Pegangan Saya tentang Pengamalan Hadis Dha'if.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Pendirian Saya tentang Pengamalan Hadis Dha’if.

  1. Sebagai orang awam yang masih terkial-kial dalam bidang agama dan mempunyai prioriti untuk menguasai ilmu pergigian untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dalam jangkamasa lebih kurang 5 tahun lagi insyaAllah, saya kira keutamaan saya dalam mempelajari ilmu hadis ialah berinteraksi dengan hadis-hadis sahih terlebih dahulu dan juga hadis-hadis hasan yang darjatnya diyakini. Kenapa perlu saya mengutamakan sesuatu yang ragu-ragu dibandingkan dengan sesuatu yang dah confirm datang dari Rasulullah SAW, biarlah dari muhaddis yang terhormat sekalipun, Rasulullah SAW tetap menjadi prioriti saya. Lagipun, terlalu banyak hadis-hadis sahih yang perlu dipelajari.
  2. Para ulama’ ada yang berkeras dengan pengamalan hadis dha’if dan ada yang membataskannya dengan untuk tujuan tertentu. Walaubagaimanapun, ulama-ulama tersebut meletakkan syarat-syarat pengamalan hadis dhaif, maka dalam situasi ini kita harus memperhatikan syarat-syaratnya dan bersikap lebih berhati-hati, sudah terpenuhkah syarat-syarat tersebut? Frankly speaking, saya sebagai orang awam yang tak menguasai bidang hadis, atas dasar hati-hati, saya tidak mampu menentukan samaada dapat atau tidak saya melepasi syarat-syarat pengamalan hadis-hadis dha’if. Dalam menilai kesahihan hadis, saya hanya bertaqlid pada imam-imam hadis yang reliable. Kalau nak amal juga, saya nasihatkan rujuklah dahulu kitab sumber hadis tersebut dan sanadnya, bukan dengan hanya melepaskan batuk di tangga. Mengkaji sanad bukanlah bidang saya. Dalam pada masa yang sama, perlulah saya meneruskan usaha mendalami ilmu hadis, itu dah sememangnya tanggungjawab umat Islam, lebih-lebih lagi golongan intelek, harus menggunakan segala kudrat yang ada untuk mendalami ilmu ini. Saya menghormati pendapat setiap ulama’ namun kita haruslah faham pendirian setiap ulama’ tersebut dan tidak mengambil ringan dengan menganggap bahawa boleh sahaja beramal dengan hadis dhaif tanpa memperhatikan syarat-syaratnya.
  3. Perlu diingat, hadis-hadis dha’if maksudnya lemah, ragu-ragu samaada benar-benar dari Rasulullah SAW ataupun tidak, sekali lagi tegas saya, berhati-hati lah tentang amaran Rasulullah SAW ini: Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta, maka dia termasuk dalam salah seorang pendusta.” [Shahih Muslim] ; Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang berdusta ke atas aku maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka.”. Maka sesuatu hadis tidak boleh disampaikan mengikut sangkaan semata, harus ada pengertian dan kajian sebelum menyebarkan atau beramal dengan sesuatu hadis.
  4. Timbul persoalan daripada yang bertanya, ”Apa guna wujudnya hadis dhaif kalau macam tu?” Maka silalah anda berpegang pada pendapat Imam Nawawi: dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalam bab keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-Tarhib) asalkan ianya bukan hadis maudhu’. Adapun dalam bab hukum-hakam seperti halal dan haram, jual-beli, penceraian dan apa-apa lain yang seumpama, tidak boleh beramal dengan hadis dha‘if kecuali dengan hadis yang sahih atau hasan. Melainkan jika hadis-hadis tersebut bersangkutan dengan sikap berhati-hati terhadap bab-bab tersebut, seperti hadis dha‘if yang menyebutkan makruhnya hukum melakukan sebahagian bentuk jual-beli atau pernikahan, maka disunatkan untuk menghindari daripadanya (yang makruh tersebut) namun ia tidak jatuh kepada hukum wajib. Orang ramai perlu tahu bahawa ianya hadis dhaif, dan tidak ’salah kaprah’ dengan menganggap ianya hadis sahih/hasan kerana kemasyhurannya.

  1. Hadis dha’if tidak boleh diyakini ianya tsabit dar Rasulullah SAW, perlu menyatakan kelemhannya bila disebarkan kepada orang awam agar tidak berlaku sebarang kekeliruan, salah faham mahupun mendakwa sesuatu atas nama Rasulullah sedangkan belum tentu ianya daripada Rasulullah SAW. Kalau boleh, setiap amalan yang kita amalkan perlulah disemak dalilnya yang sahih terlebih dahulu dari Al-Quran dan As-sunnah dan kemudian amalkanlah. Sekiranya hanya ada hadis dhaif, semaklah pula darjat hadis dhaif tersebut, adakah kelemahannya ringan? Adakah anjuran beramal dalam hadis dhaif tersebut adalah tertakluk pada amalan yang sudah digariskan dalam AQ dan AS? Ingat, Hadis dha‘if tidak boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu amalan, perintah atau larangan.

  1. Apa yang saya khuatirkan, sekiranya kita mem ’busy’ kan diri dengan hadis dhaif, kita tertinggal sumber-sumber Islam yang sahih. Ini adalah satu fenomena yang sangat menyedihkan bagi saya, di mana letaknya ketulenan Islam itu sendiri. Kenapa harus sumber-sumber yang sahih dipinggirkan hanya sebab masyarakat sibuk nak beramal dengan sesuatu yang masih ragu-ragu. Kita memang tak mahir nak bagi prioriti. Patutlah Yusof Al-Qaradhawi tulis Fiqh Prioritas. Sebab tak tahu nak bagi prioriti ni lah, umat Islam jauh ketinggalan di belakang. Kadangkala, ada amalan yang ciput dijanjikan langsung pahala masuk syurga, ada yang ganjarannya mengatasi para Nabi, that’s why ada orang kata, ”cukup lah aku buat yang ni je, confirm masuk syurga,”.

  1. Maka, kesimpulannya, kita kenalah berdisiplin dalam mengambil syariat dan sumber Islam. Janganlah sewenang-wenangnya, sebab agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT, bukannya agama main-main dan rekacipta. Untuk kes pengamalan hadis dhaif, saya kira ia bukanlah mudah seperti yang disangka sekiranya kita benar-benar memperhatikan syarat-syaratnya. Berusahalah menyibukkan diri dengan hadis-hadis sahih dan seterusnya hasan yang masih banyak lagi belum kita kuasai dan masyhurkan. Itu saja buat kali ini, terima kasih kepada adikku yang bertanya. WA.

This entry was posted on 5:16 PM and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

13 comments

salam...
ada benda sye setuju...dan ada bnda yg sye x stuju....mmg ada karkun2 yg pkse2 org dgr dkwh mereka sbb 1je...diorg x ada bt hubungn dgn markas..sbb 2 penting nya ada hbngn dgn markas..sbb markas2 ni (ex:msia=seri petaling, indo.:kebun jeruk) utk ape..utk tahu berita2 terkini..atau lebih tepat lg tertib2 baru yg dikeluarkan ulama2 di nizamuddin...1 bnda yg slh or yg ada bg comment psl JT gne fadail amal je..sbnrnye x..tapi Jt ada gne bku muntakhab al-hadis iaitu ttg perintah2 dan kelebihan2 amal..sbb 2 sye ckp penting bt hubgn dgn markas...
1 lg...mmg penting ilmu 2...tapi sprti sahabat nabi...yg mngucap kalimah je ps2 terus dkwah kn kpd org lain..jd dakwah ni x ttu kne ada ilmu yg byk utk bt dakwah...tapi if ada ilmu lg bgus...ttg hadis daif..mmg x lyk pn kita bahas bnda ni...ulama2 pn x brni ckp lebih2..takut dipersoalkan nnti...n yg terakhir..last..mmg kita kne pkai hadis sahih drpd hadis daif...tapi ada segelintir hadis daif yg tidak terdapat dlm hadis sahih..so kita x blh nk buang hadis daif tersebut kerana hadis tersebut tidak trdpt dlm hadis sahih...jd.. x smestinya hadis daif itu x blh di pkai..

To anonymous..

Betul, itu yang saya paham, tidak semestinya tak boleh pakai, kalau nak pakai, ada syarat2nya,ada limitations nya, dah banyak dibahaskan pun, mungkin awak dengar cara abang adli cakap tu seolah2 dia bertegas hadis dhaif tak boleh pakai, saya anggap ianya sbg langkah berhati2, dan pastinya kita akan cenderung kepada salah 1 pendapat yang menghampiri kita kan.
Untuk perkembangan semasa JT, baguslah kalau mereka dari masa ke masa buat improvement untuk ngisi ilmu. Nak tiru cara dakwah JT bagi saya, tak ramai orang boleh buat. SO, yang ni satu saya respek kat JT. Dari konsep pengorbanan masa tenaga dan wang, tak ramai pendakwah yang ada ciri2 ni, ada juga 'ustaz' yang suka ngisi ceramah sebab nak penuh poket, tapi JT tak. Itu sumbangan JT dalam dakwah. Kekurangan part ilmu kena pebaiki lagilah, supaya tak bawa fitnah pada agama. Dan orang yang berilmu pula boleh tiru cara JT ni, kalau mereka sanggup, apapun, dakwah/sarana kepada ISlam tu pelbagai.

Untuk menyampaikan agama kena ada ilmu dan faham, sebab Islam bukan agama sangkaan dan ikut-ikutan, ilmu yang dimasudkan adalah ilmu sahih dari AQ dan AS. Namun, tidak semestinya tunggu ilmu penuh baru nak sampaikan, kalau macam tu, sampai bila pun kita takkan dakwah, sampaikanlah walau 1 ayat dari Nabi SAW. SAmbil belajar, sambil sampaikan. Ambil langkah besedrhana, jangan terlalu meringan-ringankan tugas dakwah sampai rasa tak perlunya kita pada ilmu, itu adalah anggapan yang salah, kita ada tanggungjawab terhadap agama ini. Tentang kenyataan para shabat tak berilmu tu, sila check kembali statement tersebut ye.
WA. Salah silap harap dibetulkan.
Jadi Guest, apa kesimpulan dan persetujuan yang boleh kita ambil??

Saya sentu pasal kitab FA dalam blog ni sebab awak yang suruh komen sikit pasal kitab tu kan..

Kalau boleh, share la perkembangan2 terbaru dakwah JT dengan saya/kami. Buang yang keruh, ambil yang jernih, yang mana yang baik dari JT kita boleh cuba apply dalam dakwah kita selagi termampu. Yang mana tak ok, of course kene diperbetulkan kan.

jp2..miscommunication ni...sye x ckp pn shbt nabi xde ilmu...tp nk bt dakwah x smstinye ilmu yg tnggi2...skrg ni pn markas dunia(nizamuddin) selalu bg tertib baru utk bt usaha dkwah..sbb 2 mcm sye ckp kne selalu bt hubgn dgn markas..baru kita tau perkembgn terbaru yg diberi oleh ulama2 hadis dr markas nizamuddin..sye pn x prnh lg pegi markas kt cni..walaupn byk kli org tempatan cni ajk...tp xprnh lg..selalu pegi yg kt seri petaling dgn markas sg badak kt jerantut..

wow. saya tak sangka ada budak moestopo tabligh. hehe..alhamdulillah. Datanglah ta'lim untuk kita sama2 menuntut ilmu, lepas tu sampaikanlah dengan kaedah JT. Amacam?? Saya rasa, kalau camni, takdala orang nak ngata sangat kat JT pasal kekurangan dari sudut ilmu.

Kalau JT+ilmu sahih = mantopz..

oooo....
sbnrnye rmai karkun or org mad'u x tau yg JT bkn gne 1 kitab je..tp dh byk kitab dh... contoh: muntakhab al hadis, hayatul sahabah, fadilat sedekah n ada juga byk rmh karkun2 yg ada byk kitab2 hadis..n sye rse kitab muntakhab al hadis is better...cuma xde ulasan dr ulama..kitab 2 hnye ada hadis2 je.. sbb 2 skrg ni or lme dh bnda ni, tahun lps dh..yg tertib nizamuddin iaitu kne bce kiab muntakhab al hadis berselang seli dgn F.amal..

Ni antara perkembangan baru yang saya baca daripada testi sorang yang pernah join tabligh:

1. tambah zikir 300x selepas subuh dan 300x selepas asar "laa ilaaha illa anta subhanaka ...dst" sambil menyesal tak ambil berat pasal umat dan dakwah
2. percepatkan frequensi 3 hari, once in 3 weeks instead of 1 month
3. tambah korban daripada 2.5 jam kepada 8 jam.
4. taklim surau setengah jam, dan taklim rumah setengah jam.
5. tambahan muntakhab hadith on top of fadhail a'mal. baca gilir2, dan cuba cover semua topik.
6. buat list semua lelaki akil baligh beserta alamat di dalam marhalah sendiri. juga bilangan ahli rumah serta detail2 yang berkaitan.

Maulana hamid ada sebut, kemajuan usaha agama di malaysia adalah ketinggalan berbanding thailan dan indonesia, walaupun malaysia adalah 'abang'. Karkun2 kena tambah korban dan fikir.....

Kalau sudi bagi pandangan, boleh lah.

btul2...
tp tertib utk student.. 1bulan= sehari kuar..setahun or cuti kuar separuh dr cuti if mampu..then.. utk student msti ada org t/jwb utk pegi mesy. halaqah or mesy. markas.utk student xde taklim 2 x kt masjid yg sama dlm 1 hari..xde tklim kt bilik or dorm..xde tertib mcm 2..maulana hamid kt markas seri petaling org ilmu paling tinggi sbb dia blaja mualim 2x..so paling kurang pn msti dh kuar 2 tahun straight..tp low profile giler pnye... selalu jd muttajim wk2 bayan

sbb 2 byk maulana nizamuddin xnk turun wk2 jord or ijtimak kt msia...sbb org msia selalu bt dakwah main2..xbg seluruh utk agama...jord tgh kt seri petaling kuar hnye 3+ jemaah..kt jord beufort 14 jemaah..johor 22..lebih kurang 1++ jemaah je dikeluarkn msia tahun lps utk 40hr/4bln..jord/ijtimak tomboro kt jawa timur kuar 2500 jemaah..2 yg rmai maulana2 bsr turun cth..maulana yusof, maulana zubir, bai wahab iaitu sezaman dgn org yg hidup kan balik usaha dakwah di dunia iaitu maulana ilyas

kalau nak tulis, tulis la ayat penuh, bukan ayat chatting atau sms.

Bila lagi nak kenal tabligh kan..so, penulisan tu kena la bagi orang faham. Hehe..saja tegur je.

Salahfaham mungkin timbul kat tabligh sebab orang yang bawa tabligh tu kan, so, people prefer to judge the car by its driver, see?? samalah, macammana orang salah faham dekat mereka yang bermanhaj salaf, atau, orang bukan islam salah faham dekat orang Islam, terrorist la, tak adil kat wanita la, dan macam2 lagi.

la skema giler...msti la... ni kn mcm chatting je...bt ayt penuh wk2 karangan bM xpe la...hahahahah... amende la..xde mcmni bgus jgk...jimat space...ps2 lg mudah rpt dgn org...sbb org skrg ni takut dh bila jmpa kita ps2 x selesa bila berckp..msti nk lari..so kita gne six point sahabat..iaitu point yg ke 3 iaitu ikram muslimin utk sesuai kn dgn akhir zaman or dgn cara berdakwah..

ada maslahat yang lebih utama iaitu kefahaman. awak kena ingat pembaca blog mungkin je orang dah berumur, bila dia baca apa yang awak tulis(cara sms atau chatting), mungkin tak faham dan tak suka baca, bila tak faham apa yang awak tulis, mesej yang cuba awak sampaikan tak dapat.
Awak nak mudah rapat dengan orang mana? Nanti awak belajar Metodologi penulisan ilmiah awak tau la.

awk la ajr..metodologi cara penulisan...
sye x prnh pn belajar...
cara nk sms or chatting tau la...

Post a Comment