Boleh ke Nak Berkawan Opposite Gender?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Soalan 1: Di sini saya ada kemusykilan tentang hukum sekiranya bersahabat atau berkawan dengan ajnabi. Apakah hukum sebenar bg konteks ini?
Saya ada sedikit cerita yang ingin dikongsikan. Maklumat ini diberi oleh kawan lelaki saya. Dia memberitahu saya apabila dia pulang dari Yamen. Dia mengatakan bahawa dia mengetahui satu pendapat dari alim ulama’ iaitu daripada Prof Syed Najib Asybiti yang berpendapat haram hukumnya bagi seorang lelaki dan perempuan berkawan tanpa ikatan dan niat kahwin walaupun untuk tujuan belajar. Jadi,sejak itu kami tidak berkawan lagi. Maka,adakah benar hukumnya begitu?
Diharap sudi untuk menjawab persaoalan ini dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih.


alJawab:

Fatawa alQardhawi:

Pendapat dari Yemen itu termasuk pendapat yg keras yang tidak berpijak kepada nas, ia banyak menzalimi wanita dengan pelbagai fatwa yg keras dan ketat hingga wanita terpenjara di rumah-rumah mereka.

Ada juga di sana pendapat kaum Liberal/Women’s lib yang berlawanan dengan fatwa Yemen itu, yakni menyeru wanita meninggalkan syari’at dan lepas bebas spt wanita Barat.

Pokoknya: kedua-dua golongan ini : liberalis yg membebaskan wanita semaksimanya dan aliran keTimuran yg mengongkong wanita, memenjara dan menzaliminya.

Adapun pendapat pertengahan Islam ialah wanita sejak zaman salaf assoleh tidak lepas bebas atau terpenjara di rumah mereka, bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dlm suasana terkawal) cthnya: ke mesjid utk solat berjama’ah, Juma’at, hari Raya, di mana mesjid tidak ada sebarang tirai pemisah, wanita keluar melakukan dakwah, amar makruf dan nahy mungkar, menghadiri majlis ilmu, menyertai perang jihad, mencari rezki atau berkerjaya, berpolitik, mendapatkan hiburan yg baik, menghadiri perayaan dan menyertai perkumpulan yg membawa manfa’at.

Inilah maksud firman Allah ta’ala”

” dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bg setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.” AQT 9: 71

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa’ atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program2 kebajikan dan jihad.

Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),
1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..

7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Syarah Dr Abdul Halim* (Tahriir alMar’ah, Darul Qolam, Kuwait, 1990)amat panjang sekali bukunya membicarakan perihal etika pergaulan lelaki dan wanita secara Islam dalam bentuk rincian setebal 548 mukasurat dan saya ringkaskan shj. Juga Fatwa Dr Qardhawi setebal 22 halaman.

* Dr Abdul Halim Abu Syuqqah wafat 1995 adalah sahabat karib Dr Qardhawi di univ Qatar. Dr alQardhawi (80 tahun) adalah kelahiran Mesir dan menetap di Qatar. WA

sekian.
####################################################################

Soalan 2: Ana masih tercari-cari jawapan tentang ikhtilat ni sebenarnya. Atau lebih mudahnye percampuran antara lelaki dan perempuan. Ana baca soalan lepas dalam alahkam ni ada beberapa situasi dimana dibolehkan percampuran sprt pembelajaran, perniagaan, etc2.

Dilarang berdua2an, dilarang menggoda dan sebagainya. Kebanyakkannya ana agak jelas dengan apa yg diterangkan. Cumanya dalam beberapa situasi, ana agak kabur juga.

Cthnya 1:
Lelaki dan perempuan berkumpulan dalam kereta utk suatu destinasi yang jauh. Memakan masa setengah hari. Tiada percampuran (maknanya tak duduk bersebelahan) tapi masih dalam 1 kereta.

Cth 2:
Meeting berkumpulan lelaki dan perempuan di dalam bilik meeting yg tertutup dan tidak dilihat orang luar.

Ada pihak yg membenarkan, ada pihak pulak kata “tak boleh. Tak manis dipandang”.

Persoalannya adakah permasalahan ini berdasarkan pemboleh ubah berikut:

1. Persespi masyarakat sekeliling. Kalau ade percampuran ni, tidak manis. Jadi kena elakkan.
2. Masalah hati. Kalau dirasakan individu2 ini tidak boleh menjaga batas, maka kena diasingkan.

Kemudian pulak ada pihak yg mendakwa dalam mesyuarat, dalam kereta, tidak boleh bilangan lelaki dan perempuan itu sama bilangannya. Adakah ini terdapat dalam dalil?

Seterusnya ada pihak mengatakan wajib terdapat pihak yg sudah berkahwin dalam situasi percampuran lelaki perempuan baru dibenarkan. Jika yang berkahwin itu pun lebih dahsyat tidak menjaga ikhtilatnya, maka sama sahaja kan?

Harap boleh merungkaikan kekeliruan ini.

Jazakumullah.

Wassalam

al-Jawab:

1. Isu musafir beberapa lelaki dan beberapa wanita ajnabi dalam satu kenderaan. Dalilnya ia dibolehkan berdasarkan ayat umum:

” dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong kepada yang lain, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran” AQT 09:71

Tujuan pokok kepada perjalanan tersebut ialah urusan dakwah dan kebaikan. Ia bukanlah suatu yang kerap dilakukan dan ia terjadi kerana dharurat (tidak dapat dielakkan).

Contoh: ialah Nabi Musa AS ketika dijemput oleh anak gadis kepada seorang syaikh tua yang mulia, berjalan bersama anak gadis itu dalam keadaan yang sopan. (al-Qasas, 23-26) Perjalanan ini adalah dharurat dan mereka menjaga adab dan Musa adalah seorang yang mulia dan baik akhlaknya.

Perjalanan bersama ini boleh diatasi jika:
a. menggunakan MPV atau van kerana ruangnya yang lebih luas
b. menggunakan dua buah kenderaan secara convoy.

Selain itu, wanita hendaklah mematuhi segala etika ketika ia bercampur dengan lelaki, antaranya etika berpakaian yang lengkap menutup aurat, tidak memakai perfume, serius dalam bicara dsbnya.

2. Meeting dalam bilik tertutup tidak menjadi masalah jika bilangan itu bukanlah dua orang.

Dalilnya: HR Muslim dari Abdullah bin Amr bin al-Ash ra: bahawa Nabi saw bersabda, mulai hari ini, seorang lelaki tidak boleh masuk menemui wanita yang suaminya tidak ada, kecuali dia bersama seorang atau dua lelaki lain.” Kata Imam Nawawi (alMajmu’ 4/176), sukar bagi lelaki melakukan kemungkaran dgn seorang wanita dalam pertemuan yang ramai.”

Dua faktur yang anda sebutkan:
1. persepsi masyarakat dan
2. masalah hati
adalah benar sebagaimana sabda nabi saw, ” tinggallah apa2 yang meragukan kamu dan kerjakanlah apa yg tidak meragukan kamu.” HR Bukhari, kitab tafsir)

dan firman Allah SWT, ” janganlah kamu mendekati perbuatan2 yg keji, baik yang nampak diantaranya maupun yang tersembunyi.” AQ 06:151

juga hadith no 27 dalam matn arba’iin dari Ma’abad bahawa Nabi saw bersabda, mintaklah fatwa dari hatimu, kebaikan itu apa yang hatimu menjadi tenteram…”
Jadi kalau kita rasa ada persepsi negatif dari masyarakat dan hati kita tidak tenteram, maka lebih baik kita cari jalan yang lain. WA

Source: Soaljawab.Wordpress

This entry was posted on 6:49 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment