(Ustadz Muhammad Umar As Sewed, Wajibnya Mentaati Rasulullah SAW, http://www.salafy.or.id/). (Qawaa'idut Tahdits (hal. 62), Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, Ushul Hadits, Dr. Muhammad 'Ajjaj al-Khathib, cet. IV Darul Fikr 1401 H, Taisir Muthalahil Hadits (hal. 15), Dr. Mahmud ath-Thahhan, dalam Pengertian Sunnah Menurut Syari'at, Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas http://www.almanhaj.or.id/). "Sunnah Rasulullah SAW terbahagi kepada dua kategori, yang pertama ialah apa yang membentuk hukum syariat seperti solat, puasa, pelaksanaan hukum jenayah dan sebagainya. Yang kedua ialah apa yang tidak membentuk hukum syariat terdiri daripada tingkah laku kebiasaan baginda sebagai manusia biasa seperti cara makan, cara berjalan dan sebagainya. Sunnah kategori kedua ini tidak wajib hukumya, hanya dianjurkan mengikutinya sebagai bukti kasih sayang kita kepada baginda yang merupakan sebaik-baik contoh teladan." (Hafiz Firdaus Abdullah, Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam, 2004, Jahabersa, hal.89) Sunnah yang dibincangkan dalam penulisan ini ialah sunnah kategori pertama.
ISLAM=SUNNAH, SUNNAH=ISLAM?
Apakah itu sunnah?
Mentaati Sunnah: Perlu atau Tidak?
Saya masih ingat, sejak berada di bangku sekolah rendah, ketika diajarkan kepada kami Pendidikan Agama Islam, ustazah sering melontarkan satu soalan kepada saya dan kawan-kawan, "Kamu semua sayang pada Nabi Muhammad SAW tak..?" Semua menjawab "Ya" secara beramai-ramai, mengaku dan mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Namun, pada hakikatnya, pada ketika itu, saya sendiri tidak dapat merasakan perasaan sayang bagaimanakah yang saya akui itu? Dan saya sendiri tidak tahu apakah terbukti saya benar-benar mencintai Rasulullah SAW, apa yang saya tahu, Nabi Muhammad adalah seorang nabi, manusia, lelaki istimewa yang sangat baik dan terpuji serta besar sumbangannya terhadap agama. Saya mengaku cinta dan sayang pada Nabi tetapi sangat kurang kesedaran tentang sunnah/hadis, malah mengenalnya juga hanya melalui jalan cerita sejarah yang tertulis di textbook sekolah. Saya tidak pernah tahu ketika itu samaada ibadat-ibadat yang saya lakukan itu benar-benar berasal dari Rasulullah SAW atau tidak, walaupun saya punya niat dan ikhlas dan disertai pula dengan semangat yang berkobar-kobar, saya tidak pernah merasa penting untuk memeriksa atau untuk tahu asal-usul semua itu, saya hanya mengikuti apa yang dilakukan oleh orang ramai di sekeliling saya yang saya rasakan ianya baik, saya hanya bertaqlid buta pada mereka yang ada label 'agamis', dan mengikut apa sahaja ajaran yang di'perturun'kan kepada saya..Itu dahulu. Dan saya yakin, sekarang, masih ramai yang mengaku cinta pada Rasul tetapi merasa asing dengan apa yang diajarkan oleh baginda, ajaran baginda ditinggalkan, larangan baginda itulah yang dijunjung, jauh sekali untuk mencerminkan identity hidup sebagai seorang yang beragama Islam. Dusta belaka…
Berbalik kepada persoalan di atas, adakah kita perlu mentaati sunnah? Jawapannya, setiap umat Islam bukan sahaja perlu mentaati sunnah, bahkan kita dituntut dan diperintahkan untuk mentaati Rasulullah SAW serta sunnahnya. Berikut ini merupakan beberapa dalil yang membuktikan tuntutan tersebut dan setiap orang Islam perlulah mengambil perhatian atas suruhan ini.
"…Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah…". (al-Hasyr: 7) – Allah mewajibkan kita mentaati perintah Rasulullah SAW dan meninggalkan larangan serta tegahannya.
"…Dan kami turunkan az-Zikr (al-Quran) kepadamu (Muhammad) agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka…". (an-Nahlu:44)
Kedua-dua ayat di atas membuktikan Nabi Muhammad SAW telah diberikan autoriti oleh Allah SWT untuk menggubal atau melaksanakan syariat agama.
Mentaati Rasul bererti mentaati Allah SWT, sebaliknya, jika kita mengingkari Rasulullah SAW bererti kita ingkar pada suruhan Allah SWT. Dasarnya ialah firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat ke-80 ini:
"Barangsiapa yang menta'ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta'ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari keta'atan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka." (an-Nisa': 80)
Ketahuilah bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan satu ketaatan yang mutlak mengatasi yang lainnya, manakala ketaatan kepada pemerintah ialah selagimana mereka melakukan perbuatan yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Ketaatan kepada Allah dan Rasul mempunyai hubungan yang rapat dengan keimanan seseorang. Dasarnya ialah..
"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kalian. Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya (an-Nisa': 59)
Katakanlah: "Ta'atlah kepada Allah dan ta'atlah kepada rasul...." (an-Nuur: 54)
Katakanlah: "Jika
kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. ِِِDan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali Imran: 31) – bukti cinta kepada Allah ialah dengan mengikutiNya serta mengikuti apa yang diturunkan olehNya,
Sabda Nabi SAW… "Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang pada sunnahku dan sunnah khulafa' ar-rasyidin al-mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Jauhilah kamu perkara yag diada-adakan dalam agama kerana setiap yang diada-adakan itu bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat"
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Tirmizi sebagai hasan sahih, diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibnu Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan "hadis ini sahih") dalam Bid'ah Hasanah: Istilah yang Disalahfahami, Dr.Asri Zainul Abidin, hal. 21, Jahabersa, 2005)
Mengikuti Sunnah: Apa Kepentingannya??
Ya, terkadang kesibukan mengejar kehidupan duniawi seperti pangkat, darjat, harta, nama, kedudukan, kemewahan, cita-cita dan cinta manusia telah mengaburi mata kita daripada menyedari akan hakikat peri pentingnya mengikuti sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa kelebihan mengikuti sunnah Rasulullah SAW sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam beberapa firmanNya:
- Ganjaran syurga.
"..Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah KEJAYAAN yang AMAT BESAR" [al-Nisa':13]
- Dapat bergembira bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada, dan Salihin di dalam syurga.
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka mereka akan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang siddiqin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman (kepada orang yang taat)" (al-Nisa':69)
- Seseorang itu akan beroleh keampunan Allah SWT.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosakamu". Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Ali-Imran: 31)
- Seseorang itu akan beroleh hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT
"..Dan jika kamu ta'at kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk..." (an-Nuur: 54)
- Seseorang itu akan beroleh kejayaan dan kemenangan yang hakiki
"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata "KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT"; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan.
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah maka merekalah orang yang beroleh kemenangan" (an-Nuur: 51-52)
Tiada janji yang lebih benar melainkan janji Allah dan apakah yang kita mahukan lagi selain daripada nikmat-nikmat yang dijanjikan di atas?
Penjelasan ini mungkin sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan sesetengah orang tentang apa kepentingan menegakkan sunnah dan membanteras bid'ah serta segala bentuk pemikiran songsang (Islam Liberal, Golongan Anti Hadis, Tarekat yang Sesat, Syiah), apa kepentingan menghayati sifat ibadat nabi SAW, dan apa kepentingan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar serta memelihara ketulenan fakta…
Ancaman Keras Bagi Penolak Sunnah
- Pengingkar sunnah berada dalam kesesatan yang nyata
"Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan- apabila Allah dan Rasul Nya menetapkan keputusan melalui satu perkara- (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas dan nyata". (Al-Ahzab:36)
- Amalan mereka menjadi batal
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kalian merusak (pahala) amal-amalmu." (Muhammad: 33)
- Bala bencana dan azab seksa
"…..Oleh itu hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Muhammad), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya" (al-Nur: 63)
- Balasan api neraka bagi mereka yang enggan bertaubat
"Dan sesiapa yang menentang ajaran Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikuti jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan), yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) kami akan memasukkanya ke dalam neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali" (al-Nisa': 115).
Rumusan
Kalau anda lihat di sebelah kanan atas blog saya ini terdapat satu banner "Cinta Rasul? Ikutlah Sunnah.." (credit to Bro Masri). Demikianlah tujuan artikel ini ditulis, untuk berkempen ke arah penghayatan sunnah dan mengikuti ajaran Nabi kepada orang ramai, tiada yang lebih utama melainkan mengikuti jalan ini, sangat rugilah mereka yang menolak untuk mengikutinya, di dunia dan akhirat.
Kenapa saya berkempen ke arah hal ini? Mengapa tidak saya mengambil saja kesempatan menulis di blog ini untuk kempen parti politik di Malaysia mahupun di sini (hari ini cuti pemilihan umum) atau perlantikan YDP PKPMI yang baru sebagai tanda saya mengikuti arus perdana?
Kempen ke arah penghayatan Al-Quran dan As Sunnah tidak perlu mengenal waktu, ia harus diperjuangkan secara berterusan, lebih-lebih lagi apabila melihat realiti umat Islam pada masa kini yang sudah tidak mengenal agama ini, kehidupan jauh terpisah daripada Al-Quran dan As-sunnah, anak-anak muda sudah tiada minat dalam mendalami ilmu agama kerana merasa susah dan mereka terlibat pula dalam gejala sosial, wujud pula golongan-golongan pelampau yang menyeleweng kedua-dua sumber agung Islam ini, wajah Islam terus dihodohkan dengan pelbagai campurtangan manusia yang tidak berautoriti dalam menggubal amal ibadat, generasi kini jauh berbeza dengan generasi awal, kita sudah tidak mengenal sunnah, kita sudah tidak mengenal Islam yang sebenar, yang tulen, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Dan apabila bangkit golongan yang memperjuangkan sunnah ini dan menyeru umat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, yang berusaha memelihara Islam dengan bersungguh-sungguh sebagaimana asalnya, mereka dituduh sebagai penyebab pecahbelah umat, mereka dilontarkan dengan pelbagai cemuhan dan dilabelkan dengan pelbagai jenama, malah difitnah dengan fitnah yang tak berasas..Mereka dilihat asing lagi ganjil di tengah-tengah masyarakat…
"Sesungguhnya pada awalnya Islam itu asing, dan akan kembali asing seperti awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang asing." (HR. Muslim)
Dunia lebih dicintai daripada perjuangan membela Islam dan kecintaan kepada Allah dan Rasul..
"Tidaklah beriman seseorang di antara kalian, hingga aku lebih dicintai olehnya dari pada bapak-bapaknya, anak-anaknya dan manusia keseluruhannya." (Muttafaq 'alaihi)
Belajarlah, dan jangan berhenti atau jemu menuntut ilmu, sertailah majlis-majlis ilmu, ta'lim dan tarbiyah yang menitikberatkan persoalan Al-Quran dan As-Sunnah, banyakkan membaca buku-buku dan kitab2 yang berada di atas manhaj ini, kenallah Allah, kenallah Rasul, kerana kalau tak kenal memang tak ada cinta…Mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu adalah satu kewajipan untuk setiap yang mengaku dirinya beragama Islam. Berusahalah seiring dengan kemampuan diri dalam mengamalkan sunnah Nabi dan setialah kepada pengikut-pengikut sunnah Nabi. Tulisan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa melainkan kepada diri sendiri supaya saya sentiasa menginsafi kelemahan diri yang terkadang lalai dalam mengamalkan seluruh perintah baginda dan menjauhi larangannya.
Saya akhiri posting saya kali ini dengan mengajak diri sendiri serta para pembaca sekalian untuk merenung ayat Allah ini:
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (al-Ahzab: 21)
Wallahu'alam.
| The Majority is not a Proof that something is Correct |
AUTHOR: Shaikh Saalih Al-Fawzaan
SOURCE: Sharh Masaa'il-ul-Jaahiliyyah (pg.60-62)
PRODUCED BY: Al-Ibaanah. com
Imaam Muhammad bin 'Abdil-Wahhaab ( rahimahullaah) said:
- the explanation -
From the characteristics of the people of the Days of Ignorance is that they would view the majority as proof that something was true and the minority as proof hat something was false. So according to them, whatever the majority of the people was upon, that was the truth. And whatever the minority was upon, that was not the truth. In their eyes, this was the balance used to determine truth from falsehood. However, this is wrong, for Allaah says: "And if you obey most of those on earth, they will mislead you far away from Allaah's path. They follow nothing but conjecture, and they do nothing but lie." [Surah Al-An'aam: 116]
And He says: "But most of mankind know not." [Surah Al-A'raaf: 187]
And He says: "And most of them We found to be not true to their covenant, but most of them We found indeed to be evil sinners." [Surah Al-A'raaf: 102]
So the balance is not the majority and the minority. Rather, the balance is the truth. So whoever is upon the truth, even if he is by himself, he is the one who is correct and deserves to be emulated. And if the majority of the people are upon falsehood, then it is obligatory to reject them and not be deceived by them. So consideration is given to the truth. This is why the scholars say: "Truth is not known by way of men, but rather men are known by way of the truth." So whoever is upon the truth, then he is the one we must follow and emulate.
In Allaah's stories about the prior nations, He informs us that it is always the minority that is upon the truth, as Allaah says: "And no one believed with him except for a few." [Surah Hood: 40]
And in a hadeeth in which the nations were presented to the Prophet, he (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) said that he saw a prophet that had a small group of followers with him, and a prophet that had a man or two men following him, and another prophet that had no one with him. So consideration is not given to which opinion or view has the most followers. Rather, consideration is given to its being either true or false. So whatever is true, even though a minority of the people or no one is upon it – so long as it is the truth – it must be adhered to, for indeed it is salvation. Falsehood is not aided by the fact that it has a majority of people following it, ever. This is a determining measure that the Muslim must always abide by.
The Prophet (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) said: "Islaam began strange and it will return back to being strange as it began." This will occur at the time when evil, calamities and misguidance increase. So no one will remain upon the truth except for the strange ones amongst the people and those who extract themselves from their tribes (for the sake of their religion). They will become strangers in their society. The Messenger (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) was sent while the whole world was submersed in disbelief and misguidance. And when he called the people, only one or two answered his call. It was only until later on that they grew to be many. The tribe of Quraish, not to mention the whole of the Arabian Peninsula and the whole world, was upon misguidance. And the Messenger of Allaah (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) was the only one calling the people. So those that followed him were few with respect to the entire world.
So consideration is not given to the majority. Consideration is only given to what is correct and to achieving the truth. Yes, if the majority of the people are upon correctness, then that is good. However, the way of Allaah is that the majority of the people is always upon falsehood.
"And most of mankind will not believe even if you desire it eagerly." [Surah Yoosuf: 103]
"And if you obey most of those on earth, they will mislead you far away from Allaah's path. They follow nothing but conjecture, and they do nothing but lie." [Surah Al-An'aam: 116]
Berikutan isu yang timbul di persekitaran saya baru2 ini, ada sahabat saya menimbulkan persoalan, "Salahkah students Medic Berbicara Soal Agama?" Sebenarnya isu ini agak lapuk di Malaysia, pernah timbul suatu ketika dulu, ketika orang ramai sibuk memperkatakan tentang Wahhabi dan fenomena Protaz, malah mungkin lebih sesuai saya katakan ketika negara dilanda arus gerakan tajdid dalam persoalan agama.
Assalamualaikum,
Saya nak minta pendapat kawan2 sekalian. Sekarang ada isu bahawa orang yang tak belajar agama secara formal tak boleh bahas hal-hal agama lebih2. Lebih baik Taqlid sahaja. Kita tak boleh nak fahami agama. Betulkah?Kalau student medic or engineering cakap agama orang anggap taboo dan risau. Adakah hal ini wajar? Ulama' besar Indonesia Haji Abdul Malik Karim Amirullah (HAMKA) juga pernah dihalau orang kampung kerana dianggap tidak bertauliyah dalam menyampaikan agama. Di Malaysia sekarang fenomena ProTaz (Professional Ustaz) semakin berkembang. Kita ada dr.Daniel,Kapten Hafiz Firdaus, Dr. Farouk dan etc... Mereka terkenal sebagai pendakwah professional dan telah banyak menulis buku agama dan memberi ceramah lebih berkualiti daripada sebahagian golongan konservatif agama lain yang kadang2 hanya banyak menyampaikan cerita2 rakyat dan jenaka picisan yang tak bermanfaat dalam ceramah.
Ada yang kata HANYA orang yang ada sarjana agama kenal agama. Bagaimana dengan Aminah Wadud(Imam Wanita pertama dalam Solat Jumaat)? Dia bahkan seorang lecturer dalam bidang agama (pernah di UIAM). Astora Jabat? Ada master dalam pengajian agama. Adakah mereka dianggap arif? Mereka kan ada sarjana.
Hal ini bukan nak cetuskan kontroversi... Saja nak cetuskan pemikiran untuk kita sama2 diskusikan secara matang.
Saudara-saudari sekalian...
Saya tertanya-tanya kenapa isu protaz perlu menjadi satu isu yang membimbangkan? Kadang2 isu ini lebih dibimbangkan daripada isu sang professionals yang menganut fahaman Islam Liberal. Bukankah ini satu perkembangan yang baik di mana timbul kesedaran masyarakat untuk bangkit dengan ilmu? Bukankan suatu masa dulu ilmuan2 Islam seperti Al-Khawarizmi dan Ibnu Sina juga pernah menempah sejarah kegemilangan Islam lantaran kebolehan mereka menguasai kedua2 bidang? Bukankah suatu masa dulu Islam gemilang kerana aqidah yang sahih yang dibina dari ilmu yang sahih? Adakah kau lupa?
Kenapa perlu kita berfahaman sekular? Kenapa kita menyempitkan minda ini lantas menyekat kemajuan dan perubahan? Kenapa perlu jumud kaku dan beku? Salahkah? salahkah? Kalau bidang Medic yang gampang2 susah tu pun boleh dikuasai oleh golongan yang mempunyai IQ tinggi, mengapa tidak bidang Agama yang gampang untuk dikuasai dan tidak memerlukan requirement setinggi bidang Medic? Mengapa tidak?? Mengapa perlu double standard? Fahaman apakah sebenarnya yang telah menjajah dan tertanam dalam fikiran Melayu Islam?? Dalam sudut pembangunan lahiriah maju terus, tapi aspek pemikiran tak pernah matang. Dalam hal politik kita begitu bersemangat melakukan anjakan paradigma, tapi dalam manhaj beragama?? Semua lesu, itu belum turun ke medan jihad lagi.
Kami bukan nak jadi ulama'. Kami bukan nak jadi ahli hadis. Cukup sekadar kami fahami agama ini sebagaimana yang difahami oleh generasi awal, Islam yang original seperti waktu mula2 diturunkan dulu. Penting bagi kami untuk kami membina biah (surrounding) yang sentiasa diredhai Allah SWT di mana saja kami berada, malah penting bagi kami untuk mendidik keluarga kami, dan sahabat di sekeliling kami tatkala golongan yang diharapkan tak pernah cuba memahami apa yang kami mahu dalam agama ini. Mereka yang diberi tanggungjawab untuk membawa agama di kalangan masyarakat kekadang lebih mengharapkan upah dan bayaran sedangkan kami tak mampu. Mereka cari makan dengan mengisi jeda waktu antara waktu maghrib dan isyak di masjid sambil buat lawak yang sama, memang menarik, tapi, finally apa yang kita dapat? Majlis ilmu atau acara komedi, entahlah. Seolah-olah agama ini tak ada isi, membicarakan hal yang tersangat basic dari tadika sampai sekarang. Homework tak buat dan kurang teliti dalam menyampaikan ilmu, kita nak dengar dalil AQ dan AS yang sahih, analogi yang dia bagi. Kalau setakat nak bagi analogi, tak payah masuk universiti pun boleh. isk2.
Bila timbul isu protaz, sibuk salahkan protaz, kononnya protaz cuba bangkitkah hal2 khilaf, perkara2 furu', cuba pecahbelahkan umat, malah dikaitkan dengan "mazhab Wahabbi" pulak tu. Protaz yang saya kenal bukan saja menyentuh hal yang kecil dalam agama, malah menyentuh hal2 yang besar dalam persoalan ummah dan berusaha kembali kepada aqidah yang sahih, kalau ada pun hal2 yang kecil pada pandangan golongan agama, hal itu dibicarakan secara ilmiah, bukannya diambil dari Islam keturunan mahupun "Mazhab Syafi'e Malaysia", minda mereka lebih terbuka luas dalam memahami agama. Kenapa AQ dan AS pula dikatakan punca sebagai perpecahan umat? Sedangkan mereka yang tidak mahu menerima kesalahan yang selama ini mereka sembunyikan, mereka yang menolak kebenaran ini ditegakkan, dan akibatnya, golongan protaz ditekan.
Islam tidak sesulit yang disangkakan, Islam ini simple and flexible, boleh dipelajari oleh semua orang termasuklah mereka yang bukan Islam. Kenapa Islam perlu di"eksklusif"kan kepada golongan tertentu sahaja? Adakah kita mengatakan bahawa Allah tidak berlaku adil kerana memberi kefahaman agama hanya kepada mereka yang mendalami bidang agama?
“Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya suatu kebaikan, maka Allah memberikan pemahaman agama kepadanya, sesungguhnya ilmu itu (diperoleh) dengan belajar (ta’allum) dan fiqh itu dengan memahami (tafaqquh)”. (H.R. ath- Thabarani)"
Makanya, janganlah dihalang mereka yang mahu menuntut ilmu. Berikan ruang untuk kami fahami agama ini. Jangan malukan Islam depan orang kafir. Jangan relakan kami bertaqlid buta kepada seseorang yang bergelar agamawan, kami boleh bertaqlid sekiranya mereka hadirkan hujah dan dalil dalam pembahasan mereka. Sudah tentu bukan semua perkara kami boleh melakukan ijtihad sendiri, terutama dalam menilai kesahihan hadis, tapi sekiranya mampu teruskan, usaha lah sehabis baik ketika usia masih muda dan diberi kekuatan fizikal serta fikiran yang cerdas, aplikasikanlah segala nikmat yang Allah kurniakan. Kami masih memerlukan golongan agama untuk membimbing kami tapi lakukanlah perubahan yang matang supaya Islam ini tidak bosan untuk dinikmati terutama oleh non muslim dan para remaja yang bermasalah, mereka tidak nampak di mana nikmatnya Islam sebagai solusi kepada permasalahan mereka sebab mereka diperkenalkan kepada Islam yang hodoh wajahnya, iaitu Islam keturunan yang dipelihara oleh segelintir golongan yang diberi tanggungjawab membawa agama.
Akhir kata, harapan saya, pada masa depan, akan lahir lebih ramai golongan agamawan yang intelek nya tinggi dan membantu golongan professional dalam memahami Islam dalam konteks yang sebenar, bukannya membantutkan usaha mereka dengan hinaan dan cercaan serta fitnah. Golongan professional pula dapat memberi dimensi baru dalam menyampaikan agama ini, teruskanlah usaha yang murni ini, hal ini merupakan fenomena yang sangat bagus dalam membuka minda umat menjadi lebih luas. Bagi pelajar2 IPT, tidak salah untuk membahaskan agama dan menerapkan kefahaman generasi awal di kalangan para sahabat yang lain, tetapi kita juga ada prioriti dalam bidang kritikal kita masing-masing, kadang2 teguran golongan agamawan terhadap kita juga perlu diperhatikan, Fiqh prioritas perlu difahami. Malah semakin banyak ilmu yang kita belajar, semakin tinggi keinginan untuk memahami bahasa Arab dan Al-Quran dan tidak mustahil kita boleh melakukannya. Agi hidup agi ngelaban.
9 Jun 2007
Ust Dr Abdullah Yasin
Ditaip semula dan takhrij Hadith oleh: Abu Ayyub
عَنْ ابْنِ عُمَر رَضِى اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا مَعْشَرَ مَنْ اَسْلَمَ بِلِسَانِهِ وَلمْ يَدْخُلِ الاِيمَانُ فِى قَلْبِهِ، لاَ تُؤْذُوا الْمُسْلِمِيْنَ وَلاَ تعيرُوْهُمْ وَلاَ تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّ مَنِ تَّبَعَ عَوْرَةَ أخِيْهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ يُفَضِّحْهُ وَلَوْ فِى جَوْفِ رَحْلِهِ. (رواه الترمذى) قال الألباني : حسن صحيح
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar (radiallahu`anhu) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Wahai sekalian orang yang hanya Islam pada lidahnya, yang belum lagi sampai iman ke dalam hatinya; Janganlah kamu menyakiti orang-orang Islam, dan janganlah kamu memburuk-burukkan mereka, dan janganlah kamu suka mencari-cari kelemahan atau keburukan mereka, karena sesungguhnya sesiapa yang (gemar) mencari-cari keburukan saudaranya sesama Islam, nescaya Allah akan mencari-cari keburukannya, dan sesiapa yang Allah cari-cari kelemahannya niscaya Allah akan bongkarkan keburukannya walaupun ia ketika itu sedang berada di tengah-tengah rumahnya (di tempat yang tersembunyi).
[Hadith Riwayat Imam Tirmidzi no:1955 kata al-Albani: Hasan sahih,Shahih Sunan Tirmidzi no:2032]
Mukaddimah:Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaa’ah adalah satu golongan yang bukan saja mempunyai keistimewaan dari sudut Akidah dan cara mereka beribadah tetapi juga memiliki keistimewaan atau ciri-ciri khas dalam pergaulan, lebih-lebih lagi dalam mereka menilai atau mengkritik sesama golongan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Perbahasan ini tidak termasuk kritikan mereka kepada Kuffar atau Golongan Luar Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah. Pada garis besarnya terdapat 3 puak dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah dalam mereka membuat kritikan atau teguran kepada rakan-rakan mereka sesama Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah:
1. Puak yang terlalu bertolak ansur. Mereka bersikap berdiam diri hatta terhadap perkara-perkara asas yang menjadi pembeda utama antara mereka dengan golongan yang lain.
2. Puak yang tidak bertolak ansur dalam segala hal. Puak ini lupa bahwa perbedaan pandangan dalam masalah cabang telah wujud pada zaman para Sahabat Rasul (sallallahu alaihi wasalam) lagi. Tidak ragu lagi bahwa puak yang ekstrim ini seolah-olah ingin mencari sesuatu yang mustahil.
3. Puak yang wasatha (pertengahan) di antara dua puak di atas. Mereka tidak akan bertolak ansur dalam hal yang berkaitan dengan akidah. Mereka akan terus berusaha mengajak umat manusia kepada akidah yang sahih (betul) melalui tarbiyah dan ta’liim (pendidikan dan pengajaran). Tetapi pada waktu yang sama puak ini dapat menerima realiti akan adanya perbedaan pandangan di kalangan mereka dalam hal yang berkaitan dengan masalah ijtihad. Mereka berusaha untuk memperbetulnya dengan cara hikmah. Perbedaan ijtihad itu tidak menghalang untuk mereka terus membimbing masyarakat.
Dari hadith di atas dapat diambil beberapa kesimpulan:
1. Sikap suka menyakiti muslim lain, mencela dan mencari-cari kelemahan mereka, lebih-lebih lagi kalau sasarannya para ulama adalah di antara tanda muslim yang belum beriman.
2. Hati yang diliputi oleh iman akan dapat membentuk prilaku manusia berkenaan untuk menjadi muslim mukmin yang baik.
3. Allah memberi amaran keras akan membongkar kesalahan dan keburukan orang yang gemar menceritakan aib muslim yang lain. Kaedah Membuat Kritikan: Terdapat beberapa kaedah atau adab dalam kita membuat kritikan atau teguran terhadap sesama golongan Ahli Sunnah Wal Jamaa’ah:
(1) Takut Kepada Allah Sungguh banyak ayat Al-Quran ataupun hadith Nabi yang melarang kita mengumpat atau menceritakan keburukan orang lain. Allah seolah menyamakan perbuatan itu seperti memakan daging saudara kita yang sudah mati.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. (Al-Hujurat 49:12)
الربا اثنان و سبعون بابا أدناها مثل إتيان الرجل أمه و إن أربى الربا استطالة الرجل في عرض أخيه
Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Riba ada 72 pintu, pintunya yang paling rendah ialah seperti berzina dengan ibunya, dan pintu riba yang paling tinggi ialah seperti menceritakan keburukan saudaranya (seagama)”. [Hadith Riwayat Thabarany daripada Al-Barraa dalam Al-Ausath dan lihat Silsilah Hadith Sahih no. 3531]
Hal ini tidak menghairankan kerana Nabi sallallahu alaihi wasalam pernah menyebut dalam hadith yang lain bahwa dosa pengumpat adalah lebih besar daripada berzina karena dosa zina boleh diampuni oleh Allah SWT tetapi dosa mengumpat mesti mohon maaf kepada manusia yang diumpat.
(2) Mendahulukan Baik Sangka. Asas kaedah ini ialah firman Allah dalam Al-Hujurat:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. (Al-Hujurat 49:12)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا
Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti. (Al-Hujurat 49:6)
Dan Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda: “Memadailah seseorang itu dibebankan dosa jika ia menceritakan setiap apa yang dia dengar”. [HR Muslim]
Jadi pada asalnya: Muslim mestilah menyembunyikan ‘aib muslim lain dan berbaik sangka sentiasa terhadap mereka kecuali ketika darurat.
(3) Berilmu Dan Adil Jika kita memperkatakan tentang seseorang maka hendaklah kita memperkatakannya berdasarkan ilmu dan bersikap adil. Dan asas kaedah ini ialah antara lain firman Allah:
وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil: Berlaku adil-lah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. (Al-Maaidah 5:8)
وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ
Dan janganlah kamu-kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka (Huud 11:85)
Ibnu Taimiyah berkata: Memperkatakan keburukan manusia lain mestilah berlandaskan keilmuan dan keadilan, bukan berdasarkan kejahilan dan kezaliman, sebagaimana yang dilakukan oleh Ahlul Bid’ah (Minhajus Sunnah 4/337).
Juga termasuk keadilan yang dituntut ialah kita tidak sepatutnya hanya melihat keburukan seseorang tanpa melihat kebaikannya. Kita tidak sepatutnya menguburkan atau melupakan kebaikan seseorang hanya karena padanya terdapat satu atau dua keburukan. Renunglah tentang rahsia yang tersirat di dalam sabda Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam):
إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ فَإِنَّهُ لاَ يَنْجُسُ
“Air jika sampai dua kolah tidak menanggung najis” [HR Darimi no:756 dan Daruquthni no:29].
Keadilan tersebut wajib ditegakkan walaupun kita berbeza dengan mereka dalam akidah, mazhab dan aliran. Memperkatakan keburukan orang lain tanpa ilmu dan keadilan inilah penyebab utama perpecahan dikalangan umat, dan timbul sifat hasad dengki dan saling benci-membenci. Bahkan ini juga penyebab kegagalan usaha penyatuan kekuatan umat.
(4) Kebaikan Yang Banyak Sebagai Ukuran Jika air sampai batas dua kolah maka air tersebut dalam pandangan Islam dihukumkan suci dan tidak bernajis walaupun terdapat sedikit najis di dalamnya. Mengapa? Karena yang menjadi ukuran ialah banyaknya air yang bersih itu, bukan diukur berdasarkan najis yang sedikit yang menimpanya. Demikian juga dalam kita menilai manusia. Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan kecuali para nabi dan para rasul. Oleh sebab itu jika seorang manusia banyak melakukan kebaikan tetapi pada waktu yang sama dia juga pernah melakukan kesalahan atau kesilapan, maka yang menjadi ukuran di sini ialah kebaikannya, bukan keburukannya.
Adalah zalim jika kita lupakan kebaikan yang banyak hanya karena kesalahannya yang sedikit. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut berkaitan dengan masalah ijtihad. Menurut Hadith Nabi sallallahu alaihi wasalam bagi mereka yang telah memenuhi syarat berijtihad, jika tepat ijtihadnya maka mereka mendapat dua ganjaran, dan jika mereka keliru dalam ijtihadnya maka mereka mendapat satu ganjaran. Mengapa di kalangan umat Islam masih wujud lagi orang yang begitu lantang mempersalahkan dan sinis dengan pandangan Imam-imam Mazhab? Padahal Allah SWT dan Rasulullah sallallahu alaihi wasalam tidak mempersalahkan mereka walaupun mereka tersalah? Kita tidak ragu lagi bahwa sesiapa yang berijtihad mencari kebenaran (Al-Haq) dan agama (Ad-diin) berdasarkan panduan Rasulullah sallallahu alaihi wasalam,lalu terkeliru dalam beberapa hal, maka Allah SWT akan mengampuni dosanya sebab Allah SWT telahpun mengabulkan doa Nabi dan Mukminiin:
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah
(Al-Baqarah 2:286).
Dan sehubungan dengan ini maka timbullah kaedah dari Imam Ibnu Taimiyah:
العِبْرَةُ بِكَمَالِ النِّهَايَةِ لاَ بِنَقْصِ الْبِدَايَةِ
“Yang menjadi ukuran ialah kesempurnaan pada akhirnya, bukan kekurangan pada permulaannya”.
(5) Ukuran Kasih Dan Benci Asas kaedah ini ialah firman Allah:
وَآَخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآَخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan (ada pula) orang-orang yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampur-baurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. (At-Taubah :102)
Berdasarkan ketentuan di atas nyatalah bahwa setiap muslim biasanya terdapat dua perkara:
i. Perkara yang baik; dan dengan sebabnya seseorangdikasihi
ii. Perkara yang buruk; dan dengan sebabnya seseorang dibenci
Adapun kasih dan walaa’ yang mutlak adalah kepada orang-orang yang beriman, sedangkan kebencian dan baraa’ yang mutlak adalah kepada orang-orang kafir, sesungguhnya konsep kasih dan benci ini dihitung sebagai perkara prinsip dalam masalah keimanan. Hanya saja jika kaedah ini diterapkan pada orang Islam yang mencampur adukkan amalannya yang baik dengan yang jahat. Dia mestilah dikasihi karena amal salehnya, dan selanjutnya dia hendaklah dipuji sewajarnya. Sebaliknya dia juga patut dibenci karena amal jahatnya, dan selanjutnya mendapat celaan yang setimpal. Atas dasar itu, jika seorang muslim melakukan kesalahan atau kesilapan, maka tidaklah wajar kalau dia dibenci dan dicaci secara mutlak sebagaimana yang dilakukan oleh puak khawarij yang mengkafirkan setiap muslim yang melakukan dosa besar atau maksiat. Sebagaimana juga kita tidak boleh memuji seseorang secara mutlak dan tidak akan mengangkat darjatnya ke tahap Abu Bakar dan Umar atau tahap Jibrail dan Mikail (as) seperti yang dilakukan oleh Murji-ah ataupun syia`h.
Sikap kita sebagai pengikut setia puak Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah adalah sentiasa WASATHA iaitu pertengahan, bukan GHULUW (melampau-lampau)dan bukan pula TAQSHIR (kurang)
Kesimpulan:
1. Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaa’ah adalah golongan yang akan selamat. Namun golongan ini ada beberapa ciri-cirinya yang tidak ada pada golongan yang lain.
2. Di antara ciri-cirinya ialah mereka mempunyai kaedah atau formula atau adab-adab tersendiri bagaimana cara menilai kesalahan sesama mereka.
3.Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan hanya mengutamakan aspek Akidah dan Cara Ibadah tetapi juga memberi penekanan pada aspek mualamat atau pergaulan dengan sesama insan.
sumber: www.al-ahkam.net/
Berat saya nak sentuh bab ni lagi, bagi saya, persoalan Wahhabi ni agak sensitif untuk sesetengah orang, pantang dengar Wahhabi. Dah banyak pun didiskusikan. Lagi satu, buang masa. Tapi, saya memenuhi request seorang sahabat yang bertanya, saya gagahi jua. Jangan timbul salahfaham. Jakim sendiri dah keluarkan kenyataan tentang Wahhabi. Ada apa dengan Wahhabi? Tak perlulah melabel-labelkan orang2 tertentu dengan istilah ini. Tidak ada signifikan pun. Selamat membaca.
Wahhabi: oleh Hafiz Firdaus Abdullah, Selasa, 18 November 2008.
Wahabi!
HafizFirdaus.com - Wednesday, 26 November 2008
© HafizFirdaus.com
Bulan November 2008 ini genaplah dua tahun laporan muka utama sebuah akhbar perdana tempatan yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang boleh dikatakan tepat:
* Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.
* Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.
Apa Dan Kenapa Wahabi?
Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:
Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.
Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.
Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..
Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.
Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.
Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?
Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.
Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:
Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:
* Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.
* Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”
Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:
* Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.
* Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”
Siapa Yang Sebenarnya Salah?
Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.
Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]
Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.
P/S: Bagi sesiapa yang masih belum mengenal Hafiz Firdaus, bolehlah klik di sini.
Hani: Saya juga pelik melihat sikap segelintir manusia yang bergelar 'agamawan', kadang-kadang, dalam menuturkan bicara, mereka tidak mahu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, sehinggakan timbulnya fitnah dan salahfaham hasil dari percakapan mereka. Saya doakan supaya kita semua yang giat mencari kebenaran dikurniakan hidayah, insyaAllah, kebathilan dan kebenaran dapat dinilai. Apalah yang ada pada dunia sementara ini, apalah yang sebenarnya dikejar saya juga tidak mengerti. Harapan saya sekali lagi, di Malaysia, akan lahir lebih ramai ulama' intelek, kritis, dan benar-benar hebat ilmu agamanya. Baru-baru ni, salah satu akhbar tempatan mengeluarkan satu berita yang menggemparkan dan menyedihkan bagi saya, para pembaca, fikir-fikirkanlah apa langkah yang perlu kita ambil untuk atasi masalah ini, soalnya agama bukan bahan mainan. Sila klik untuk membaca: The real reason prestigious Egyptian university rejected local student
Bismillah. Assalamu'alaikum wbkth.
Sumber: Nasirussunnah"Sebagaimana yang kita tahu, pengarang kitab fadhailu al-a’mal tidak meletakkan syarat hanya hadits-hadits shahih sahaja yang akan dimasukkan dalam kitab tersebut.. namun begitu kita tidak menafikan adanya hadits-hadits shahih dalam kitab tersebut.. pernah dalam satu sesi usrah, seorang teman membacakan satu petikan daripada kitab tersebut.. saya pada mulanya hanya berdiam diri apabila mendengarkan hadits-hadits yang bunyinya kurang meyakinkan, sehinggalah dibacakan hadits yang berbunyi: “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” saya tertanya-tanya bukankah ini hadits riwayat Al-Bukhari, dan ternyata tekaan saya tepat.. hadits tersebut adalah hadits shahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab shahihnya..
namun begitu, masih banyak hadits yang dibacakannya tidak pernah saya dengar sebelumnya.. saya sendiri tidak tahu apakah status hadits tersebut, dan saya bukanlah seorang pakar hadits untuk memberikan komentar mengenai hal tersebut.. setelah itu, saya sekadar memberikan ulasan mengenai kitab yang digunakannya.. alangkah lebih baiknya sekiranya kita membaca kitab-kitab yang lebih kita yakini seperti Riyadhu Ash-Shalihin atau Matan Al-Arba’in An-Nawawiyyah (Hadits 40) daripada kita membaca sesuatu yang kita tidak tahu statusnya.. bukanlah saya menolak kehebatan pengarang kitab fadhailu al-a’mal, tetapi sekadar mengambil langkah berhati-hati atas kejahilan kita tentang ilmu hadits.. agama melarang kita untuk berpegang pada sesuatu yang kita tidak tahu akan hakikatnya..
terjemahan: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan nurani, kesemuanya akan dipertanggungjawabkan. - [Al-Isra', 17: 36].
terjemahan: “Tinggalkanlah apa engkau ragukan kepada apa yang tidak engkau ragukan.” - [HR Ahmad, Al-Bukhari, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ad-Darimi].
lantas ada yang bertanya, tidak bolehkah sekiranya kita berpegang pada hadits dha’if? ulama’-ulama’ mu’tabar berbeza pendapat dalam perkara ini.. ada yang mengatakan tidak boleh, sebagaimana pendirian Al-Bukhari dan Muslim, sedangkan ada pula yang mengatakan boleh, sebagaimana Ahmad, dan ada juga yang meletakkan syarat-syarat tertentu seperti An-Nawawi.. secara peribadi saya katakan, seboleh mungkin saya akan cuba untuk menghindarkan diri daripada berpegang pada hadits dha’if..
namun, saya bukanlah orang yang serba tahu tentang perkara ini.. saya tidak pernah mengenal perkara ini sehinggalah usia saya mendekati 20 tahun.. cuba anda bayangkan, 20 tahun hidup dalam kondisi di mana saya tidak pernah diajarkan yang mana sunnah Nabi S.A.W yang shahih dan yang mula pula yang bukan, semuanya disandarkan pada Nabi S.A.W.. hanya dalam waktu 2-3 tahun kebelakangan ini saya mula mengkaji kembali keshahihan ajaran yang menjadi pegangan saya selama ini, dan sehingga kini masih banyak perkara yang belum saya ketahui tentang keshahihannya..
ini tidak bererti saya meredhai pegangan terhadap hadits dha’if.. seandainya saya tahu mana-mana pegangan saya itu dha’if (yakni tidak dapat dipastikan adakah benar ajaran itu berasal dari Nabi S.A.W), pasti saya akan meninggalkannya dan berpegang pada sunnah yang shahih.. inilah yang disebutkan oleh Imam Asy-Syafi’i: “Telah sepakat kaum muslimin bahawa sesiapa yang jelas baginya satu sunnah Rasulullah S.A.W, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya kerana pendapat seseorang yang lain.”
walau bagaimana pun, sekiranya masih ada teman-teman yang ingin berpegang pada hadits dha’if, saya sarankan agar anda benar-benar faham mengenai kedudukan hadits tersebut.. kajilah kembali syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para imam mu’tabar seperti An-Nawawi R.H.. ingatlah, hadits dha’if tidak boleh digunakan dalam bidang aqidah, ibadah.. sekadar digunakan dalam fadhailu al-a’mal.. dan sekiranya kita mengamalkan hadits-hadits tersebut dalam konteks fadhailu al-a’mal, kita tidak boleh beri’tiqad bahawa kita sedang melakukan sunnah Nabi S.A.W, dan kita tidak boleh mendakwa (mengajarkan) kepada orang lain bahawa perkara tersebut adalah sunnah Nabi S.A.W.."
