PoLiGaMi  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

An-Nisa’ 4:3 – dan jika kamu khawatir tidak akan berlaku adil terhadap hak2 perempuan yatim bilamana kamu menikahinya, maka nikahilah perempuan lain yang kamu senang: 2, 3, atau 4,. Tetapi jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil maka nikahilah seorang sahaja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim


Antara sebab ayat ini bermula dengan berkahwin dua, bukan berkahwin satu:

1. Ayat ini diturunkan kepada orang yang berpoligami dengan anak yatim tetapi tidak berlaku adil terhadap mereka. Dengan itu, Allah SWT membenarkan mereka berpoligami dengan anak yatim dengan syarat keadilan, jika tidak mampu berlaku adil mereka boleh berpoligami dengan wanita lain. Maka sudah tentu kebenaran poligami bermula dengan berkahwin dua.

2. Ayat ini juga ditujukan kepada orang yang ingin berkahwin lebih dari satu tetapi takut tidak berlaku adil, dengan itu kebenaran berkahwin lebih dari satu adalah berkahwin dua, kemudian tiga dan empat.

3. Ayat ini menceritakan tentang keadilan antara isteri-isteri dan keadilan antara isteri-isteri sudah tentu dengan adanya isteri kedua atau ketiga atau keempat. Jika hanya satu isteri, tidaklah termasuk dalam masalah keadilan antara isteri-isteri. Oleh kerana ayat ini suruhan berlaku adil antara isteri -isteri maka sudah tentu dimulakan dengan yang beristeri dua.

4. Ayat ini bukan dalil suruhan berkahwin kepada yang belum berkahwin. Kerana suruhan berkahwin terdapat di dalam dalil-dalil yang lain. Tetapi ayat ini merupakan ayat kebenaran berpoligami dan poligami bermula dengan dua.

Rujukan:
1. Asbabu an-Nuzul oleh Al-Wahidi: m/s: 49.
2. Tafsir al-Jalalain: ayat 2-3 surah an-Nisa'.
3. Tafsir Ibn 3asyur: 3/320.


An-Nisa’ 4:129 – ”dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara istri2mu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu cenderung kepada yang kamu cintai, sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung,. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri dari kecurangan, maka sungguh Allah maha pengampun, maha Penyayang.”


Ayat 129, surah al-Nisa’ itu sebenarnya membicarakan keadilan mutlak yang tidak mungkin dapat diberikan oleh insan. Keadilan mutlak membabitkan semua aspek, perasaan kasih sayang yang ada dalam hati, cara hubungan seks dan segalanya. Ini semua bukan dalam batas kemampuan insan. Sehinggakan insan tidak mampu menjadikan kadar kasih sayangnya terhadap anak-anaknya sama, demikian jugalah terhadap isteri-isterinya. Bagi anak yang lebih manja dan pandai mengambil hatinya tentu perasaan cintanya lebih. Demikian juga isteri. Namun apa yang dituntut ialah agar persoalan akhlak pergaulan dan sikap, persoalan kebendaan hendaklah dalam timbangan keadilan dan kesaksamaan kerana itu dalam batas kemampuan insan. Tidak boleh dijadikan perasaan cinta dalam hati membawa kepada ketidakadilan dalam tindakan. Oleh itu, sambungan ayat itu menyebut, maksudnya: “Oleh itu, janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Assalamualaikum...
baca dulu blog salah seorang sahabat alam maya aku:
http://the-authenthic.blogspot.com/2008/06/kenapa-asyik-nak-pertahan-poligami.html
Ok..aku sangat setuju bila dia cuba bangkit mempersoalkan kenapa kita diam membisu bila ada wanita yang dipoligami dizalimi, contoh kasus, wanita ditinggalkan suami seperti layang-layang terputus tali tanpa nafkah dan khabar berita, lebih-lebih lagi bila si isteri baru nak kenal Islam.

Aku nak bagi info sikit pasal poligami.
Syeikh Bin Baz ketika ditanya apakah hukum poligami, adakah harus ataupun sunat?
Jawabnya: Hukumnya sunat, kerana:
-ayat surah al-Nisa'
-kerana itu amalan Nabi SAW.
rujukan: Fatawa Islamiyyah 3/202.

Di dalam Islam, sememangnya digalakkan poligami bagi sesiapa yg mampu dan boleh berlaku adil. dan ia bertepatan dengan fitrah, keperluan waqi', dan hikmatnya terlalu banyak yg tidak mungkin diingkari oleh org yg berakal. antaranya:

-Allah telah menjadikan adat di dunia ini, perempuan lebih ramai dari lelaki, dan faktor2 kematian lebih banyak berpihak pada mereka. Kalau seorang lelaki hanya berkahwin dgn seorang wanita, maka berapa banyak wanita yg tidak akan mengenali lelaki, dan boleh terjerumus dalam lembah kemaksiatan. lihat: Adhwa Bayan 2/221 (tafsir surah Isra), Fi zilal Quran tafsir surah Nisa'.

-Hari-hari seorang wanita sentiasa berhadapan dengan haidh, nifas, letih, dan berbagai2 halangan daripada menunaikan kehendak seorang lelaki, yg biasanya bersedia sepanjang masa. Jika tidak dibenarkan kahwin melebihi seorang, akan tertahanlah kehendak mereka pada waktu itu.

-Semua wanita bersedia untuk berkahwin, sedangkan bukan semua lelaki mampu dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Jadi, wanita lebih ramai bersedia unt berkahwin berbanding lelaki. jika tiada poligami, bagaimana dapat disalurkan kemahuan dan persediaan kebanyakan wanita? rujuk: Adhwa Bayan Syanqiti 2/221.

-Kebiasaannya, kemampuan fizikal seorang lelaki dapat bertahan lama sehingga umur 70 ke atas. manakala wanita pula sudah tidak berkemahuan lagi ketika berumur 50 tahun. jadi, di sana masih berbaki 20-30 tahun bagi lelaki, dan mereka masih mampu malahan mahu unt ditunaikan hajatnya. ia boleh di selesaikan dengan cara poligami. rujuk: Fi Zilal Quran oleh Syed Qutb, Tafsir Al-Nisaa'.

Banyak lagi hikmah2 dan kebaikan2 yg diperolehi melalui poligami, dan ia sedia dimaklumi oleh org2 yg berakal.

Kemungkinan yg mengelirukan anda ialah sikap Syaikh dan Mufti Mesir, Syaikh Muhammad Abduh (Dr Muhd Imarah, Biografi Imam Muhammad Abduh,/240 (cairo, 1981), muridnya Syaikh Rashid Ridha (Tafsir alManar: IV/348-349) dan Shah Waliyullah alDihlavi yg mengharamkan poligami, begitu juga gerakan Feminisme (SIS dan Amina Wadud) atau gerakan Islam Liberal (JIL) yang mahu poligami dihentikan dan dihapuskan di atas persamaan gender (gender equality)


Poligami ini bukanlah digalakkan dalam Islam, tapi dibolehkan. Maksudnya ada syarat2 dan etika.
Mengenai tekanan perasan atau bantahan isteri dan keluarga isteri (mertua), Islam tidak melihat poligami dari aspek yg kecil (perasaan kaum isteri) tapi melihat pada fitrah lelaki dan keadilan sosial sejagat.
Oleh itu syarat2 poligami sama dgn syarat2 nikah yg biasa:
a. mampu nafkah zahir
b. mampu nafkah seksual

Dalil poligami: AQ 4: 3 ada menyebut wanita2 yg kamu senangi. maksudnya wanita2 soleh yg kita kahwini itu akan memberi manfa'at kepada diri suami dan pembangunan keluarganya. (Ibn Qayyim, I'lam alMuwaqqi'en 2/103; Imam Syinqiti, Adhwa' alBayan, 3/377).

amalan poligami juga adalah berdasarkan dan menepati kehendak hukum syarak .

Yang lebih jelas ia , amalan zina dan menyimpan " perempuan simpanan " adalah penyimpangan drp kehendak hukum syarak dan ia merupakan satu jenayah dan maksiat besar menurut pandangan Islam.

Kalau ada orang Islam yang menyalah-gunakan poligami , maka itu bukanlah alasan untuk ditentang amalan poligami .

Samalah jika ada orang yang menyalah-gunakan dadah , adakah ini menuntut agar kita menutup setiap hospital / klinik yang menggunakan dadah di dalam kaedah rawatan dan perubatan mereka ( allophaty ) ? .

Wajarkah bersikap sedemikian ? .

" Jangan disebabkan marahkan nyamuk , kelambu pula dibakar " .

Suami ada hak penuh untuk berpoligami, tapi sebaiknya dia hendaklah memaklumkan dulu kepada isteri pertama sebagai menghormati hak isteri sebagai muslimah dan manusia yg sama taraf di sisi Allah, hak untuk dimaklumkan dan hak untuk dia menyuarakan bantahan dan memfailkan perceraian kerana tidak setuju dimadukan.

This entry was posted on 3:25 PM and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Salam,

Madu itu manis walaupun rasa pahit sikit...tetapi madu mempunyai 1001 kebaikan didalamnya..sekiranya kita sanggup terima madu dengan hati yang terbuka,ikhlas tanpa sebarang syak wasangka buruk dan kerana Allah yang utamanya pasti kita dapat merasai manisnya madu dan 1001 kebaikannya itu...perasaan cemburu,iri hati atau dengki hanyalah mainan perasaan dan godaan syaitan,sekiranya kita bertolak ansur,berlapang dada,tidak mementingkan diri sendiri dan redha...pastinya kenikmatan madu itu dapat kita rasakan dan suami pun makin sayang....kasih sayang suami tidak diukur dengan sukat,dacing atau termometer ;) sebaliknya ianya tidak terbatas jadi tak usahlah dirisaukan...

saranan saya rasalah dulu nikmat bermadu anda akan dapat rasakan manis dan kebaikan yang terdapat didalamnya...the key to success in polygamy is "jangan ikut perasaan"...

wallahua'lam..

p:s/ i've taste it and its really2 sweet!=)

Post a Comment