Melayu, Islam, Malaysia.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Tiga perkataan di atas begitu sinonim: MELAYU, ISLAM, MALAYSIA. Perhatikan induksi-induksi berikut:
- Islam merupakan agama rasmi Malaysia
- Islam merupakan agama yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia
- Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia

Deduksi:
- Kebanyakan penganut agama Islam di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu

Hakikatnya, Melayu itu bangsa, Malaysia itu negara, dan Islam itu adalah agama- 3 perkara berbeza.

Bangsa Melayu.
Saya masih ingat sewaktu sahabat saya menyertai BTN dalam rangka memenuhi syarat sebagai pelajar luar negara, mereka diajarkan bahawa seseorang itu dikatakan Melayu apabila:-
- bertutur dalam bahasa Melayu
- mengamalkan adat resam orang Melayu
- berketurunan Melayu dan menganut agama Islam
Kami hanya tertawa kecil pada waktu itu, kerana kami berfikir, adakah semua Melayu itu Islam dan adakah semua Islam itu Melayu, kenyataan ketiga itu menunjukkan seolah-olah Islam eksklusif untuk Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu yang bertutur dalam bahasa Inggeris? hehe. Melayu boleh.

Negara Malaysia.
Yang sinonim dengan Malaysia itu bagi saya ialah Islam,Tun Dr Mahathir, Kuala Lumpur, multi racial. Sebetulnya, saya amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Hal ini saya sedari apabila saya ditempatkan di sebuah negara yang tidak jauh dari Malaysia, iaitu Indonesia. Jiran sebelah, satu rumpun. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari negara ini. 3K tergambar di kepala saya bila nama Indonesia disebut: Kemiskinan, Korupsi, Kreatif. Ya, kemiskinan jelas tergambar bila di pinggir-pinggir jalan dapat kita temui pengemis jalanan wujud di mana saja tak kira usia. Ramai yang tidak bersekolah. Kemiskinan juga menyebabkan pembiayaan untuk pendidikan anak bangsa terbatas, pemerintah tidak mampu membiayai kajian ilmiah daripada produk-produk yang berinisiatif. Korupsi menyebabkan yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin, dari peringkat bawahan hingga orang atasan- semuanya mahu 'upah'. Sistem telah bertukar menjadi kapitalis dan money oriented. Kemiskinan menyebabkan mereka kreatif, berusaha mempelbagaikan cara memperoleh wang, tanpa rasa malu atau segan. Mereka begitu rajin. Kadang-kadang ada juga yang kreatif melakukan penipuan. Hidup mereka sempit dan sesak, hal inilah yang menjadikan bangsa mereka cukup sensitif walau dicuit sedikit, maka tidak hairanlah kenapa isu negara ini dan negara kita bangkit sejak akhir-akhir ini. Indonesia banyak mengajar saya untuk bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang sangat memperhatikan rakyatnya. Saya sangat berharap Malaysia dapat lebih baik daripada ini pada masa akan datang, segala unsur-unsur yang menyebabkan keruntuhan negara perlu dibendung dari hari ini. Masalah keruntuhan moral, masalah rasuah, masalah politik dan kempimpinan dan lain-lain lagi merupakan musuh dalam negara. Dan saya, akan memainkan peranan saya dalam bidang kesihatan oral, insyaAllah. Nampak macam sepele, tapi sebesar-besar masalah boleh berpunca daripada hanya sebatang gigi yang sakit.


-tbc-

Islam dan Peranan Pelajar Islam dalam Memastikan Melayu dan Malaysia terus Unggul. Adakah dengan menganjurkan majlis tari menari dan malam penghayatan tradisi Melayu?




This entry was posted on 12:14 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment