetapi itu bukanlah bererti setiap orang berhak bercakap tentang Islam sekehendaknya/sewenang-wenangnya dengan berpandukan rasional fikiran semata-mata, seperti prinsip yang dipegang oleh golongan yang beraliran Mu'tazilah/Islam Liberal.
Hendaklah sesiapa yang mengajak kepada Islam yang sebenar serta penghayatannya, menelusuri dasar pijak yang berikut ini:
1. Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Pemahaman Salafussoleh (para Sahabat, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in).
3. Melalui ulama'-ulama' yang berpegang teguh pada pemahaman tersebut.
4. Mengutamakan dalil-dalil yang sahih


Bagi mereka yang ada kesedaran untuk berdakwah, sudah pasti, ia bukanlah satu jalan yang sangat mudah..Banyak liku-liku dan ujian maupun cubaan yang pasti bertandang, bermacam ragam perangai orang yang didakwahi akan terlihat, banyak sokongan dan banyak pula kritikan tak kiralah kritikan membina maupun kritikan berupa umpat, caci, maki, keji dan fitnah...di situlah kesabaran dan keimanan seorang penegak kebenaran teruji, ...Apa yang harus dilakukan? Apa yang menjadi motivasi kita?

"...Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanlah engkau berharap," [QS Al-Insyirah, 94:5-8]

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap berlemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu, maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya" [Ali Imran 3:159]


Dapat diperhatikan bahawa sunnah Rasulullah SAW dalam menegur para sahabat ialah:
1. secara lemah-lembut
2. senandainya baginda bersikap keras lagi kasar, nescaya "....mereka lari dari kelilingmu."
3. Rasulullah SAW memulakan dengan memaafkan mereka, mendoakan keampunan bagi mereka
4. Selepas itu, Rasulullah SAW berbincang dengan mereka "...bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu."
5. Last but not least, baginda bertawakkal kepada Allah SWT.

Ayuh, laksanakanlah step2 di atas ini dalam rangka mengajak orang lain (ibu bapa, keluarga, sahabat etc) ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, janganlah kita hukum menghukum mereka yang masih belum mengerti dan memahami, ketahuilah yang sesungguhnya Islam sifatnya mendidik, bukanlah menghukum. Banyakkanlah bersabar dalam meniti jalan dakwah, walaupun suatu saat, perjuangan terasa sepi seorang diri tanpa siapa-siapa di sisi, apalah sangat pengorbanan kita yang jauh panggang dari api bila dibandingkan dengan dakwah dan pengorbanan Rasulullah SAW yang kesannya masih terasa sehingga ke hari ini...saat ini..tentu, kita-kita yang mencintai sunnah Baginda Rasulullah SAW sangat merinduinya, apatah lagi Baginda, kerana cinta pada umat, nyawa sendiri baginda pertaruhkan!! Walaupun tidak pernah bersua dengan umat selepas kewafatannya, tapi sudah bisa mengungkapkan RINDU!!! Sebak rasa hati ini..Pantaskah kita mengingkari ajakan dan ajaran utusan Allah SWT buat kita ini???

Fikirkanlah kepentingan umat, bukan kepentingan diri..
Dari anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda:
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga dia mencintai (kebaikan) untuk saudaranya sebagaimana dia mencintainya untuk dirinya".
[HR Bukhari Muslim].
Apabila anda menyintai saudara anda dan mahukan kebaikan untuk mereka semua termasuk diri anda, anda tidak akan teragak-agak untuk melakukan pengorbanan, dan tidak perlulah kita mengungkit segala pengorbanan yang telah kita taburkan untuk kepentingan umat, serahkan semuanya pada Allah SWT.
Di sini, saya turut menyelitkan sedutan video2 dengan harapan bingkisan yang saya bikin ini dapat memberi semangat dan kekuatan kepada mereka yang ikhlas dan jujur menegakkan agama Allah, Islam, yang tulen, suci lagi murni ini...termasuklah motivasi kepada diri saya sendiri....Janganlah anda menitiskan air mata...Salam perjuangan..



Oops, I did it Again!!!  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

huh...
Dah berkali-kali aku berpesan pada diri limit kan time 'hanyut' depan internet...
Tapi nampak gayanya masih tak berjaya...Kekuatan perlu dibina, jangan ditunggu..
Puasa...Menahan lapar dan dahaga, lagi 1 jam setengah nak berbuka...sabar..
Kuliyah hari ni, start jam 8.30 am dengan mata kuliyah Parasit yang hanya mengambil waktu 1 jam, belajar tentang Sprozoa, tentang daur skizogoni dan sporogoni, tentang Taxoplasma Gondii, kongenital..belum review dan mungkin takkan untuk hari ni..
Lepas tu, ada praktikum IMTKG (Dental Materials)~ mengukir gigi Molar 1 rahang atas sebelah kiri...sekarang buat stage finishing, wuargh..bukan senang nak korek2 tuberculum2 gigi molar nih, siap ada tuberculum of carabelli lagi dan 3 akar. Occlusal gigi M1 atas kiri aku sepertinya tidak begitu berjaya, tapi usaha akan diteruskan minggu depan..
Then, ada kelas Etika. Kalau nak ikut, hari ni ada quiz tentang Malpraktek dan Tnaggungjawab Dalam Pelayanan Kesehatan, tengok-tengok dosen tak ada, patutnya aku liat sangat menghafal semalam, macam tau2 ja quiz bakal dibatalkan, so, dapat la pulang awal donk!! Sebab pulang awal la aku melepak berjam-jam depan internet mengupdate aku punya blog nih. Ok, insyaAllah ini kali terakhir, tak pon, 2 kali lagi..haha..
pening2..apa yang nak ditulis sebenarnya??
Hari ni diare and dehydration...sabar...
Tugas IMTKG yang bakal dikumpul dan dipresentasikan besok belum disiapin, masih menunggu files dari anggota kelompok, mungkin malam ni after berbuka baru nak start impak maksima dan menyalakan lilin di tengah malam untuk menyiapkannya...info dan pengetahuan asas hasil perkongsian ilmu dengan kawan-kawan dan seniors dah ada sikit..tinggal baca lagi, edit, arrange, besok print dan..langsung jadi untuk dihantar..Moga Allah permudahkan urusan...
Sekarang Jakarta time sore dan akan melabuhkan tirai siangnya dalam masa 1 jam lebih lagi..Di bawah ini salah satu dzikir yang harusnya dibaca pada sore hari (translation version):
"Kami telah memasuki waktu sore dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji hanya milik Allah. Tidak ada Ilah yang berhak diibadahi kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dia lah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai Rabb, aku mohon kepadaMu kebaikan di malam ini dan kebaikan sesudahnya. Aku belindung kepadaMu dari kejahatan malam ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Rabb, aku berlindung kpada Mu dari sifat malas dan kejelekan di hari tua. Wahai Rabb aku berlindung kepada Mu dari seksaan di neraka dan siksaan di kubur"

[HR Muslim]

Adakah permintaan yang lebih baik selain dari memohon perlindunganNya dari api neraka dan seksa kubur??? Renung-renungkan...

R U in Luv With Sum1?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in


Salam...kurang berminat sebenarnya nak cerita bab2 cinta..tapi, artikel kali ni btul2 menarik hati saya..soalnya, jatuh hati tu satu lumrah manusia, cinta pon 1 fitrah..bagaimana untuk memperoleh cinta yang halal dan indah? Nah, kalau anda seorang yang berpegang teguh pada syariat Allah, anda akan tahu jawapannya, Allah tau cinta itu fitrah manusia, Dia mengharamkan kita dari menghampiri zina tetapi Dia menghalalkan kita pernikahan. Baru-baru ini aku ada join satu aktiviti(talkshow) Keputrian kampus, khas untuk akhawat2 yang bertemakan "Jadikanlah Cinta Halal dan Indah" -Akan dibawa ke mana cintamu? Speaker nya bunda Fathiyah Dan MC nya Che Che Kirani, seru bangat, senang bangat, santai bangat. Ingat nak share especially ngan sisters Moestopo, tapi mungkin kita perlu 1 sessi yang berasingan untuk share tentang anjuran bernikah, persiapan2 ke alam pernikahan, kriteria calon pilihan,komunikasi dengan orang tua tentang alam pernikahan, ttg walimah dan skills dan seni2 yg seorang wanita perlu tahu, tentang alam rumahtangga (peranan dan tgjwb dsbg)-utk sessi ni, kita mungkin perlu kerjasama dari mereka yang berpengalaman. Justeru, tak timbul soal coupling etc, yang ada hanyalah pernikahan. Di bawah ini, hanya perkongsian yang membuatkan hati saya rasa terusik sedikit (bukan ttg pernikahan)..haha..skema la pulak..tp suka kalau dapat share ngan sahabat2 esp housemates saya...


are you in love with someone?


When you are together with that special someone, you pretended to ignore that person However, when that special someone is not around you might look around to find him or her. At that moment, you are in love.
Although there is someone else who always makes you laugh, your eyes and attraction might go only to that special someone, then you are in love.
Although that special someone was supposed to have called you long back, to let you know of his or her safe arrival, your phone is quiet, you are desperately waiting for the call! At that moment, you are in love.
If you are much more excited for one short email, you are in love.
when you find yourself as one who cannot erase all the messages in your answering machine because of one message from that special someone, you are in love.
When you get a couple of free movie tickets, you would not hesitate to think of that special someone, and then you are in love.
You keep telling yourself ‘that special someone is just a friend’, but you realize that you cannot avoid that person’s special attraction, at that moment you are in love.
While you are reading this entry, if someone appears I n your mind, then you are in love with that person.

copy paste: muhammad aiman salmi
jadi, adakah sesiapa yang muncul di benak fikiran anda sekarang? tepuk dada tanyalah hati..huahua..tapi janganla melayan sangat, teruskan kerja yang patut korang buat sekarang..daa..

*Di atas tu, gambar sisters Moestopo (Malaysians)..=)

Apakah Tuhan Menciptakan Kejahatan?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Assalamualaikum wbkth..baru-baru ni aku diberi tugas untuk membahas persoalan ini untuk subjek Filsafat Moral/Ilmu. Dosennya seorang yang beragama Kristen, tetapi agak liberal. Haha..maksud aku, walaupun dia Kristen, dia percaya pada Tuhan Yang Maha Esa (fitrah la kan), aku tak tanya lah pulak adakah dia percaya pada konsep Trinity dsbg, soalnya Kristen pun ada banyak cabangnya jugak spt Orthodox dsbg. Sebenarnya, bagi orang-orang beriman, org2 mukmin, konsepnya, "we hear and we obey"..Tak perlulah kita fikirkan secara mendalam tentang persoalan seperti persoalan di atas, dah Allah suruh buat baik, so, kita cari yang baik je lah untuk diamalkan dan tinggalkan apa yang dilarang, tu tugas kita yang utama sebagai khalifah dan hamba atas muka bumi ni. Tapi, memandangkan pak dosen aku ni org nya agak "philosophy" dan kebetulan subjek yang diajar ni subjek Falasafah, so, layan je la untuk memenuhi SKS. Ni hasil kerja aku, aku harap kalau aku ada buat apa-apa kesalahan,kurang jelas, kurang kukuh, kurang mantap mohon dibetulin ya ~ memang serba kekurangan sbb aku baru buat benda ni last minute, pagi tadi, ilmu pun tak cukup lagi, dan kalau ada apa2 nak tambah pun boleh tapi kena ada dalil yang sahih. Rujukan aku, of course Al-Quran, dan artikel UHF tentang "Tuhan Islam Kejam?? (bhg 2) dan artikel Asma wa Sifat dari blog Aqeedah bro Nawawi, dan selain tu, dari situs http://www.islamtomorrow.com/ dan juga JIL(Jaringan Islam Liberal). Ups, jgn salah paham, aku nak tengok apa yang rasionalis mereka cakap tentang Allah berlandaskan dan compare kan dgn manhaj ASWJ....di bawah ini adalah pembahasan aku:-

Kejahatan berarti tindakan yang sangat keji, yang biasanya dilaksanakan atas kepentingan tertentu, atas dasar kriminal dan kekerasan di antara manusia, serta menimbulkan efek negatif seperti kesengsaraan kepada manusia lain. Contoh kejahatan adalah kebencian, ketidakadilan, pembunuhan, dan perlanggaran hak-hak asasi manusia lainnya dan bencana.
Persoalannya, apakah kejahatan-kejahatan ini diciptakan Tuhan? Bagi membahas hal ini (persoalan tentang sifat-sifat Allah), saya harus menggunakan dalil-dalil dari sumber Al-Quran dan hadis-hadis shahih, tidak mungkin saya menggunakan akal fikiran yang terbatas karena persoalan ini melibatkan sifat-sifat Allah, pencipta Yang Maha Esa.

Di dalam Al Quran, jelas, Allah berfirman:
Barangsiapa menghendaki kemuliaan, maka ketahuilah kemuliaan itu semuanya milik Allah (Fathir 35: 10)

Allah memiliki nama-nama yang baik dan mulia (Asma’ ul Husna), nama-nama yang mulia ini bukanlah sekadar nama kosong yang tidak mengandungi makna dan sifat, justeru ia adalah nama-nama yang menunjukkan kepada makna yang mulia dan sifat yang agung (misalnya, maha suci, maha penyayang, maha adil). Kita mengetahui bahawa apa yang Allah sifatkan untuk Diri-Nya adalah haq (benar), tidak mengandungi teka-teki dan tidak untuk dibongkar. Tidak ada satu pun yang menyamai-Nya, juga tidak dalam perbuatan-Nya.
Mengenai kebaikan dan kejahatan, pada dasarnya Tuhan telah menggariskan dengan jelas. Tergantung kepada manusia itu sendiri. Apakah mau ke jalan kebaikan ataukah ke jalan kejahatan. Sebenarnya kita diberikan dua opsi, pertama jalan kebaikan, yaitu jalan yang Tuhan ridhai, kedua jalan kejahatan yaitu jalannya Iblis dan syetan, yang tidak ingin manusia pada jalan kebaikan.
Firman Allah SWT dalam Surah Asy Syams (91: 8-10)
“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”.

Firman Allah, dalam surah Al-Balad (90:10 dan 11):-
”Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan). Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar?”

Dalam surah Az-Zumar 39:18 – “(yaitu) mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang2 yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah yang diberi akal yang sehat.” Ayat ini menyatakan orang yang diberi hidayah adalah orang yang mendengar hujah dan selepas itu membuat pilihan yang benar berdasarkan keyakinannya pada kebenaran.


Al-’Araf 7:12 – Allah berfirman, ”Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu? Iblis menjawab, ”aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”

Al-‘Araf, 7:13- Allah berfirman, ”maka turunlah kamu darinya (syurga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina.”

Al-Kahfi 18:50 – ”dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ”sujudlah kamu kepada Adam!” maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka, dia mendurhakai perintah Tuhannya. Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah iblis itu sebagai pengganti Allah bagi orang yang zalim. ”

Al-’Araf, 7:27 : ”Wahai anak cucu Adam! Janganlah kamu sampai tertipu oleh setan sebagaimana sebagaimana halnya setan telah mengeluarkan ibu bapakmu dari surga....................Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman”

Al-’Araf, 7:28 ”Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata ”kami mendapati nenek moyang kami melakukan yang demikian dan Allah menyuruh kami melakukannya”, katakanlah, Sesungguhnya Allah tidak pernah menyuruh berbuat keji. Mengapa kamu membicarakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui?”

Antara sifat Allah ialah iradah (berkehendak).
”Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, maka Dia hanyalah berkata: " Jadilah!". maka terjadilah ia.” (Yasin 36: 82)

Iradah kauniyah tidak mengharuskan mahabbah (cinta Allah). Terkadang Allah menghendaki terjadinya sesuatu yang tidak Dia cintai, tetapi dari hal tersebut akan lahir sesuatu yang dicintai Allah. Seperti penciptaan Iblis dan segala yang jahat lainnya untuk tujuan ujian dan cubaan. Firman Allah SWT,
"Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman. (al-An’am 6: 125)


Harus diingat, meskipun Allah SWT telah menciptakan nafsu dan iblis sebagai yang merupakan unsur kejahatan, tetapi Allah telah mengingatkan kita agar mengikuti kebaikan dan meninggalkan kejahatan, seperti firmanNya yang bermaksud:

”Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik. ”(al-Baqarah: 195)
” Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (al-Baqarah 2: 222)
”Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (al-Baqarah 2: 195)

Allah berfirman lagi dalam surah Al-Insan, 76: 3, ”Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.”
Dalam Surah al-Baqarah, 2:89, Allah berfirman: ”dan setelah sampai kepada mereka kitab Al Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka (tauhid yang diajarkan taurat),..........ternyata setelah sampai kepada mereka apa yang telah mereka ketahui itu, mereka mengingkarinya. Maka laknat Allah bagi orang-orang yang ingkar.”
Suatu perkara yang Allah kehendaki ianya terjadi (baik maupun jelek) tidaklah berarti Allah meredhainya namun Allah tetap mengizinkannya kerana sesuatu sebab atau hikmah yang ingin dicapai di sebalik sesuatu yang terjadi atau tercipta, firmanNya:

Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.” [al-Kahf 18:29]

Allah memiliki sifat qudrah, kuasa untuk melakukan apa saja yang dikehendakinya, sebagaimana Dia juga menafikan dari Diri-Nya sifat ‘ajz (lemah) dan lughub (letih).
”(sudah tetap) Bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; Sesungguhnya ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Fathir 35: 44)

”Katakanlah: "Dia lah Yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu,” (al-An’am 6: 65)

”Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (al-Ma’idah 5: 120)

Jika sesorang mengetahui bahawa Allah adalah Hakim yang Maha Adil, tidak menyukai kezaliman, kecurangan, dosa, dan permusuhan; dan Dia Maha Membalas dendam terhadap orang-orang yang zalim atau orang-orang yang melampaui batas atau orang-orang yang berbuat kerusakan, maka ia pasti akan menahan diri dari kezaliman, dosa, kerosakan, dan khianat. Dan dia akan berbuat adil atau optimis sekali pun terhadap dirinya sendiri, juga akan bergaul dengan teman-temannya dengan akhlak yang baik. Dan masih banyak lagi pengaruh terpuji lainnya kesan mengetahui nama-nama Allah dan beriman kepada-Nya.

Demikianlah, Allah memperkenalkan Diri-Nya dengan nama-nama itu agar hamba-Nya mengenal-Nya dan memohon kepada-Nya sesuai dengan isi kandungannya dan juga agar sentiasa berbuat baik kepada sesama hamba-Nya yang lain. Allah berfirman lagi,
”Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Ali Imran 3: 31)

Intinya, Tuhan menciptakan iblis dan segala sesuatu yang wujud dan terjadi atas dunia ini, tapi Tuhan bukanlah kejahatan, sebaliknya Dia memberikan kita pilihan untuk memilih yang baik dan yang buruk, Dia telah menjadikan manusia itu berakal untuk berpikir dan membedakan antara yang baik dan buruk, namun akal manusia itu masih terbatas, tidak sampai pengetahuan tentang alam ghaib dan sebagainya sehingga terkadang timbul salahtafsir terhadap sesuatu, termasuklah salah mengerti tentang tuhannya. Lalu, Allah menurunkan petunjuk dan peringatan kepada manusia berupa Al-Quran dan model terbaik, yaitu Nabi Muhammad SAW. Nah, manusia yang berakal dan berkemampuan seharusnya berusaha mencari dan mengkaji petunjuk-petunjuk ini, unsur kejahatan yang dicipta itu seperti bala bencana dan sebagainya hanyalah sebagai ujian Allah kepada umatnya di atas muka bumi ini yang mengandung pelbagai tujuan, antaranya ialah bertujuan menambahkan rasa cinta dan dekat kita kepada Khaliq (pencipta), dan sebagai syarat memperoleh syurga. firman Allah SWT:
Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik perbuatannya” (al-Mulk/67:2).

“Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dan lebih kekal” (QS al-A`la/ 87:17).

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini kecuali hanya senda gurau dan permainan” (QS Muhammad / 47:36).

”Apakah orang-orang itu menyangka bahwa mereka akan dibiarkan saja berkata: ’Kami beriman’ padahal mereka belum diuji?” (al-`Ankabut, 29:2)

“Dan sungguh akan Kami uji kamu dengan sesuatu yang berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Namun sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah / 2:155)


Rasulullah SAW bersabda: "Tak ada satu musibah pun yang menimpa seorang muslim, kecuali Allah dengan itu akan menghapus dosa dan kesalahannya, walaupun hanya sepotong duri yang menusuknya". (HR Bukhari dan Muslim).

Selain itu, kejahatan-kejahatan, bala bencana, dan kerusakan yang terjadi memiliki tujuan lain yaitu sebagai bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, sebagai meningkatkan jati diri, pengukur tahap keimanan, sebagai peringatan kepada yang leka, sebagai balasan kepada orang shalih yang tidak melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, menguji sikap orang yang terlepas daripada musibah, bala’ dan fitnah. Andai semua yang tercipta di dunia berupa perkara kebaikan, untuk apa dunia diciptakan? Analoginya, ujian-ujian semester yang kita ikuti itu juga mempunyai pilihan yang salah dan tepat, tinggal memilih aja yang benar (berasaskan ilmu dan usaha), terus kita akan berjaya.

Farhani binti Md Azizan
Kelas A
2007-11-152
5 Juni 2008

end...banyak lagi ayat2 AQ yang boleh dijadikan hujjah sebenarnya... banyak amalan sunnah dan doa2 yang dah Nabi ajar untuk lindungi diri dari kejahatan(spt bisikan syaitan, kejahatan sihir, kejahatan org yg dengki mendengki, kejahatan makhluk ciptaanNya, so amalkan lah, ni la kepentingan amalkan hidup ilmu yang sahih (AQ & AS), dpt protect diri dari syaitan dan kejahatan...ok, sekian dulu, gtg...class starts at 7.40 am..daaa...Assalamualaikum wbkth.