Lelaki Ideal  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Bismillah..Assalamu'alaikum wbkth..
Biarlah aku berbicara sebentar..

Selama ini, telah banyak tulisan-tulisan yang bercerita tentang WANITA. Penulisnya pula adalah LELAKI. Ini bukanlah fenomena yang pelik, memandangkan Islam sendiri mengiktiraf kedudukan wanita, Islam melindungi wanita, hak-hak keistimewaan wanita dilindungi oleh hukum hakam Islam. Wanita disentuh dalam Al-Quran, contohnya, surah an-Nisa'. Wanita didendangkan dalam lagu nasyid sebagai perhiasan dunia, sebagai makhluk yang diciptakan dari tulang rusuk, bengkok dan mudah patah. Wanita juga banyak ditegur dalam artikel-artikel tulisan kaum Adam, tentang penampilan mereka di khalayak, tentang aurat, tentang kerjaya, tentang pemakaian, tentang bermusafir dan sebagainya. Wanita memang makhluk yang istimewa, sentiasa menjadi tumpuan kaum Adam.

Kali ini, aku akan bercerita tentang LELAKI..Mungkin bermanfaat buat para wanita juga, terutama kakak-kakak yang tengah mencari..

Salah satu hadis yang menarik minat aku untuk men'detect' golongan lelaki yang diiktiraf oleh Islam ialah:

"Apabila datang kepada kalian lelaki yang kalian redhai AGAMA dan AKHLAKNYA, maka nikahkanlah ia dengan puteri kalian. Sebab jika tidak, maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar." [HR At-Tirmidzi].


Dari hadis ni, aku dapat faham bahawa dua elemen penting yang perlu diutamakan ketika wanita memilih pasangan hidup ialah AGAMA dan AKHLAK yang dimiliki oleh si lelaki. Jadi, kamu para lelaki sebisa mungkin harus berusaha membaiki agama dan akhlakmu, supaya kamu tergolong dalam golongan yang diiktiraf dalam Islam.

Ada lagi cerita lain..

Pada saat al-Hasan bin 'Ali ditanya oleh seorang tentang kepada siapakah puterinya dinikahkan, beliau menjawab, "Dengan laki-laki yang BERTAQWA kepada Allah, sebab ia akan mencintai puterimu dan memuliakannya. Jikalau ia marah kepadanya, nescaya ia takkan menzalimi puterimu."

Seseorang bertanya kepada ayah 'Abdullah ibnul Mubarak, "Wahai Mubarak, kepada siapa puteriku dinikahkan?" Mubarak pun menjawab,"Kaum jahilliyah menikahkan dengan sebab kedudukan, kaum Yahudi menikahkan dengan sebab harta, kaum Nasrani menikahkan dengan sebab ketampanan maka umat Islam ini menikahkan dengan sebab agama,"

Lihatlah kaum Adam, apa yang dapat mengiktiraf diri kamu dan membezakan kamu dari lelaki-lelaki lain ialah agamamu dan taqwamu, bukan harta, bukan rupa paras dan bukanlah kedudukanmu. Takutlah kepada Allah, lakukanlah apa yang disuruh Allah dan tinggalkanlah apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Satu firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 34:

"Kaum laki-laki itu adalah PEMIMPIN bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang shalih ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memeliharanya (mereka)".


"Seorang suami adalah pemimpin dalam keluarganya. Dia kelak akan diminta pertanggungjawaban terhadap orang-orang yang dipimpinnya," [muttafaq 'alaih].

Sekali lagi, Allah SWT dan Rasulullah SAW telah mengiktiraf kaum lelaki ini sebagai pemimpin. Justeru, latihlah dirimu mulai sekarang untuk memimpin diri kamu, memimpin serta membimbing orang-orang di sekelilingmu, kerana kamu tetap ditakdirkan sebagai pemimpin. Apakah alat yang kamu ada bagi memandu kamu untuk memimpin?? Sudah tentulah ilmu, apakah ilmu yang penting itu? Sudah tentulah ilmu Islam, yang berpijak pada dua sumber utama iaitu Al-Quran dan as-Sunnah.

Kaum lelaki yang 'power' ni juga telah diberi pilihan untuk berpoligami sekiranya mereka mampu..

"Maka nikahilah wanita-wanita yang kamu senangi, 2, 3, atau 4....."[QS An-Nisa':34].

Aku tak berniat untuk ulas panjang tentang poligami kerana hal ini akan menyentuh sensitiviti kaum wanita, namun satu hakikat yang tak boleh kita nafikan, lelaki ada kelebihan utuk meng'handle' lebih dari seorang wanita, wanita pula secara fitrahnya hanya mampu mencintai dan melayani seorang lelaki sahaja pada satu masa. Kaum wanita, setuju semua?? =)

Allah SWT berfirman,
"Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf," [QS Al-Baqarah: 228].
Kalimat ini, sekalipun singkat, namun ia merupakan satu kaedah komprehensif yang menyatakan bahwa dalam semua hak, wanita sama dengan pria, kecuali dalam 1 hal, sebagaimana yang difirmankan Allah SWT (sambungan ayat tadi):-
"Akan tetapi para suami mempunyai satu ketingkatan kelebihan daripada isterinya" [Al-Baqarah;228].


Wahai kaum lelaki, rajin-rajinlah berdoa dengan doa ini:-
"Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk mata hati. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang betaqwa," [QS Al-Furqan:74].

Apa kata-kata Rasulullah SAW tentang sebaik-baik manusia??

"Sebaik-baik manusia di antara kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku di antara kalian," [HR At-Tirmidzi] -sahih.

"Sungguh, dalam diri Rasulullah SAW itu, terdapat suri tauladan yang baik," [QS Al-Ahzaab:21]

Jelas, Rasulullah SAW mengiktiraf lelaki yang berbuat baik kepada isterinya. Dan contoh yang terbaik itu, qudwah yang terbaik itu, sudah tentulah daripada Rasulullah SAW. Maka, lelaki yang ideal adalah lelaki yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola hidupnya, mencontohi Rasulullah SAW dalam setiap amalan, ibadat, perkataan, perucapan, akhlak, selain daripada memiliki pegangan agama yang mantap.

Berusahalah untuk menjadi lelaki yang baik, ngetop, seimbang agama, akhlak dan intelek kerana tugas kamu adalah memimpin manusia2 di dunia ini. Akhir-akhir ini, ramai wanita yang merungut amat susah untuk mencari lelaki yang baik pada zaman sekarang ini, aku tidak pasti sejauh mana benarnya kenyataan ini, mungkin benar mungkin tidak, namun aku berharap dalam kuantiti lelaki yang semakin runcing ini akan melahirkan lelaki berkualiti acuan al-quran dan as-sunnah, merekalah pemimpin yang hebat. Kaum lelaki, anda mampu mengubahnya!!!!

Kesimpulan:
  • Salah 1 ciri2 lelaki ideal ialah lelaki yang baik agama dan akhlaknya.
  • Lelaki yang mencontohi Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah dalam setiap sudut kehidupannya, lebih-lebih lagi dalam ibadat dan akhlak.
  • Lelaki yang berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Lelaki yang melindungi, memimpin, melayani, dan mendidik kaum wanita/orang yang di bawah tanggungjawabnya dengan baik.
  • Lelaki yang bertaqwa, patuh pada perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.
  • Lelaki yang adil.
  • Lelaki yang berilmu.
  • err..ada sesape lagi nak tambah ke? personally, perempuan kalau nak detect laki tu sunnah ke tak secara physically, akan tengok janggut dan seluar. Bukan sengaja tengok, tapi terlihat oleh mata. Peace and no war =)
Soalan saya kepada kaum lelaki: "Sudahkah anda memiliki ciri2 lelaki ideal ini??"
Soalan saya kepada kaum wanita: "Sudahkah anda bertemu dengan lelaki ideal??"
(Jawab dalam hati).


Farhani Binti Md Azizan
zealous_jovial_87@yahoo.com
Jakarta, Indonesia.

This entry was posted on 12:18 AM and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

10 comments

Terpike akan nasib lelaki2 yang janggut tak lebat. Tak dapat ikut sunnah.

Pendapat anda?

takde la..ia bukan sesuatu yang mutlak, itu hanyalah salah 1 cara nak detect laki sunnah, tapi bila dah nampak sorang tu bejanggut dan seluar atas buku lali,belum confirm ia ada kefahaman sunnah, mungkin ya mungkin tidak. Tu secara fizikal ja. Memang wujud lelaki yang janggut nya tak berapa nak tumbuh sangat, no hal la, simpan 2/3 helai pun dah ok what..

-Farhani-

Terdapat juga lelaki lelaki yg mempunyai ilmu agama yg bagus tetapi akhlak tidak bagus..
Ada juga lelaki2 mempunyai ilmu agama yg bagus, tapi selalu panas baran..Malah, di kalangan ustaz2 pun ada yg begini...

Pandai2lah anda menyeimbangkan antara kedua2nya..

ustaz bukannya insan yang maksum. Pasti terdapat kekurangan di mana2. Even dalam ilmu agama sendiri pun, bukan semua cabang agama mereka kuasai, sebagaimana para doktor, mereka ada bahagian2 mereka sendiri yang mereka kuasai.
Sebab tu lah lelaki yg ideal ialah lelaki yang pandai mengimbangi.

Sunnah itu luas. Sunnah dalam ibadat, amalan, akhlak, pemakaian, bermuamalat, dakwah dan sebagainya. Ada yang wajib kita ikut seperti ibadat2 khusus (solat, puasa, zakat, haji) dan ada pula yang tak wajib kita ikut sebab ia sekadar amalan/budaya bangsa Arab seperti lelaki berambut panjang,ketidaksukaan Rasulullah SAW terhadap kambing, pakaian jubah dsbg.

Saya ingin menambah, faktor AGAMA memang faktor no.1

Faktor2 selbihnya seperti kekacakan/kecakapan, kekayaan harta dan kedudukan merupakan X-Factors, terkadang ia dapat membantu untuk melengkapkan pakej seorang lelaki, lebih2 lagi lelaki akan menjadi ketua rumahtangga, jadi kenalah ada sumber pencarian untuk nafkah.

InsyaAllah, bila anda menjadi seorang lelaki yang pentingkan agama(AQ dan AS), anda akan menjadi lelaki yang ideal, kerana agama menekankan semua aspek kehidupan baik ekonomi, sosial, dan politik.

Salam, selalu je orang mempertikaikan kredibiliti wanita kan, jarang utk org membincangkan ciri-ciri lelaki ideal.
Semoga n3 ini membuka mata lelaki2 dan wanita2 di luar sana~

hehe..
no worries ye men out there,
ni bukan nak berlawan gender,
LELAKI dan WANITA saling memerlukan.

hmm..lelaki yg ideal susah nak cari..pnglihatan kita jugak kadang2 menipu..tapi itu tak menghalang kita untuk menilai dari yang zahir..dan bertanyalah kepada yg lebih tahu,jika kita taktahu..

tinggi nya falsafah zulfadli..
penuh makna.

kami akan bertanya kepada yg tahu.

nice post ukhti! ingatan untuk diriku dan brothers lain di luar sana :)

Post a Comment