Lemah  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

"Kita dah semakin lemah. Sebarkanlah sunnah semampunya, tidak semestinya dalam bentuk yang formal,".

Sebenarnya tiada musuh dalam dakwah. Musuh itu adalah dari dalam diri kita sendiri. Lemahnya kita dalam dakwah bukan kerana dominannya musuh kita, tetapi puncanya adalah kita. Jadi mengapa perlu kita menuding jari kepada musuh dan rasa tergugat.

Cepat menyerah, banyak mengeluh, tak nak bersusah payah, tak mahu berkorban, tak ada kerjasama, tak tahu prioriti, suka bergantung kepada orang lain, tak ada inisiatif sendiri - itulah kita.

Lemahnya kita kerana malas. Lemahnya kita kerana maksiat. Lemahnya kita kerana kita tidak mengaplikasikan apa yang kita belajar.

  • Berapa ramai yang mengamalkan gosok gigi sebelum wudhu'?
  • Berapa ramai yang berwudhu' dan membaca doa sebelum tidur?
  • Berapa ramai yang berani menggunakan tangan kanan sewaktu makan dan minum di hotel terkemuka sedangkan hukum Barat mengajar kita menggunakan tangan kiri untuk makan apabila kita memakai cutlery spt tableknife.
  • Berapa ramai yang mengucapkan salam, senyum dan berjabat tangan bila berjumpa dengan saudara-saudaranya?
  • Berapa ramai yang menjaga kata-katanya dengan hanya berkata-kata baik sewaktu berbicara dengan teman-temannya?
  • Berapa ramai yang sangat menjaga waktu (waktu solat, waktu ketika masuk kerja/kelas, waktu ketika berjanji dengan orang lain)
  • Berapa ramai yang menjaga bawaan personalitinya supaya tidak tabaruj?
  • Berapa ramai yang sanggup melawan daripada berkomplot dengan majlis maksiat (selalunya berbentuk hiburan lupa dunia) atau majlis keagamaan selain Islam/syirik bila ia sudah tersenarai dalam acara wajib dalam sesuatu aktiviti? (contohnya, memberi penghormatan kepada Tugu Prof Dr Moestopo ketika program OSPEC).
  • Bagaimana pula dengan bangun solat malam, solat sunnah, puasa sunnah, dan pergaulan?
  • Berapa ramai yang mendoakan dan mengambil berat tentang ibu bapa di kampung bila sudah berada di perantauan?
  • Berapa ramai yang suka mempercepat bayaran hutang?
  • Berapa ramai yang tidak menjalankan amanah belajar bersungguh-sungguh dan menjaga disiplin sebagai pelajar kampus?
  • ....dll....
Perlu baiki akhlak sebelum berbicara tentang keburukan ilmu orang lain, perlu amalkan ilmu sebelum menyampaikan ilmu, utamakan ilmu yang sudah teguh iman dan amalnya pada diri kita, janganlah pula jadi pendakwah segera, yang kualiti seperti mee segera saja.


This entry was posted on 7:27 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment