Menjawab Persoalan tentang Kitab Fadhailu al-'Amal.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Bismillah. Assalamu'alaikum wbkth.

"Sebagaimana yang kita tahu, pengarang kitab fadhailu al-a’mal tidak meletakkan syarat hanya hadits-hadits shahih sahaja yang akan dimasukkan dalam kitab tersebut.. namun begitu kita tidak menafikan adanya hadits-hadits shahih dalam kitab tersebut.. pernah dalam satu sesi usrah, seorang teman membacakan satu petikan daripada kitab tersebut.. saya pada mulanya hanya berdiam diri apabila mendengarkan hadits-hadits yang bunyinya kurang meyakinkan, sehinggalah dibacakan hadits yang berbunyi: “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” saya tertanya-tanya bukankah ini hadits riwayat Al-Bukhari, dan ternyata tekaan saya tepat.. hadits tersebut adalah hadits shahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab shahihnya..


namun begitu, masih banyak hadits yang dibacakannya tidak pernah saya dengar sebelumnya.. saya sendiri tidak tahu apakah status hadits tersebut, dan saya bukanlah seorang pakar hadits untuk memberikan komentar mengenai hal tersebut.. setelah itu, saya sekadar memberikan ulasan mengenai kitab yang digunakannya.. alangkah lebih baiknya sekiranya kita membaca kitab-kitab yang lebih kita yakini seperti Riyadhu Ash-Shalihin atau Matan Al-Arba’in An-Nawawiyyah (Hadits 40) daripada kita membaca sesuatu yang kita tidak tahu statusnya.. bukanlah saya menolak kehebatan pengarang kitab fadhailu al-a’mal, tetapi sekadar mengambil langkah berhati-hati atas kejahilan kita tentang ilmu hadits.. agama melarang kita untuk berpegang pada sesuatu yang kita tidak tahu akan hakikatnya..


terjemahan: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan nurani, kesemuanya akan dipertanggungjawabkan. - [Al-Isra', 17: 36].


terjemahan: “Tinggalkanlah apa engkau ragukan kepada apa yang tidak engkau ragukan.” - [HR Ahmad, Al-Bukhari, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ad-Darimi].


lantas ada yang bertanya, tidak bolehkah sekiranya kita berpegang pada hadits dha’if? ulama’-ulama’ mu’tabar berbeza pendapat dalam perkara ini.. ada yang mengatakan tidak boleh, sebagaimana pendirian Al-Bukhari dan Muslim, sedangkan ada pula yang mengatakan boleh, sebagaimana Ahmad, dan ada juga yang meletakkan syarat-syarat tertentu seperti An-Nawawi.. secara peribadi saya katakan, seboleh mungkin saya akan cuba untuk menghindarkan diri daripada berpegang pada hadits dha’if..


namun, saya bukanlah orang yang serba tahu tentang perkara ini.. saya tidak pernah mengenal perkara ini sehinggalah usia saya mendekati 20 tahun.. cuba anda bayangkan, 20 tahun hidup dalam kondisi di mana saya tidak pernah diajarkan yang mana sunnah Nabi S.A.W yang shahih dan yang mula pula yang bukan, semuanya disandarkan pada Nabi S.A.W.. hanya dalam waktu 2-3 tahun kebelakangan ini saya mula mengkaji kembali keshahihan ajaran yang menjadi pegangan saya selama ini, dan sehingga kini masih banyak perkara yang belum saya ketahui tentang keshahihannya..


ini tidak bererti saya meredhai pegangan terhadap hadits dha’if.. seandainya saya tahu mana-mana pegangan saya itu dha’if (yakni tidak dapat dipastikan adakah benar ajaran itu berasal dari Nabi S.A.W), pasti saya akan meninggalkannya dan berpegang pada sunnah yang shahih.. inilah yang disebutkan oleh Imam Asy-Syafi’i: “Telah sepakat kaum muslimin bahawa sesiapa yang jelas baginya satu sunnah Rasulullah S.A.W, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya kerana pendapat seseorang yang lain.”


walau bagaimana pun, sekiranya masih ada teman-teman yang ingin berpegang pada hadits dha’if, saya sarankan agar anda benar-benar faham mengenai kedudukan hadits tersebut.. kajilah kembali syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para imam mu’tabar seperti An-Nawawi R.H.. ingatlah, hadits dha’if tidak boleh digunakan dalam bidang aqidah, ibadah.. sekadar digunakan dalam fadhailu al-a’mal.. dan sekiranya kita mengamalkan hadits-hadits tersebut dalam konteks fadhailu al-a’mal, kita tidak boleh beri’tiqad bahawa kita sedang melakukan sunnah Nabi S.A.W, dan kita tidak boleh mendakwa (mengajarkan) kepada orang lain bahawa perkara tersebut adalah sunnah Nabi S.A.W.."


Sumber: Nasirussunnah

This entry was posted on 2:16 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 comments

sye rse ada yg btul & ada yg x btul...kita xblh ckp kitab hadis ni x blh pkai or diragui... ulama2 or muhadisin pn x ckp kitab ni diragui.. ps2 yg tulis kitab ni iaitu maulan zakariyya seorg shekhul hadis yg mmg dikenali, kitab itu pn diambil dr kitab2 besar sperti mazahirul haq dan fathul bari... seorg ulama di jengka bgtau utk sbg amal je blh gne hadis 2...lgpn hadis dlm 2 sume psl kelebihan amal utk mnaikkn ghairah utk beramal, bkn hukum2 agama or ilmu masail..

ni pegangan adli laa.
itu apa yg awak nk pegang, terserah, over all setuju je.

Post a Comment