Sudah bertahun aku tidak menulis di blogspot. Sudah banyak perubahan dan perbezaan dari segi function untuk posting di blogspot. Bukan kerana lupa, bukan. Sesungguhnya aku ingin sekali menulis yang baik-baik, memesan yang baik-baik. Namun aku perlukan waktu untuk diri aku, membaiki diri dan iman yang tidak menentu. Kadang-kadang jari sudah menaip kata-kata, tapi kemudian tulisan itu di delete tatkala merenung diri sendiri. :) Mungkin ini sulit sebenarnya untuk difahami oleh mereka yang tidak melaluinya, tidak mengapalah. Selama bertahun-tahun tempoh istirehat aku ini, apa yang ingin aku titipkan buat diri aku, keluarga, teman terdekat terutamanya dan pembaca khususnya:
1) Murnikan aqidah daripada hal -hal khurafat, syirik atau tahyul. Percaya atau tidak, masyarakat kita masih dibelenggu dengan hal-hal seperti ini, mungkin juga ada di kalangan keluarga terdekat dan ada di sekeliling kita, siapa sangka.... Kadang-kadang hal-hal tersebut nampak simple, seperti Horoscope, Rahsia Tarikh Lahir, dll, namun dosanya besar. Bawa diri dan keluarga jauh daripada hal-hal seperti ini, itu lebih utama diperjuangkan sebelum kita mati.
2) Setiap insan inginkan kebaikan. Walau seburuk mana pun sikapnya pada pandangan kita, jangan lah kita memandang serong kepadanya. Boleh jadi suatu hari nanti, dia akan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT untuk berubah menjadi jauh-jauh lebih baik daripada kita. Setiap manusia ada potensi untuk berubah menjadi baik jika mereka betul-betul ikhlas, berusaha dan berdoa mahukan hidayah daripada Allah SWT. Jangan pinggirkan mereka.
3) Jangan pandang rendah pada orang yang melakukan kerja dakwah, walaupun dia dari 'kapal' yang berbeza. Selama ini mungkin ada di antara kita yang mengkritik sesuatu yang disampaikan oleh orang yang berdakwah, mungkin penyampaiannya bosan, tak vital, sekadar penyucian hati, ringan-ringan saja, sedangkan kita inginkan sesuatu yang lebih berat dan tidak buang masa. Kita salah mengandalkan hal tersebut, pandang pada sisi positif: walaupun kita dari 'kapal' yang lain, kita saling melengkapi dan memerlukan. Namun, pada waktu yang sama, periksalah khabar yang keluar dari mulut pendakwah sahih atau tidak, tidak salah memberi kritikan membina, paling penting pastikan pemahaman dan aqidah mereka benar untuk menghindari daripada kesesatan.
3) Perubahan ke arah kebaikan itu sangat terpuji. Tapi untuk berubah, usahlah terlalu drastik. Drastik memakai tudung labuh atau purdah misalnya. Bukan, bukan maksud saya perubahan ke arah itu salah. Cuma, jangan melakukan perubahan dengan 'semangat', saya khuatir kita akan sulit untuk istiqamah kerana terlalu bersemangat. Jangan terlalu bersemangat, misalnya dalam mencari ilmu agama, kita akan melalui era dimana kita sangat bersemangat, lebih lajak dari laju tapi hujung-hujungnya kita lelah, statik dan kembali kepada asal. Bawa bertenang dan cool. Kita perlu mendengar nasihat daripada mereka yang telah berpengalaman dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Setiap kali berubah, perlu ada niat di hati kita, perubahan yang kita lakukan adalah demi Allah SWT. Kata Us.Emran, "kalau betul nak berubah, perbaiki aqidah, rajin tuntut ilmu dan faham isi Al-Qur'an dan Hadis".
4) Istiqamah dan mujahadah. Ini adalah bahagian yang paling paling paling mencabar buat saya. Mungkin, antara tips yang harus kita ingat adalah, ingat janji kita pada Pencipta setiap kali melakukan satu-satu pekerjaan. Ramai yang berilmu tapi belum tentu dapat beramal dengan baik. Saya dipesan bahawa, untuk istiqamah, kita harus berdampingan dengan insan-insan soleh/solehah yang mana dapat menjadi contoh kepada diri kita in the real life, bukan sekadar membaca atau melayari alam maya, tidak2 :) dan proses itu memakan masa bukan sedikit tapi mungkin berbulan-bulan malah bertahun-tahun.
5) Andai suatu hari nanti jadi ibu bapa dan kita ada anak perempuan, apa yang paling penting adalah agama dan maruahnya kena jaga betul-betul. Kepintaran adalah bonus. Anak lelaki dan anak perempuan, sama saja, kedua-duanya harus dididik dengan baik (saya tidak menyentuh detail tentang bab didikan kerana belum melaluinya), namun apa yang ingin saya tekankan di sini, pendidikan yang baik bermula dari rumah, bukan tarbiyah di IPT atau macam-macam lagi. Apa yang penting adalah ayah dan ibu sentiasa mengingatkan anak2 tentang aqidah, ibadat dan akhlaq, bukan sekadar akademik...untuk perempuan terutamanya orang tua harus sentiasa alert dengan mereka, mungkin waktu usia dini masih senang dididik, disuruh tak membantah, tapi kalau tidak ditanam keteguhan agama, dia akan mudah terpesong bila jauh dari ibu bapa, jauh dari rumah, jadi mereka herus sentiasa diberi peringatan, teguran dan perhatian, jangan abaikan mereka kerana menganggap mereka sudah boleh menjaga diri. Perempuan biasanya mudah terpengaruh.
6) Ujian. Banyak sangat ujian yang menimpa saya dan kebanyakan adalah berkaitan dengan clinical. Sedih, marah, kecewa dan macam-macam lagi perasaan yang hadir..Janganlah sebab ujian itu, saya 'merajuk' dengan Allah SWT. Saya kena sedar motif saya hidup adalah untuk jadi insan bertaqwa dan beriman. What do you expect kalau dah mengaku beriman? Kenapa saya perlu galau kan...Tahukan anda, kadang-kadang ujian itu hampir menyebabkan saya berasa putus asa dan mahu menyerah kalah. Kononnya saya inginkan kehidupan yang lebih baik di luar sana kerana melihat orang lain bahagia dengan hidup masing-masing. Namun saya lupa, hidup atas dunia ni di mana-mana pun akan diuji. Kehidupan yang baik itu adalah di syurga, kenapa saya tak kejar yang tu... Jadi saya kena sabar sangat-sangat-sangat dengan ujian yang melanda. Sabar solat sabar solat sabar solat.
Cukupla menulis. Tak leh over. Kena berhati-hati. kita sering diuji dengan apa yang kita tulis. Banyak tulisan di blog ni jadi tazkirah buat diri saya sendiri. Saya nak ada kawan2 solehah--temukan saya dengan mereka :). Alangkah bagusnya kalau yang membaca boleh memberi masukan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadis yang berkaitan dengan apa yang saya tulis spontan malam ini :), samaada untuk menegur jika ada yang salah mahupun untuk mensupport. Terima kasih.
-Farhani Azizan-
19.43 WIB
Isnin, 26 Nov 2012 bersamaan 12 Muharram 1434H.
p/s: Saya ingin berterima kasih kepada kawan2 di FB saya yang banyak bagi tazkirah melalui tulisan mereka. Antaranya adalah Kak Nurul Adni Adnan dan Ustaz Emran.
This entry was posted
on 8:45 PM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.