“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu BERJAYA.” [al-Maidah 5:90]
"Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” [al-Baqarah 2:219].
Titik. Bila Allah SWT kata HARAM, hukumnya HARAM. Bila Allah SWT kata WAJIB, hukumnya WAJIB. Andai disenaraikan kesan buruk judi kepada individu dan masyarakat mengikut logik akal juga semua manusia mengaku: JUDI bertentangan dengan norma masyarakat. It's a simple calculation.
Pengajaran dari ayat di atas,
1. Salah satu tips untuk menjadi individu yang berjaya ialah menjauhi arak, judi, dosa syirik dan menilik nasib (seperti menilik masa depan berdasarkan tarikh lahir yang sibuk dipromosikan di Malaysia sejak akhir-akhir ini), semua kemungkaran yang berasal dari syaitan.
2. Apapun alasan kita: samaada judi memberi pulangan menguntungkan atau membantu ekonomi dari banyak sudut, akibat buruk daripada kegiatan judi itu jauh lebih besar peratusnya daripada faedah yang diperoleh. Maka, yang haram tetap haram, walau apapun alasan kita, matlamat takkan pernah menghalalkan cara. Walau sejauh mana pun pandangan kita, ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Mengetahui, pengetahuannya lebih luas meliputi langit dan bumi.
Cukuplah 2 ayat tersebut, sehingga dapat difahami oleh anak-anak SD (sekolah dasar) bahawa: Judi itu tak baik.
Bagi umat Islam, tugas kita bila mendengar ayat-ayat Allah SWT ialah: we hear and we obey. Titik, dan tidak ada sekutu bagiNya, tiada tolak ansur, maka tiada lagi alasan untuk berdolak dalih.
Kesimpulan: Apa sahaja bentuk perjudian hukumnya adalah haram dan apa sahaja laluan yang dibuka untuk perjudian perlu dibanteras dan dibasmi sehingga ke akar umbi, --->Malaysia bebas Judi 2010.
This entry was posted
on 10:13 PM
and is filed under
Isu Semasa
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.