Hukum Mengatakan Allah ada Di Mana-mana.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Hukum Mengatakan Allah Ada Dimana-mana
Syaikh Abdul Aziz bin Baz


Pertanyaan.

Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Dalam sebuah siaran radio ditampilkan kisah dengan menggunakan kata-kata:"Seorang anak bertanya tentang Allah kepada ayahnya, maka si ayah menjawab: "Allah itu ada dimana-mana." Bagaimana pandangan hukum agama terhadap jawapan yang menggunakan kalimat seperti ini?

Jawapan.
Jawapan ini batil, merupakan perkataan golongan bid'ah dari aliran Jahmiyah dan Mu'tazilah serta aliran lain yang sejalan dengan mereka. Jawapan yang benar adalah yang di-ikuti oleh Ahli Sunnah wal Jama'ah, yaitu Allah itu ada di langit diatas Arsy, diatas semua mahlukNya. Akan tetapi ilmuNya ada dimana-mana (meliputi segala sesuatu).Hal ini sebagaimana disebutkan didalam beberapa ayat Al Qur'an,hadits-hadits Nabi صلی الله عليه وسلم ,ijma dari pendahulu umat ini.Sebagaimana contoh adalah firman Allah:

"Ertinya : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy [Surat Al A'raf:54]

Didalam Al Qur'an ayat ini tersebut pada 6 tempat. Yang dimaksud dengan 'bersemayam" menurut Ahli Sunnah ialah pada ketinggian atau berada diatas Arsy sesuai dengan keagungan Allah.Tidak ada yang dapat mengetahui BAGAIMANA bersemayamnya itu,seperti dikatakan oleh Imam Malik ketika beliau ditanya orang tentang hal ini.Beliau menjawab:

"Kata bersemayam itu telah kita fahami.Akan tetapi ,bagaimana caranya tidak kita ketahui.Mengimana hal ini adalah wajib,tetapi mempersoalkannya adalah bid'ah."

Yang beliau maksudkan dengan mempersoalkannya adalah bid'ah yakni mempersoalkan cara Allah bersemayam diatas Arsy. Pengertian ini beliau peroleh dari gurunya ,Syaikh Rabi'ah bin Abdurrahman yang bersumber dari riwayat Ummu Salamah radhiallahu anha .Hal ini merupakan pendapat semua Ahli Sunnah yang bersumber dari shahabat Nabi صلی الله عليه وسلم dan para tokoh Islam sesudahnya.Allah telah menerangkan pada beberapa ayat lainnya bahawa Dia dilangit dan Dia berada diatas, seperti dalam firmanNya:

"Ertinya : Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya" [Surat Faathir:10]

"Ertinya : Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" [Al Baqarah:255]

"Ertinya : Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu berguncang?, Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku" [Surat Al Mulk:16-17]

Banyak ayat-ayat Al Qur'an yang dengan jelas memuatkan penegasan bahawa Allah itu ada di langit, Dia berada di atas. Hal ini sejalan dengan apa yang dimaksud oleh ayat-ayat yang menggunakan kata-kata bersamayam. Dengan demikian dapatlah diketahui perkataan ahlu bid'ah :"Allah itu berada dimana-mana" merupakan hal yang sangat batil.Perkataan ini merupakan pernyataan firqoh yang beranggapan bahawa alam ini penjelmaan Allah,suatu aliran bid'ah lagi sesat,bahkan aliran kafir lagi sesat serta mendustakan Allah dan RasulNya Muhammad صلی الله عليه وسلم .Dikatakan demikian kerana dalam riwayat yang sah dari beliau صلی الله عليه وسلم dinyatakan bahawa Allah ada dilangit, sebagaimana sabda beliau صلی الله عليه وسلم :

Alaa ta'manuniy wa anaa amiinu man fis samaa?

"Ertinya : Tidakkah kalian mau percaya kepadaku padahal aku adalah kepercayaan dari Tuhan yang ada di langit." [Bukhari no.4351 kitabul Maghazi ;Muslim no.1064 Kitabuz Zakat]

Hal ini juga disebutkan pada hadits-hadits (tentang) Isra’ Mi'raj, dan lain-lain.

[Majallatuud Dakwah no.1288]

MENGATAKAN ALLAH ADA DI MANA-MANA
Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Pertanyaan.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Bagaimana pandangan hukum terhadap jawapan sebahagian orang:"Allah berada dimana-mana" bila ditanya :"Dimana Allah?" Apakah jawapan seperti ini sepenuhnya benar?

Jawapan.
Jawapan seperti ini sepenuhnya batil. Apabila seseorang ditanya :"Allah dimana?" hendaklah dia menjawab:"Di langit" seperti dikemukakan oleh seorang (budak) perempuan yang ditanya oleh Nabi صلی الله عليه وسلم :"Dimana Allah?" jawabnya:"Di langit."

Adapun orang yang menjawab dengan kata-kata: " Allah itu ada" maka jawapan ini sangat samar dan menyesatkan.Orang yang mengatakan bahawa Allah itu ada dimana-mana dengan pengertian dzat Allah ada dimana-mana ,adalah kafir kerana dia telah mendustakan keterangan-keterangan agama,bahawa dalil-dalil wahyu dan akal serta fitrah.Allah berada diatas segala mahluk. Dia berada diatas semua langit,bersemayam diatas Arsy.

[Majmu' Fatawaa wa Rasaail ,juz 1 halaman 132-133]


[Disalin dari kitab Al Fatawaa Asy Syar'iyyah Fil Masaail Al 'Ashriyyah min Fatawaa Ulamaa? Al Balaadil Haraami, Edisi Indonesia: Fatwa Kontenporer Ulama Besar Tanah Suci, Penyusun Khalid al Juraisy, Penerbit :Media Hidayah, Cet.1 September 2003]

sumber:
software salafidb from AFN.

Tatkala Ujian Melanda, Ibadah Dirasakan Lebih Manis  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Berehat sebentar utk teruskan perjuangan satu masa nanti, melihat pada sejarah ulama salaf....mereka sentiasa 'berehat sebentar' disebabkan ujian dan cabaran waktu rehat tu kelihatan seperti 'kosong' tapi sebenarnya ia adalah 'rehat' daripada Allah SWT utk kumpulkan kekuatan kumpulkan ilmu, kumpulkan iman...ibarat orang yg dilarang bercakap...dia membaca, satu masa nanti dia akan diminta bercakap...maka apa yang dibaca itulah yang akan dituturkan tapi jgn biarkan waktu mcm ni kosong. wujudkan suasana ilmiah dalam kehidupan peribadi masing2 banyakkan ibadah sunnah yg kita tak sempat selama ni banyakkan munajat pada Allah SWT ...sebab hati yang bersedih lebih mudah menghayati ibadah...

"Hati yang bersedih lebih mudah menghayati ibadah"...Demikianlah nasihat seorang pendakwah senior kepada aku sebagai anak muda/pelajar yang baru memulakan langkah dalam arena ini. Bukan lah saya terlalu obses dengan dakwah ini, saya sedar yang diri ini mempunyai satu prioriti besar dalam hidup, untuk berbakti kepada masyarakat dalam pemeliharaan kesihatan oral, memandangkan jumlah doktor gigi di negara saya sangat sedikit bilangan dan nisbahnya kepada jumlah pesakit. Pendirian saya, saya menolak kedua-dua fahaman liberal dan sekular, apatah lagi konvensional dalam beragama.
Namun, rupa-rupanya jalan dakwah itu tidak mudah. Adakah aku layak untuk semua ini? Mereka melihat aku tersenyum, namun di balik senyuman itu, tak siapa dapat menterjemahkan kegusaran yang bermain dalam kepala dan hati ini. Apalah yang mahu diceritakan lagi, jiwa aku memang jiwa yang bersemangat mahu menegakkan kebenaran, jiwa aku memang jiwa pengorbanan. Tapi..ilmu aku, semangat aku, pengorbanan aku, iman dan amal aku, tidak seperti mereka di generasi awal, sangat sedikit, dan jujur aku katakan, aku sebenarnya sangat lemah. Diri ini berbisik sekali lagi, mampukah aku??

Kebelakangan ini aku banyak bersendiri, interaksi aku lebih banyak dengan dunia luar. Entah kenapa, nak senyum pun rasa tak mampu. Biasalah, emosi seorang wanita (betul ke dah wanita??). Maafkan aku para sahabatku. Carilah aku bila kamu perlu, aku sentiasa di sini bersedia menjadi tempat untuk meluahkan perasaan. Itulah aku, suka mendengar rintihan dan keluhan mereka yang memerlukan, menjadi teman tatkala mereka kecewa. Dan kesedihan aku..kekecewaan aku..biarlah Allah SWT sahaja tempat aku luahkan, tiada siapa yang memahami melainkan Dia, mungkin kegirangan suara ibu ketika aku berbual di dalam telefon dengannya dapat menyuluh jiwa membakar semangat sedikit sebanyak. Aku masih ingat kali terakhir menghubungi ibu, aku bergurau senda dengannya. Aku cuba menzahirkan kondisi hidup yang sangat sempurna dan gembira di sini, kononnya aku seorang anak yang fokusnya hanyalah dunia buku dan ilmu. Namun jauh di sudut hatiku, hanya Allah yang tahu. Ibu, maafkan aku. Sebab itu aku sering menagih doa ibu. Doa itu, memberi kekuatan kepada perjuangan yang aku inginkan.
Benar, saat ujian hebat menimpa, ibadah itu dirasakan sangat manis, ujian itulah yang mendekatkan jiwa hamba dengan penciptanya, mungkin itu menjadi teguran buat diri kerana sering lengah, lupa dan lalai, alhamdulillah. Kekadang, terasa asyik hidup dengan dugaan. Tanpa dugaan itu, tak mungkin manusia mengenal Allah SWT, tak mungkin iman dapat bertambah, dan dugaan itu sudah tentunya berkadaran dengan tahap keimanan seseorang. Dan bila kita diuji, barulah kita tahu siapa teman, siapa musuh. Cita-cita hidup ini bukanlah terbatas kepada duniawi, bahkan hidup selepasnya, di akhirat sana. Tangisan ini bukanlah tangisan seorang gadis yang putus pacaran, tapi tangisan ini adalah tangisan seorang gadis yang sedang berjuang, dan perjuangan ini nilainya tak sampai pun 1 Rupiah Indonesia, apalah yang nak diherankan sangat. Justeru, yang menjadi pembakar semangat sekarang ini adalah para isteri Nabi, para sahabiah,dan tak lupa juga, wanita-wanita Islam di Palestin, Iraq..Diri ini terasa malu dengan kelemahan yang ada. Ingat, jangan lepaskan peluang ini untuk berdoa.

Menjawab Persoalan: Wahhabi  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Bismillah. Assalamu'alaikum wbkth.

Berat saya nak sentuh bab ni lagi, bagi saya, persoalan Wahhabi ni agak sensitif untuk sesetengah orang, pantang dengar Wahhabi. Dah banyak pun didiskusikan. Lagi satu, buang masa. Tapi, saya memenuhi request seorang sahabat yang bertanya, saya gagahi jua. Jangan timbul salahfaham. Jakim sendiri dah keluarkan kenyataan tentang Wahhabi. Ada apa dengan Wahhabi? Tak perlulah melabel-labelkan orang2 tertentu dengan istilah ini. Tidak ada signifikan pun. Selamat membaca.
Wahhabi: oleh Hafiz Firdaus Abdullah, Selasa, 18 November 2008.
Wahabi!
HafizFirdaus.com - Wednesday, 26 November 2008
© HafizFirdaus.com


Bulan November 2008 ini genaplah dua tahun laporan muka utama sebuah akhbar perdana tempatan yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang boleh dikatakan tepat:

* Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.
* Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Apa Dan Kenapa Wahabi?

Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..

Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?

Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.
* Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”

Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.
* Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

Siapa Yang Sebenarnya Salah?
Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.
Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.

P/S: Bagi sesiapa yang masih belum mengenal Hafiz Firdaus, bolehlah klik di sini.

Hani: Saya juga pelik melihat sikap segelintir manusia yang bergelar 'agamawan', kadang-kadang, dalam menuturkan bicara, mereka tidak mahu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, sehinggakan timbulnya fitnah dan salahfaham hasil dari percakapan mereka. Saya doakan supaya kita semua yang giat mencari kebenaran dikurniakan hidayah, insyaAllah, kebathilan dan kebenaran dapat dinilai. Apalah yang ada pada dunia sementara ini, apalah yang sebenarnya dikejar saya juga tidak mengerti. Harapan saya sekali lagi, di Malaysia, akan lahir lebih ramai ulama' intelek, kritis, dan benar-benar hebat ilmu agamanya. Baru-baru ni, salah satu akhbar tempatan mengeluarkan satu berita yang menggemparkan dan menyedihkan bagi saya, para pembaca, fikir-fikirkanlah apa langkah yang perlu kita ambil untuk atasi masalah ini, soalnya agama bukan bahan mainan. Sila klik untuk membaca: The real reason prestigious Egyptian university rejected local student


Ulama' Hadis  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Biografi para ulama ahlul hadits mulai dari zaman sahabat hingga sekarang yang masyhur :


1. Khalifah ar-Rasyidin :
• Abu Bakr Ash-Shiddiq
• Umar bin Al-Khaththab
• Utsman bin Affan
• Ali bin Abi Thalib

2. Al-Abadillah :
• Ibnu Umar
• Ibnu Abbas
• Ibnu Az-Zubair
• Ibnu Amr
• Ibnu Mas’ud
• Aisyah binti Abubakar
• Ummu Salamah
• Zainab bint Jahsy
• Anas bin Malik
• Zaid bin Tsabit
• Abu Hurairah
• Jabir bin Abdillah
• Abu Sa’id Al-Khudri
• Mu’adz bin Jabal
• Abu Dzarr al-Ghifari
• Sa’ad bin Abi Waqqash
• Abu Darda’

3. Para Tabi’in :
• Sa’id bin Al-Musayyab wafat 90 H
• Urwah bin Zubair wafat 99 H
• Sa’id bin Jubair wafat 95 H
• Ali bin Al-Husain Zainal Abidin wafat 93 H
• Muhammad bin Al-Hanafiyah wafat 80 H
• Ubaidullah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud wafat 94 H
• Salim bin Abdullah bin Umar wafat 106 H
• Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash Shiddiq
• Al-Hasan Al-Bashri wafat 110 H
• Muhammad bin Sirin wafat 110 H
• Umar bin Abdul Aziz wafat 101 H
• Nafi’ bin Hurmuz wafat 117 H
• Muhammad bin Syihab Az-Zuhri wafat 125 H
• Ikrimah wafat 105 H
• Asy Sya’by wafat 104 H
• Ibrahim an-Nakha’iy wafat 96 H
• Aqamah wafat 62 H

4. Para Tabi’ut tabi’in :
• Malik bin Anas wafat 179 H
• Al-Auza’i wafat 157 H
• Sufyan bin Said Ats-Tsauri wafat 161 H
• Sufyan bin Uyainah wafat 193 H
• Al-Laits bin Sa’ad wafat 175 H
• Syu’bah ibn A-Hajjaj wafat 160 H
• Abu Hanifah An-Nu’man wafat 150 H

5. Atba’ Tabi’it Tabi’in : Setelah para tabi’ut tabi’in:
• Abdullah bin Al-Mubarak wafat 181 H
• Waki’ bin Al-Jarrah wafat 197 H
• Abdurrahman bin Mahdy wafat 198 H
• Yahya bin Sa’id Al-Qaththan wafat 198 H
• Imam Syafi’i wafat 204 H

6. Murid-Murid atba’ Tabi’it Tabi’in :
• Ahmad bin Hambal wafat 241 H
• Yahya bin Ma’in wafat 233 H
• Ali bin Al-Madini wafat 234 H
• Abu Bakar bin Abi Syaibah Wafat 235 H
• Ibnu Rahawaih Wafat 238 H
• Ibnu Qutaibah Wafat 236 H

7. Kemudian murid-muridnya seperti:
• Al-Bukhari wafat 256 H
• Muslim wafat 271 H
• Ibnu Majah wafat 273 H
• Abu Hatim wafat 277 H
• Abu Zur’ah wafat 264 H
• Abu Dawud : wafat 275 H
• At-Tirmidzi wafat 279
• An Nasa’i wafat 234 H

8. Generasi berikutnya : orang-orang generasi berikutnya yang berjalan di jalan mereka adalah:
• Ibnu Jarir ath Thabary wafat 310 H
• Ibnu Khuzaimah wafat 311 H
• Muhammad Ibn Sa’ad wafat 230 H
• Ad-Daruquthni wafat 385 H
• Ath-Thahawi wafat 321 H
• Al-Ajurri wafat 360 H
• Ibnu Hibban wafat 342 H
• Ath Thabarany wafat 360 H
• Al-Hakim An-Naisaburi wafat 405 H
• Al-Lalika’i wafat 416 H
• Al-Baihaqi wafat 458 H
• Al-Khathib Al-Baghdadi wafat 463 H
• Ibnu Qudamah Al Maqdisi wafat 620 H

9. Murid-Murid Mereka :
• Ibnu Daqiq Al-led wafat 702 H
• Ibnu Taimiyah wafat 728 H
• Al-Mizzi wafat 742 H
• Imam Adz-Dzahabi (wafat 748 H)
• Imam Ibnul-Qoyyim al-Jauziyyah (wafat 751 H)
• Ibnu Katsir wafat 774 H
• Asy-Syathibi wafat 790 H
• Ibnu Rajab wafat 795 H

10. Ulama Generasi Akhir :
• Ash-Shan’ani wafat 1182 H
• Muhammad Shiddiq Hasan Khan wafat 1307 H
• Al-Mubarakfuri wafat 1427 H
• Abdurrahman As-Sa`di wafat 1367 H
• Ahmad Syakir wafat 1377 H
• Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh wafat 1389 H
• Muhammad Amin Asy-Syinqithi wafat 1393 H
• Muhammad Nashiruddin Al-Albani wafat 1420 H
• Abdul Aziz bin Abdillah Baz wafat 1420 H
• Hammad Al-Anshari wafat 1418 H
• Hamud At-Tuwaijiri wafat 1413 H
• Muhammad Al-Jami wafat 1416 H
• Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin wafat 1423 H
• Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i wafat 1423 H
• Shalih bin Fauzan Al-Fauzan hafidhahullah
• Abdul Muhsin Al-Abbad hafidhahullah
• Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidhahullah

Sumber: Makanatu Ahli Hadits karya Asy-Syaikh Rabi bin Hadi Al-Madkhali dan Wujub Irtibath bi Ulama dengan sedikit tambahan.



dari: AFN

Pegangan Saya tentang Pengamalan Hadis Dha'if.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Pendirian Saya tentang Pengamalan Hadis Dha’if.

  1. Sebagai orang awam yang masih terkial-kial dalam bidang agama dan mempunyai prioriti untuk menguasai ilmu pergigian untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dalam jangkamasa lebih kurang 5 tahun lagi insyaAllah, saya kira keutamaan saya dalam mempelajari ilmu hadis ialah berinteraksi dengan hadis-hadis sahih terlebih dahulu dan juga hadis-hadis hasan yang darjatnya diyakini. Kenapa perlu saya mengutamakan sesuatu yang ragu-ragu dibandingkan dengan sesuatu yang dah confirm datang dari Rasulullah SAW, biarlah dari muhaddis yang terhormat sekalipun, Rasulullah SAW tetap menjadi prioriti saya. Lagipun, terlalu banyak hadis-hadis sahih yang perlu dipelajari.
  2. Para ulama’ ada yang berkeras dengan pengamalan hadis dha’if dan ada yang membataskannya dengan untuk tujuan tertentu. Walaubagaimanapun, ulama-ulama tersebut meletakkan syarat-syarat pengamalan hadis dhaif, maka dalam situasi ini kita harus memperhatikan syarat-syaratnya dan bersikap lebih berhati-hati, sudah terpenuhkah syarat-syarat tersebut? Frankly speaking, saya sebagai orang awam yang tak menguasai bidang hadis, atas dasar hati-hati, saya tidak mampu menentukan samaada dapat atau tidak saya melepasi syarat-syarat pengamalan hadis-hadis dha’if. Dalam menilai kesahihan hadis, saya hanya bertaqlid pada imam-imam hadis yang reliable. Kalau nak amal juga, saya nasihatkan rujuklah dahulu kitab sumber hadis tersebut dan sanadnya, bukan dengan hanya melepaskan batuk di tangga. Mengkaji sanad bukanlah bidang saya. Dalam pada masa yang sama, perlulah saya meneruskan usaha mendalami ilmu hadis, itu dah sememangnya tanggungjawab umat Islam, lebih-lebih lagi golongan intelek, harus menggunakan segala kudrat yang ada untuk mendalami ilmu ini. Saya menghormati pendapat setiap ulama’ namun kita haruslah faham pendirian setiap ulama’ tersebut dan tidak mengambil ringan dengan menganggap bahawa boleh sahaja beramal dengan hadis dhaif tanpa memperhatikan syarat-syaratnya.
  3. Perlu diingat, hadis-hadis dha’if maksudnya lemah, ragu-ragu samaada benar-benar dari Rasulullah SAW ataupun tidak, sekali lagi tegas saya, berhati-hati lah tentang amaran Rasulullah SAW ini: Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta, maka dia termasuk dalam salah seorang pendusta.” [Shahih Muslim] ; Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang berdusta ke atas aku maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka.”. Maka sesuatu hadis tidak boleh disampaikan mengikut sangkaan semata, harus ada pengertian dan kajian sebelum menyebarkan atau beramal dengan sesuatu hadis.
  4. Timbul persoalan daripada yang bertanya, ”Apa guna wujudnya hadis dhaif kalau macam tu?” Maka silalah anda berpegang pada pendapat Imam Nawawi: dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalam bab keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-Tarhib) asalkan ianya bukan hadis maudhu’. Adapun dalam bab hukum-hakam seperti halal dan haram, jual-beli, penceraian dan apa-apa lain yang seumpama, tidak boleh beramal dengan hadis dha‘if kecuali dengan hadis yang sahih atau hasan. Melainkan jika hadis-hadis tersebut bersangkutan dengan sikap berhati-hati terhadap bab-bab tersebut, seperti hadis dha‘if yang menyebutkan makruhnya hukum melakukan sebahagian bentuk jual-beli atau pernikahan, maka disunatkan untuk menghindari daripadanya (yang makruh tersebut) namun ia tidak jatuh kepada hukum wajib. Orang ramai perlu tahu bahawa ianya hadis dhaif, dan tidak ’salah kaprah’ dengan menganggap ianya hadis sahih/hasan kerana kemasyhurannya.

  1. Hadis dha’if tidak boleh diyakini ianya tsabit dar Rasulullah SAW, perlu menyatakan kelemhannya bila disebarkan kepada orang awam agar tidak berlaku sebarang kekeliruan, salah faham mahupun mendakwa sesuatu atas nama Rasulullah sedangkan belum tentu ianya daripada Rasulullah SAW. Kalau boleh, setiap amalan yang kita amalkan perlulah disemak dalilnya yang sahih terlebih dahulu dari Al-Quran dan As-sunnah dan kemudian amalkanlah. Sekiranya hanya ada hadis dhaif, semaklah pula darjat hadis dhaif tersebut, adakah kelemahannya ringan? Adakah anjuran beramal dalam hadis dhaif tersebut adalah tertakluk pada amalan yang sudah digariskan dalam AQ dan AS? Ingat, Hadis dha‘if tidak boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu amalan, perintah atau larangan.

  1. Apa yang saya khuatirkan, sekiranya kita mem ’busy’ kan diri dengan hadis dhaif, kita tertinggal sumber-sumber Islam yang sahih. Ini adalah satu fenomena yang sangat menyedihkan bagi saya, di mana letaknya ketulenan Islam itu sendiri. Kenapa harus sumber-sumber yang sahih dipinggirkan hanya sebab masyarakat sibuk nak beramal dengan sesuatu yang masih ragu-ragu. Kita memang tak mahir nak bagi prioriti. Patutlah Yusof Al-Qaradhawi tulis Fiqh Prioritas. Sebab tak tahu nak bagi prioriti ni lah, umat Islam jauh ketinggalan di belakang. Kadangkala, ada amalan yang ciput dijanjikan langsung pahala masuk syurga, ada yang ganjarannya mengatasi para Nabi, that’s why ada orang kata, ”cukup lah aku buat yang ni je, confirm masuk syurga,”.

  1. Maka, kesimpulannya, kita kenalah berdisiplin dalam mengambil syariat dan sumber Islam. Janganlah sewenang-wenangnya, sebab agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT, bukannya agama main-main dan rekacipta. Untuk kes pengamalan hadis dhaif, saya kira ia bukanlah mudah seperti yang disangka sekiranya kita benar-benar memperhatikan syarat-syaratnya. Berusahalah menyibukkan diri dengan hadis-hadis sahih dan seterusnya hasan yang masih banyak lagi belum kita kuasai dan masyhurkan. Itu saja buat kali ini, terima kasih kepada adikku yang bertanya. WA.

Menjawab Persoalan tentang Hadis Lemah (Dho'if) III  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Bagaimana Beramal Dengan Hadith Dhaif

Para ulama berselisih pendapat tentang hadith-hadith dhaif ini. Mereka terbahagi kepada dua kelompok:

1. Tidak harus beramal dengan hadith-hadith dhaif secara mutlak, sama ada hadith-hadith akidah, ahkam (hukum) mahupun hadith-hadith fadhail (keistimewaan mana-mana ibadah). Ibn Sayid al-Nas dalam kitabnya Uyun al-Athar meriwayatkan pendapat ini daripada Yahya bin Ma`in. Manakala dalam kitab Fath al-Mughith menyebutkan bahawa ia merupakan pendapat al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi. Yang jelas ia merupakan pendapat Imam al-Bukhari dan Muslim seperti yang terdapat dalam kitab Sahih mereka. Demikian juga pendapat Imam Ibn Hazam al-Andalusi.

2. Harus beramal dengan hadith dhaif yang membicarakan tentang fadhail al-a’amal, pengajaran, peringatan, cerita, targhib dan tarhib. Tetapi tidak boleh beramal dengan hadith dhaif yang membicarakan tentang akidah seperti sifat-sifat Allah SWT, perkara ghaib dan yang membicarakan perkara hukum syarak.

Dalam hal ini, Imam al-Nawawi menegaskan dalam kitabnya al-Azkar:

Para ulama yang terdiri daripada pakar fiqh, pakar hadith dan lain-lain menegaskan: harus malah digalakkan beramal dengan al-fadhail, al-targhib dan tarhib menerusi hadith dhaif selagi ia bukan hadith maudhu’ (palsu). Manakala hukum seperti halal, haram, jual beli, nikah, talak dan lain-lain yang berhubung dengannya tidak boleh beramal melainkan menerusi hadith sahih dan hasan.

Al-Imam al-Nawawi menegaskan dalam kitab al-Majmu’:

Para ulama menegaskan: hadith mempunyai tiga bahagian iaitu sahih, hasan dan dhaif. Mereka menegaskan lagi: Sesungguhnya hadith yang harus dijadikan hujah (dalil) dalam bidang hukum ialah hadith sahih atau hasan. Manakala hadith dhaif tidak boleh dijadikan hujah atau dalil dalam bidang hukum-hukum dan akidah, tetapi harus meriwayatkan dan beramal dengannya dalam bidang yang lain daripada hukum-hukum, seperti certa-cerita, keutamaan mana-mana ibadah, targhib dan tarhib. (al-Nawawi, Mahyuddin Yahya bin Syaraf, al-Majmu Sharh al-Muhazzab, Mesir; matba`ah al-Imam, jld. 1, hlm. 59)

Syarat-syarat Beramal Dengan Hadith Dhaif

Para ulama telah menetapkan beberapa syarat untuk beramal dengan hadith dhaif. Syarat-syarat itu dapat dilihat dalam kitab-kitab, ungkapan dan perlaksanaan mereka dalam hukum-hukum fiqh. Al-Shakhawi sebagai seorang murid kepada al-Hafiz Ibn hajar telah mencatatkan kata-kata gurunya (Ibn Hajar) seperti berikut:

1. Hadith dhaif yang hendak diamalkan tidaklah terlalu dhaif. Oleh itu, tidak boleh beramal dengan hadith dhaif yang diriwayatkan oleh mana-mana perawi dusta, perawi yang dituduh sebagai pendusta dan mana-mana perawi yang banyak kesalahan dan kesilapan. Al-Hafiz Solah al-Din al-`Alai menegaskan bahawa para ulama telah bersepakat terhadap syarat ini.

2. Hadith dhaif tersebut termasuk di bawah dasar agama yang umum dari segi maksudnya. Oleh itu, terkeluarlah mana-mana hadith palsu yang sama sekali tidak termasuk di bawah mana-mana dasar agama yang umum.

3. Seseorang yang beramal dengan hadith dhaif tidak boleh beriktikad bahawa hadith tersebut adalah thabit daripada Rasulullah, bahkan dia hendaklah iktikad sebagai berwaspada sahaja, supaya dia tidak menyandarkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang perkara yang tidak diucapkan oleh baginda.

Sebagai panduan lagi, kami ingin tegaskan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Barangsiapa dengan sengaja berdusta dalam hadith-hadithku, maka bersedialah tempat duduknya dari api neraka.
(hadith sahih Ashab al-Sunan dan Ashab Shahah)

Kalaupun mereka secara tidak langsung mendustakan hadith-hadith Rasulullah s.a.w., mereka dikategorikan sebagai pengikut dalam menyebarluaskan hadith-hadith yang dhaif atau palsu.

Ibn Hibban dalam Sahihnya mengatakan, wajib masuk neraka bagi sesiapa sahaja yang menisbahkan sesuatu kepada Rasulullah s.a.w., padahal dia tidak mengetahui sejauh mana kebenaran hadith tersebut. Seterusnya Ibn Hibban membawa satu dalil:

Nabi s.a.w. bersabda:

Barangsiapa mengutarakan hadith dariku dan diketahui bahawa ia dusta, ia termasuk dalam golongan pendusta. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jindub dan Mughirah bin Syu’bah)

Sumber: AFN

Menjawab Persoalan tentang Kitab Fadhailu al-'Amal.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Bismillah. Assalamu'alaikum wbkth.

"Sebagaimana yang kita tahu, pengarang kitab fadhailu al-a’mal tidak meletakkan syarat hanya hadits-hadits shahih sahaja yang akan dimasukkan dalam kitab tersebut.. namun begitu kita tidak menafikan adanya hadits-hadits shahih dalam kitab tersebut.. pernah dalam satu sesi usrah, seorang teman membacakan satu petikan daripada kitab tersebut.. saya pada mulanya hanya berdiam diri apabila mendengarkan hadits-hadits yang bunyinya kurang meyakinkan, sehinggalah dibacakan hadits yang berbunyi: “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” saya tertanya-tanya bukankah ini hadits riwayat Al-Bukhari, dan ternyata tekaan saya tepat.. hadits tersebut adalah hadits shahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab shahihnya..


namun begitu, masih banyak hadits yang dibacakannya tidak pernah saya dengar sebelumnya.. saya sendiri tidak tahu apakah status hadits tersebut, dan saya bukanlah seorang pakar hadits untuk memberikan komentar mengenai hal tersebut.. setelah itu, saya sekadar memberikan ulasan mengenai kitab yang digunakannya.. alangkah lebih baiknya sekiranya kita membaca kitab-kitab yang lebih kita yakini seperti Riyadhu Ash-Shalihin atau Matan Al-Arba’in An-Nawawiyyah (Hadits 40) daripada kita membaca sesuatu yang kita tidak tahu statusnya.. bukanlah saya menolak kehebatan pengarang kitab fadhailu al-a’mal, tetapi sekadar mengambil langkah berhati-hati atas kejahilan kita tentang ilmu hadits.. agama melarang kita untuk berpegang pada sesuatu yang kita tidak tahu akan hakikatnya..


terjemahan: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan nurani, kesemuanya akan dipertanggungjawabkan. - [Al-Isra', 17: 36].


terjemahan: “Tinggalkanlah apa engkau ragukan kepada apa yang tidak engkau ragukan.” - [HR Ahmad, Al-Bukhari, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ad-Darimi].


lantas ada yang bertanya, tidak bolehkah sekiranya kita berpegang pada hadits dha’if? ulama’-ulama’ mu’tabar berbeza pendapat dalam perkara ini.. ada yang mengatakan tidak boleh, sebagaimana pendirian Al-Bukhari dan Muslim, sedangkan ada pula yang mengatakan boleh, sebagaimana Ahmad, dan ada juga yang meletakkan syarat-syarat tertentu seperti An-Nawawi.. secara peribadi saya katakan, seboleh mungkin saya akan cuba untuk menghindarkan diri daripada berpegang pada hadits dha’if..


namun, saya bukanlah orang yang serba tahu tentang perkara ini.. saya tidak pernah mengenal perkara ini sehinggalah usia saya mendekati 20 tahun.. cuba anda bayangkan, 20 tahun hidup dalam kondisi di mana saya tidak pernah diajarkan yang mana sunnah Nabi S.A.W yang shahih dan yang mula pula yang bukan, semuanya disandarkan pada Nabi S.A.W.. hanya dalam waktu 2-3 tahun kebelakangan ini saya mula mengkaji kembali keshahihan ajaran yang menjadi pegangan saya selama ini, dan sehingga kini masih banyak perkara yang belum saya ketahui tentang keshahihannya..


ini tidak bererti saya meredhai pegangan terhadap hadits dha’if.. seandainya saya tahu mana-mana pegangan saya itu dha’if (yakni tidak dapat dipastikan adakah benar ajaran itu berasal dari Nabi S.A.W), pasti saya akan meninggalkannya dan berpegang pada sunnah yang shahih.. inilah yang disebutkan oleh Imam Asy-Syafi’i: “Telah sepakat kaum muslimin bahawa sesiapa yang jelas baginya satu sunnah Rasulullah S.A.W, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya kerana pendapat seseorang yang lain.”


walau bagaimana pun, sekiranya masih ada teman-teman yang ingin berpegang pada hadits dha’if, saya sarankan agar anda benar-benar faham mengenai kedudukan hadits tersebut.. kajilah kembali syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para imam mu’tabar seperti An-Nawawi R.H.. ingatlah, hadits dha’if tidak boleh digunakan dalam bidang aqidah, ibadah.. sekadar digunakan dalam fadhailu al-a’mal.. dan sekiranya kita mengamalkan hadits-hadits tersebut dalam konteks fadhailu al-a’mal, kita tidak boleh beri’tiqad bahawa kita sedang melakukan sunnah Nabi S.A.W, dan kita tidak boleh mendakwa (mengajarkan) kepada orang lain bahawa perkara tersebut adalah sunnah Nabi S.A.W.."


Sumber: Nasirussunnah

Jemaah Tableegh dan Kitab FA.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Kita kena akui JT ni banyak buat benda yang bagus. cuma beberapa aspek yang perlu diperbaiki. kita jangan ikut aliran yang apabila nampak satu aspek salah, terus hentam semua.
antara aspek yang perlu dijaga ialah ketelitian kajian hadith dalam buku2 JT yang mereka gunakan. JT di tanah arab guna Riyadussolihin yang lebih baik daripada buku Maulana Zakaria iaitu Fadhail a'mal. ini antara aspek yang perlu diperbaiki oleh JT di Malaysia. mungkin dah dibaiki, wallahu a'lam. kita tak tahu perkembangan terkini.
satu lg aspek ialah perlunya memilih waktu dan cara sesuai utk kita ajak orang kepada Islam. saya pernah didatangi sahabat dari JT utk cerita soal agama ketika saya nak keluar rumah utk beli barang dapur. dia macam nak ajak saya masuk balik pulak utk bincang. ini tak tepat. setiap orang ada urusan masing2.
tapi tak semua JT macam tu. walau apa pun, kita harap ada wakil JT yang akan sampaikan beberapa teguran ini. JT penting utk dakwah. mereka boleh buat apa yang orang lain tak boleh buat. -Us.Adlan.

Ari Ariffin:
saya jugak setuju dengan ustaz alitantawi.jangan la hentam secara keseluruhan.JT berfungsi mengimbangi masyarakat masa kini dalam aspek da'awah.berapa ramai yang buat da'awah macam JT buat?tapi macam dikatakan sebelum ini.ada beberapa kelamahan yang perlu dibaiki.especially dalam aspect knowledge.yang jadi masalah sekarang ni apabila ahli JT bertindak membantaskan ilmu kepada bayan dan kitab fadhail amal.itu masalah terbesar.bila mereka duk ambil 'ilmu' yang diorang dapat ketika bayan sahaja,ni memang susah.kadang2 yang bagi bayan tu pun tak jelas dengan apa yang dia duk sampaikan.pastu yang duk dengar,pergi da'awah orang dengan yang tu.mulalah celaru.pastu fadhail amal pulak.memang susah nak tengok diorang tukar kitab.walaupun karkun2 tanah hijaz pakai riyadus sholihin,diorang susah nak tertarik kat kitab tu.masih lagi tetap dengan fadhail amal.bagi saya-prseonally-tak guna fadhail amal bukanlah bermaksud kita tidak mengiktiraf keilmuan maulana zakariyya sebagai muhaddith.tapi sepatutnya karkun patut memilih apa yang lebih baik.peri-pentingnya methodology da'awah juga patut ditekankan.kadang orang duk makan kita da'awah,sakit hati jugak dia.nak da'awah pun perlu nilai beberapa aspek.kalu orang tu dah naik benci kat kita,macam mana mereka nak terima da'awah tu?balik kepada aspek knowledge pulak,ni nasihat saya kepada karkun; kalu kita berda'awah tanpa ilmu ni,sama la macam kita tipu orang.kita duk bagitahu orang hadith maudhu',cerita2 yang bercampur baur semua,maka samalah kita tipu mereka.dan macam mana da'awah ni nak berkesan?tentu sekali susah nak berkesan.nak berda'awah tak perlu la ilmu yang banyak.sikit pun cukup.tapi kita perlukan ilmu yang SHAHIH!

'aldo':

I do agree with the opinion above regarding knowledge.The karkun lack knowledge and they like to spread strange stories. Sometimes I am amazed how naive they are. My experience with the JT goes way back in the seventies.I respected them as they only want their brothers to perform jamaah prayers in the masjid..I always sit in their majlees bayan and I notice that most of them are new and lack religious knowledge.Their main reference is The Fada il a'mal by Maulana Zakariya and his likes.There are quite a number of weak and even false hadeeth in the book.They like to share stories of walis that we sometimes couldnt accept its authenticity.We hope some muzakarah with them will do much good.Tell them about the sunnah and why it is important to stick to the Sunnah.

My elder brother is a karkun once and he had been to India and Pakistan.But when he had the chance to go to Mecca, he left the JT after learning about The Sunnah there.This is an example to us on how knowledge can help change someone .I hope our asatizah can join their majlees bayan and share the Sunnah with them gracefully.

Forgot to mention that SS Mufti Perlis had a good experienced about the tabligh when he went to India and Nizamuddin(the markaz of the tabligh)for his PHD trip.Just find the cassette from dakwahniaga...he should have it.

syahrezan:
Dalam khuruj ada iktikaf, majlis ilmu yang simple2, ziarah rumah org islam, bercakap tentang kebesaran ALlah dan peringatan akhirat, penerapan kecintaan kepada agama, penerapan penyeimbangan dunia-akhirat (dunia 50%, akhirat 50%), pengasingan diri yang sangat efektif daripada maksiat2 yang kita tak sedar (terlalu banyak lagha, menonton maksiat di TV, melihat aurat wanita di jalanan, banyak memikirkan hal dunia : setiap maksiat menimbulkan satu titik hitam di hati bukan?). Yang paling besar, khuruj ini mengajar kita berkorban untuk agama, dengan mengorbankan perkara paling bernilai = diri dan masa kita, yang mana manfaat paling besar adalah di atas individu itu sendiri (niat mesti ikhlas dan untuk cari redha ALlah)

Keluar tabligh juga membawa kita bergaul dengan individu2 yang soleh, atau at least cuba jadi soleh, banyak bicara pasal agama, mengajar adab2 ziarah, mesyuarat dan keutamaannya, adab tidur, ajar taatkan amir, dan ada suasana ibadah, yang sedikit sebanyak akan pengaruh kita buat ibadah juga. Individu dalam jemaah ini terdeiri dari SEMUA golongan lapisan dan umur (kecuali kes2 tertentu yang dikhuatiri menimbulkan masalah atau fitnah kepada jemaah). Semua org digalakkan bercakap pasal agama, kalau yang baru2 tu banyak petik dpd FA berkisar pada 6 perkara). Amir dan karkun senior biasanya monitor dan menegur karkun2 mentah ni. Perenggan ini dan perenggan sebelumnya adalah anjuran Pimpinan tabligh secara 'official', Insya ALlah. Disiplin2 dan kaifiat2 ini diatur supaya jemaah lebih mudah untuk dimanage (SOP), apatah lagi susah nak ada org alim dalam satu2 marhalah.

Dalam jemaah tabligh pun ada cerita2 wali, pengaruh2 tarekat, ghulu, bayan2 yang diselangi dengan hadis2 daif/pasu dan kisah wali yang tak diketahui sumbernya, pakaian dan penampilan yang kotor, kegagalan untuk memahami priority sunnah, kejahilan, kegagalan untuk membawa diri mempelajari sunnah, ketiadaan manhaj hadis dalam pengambilan ilmu. Ada juga yang tersilap objektif usaha, yang mana dalam kepalanya hanyalah keluar tabligh sahaja yang nak dikira, padahal matlamat nak cari redha ALlah, dan keluar itu adalah caranya, di antara banyak cara. Setakat pengalaman saya yg cetek ni, dalam perenggan ini semua kelemahan2 individu atau mungkin amir marhalah, yang mana kalau diteliti mana2 jemaah islam mesti ada kelemahan2 ini. Oleh kerana jemaah tabligh rajin buka mulut bagi bayan maka nampaklah kelemahan2 ini pada diri2 mereka, ditambah dengan nasi tambah daripada imam2 hebat dan dikagumi umat. Kecacatan ini tidak pula nampak bagi jemaah2 yang tidak mempunyai SOP menyuruh ahlinya selalu bercakap tentang agama. Pimpinan juga menggariskan supaya tidak disentuh masalah fiqh, kerana dikhuatiri masalah khilafiyah fiqh akan mengganggu usaha membawa FIKIR atas IMAN dan AMAL (mission statement). Dalam FA ada cerita2 wali dan kesufian. Pengarang ada menyebut kisah org2 soleh adalah petikan sejarah, dan tarah lebih rendah daripada hadith.
(saya secara peribadi akan skip cerita wali bila baca FA). Pengarang juga sebut memilih pendapat yang membolehkan diguna hadis daif ringan untuk hadis2 fadhilat. Pengarang pun ada ulas sedikit sebanyak hadis daif, atau pertikaian hadis dalam kita FA.

Banyak kritikan2 yang menyentuh permasalahan akidah, kesufian yang saya tak pernah nampak di bawa dalam jemaah. Masalah kuburan dan syirik di nidzamuddeen, saya hanya bersangka baik dengan pimpinan, dan saya tak ada jawapan untuk itu. Mungkin abg2 senior boleh bagi penjelasan.

Usaha dakwah ini sangat besar, dan perlukan satu disiplin dan SOP untuk memudahkan RAMAI org menyertainya. Bukan seperti ibadat2 infiradi lain spt zikir, solat sunat, puasa dsbgnya yang masing2 boleh buat secara individu. Kalau nak harap dakwah individu berapa kerat sangatlah yang tergamak. Bila org tak datang surau solah jemaah dan ke kuliah, ajk masjid dan frequent2 di masjid akan komplen manusia dah tak ingat surau, tapi apa action plan? Org tak akan datang masjid kalau iman lemah. Org tak akan cari iman kalau tak ada fikir. Iman mesti diusahakan. Usaha membabitkan pengorbanan, masa, tenaga dan wang. Nak korban mesti ada motivasi. Kita cuba tolong mereka dapat motivasi, dengan cuba beri fikir.

Adakah kerja dakwah ini ada satu kaifiat khusus yang boleh kita ikut? Yang boleh di apply untuk masyarakat umum dan bukan terhad pada ustat2? Kalau tak ada, lapang dada lah dengan disiplin jemaah ini. tegur2 lah kesalahan karkun2 ini.

Semoga ALlah lindungi dan bagi petunjuk pada kita semua.

P/S: Fuh, ini belum lagi menjawab persoalan Wahhabi daripada adikku Guest. Malas betul nak ulas/sentuh isu Wahhabi ni. Untuk diskusi dan pertanyaan lanjut tentang JT dan kitab FA, sila klik di sini.

Hadith Dha'if yang Wujud Bersama Hadis Sahih  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Aslmkm.

alhamdulillah, usaha bagi memberitahukan perihal hadis2 daif dan maudhu' semakin maju nampakna, dan rasa2nya masyarakat pun makin ramai yg sedar tentang perkara ini. Soalan saya adalah:

- Apakah mungkin wujud dalam satu2 situasi yg mana, ada beberapa hadis yang tercatit mengenainya, dan drpd beberapa hadis ini, ada yg sahih, dan ada yg daif?

- Jika ada, apa yg saya risaukan ialah, bagaimana jika kita bersungguh2 menolak satu2 hadis itu kerana daif atau maudhu'nya, tetapi, secara tidak langsung, kita turut menolak beramal dgn amalan itu terus, walhal, ada nas mengenainya?
Ringkas kata, boleh jadi, disebabkan kedaifan satu hadis, kita bukan sahaja menolak beramal dgn hadis daif tersebut, bahkan, terus membawa kepada menolak beramal dgn amalan yg dinyatakan dalam hadis tersebut. :confused:

- Situasi di atas mungkin berlaku di kalangan orang2 awam seperti saya, yang mana saya pasti salah satu jawapan utk kami, adalah dgn mempelajari ilmu2 hadis dgn lebih mendalam lagi drpd guru2 yg mursyid.

- Komentar?

Wassalam
Jawab:

Sudah tentu ada!
Namun hadis2 dha'ef dan maudhu' itu tidak mempengaruhi kesahihan hadis2 sahih itu.

Cth:
1. Puasa hari asyuura itu thabit dgn hadis sahih.
Disamping itu ada pula hadis2 dha'ef dan maudhu' yang mengiringinya supaya puasa asyuura itu lebih menarik kepada orang awam.
2. Solat Dhuha itu thabit melalui hadis sahih, tapi ada hadis2 dha'ef dan maudhu' yg menokok nambah fadhilatnya.
3. hadis2 tentang alMahdi itu banyak yg sahih, tapi ada bersamanya hadis lemah dan palsu menyebabkan alMahdi itu menjadi topik yg mengelirukan.
4. hadis2 tentang Dajjal itu banyak yg sahih, tapi ada bersamanya hadis2 lemah dan palsu...
Maka lahirlah ilmu mustalah hadis, takhrij hadis, tahqeeq hadis untuk membersihkan hadis sahih dari yg selainnya. Bahkan kitab2 yg besar2 pun dibersihkan kan hadis2nya spt kitab Ihya' Ulumiddin yg dibersihkan dari hadis2 dha'ef dan maudhu' oleh al_Iraqee. Kitab Fiqh Sunnah juga disusun semula oleh alMUhaddith Albanee dari hadis2 yg kurang kemas susunan dan ambilannya. WA

Adakah Salah Pendirian untuk Tidak Mahu Beramal dengan Hadis Dhaif?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Asslmkm. Soalan saya, adakah salah / apakah hukumnya jika kita mengambil pendirian tidak mahu mengamalkan hadis dhaif?


Jawab:
Pendirian anda itu (tidak mahu menggunakan hadis dha'ef secara mutlak) adalah pendapat dan wawasan Imam Bukhari dan Muslim.

Adapun keharusan menggunakan hadis dha'ef secara mutlak ialah Imam Ahmad dan Imam Daud azZahiri. Alasannya hadis dha'ef lebih utama daripada pendapat manusia.

Keharusan bersyarat (dalam urusan fadhail amal) itu pendirian Imam Nawawi, Imam Syuyuti dgn beberapa pra-syarat dan Imam-imam Tablighi menggunakannya dgn meluas tanpa syarat Nawawi dan Syuyuti. WA

**Sumber: www.al-ahkam.net/

Menjawab Persoalan tentang Hadis Lemah (Dho'if) II  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Assalamualaikum wbt .

Saya telah membaca beberapa artikel di dalam web Al-Ahkam Net mengenai hadis-hadis dhaief ( lemah ) dan saya bersyukur kepada Ilahi kerana hadis-hadis itu dan juga hadis-hadis palsu dipaparkan kepada khalayak agar kita semua berhati-hati dengannya .

Tapi baru-baru ini ketika saya berbincang dengan rakan saya yang sama-sama bertugas di sini ( beliau sebagai seorang ustazah lepasan Fak. Pengajian Islam ) mengenai faedah-faedah yang saya telah dapati daripada web Al-Ahkam Net ini , tiba-tiba beliau menyatakan bahawa beliau tidak setuju hadis-hadis lemah itu ditolak 100 peratus.

Menurutnya hadis lemah bukanlah hadis palsu ( maudhu' ) dan bukan semua hadis lemah boleh ditolak sebab ada sebahagiannya yang benar isinya . Dan katanya lagi kebanyakan ulama' pun menerima juga sebahagian hadis-hadis yang lemah .

Saya masih tidak faham dengan kenyataan rakan saya itu .

Bagaimana sepatutnya sikap kita terhadap penggunaan hadis-hadis lemah ini dan bagaimana pula sikap para ustaz di Al-Ahkam Net di dalam menanggapi persoalan ini ? .

Saya berharap Al-Fadhil Ustaz Zain sudi menjawabnya memandangkan tuan adalah pengerusi dan pengendali utama web Al-Ahkam Net ini .

Saya mengalu-alukan juga jawapan dan respon daripada ketiga-tiga pengendali Ruangan SJ Feqh untuk membantu saya dan semua muslimin memahami isu ini .

Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik tuan dan semua pengendali web ini .

Syukran Jazilan . Wassalam

al-Jawabb:

Al-Imam al-Nawawi ada menyebutkan:
Para ulama dari kalangan ahli Hadis, ahli Feqh dan selainnya berkata: Dibenarkan dan disukai beramal dengan hadis Dhaif dalam hal2 fadha'il serta targhib dan tarhib, selama hadis itu tidak berstatus maudhu' (palsu). (Al-Azkar, hal. 5)

Fadha'il bermaksud bermaksud hadis2 yang menyatakan kelebihan beramal. Targhib ialah hadis yang mengandung galakan untuk berbuat baik. Dan tarhib pula adalah yang mengandungi ancaman bagi mereka yang berbuat jahat dan maksiat.

Berdasarkan pendapat al-Nawawi, dapat kita simpulkan bahawa beramal dengan hadis dha'if adalah dilarang kecuali:
1. Dalam hal2 fadha'il, targhib dan tarhib. Kebalikannya ialah, hadis dhaif tidak boleh digunakan sebagai hujah hukum.

2. Kedha'ifan hadis itu tidak sampai ke tahap maudhu'.

------------------------
Apabila al-Imam al-Nawawi mensyaratkan pengamalan hadis dha'if adalah yang tidak sampai ke taahap maudhu', maka kita tertanya2 apakah maksudnya? Apakah penafsirannya?

Catatan kaki di dalam al-Azkar ada menyebutkan:
"Perkataan al-Nawawi: (Selama hadis itu tidak berstatus maudhu'): Termasuk hadis yang terlalu dha'if. Maka tidak boleh beramal dengan hadis yg di dalamnya terdapat rawi yang pendusta atau tertuduh dusta. Dan, ada lagi dua syarat untuk beramal dengan hadis Dha'if, iaitu: Sesuatu amalan itu hendaklah mempunyai syahid yang lain (ada dasarnya dari nash lain yang sahih) seperti ia berada di bawah suatu nash yang umum atau di bawah satu kaedah umum. Ketika beramal dengan hadis ini hendaklah tidak di-Iktikadkan bahawa ia sabit (dari Rasulullah s.a.w.). Malah, hendaklah di-iktikadkan sebagai ihtiati (langkah berjaga2) sahaja." (ibid.)

--------------------
Ini bermakna berdasarkan kepada kenyataan al-Imam al-Nawawi dan dari catatan kaki dalam kitab al-Azkar, bahawa untuk beramal dengan hadis Dhaif bukanlah secara mutlak boleh beramal. Asal sahaja ada hadis dhaif yang berbentuk fadha'il amal, maka kita boleh terus beramal dengannya. Bukan begitu. Mahu beramal dengan hadis dhai'if ada syarat-syaratnya. Sebagaimana yg dinyatakan ada 4 syarat:
1. Hadis itu untuk fadha'il a'mal, targhib dan tarhib.
2. Hadis itu tidak terlalu dha'if dan tidak maudhu'.
3. Amalannya mestilah mempunyai dasarnya dari nash sahih yang lain yang umum atau ia berada di bawah kaedah yang umum.
4. Semasa beramal, hadis itu tidak di-iktikad-kan sabit dari Rasulullah s.a.w.. Malah ia hendaklah ber-iktikad untuk ihtiyati sahaja.

Jadi, adalah suatu tanggapan yang salah apabila kita berhadapan dengan hadis dha'if lalu kita mengatakan: "Tidak mengapa, ini hanya untuk fadhilat amal sahaja.." Tanpa kita memperhatikan syarat2nya.

--------------------------

Syeikh Yusof al-Qaradhawi telah menghuraikan mengenai masalah ini secara panjang lebar di dalam bukunya: Kaifa Nata'amalu Maas Sunnah.
Antaranya, beliau menyebutkan:
"… Al-Hafiz Ibnu Hajar menetapkan tiga persyaratan untuk dapat diterimanya periwayatan yang lemah (dhaif) dalam hadis-hadis raqa'iq dan targhib. Ketiga syarat itu disebutkan oleh al-Hafiz al-Sayuthi dalam Tadribur Rawi sebagai berikut:

Pertama (syarat ini disepakati oleh para ahli): Kelemahan tersebut tidak keterlaluan. Kerana itu, harus ditolak periwayatan tunggal dari orang-orang yang memang dikenal sebagai pembohong, atau yang dicurigai sebagai pembohong, ataupun yang dikenal hafalannya sangat tidak akurat.

Kedua: Makna hadis tersebut masih dapat digolongkan dalam suatu tema dasar umum yang diakui. Maka harus ditolak setiap hadis yang hanya dikarang begitu sahaja, dan tidak ada asalnya sama sekali.

Ketiga: Pada saat penerapannya, hendaknya tidak dipercayai sebagai hadis yang tak diragukan asalnya dari Nabi s.a.w. Agar tidak terjadi penisbahan suatu ucapan kepada baginda, sedangkan baginda tidak mengucapkannya. Jadi, hendaknya hadis tersebut dipercayai dengan sikap ihtiyath (berhati-hati). (Kaifa Nata'amalu Ma'as Sunnah (edisi terjemahan: Bagaimana Memahami Hadis Nabi s.a.w.), hal. 71)

Saya mencadangkan agar sesiapa yang mahu penjelasan lanjut dan panjang lebar tentang hal ini boleh membaca buku Kaifa Nataamalu Maas Sunnah, karya syeikh al-Qaradhawi.

Sekian, Wallahu a'lam

Wassalam

Menjawab Persoalan tentang Hadis Lemah (Dho'if).  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

~ MENURUT al-IMAM an-NAWAWI ( RH )

1. Hadis itu untuk fadha'il a'mal, targhib dan tarhib.

2. Hadis itu tidak terlalu dha'if dan tidak maudhu'.

3. Amalannya mestilah mempunyai dasarnya dari nash sahih yang lain yang umum atau ia berada di bawah kaedah yang umum.

4. Semasa beramal, hadis itu tidak di-iktikad-kan sabit dari Rasulullah s.a.w.. Malah ia hendaklah ber-iktikad untuk ihtiyati sahaja.


~ MENURUT al-IMAM as-SUYUTHI ( RH )

Pertama (syarat ini disepakati oleh para ahli): Kelemahan tersebut tidak keterlaluan. Kerana itu, harus ditolak periwayatan tunggal dari orang-orang yang memang dikenal sebagai pembohong, atau yang dicurigai sebagai pembohong, ataupun yang dikenal hafalannya sangat tidak akurat.

Kedua: Makna hadis tersebut masih dapat digolongkan dalam suatu tema dasar umum yang diakui. Maka harus ditolak setiap hadis yang hanya dikarang begitu sahaja, dan tidak ada asalnya sama sekali.

Ketiga: Pada saat penerapannya, hendaknya tidak dipercayai sebagai hadis yang tak diragukan asalnya dari Nabi s.a.w. Agar tidak terjadi penisbahan suatu ucapan kepada baginda, sedangkan baginda tidak mengucapkannya. Jadi, hendaknya hadis tersebut dipercayai dengan sikap ihtiyath (berhati-hati).


NASIHAT KAMI :

Walaupun terdapat sebahagian ulama’ rh yang membenarkan penggunaan hadis-hadis lemah dengan syarat-syarat yang telah disebutkan di atas dan beberapa lagi syarat lain , akan tetapi marilah kita melihat ke dalam ribu-ribuan hadis sahih yang telah dikumpulkan olah para ulama’ rh daripada zaman berzaman .

Apakah hadis-hadis sahih itu tidak cukup ataupun tidak baik sehingga kita perlu meninggalkannya lalu mencari-mencari drp sumber yang lemah ? .

Bukankah hadis-hadis sahih itu mendatangkan keyakinan untuk lebih beramal dengannya memandangkan kita sendiri yakin ia memang benar-benar bersumberkan sunnah Baginda Rasulullah s.a.w ? .

Tidakkah pula hadis-hadis lemah menyebabkan kita masih ragu-ragu di dalam memastikan status hukumnya , lalu mengakibatkan kita pun tidak berapa yakin dengan amalan yang hendak dilakukan dengannya ? .

Kalau begitu , mengapa masih lagi mencari-cari hadis-hadis yang lemah walhal hadis-hadis yang sahih masih banyak di hadapan mata kita ??? .

Marilah kita men”tatbiq”kan saranan Baginda Rasulullah s.a.w :


دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ


Ertinya : “ Tinggalkanlah apa-apa yang meragu-ragukanmu dan beramallah dengan sesuatu yang tidak meragu-ragukanmu ( meyakinkanmu ) “~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam at-Tirmidzie rh ,al-Imam an-Nasaie rh , al-Imam Ahmad rh dan al-Imam ad-Darimi rh .

Penat?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in




Kenapa perlu mengeluh?
Bukankah jalan ini yang kau pilih?
Tak percaya dengan janji Allah ke?
Setebal mana iman kau? Nipisnye..
Macammana nak jadi umat yang membangkitkan kegemilangan umat?
Atau lebih tepat lagi, ibu kepada generasi pemangkin ummah (suatu hari nanti)..

Benda kecil pun kau tak boleh buat..
Dah mengadu letih, penat, pening..
Apatah lagi perkara besar yang sedang menanti..

Hati ni memang selalu bolak-balik
Kadang-kadang semangat je lebih
Bila kau jalankan amanah tu
Baru kau tau tinggi rendah langit
Baru kau tau erti tanggungjawab,
Baru kau tau yang sebenarnya kau memang masih banyak kekurangan,
Baru kau tau kan macammana orang lain rasa??

Aku perlukan kekuatan..
Aku pelukan sokongan..
Aku perlu ilmu..
Aku perlu restu dan redha orang tua ku,

Rupa-rupanya aku telah lama jauh dari Allah SWT.

Teman-teman, bantu aku, sentiasa ingatkan aku kalau aku ada tersalah, lalai, lupa..

**mode sedih dan kecewa

Tolong bagi Tajuk  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Bismillah.Assalamu'alaikum.

Rasa jari jemari ni gatal nak coretkan sesuatu di blog dentistsupermuslim. Saya harap blog ni bukanlah blog 'bakul sampah' yang tidak mempunyai manfaat yang jelas melainkan sampah, kalau sampah sekalipun, biarlah sampah yang boleh dikitar semula, berguna juga. Saya tadi baru sahaja melayari blog al-G****, melihat isu terbaru yang dipaparkannya, tidak berminat untuk mengulas, perbalahan bukanlah bidang saya, ilmu terlalu cetek. Bukan sahaja blog al-G**** yang saya rasa mual bila membaca/menatapnya, bahkan yang lebih parah, 'nausea' saya datang lagi tatkala menelusuri satu lagi blog, iaitu blog A** S*****. Sekali lagi, tidak berminat mengulas tentang sesuatu yang bukanlah menjadi kepakaran saya, tapi saya faham benar, dan saya tahu untuk membezakan antara kebatilan dan kebenaran, tanpa pedoman daripada Al-Quran dan As-Sunnah, kita mudah terpedaya dengan dusta dan nista.

Sebagai seorang yang gemar menulis, saya harus tetap mengingatkan diri saya sendiri, bahawa apa yang perlu memandu saya ketika jari jemari ini sedang rancak menari menaip button2 keyboard ini, ialah TAQWA. Penulisan saya adalah lambang pemikiran saya, penulisan saya adalah lambang personaliti saya, penulisan saya adalah lambang peribadi dan tingkatan ilmu saya, jika seorang teman mahu mengenal saya, kenallah saya melalui penulisan.

Pembaca, terkadang saya tidak sedar apa yang saya coretkan mungkin telah melukai hati seseorang, apa yang saya utarakan mungkin tidak semua mempersetujuinya, apa yang saya coretkan sememangnya terdedah kepada kritikan dan saranan. "Wahai penulis, apa yang engkau tulis atas lembaranmu, ia ditulis di sisi Tuhanmu! Maka ketika tanganmu mencatat di bumi, jiwamu hendaklah mendongak ke langit tinggi!!!"

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang teman, meluahkan masalah yang dihadapinya. Masalah biasa orang dakwah. Saya memberi nasihat dan buah-buah fikiran tentang tindakan yang bagaimana seharusnya dia ambil. Bercakap memang senang..sebab saya tidak melalui apa yang dia lalui. Kalau setakat terkena tempias tu, ada la. Saya berfikir kembali, seorang diri, merenung dan menelusuri kes sahabat tersebut. Dengar macam kes biasa, tapi bila diselidiki puncanya, saya menemui jawapannya.

Puncanya hanya satu, 'mata pena', atau lebih tepat lagi penulisan. Hebatnya penulisan ni sehingga ketajamannya bisa menghiris seketul daging bernama hati. Walaupun hati yang terhiris itu bukanlah berada di pihak yang benar, tapi dia tetap manusia, yang dikurniakan perasaan kecewa, sedih, terhina, pilu, geram, marah. Sedangkan yang berada di pihak yang benar pula, seharusnya lebih berjaga-jaga dalam penulisan dan tuturkata, bukan mengampu tetapi mungkin dalam penulisan boleh digunakan teknik 'sindiran analogi' untuk menjelaskan suatu situasi yang sukar difahami secara mutlak.

Saya mengambil pengajaran daripadanya untuk lebih berhati-hati dalam penulisan, pembela kebenaran harus menggunakan 'approach' yang fleksibel. Walaubagaimanapun, saya tidaklah menghukum sahabat saya ini, kerana saya percaya, setiap insan ada kelemahan dan kekurangannya. Dalam pada masa yang sama, saya amat mengkagumi semangat dakwah, keberanian, dan kesungguhan beliau menongkah arus perjuangan menegakkan kebenaran, berseorangan tanpa teman, bukan sedikit pengorbanan, bukan sebentar masa yang harus dilalui, sekali ia masuk ke lapangan dakwah, ia harus terus mara tanpa melayani sikap manja dan malas, pantang berundur sebelum Islam dapat tertegak, sesudah badai demi badai dilalui, kita hanya akan tersenyum, kerana dapat melihat 'badai' itu rupa-rupanya hanya gerimis di tengahari, pastinya menjadi coretan terindah dalam perjalanan hidup bergelar sang dai'e. Hanya satu yang harus kita ingat, kita sebenarnya tidak bersendiri, Allah SWT sentiasa bersama hamba-hambaNya, dan seperkara lagi, ujian buat kita itu adalah sesuatu yang sesuai dengan kadar kemampuan kita. Maka terserlah lah di sini, insan jaguh yang paling kuat fisik, mental, dan rohaninya adalah: MUHAMMAD SAW, satu nama yang gah sejak berabad lamanya, tertulis dalam sejarah tapi masih 'hidup' di kalangan umat yang rindu dan cintakan sunnahnya.

Tahniah buat mereka yang terus berusaha menyambung risalah perjuangan baginda. Saya mengingatkan diri ini juga untuk terus membina kekuatan kerana 'badai' ini akan tiba tanpa kita duga, jangan kata badai, entahkan tsunami yang mungkin bisa melanda, tapi harapnya Allah SWT memudahkan urusan mereka yang ikhlas menegakkan kebenaran. WA.

Hana sudah Pulang..  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Farhana (my twin) sudah pulang ke rumah di Kangar, Perlis, dari 'sheep land' ke sunnah land =).. Alhamdulillah. Semoga kamu dapat meneruskan tarbiyah kepada family members kita. Saya lihat posting nya yang terbaru pada blog beliau yang telah di'restricted' tu (sempat lagi ko update blog ye), sesuatu yang membuatkan saya bertambah sayang dan sering teringat kepada kedua-dua orang tua saya,...

" Bismillaah..

Assalamua'laikum...

Alhamdulillaah, perjalanan dari NZ ke Perlis lancar dan selamat..

Tak lama lagi kak Nora dan mak long Suriati akan bernikah..
Tadi, borak dengan mak dan abah, termasuk lah bab nikah kahwin ni..
im so surprise that my mom is not that traditional..hehe

Mak cakap, sebenarnya tak digalakkan akad nikah di masjid,
tambahan lagi ianya mengundang banyak masalah
(bergambar, tidak solat sunnat tahiyatul masjid bising dan sebagainya)

mak juga cakap,
kalau boleh mak nak buat simple..
tak ada hantaran pun tak pa, (cuma mulut orang la)
sebab mak fikir banyak yang kena belanja tambah bila ada hantaran,
mak tak mau orang lain 'kena',
*p/s: anak-anak mak 4 perempuan, sorang je laki

mak juga cakap,
akad nikah cukup,
tak perlu lah ada upacara sarung cincin dan pembatalan air sembahyang di hadapan orang ramai tu,

mak cakap lagi,
kenduri tak perlu lah buat bunga telur sebab membazir,
buat benda yang nice and sweet

abah pula cakap,
bagi duit pada tuan rumah kenduri dah jadi satu trend,
ada tuan rumah yang membanyakkan bilangan tetamu
untuk mendapatkan 'pulangan'..

wallahua'lam..

ok,
ni pula dari sudut pandangan daku,

seriously, aku pun turut merasakan yang wang hantaran tu membebankan pihak lelaki,
kalau yang tak kisah dan yang mampu tu ok lagi,
tapi yang baru masuk kerja?yang tak mampu? kasihan...
Kahwin itu perkara sunnah,
Tapi bila campur adat-adat ni, ia jadi susah..
sampaikan ramai lelaki takut nak kahwin sebab 'mahal',
jalan pintasnya bercinta..(nak kena sekeh ni..hehe)

memanglah, kata orang wang hantaran tu untuk buktikan,
betapanya pihak lelaki sudah bersedia,
dan ia melambangkan kesungguhan si lelaki untuk mendapatkan si bunga,
tidakkah mahar sudah mencukupi?

entahlah,
kerana isu besarnya hantaran dilihat sebagai sesuatu yang membebankan ,
sedangkan nikah adalah perkara sunnah , perkara mulia,
ni lah kesannya bila ada campur tangan manusia,
nak top-up sana sikit, add up sini sikit..
kasihan!

wang hantaran tu , kan lebih best,
kalau si lelaki kumpul duit ,
dan guna duit tu untuk nafkah isteri selepas nikah nanti,
daripada guna untuk wang hantaran..hehe

lagi satu,
dari sudut pandangan dan hati aku,
aku lebih memandang usaha si lelaki dan kesungguhan si lelaki
untuk mendapatkan si bunga,
adalah melalui kesungguhan beliau mencari ilmu agama yang sahih (bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk orang-orang dibawah pimpinannya),
kesungguhan beliau untuk menjaga kehormatan wanita tersebut
dengan merisiknya/meminangnya melalui ibu bapa atau orang tengah yang dipercayai,(tidak sekali-kali bersenang lenang dalam ucapan atau tindakan dengan si bunga)
kesungguhan beliau untuk ubah sikap (lebih matang, buang sikap yang buruk),
kesungguhan beliau kumpul duit (bukan semata-mata untuk hantaran, tapi buat bekal masa hadapan..belajar la siap-siap),

pendek kata...seorang yang bersunggunh-sungguh membaiki diri ke arah yang lebih baik, nanti senang la nak didik isteri dan anak-anak..mulakan dari diri sendiri dulu..bukan tunggu nikah baru nak plan..plan dari sekarang

(isu ini umum)

wallahua'lam
wassalam"
--Hana

Hana memang...Semoga saudara maraku yang baru bernikah dan akan menikah dapat melangkah ke alam pernikahan ni dengan penuh kesabaran, bijaksana, dan tanggungjawab. Tahniah buat mereka, jangan tanya giliran kami, lambat lagi rasanya.

Why Should I Wear the Hijaab?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Why Should I Wear the Hijaab?

http://www.troid.org/


Dear Muslim sister! Come towards the gates of Paradise with us! Fulfill your duties towards Allaah, put on your adornment - put on your hijaab, and race towards Jannah (Paradise) by doing all good actions.

This is a good question and there is a beautiful answer! Allaah has commanded us with every action that is good for us and prohibited us from performing every action that is bad for us. Allaah orders the Muslim woman to wear the hijaab when she steps out of the security of her home or when in the presence of strange men. So to wear the hijaab is a source of great good for you – the Muslim woman - for many reasons. Among them:

  1. You please Allaah. You are obeying the commands of your Lord when you wear the hijaab and you can expect great rewards in return.

  2. It is Allaah’s protection of your natural beauty. You are too precious to be "on display" for each man to see.

  3. It is Allaah’s preservation of your chastity.

  4. Allaah purifies your heart and mind through the hijaab.

  5. Allaah beautifies your inner and outer countenance with hijaab. Outwardly your hijaab reflects innocence, purity, modesty, shyness, serenity, contentment and obedience to your Lord. Inwardly you cultivate the same.

  6. Allaah defines your femininity through the hijaab. You are a woman who respects her womanhood. Allaah wants you to be respected by others, and for you to respect yourself.

  7. Allaah raises your dignity through the hijaab. When a strange man looks at you, he respects you because he sees that you respect yourself.

  8. Allaah protects your honour 100% through your hijaab. Men do not gaze at you in a sensual way, they do not approach you in a sensual way, and neither do they speak to you in a sensual way. Rather, a man holds you in high esteem and that is just by one glance at you!

  9. Allaah gives you nobility through the hijaab. You are noble not degraded because you covered not naked.

  10. Allaah demonstrates your equality as a Muslim woman through the hijaab. Your Lord bestows upon you equal worth as your male counterpart, and gives you a host of beautiful rights and liberties. You express your acceptance of these unique rights by putting on the hijaab.

  11. Allaah defines your role as a Muslim woman through the hijaab. You are a someone with important duties. You are a reflection of a woman of action not idle pursuits. You display your sense of direction and purpose through your hijaab. You are someone that people take seriously.

  12. Allaah expresses your independence through the hijaab. You are stating clearly that you are an obedient servant of the Greatest Master. You will obey no one else and follow no other way. You are not a slave to any man, nor a slave to any nation. You are free and independent from all man-made systems.

  13. Allaah gives you the freedom of movement and expression through the hijaab. You are able to move about and communicate without fear of harassment. Your hijaab gives you a unique confidence.

  14. Allaah wants others to treat you – a Muslim woman - with kindness. And the hijaab brings about the best treatment of men towards you.

  15. Allaah wants your beauty to be preserved and saved for just one man to enjoy – your husband.

  16. Allaah helps you to enjoy a successful marriage through wearing hijaab. Because you reserve your beauty for one man alone, your husband’s love for you increases, he cherishes you more, he respects you more and he honours you more. So your hijaab contributes to a successful and lasting marriage relationship.

  17. Allaah brings about peace and stability in the society through the hijaab! Yes this is true! Men do not cause corruption by forming illegal relationships because you - the Muslim woman - calm their passions. When a man looks at you, he feels at ease, not tempted to fornicate…

So a Muslim woman in hijaab is dignified, not dishonoured, noble, not degraded, liberated, not subjugated, purified, not sullied, independent, not a slave, protected, not exposed, respected, not laughed at, confident, not insecure, obedient, not a sinner, a guarded pearl, not a prostitute…

Dear Muslim sister! Come towards the gates of Paradise with us! Fulfill your duties towards Allaah, put on your adornment - put on your hijaab, and race towards Jannah (Paradise) by doing all good actions. You should agree by now that wearing hijaab is extremely beneficial – it must be - because Allaah only commands what is good…

…and believe me dear sister, it is good to obey the commands of your Lord…

"Their reward is with their Lord: Gardens of Eden underneath which rivers flow wherein they will dwell for ever; Allaah is pleased with them, and they are pleased with Him; this is (in store) for whoever fears his Lord." [Sooratul-Bayyinah 98:8]