Showing posts with label Penulisan Hani. Show all posts

Bila nak naik Pangkat?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in



Perkuliahan saya di Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Prof Dr Moestopo untuk sesi 09/10 baru saja membuka tirai. Kali ini, saya melangkah ke semester yang lebih tinggi, semester V. Banyak input baru yang saya peroleh dan bakal saya peroleh, dari sudut ilmu (knowledge) dan juga ketrampilan (skills), saya sukakan kombinasi kedua-dua elemen ini, dari situ manusia tidak sekadar diuji dengan teori, malah kita diajar bagaimana dan bila masanya untuk mengaplikasikan teori tersebut. Untuk mendapatkan Sarjana Kedokteran Gigi, saya perlu menghabiskan pembelajaran saya (kuliah dan praktikum) selama 3 tahun setengah, manakala untuk mendapat gelar Drg (dokter gigi), saya perlu meneruskan apa yang sudah saya peroleh selama 3 tahun setengah itu ke peringkat klinik, yang dijangkan selesai selama 2 tahun setengah, tergantung faktor-faktor tertentu yang terkadang menghambat keinginan kita. Jadi, secara garis besar, saya akan mengambil satu tempoh yang agak lama (6 tahun) hanya untuk bergelar seorang dokter gigi muda yang tidak berpengalaman. Demikianlah perjalanan saya yang belum sampai separuh langkah di sini, ia bakal memakan masa yang lama dan bertahap-tahap mengikut silibus, malah kita disaring setelah selesai satu tahap untuk ke tahap yang lebih tinggi berkadaran dengan sejauh mana kemampuan kita.

Maka, apa yang ingin saya katakan di sini?
Sekiranya untuk mengajar ilmu pergigian sahaja kita harus mengikut sistem dan silibus malah secara bertahap ianya disusun bagi melahirkan doktor2 gigi yang boleh diharapkan, kenapa tidak hal yang sama kita implementasikan kepada pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu agama? Kenapa kita perlu terus menerus menyumbat ilmu & teori kepada manusia tanpa kita perkirakan kondisi & suasana pada waktu itu, apakah dapat diaplikasikan? Adakah semua orang bagus seperti kita? Kalau ada pun yang belajar ilmu agama mengikut silibus dan sistem2 tertentu, kenapa produk nya masih sangat2 kurang berkualiti? Di mana silap nya sistem itu?

Saya tidak berbicara tentang salah sesiapa kerana saya tidak mahu menyalahkan sesiapa sebab saya tidak tahu siapa yang perlu dipersalahkan, kadang-kadang sesuatu masalah yang timbul itu berpunca dari salah kita sendiri tanpa kita sedari, tetapi kita asyik nampak salah pada orang di sekeliling kita, semuanya salah, dia salah, mereka salah, aku yang bagus, aku yang paling benar..saling tuding menuding, sedangkan diri saya sendiri yang turut menkontribusikan tercetusnya sesuatu permasalahan tidak pula saya salahkan, tidak saya renungkan, sedangkan kita yang pengetahuannya masih sangat cetek mengambil sikap sering menerjah tanpa memeriksa terlebih dahulu kerana kita sangka kita lah yang paling benar, tahu-tahu rupanya kita ini lebih lajak daripada laju.

Saya sedang mengajar diri saya untuk tidak menyempitkan horizon pemikiran ini yang sememangnya agak tertutup, saya mahu melihat luasnya dunia, luasnya cabang ilmu yang perlu saya kuasai, bervariasinya ketrampilan yang perlu saya pelajari, dan lebih utama lagi, betapa LUAS nya ISLAM ini sehingga sebenarnya ia menjadi satu agama yang yang applicable tidak mengira zaman/masa serta umur, sehingga ia memberi kelapangan dan tidak menyesakkan dada para penganutnya, sehingga ia mampu menarik mereka yang lahir dalam keluarga bukan Islam untuk beriman dengan keesaan Allah SWT dan menuruti Rasulullah SAW sebagai pesuruh Allah, sehingga agama ini sebenarnya satu PENYELESAIAN dan JAWAPAN kepada masalah2 yang menyerabutkan fikiran dan menghuru-harakan dunia pada saat ini. Islam, harus difahami sifatnya yang tegas dari sudut aqidah tetapi lapang dari sudut fiqh dan muamalatnya.

Betulkan saya sekiranya saya tersalah menafsirkannya...Saya bukan seorang ahli dalam agama, saya cuma pentaqlid dan seorang pelajar yang tidak begitu arif dalam persoalan agama, apalagi bab hukum hakam. Namun, menyedari akan hakikat itu, sebagai seorang penganut agama Islam, saya dan kita perlu bertanggungjawab ke atas agama ini, urusan agama bukan sahaja milik ustaz atau mufti, kita berhak mencari tahu dan mendapatkan bukti sekiranya seseorang mengclaim sesuatu tentang agama ini. Adakah selamanya kita akan beralasan bahawa kita seorang pentaqlid yang kurang ilmu maka kita hanya angguk2 dan geleng2? Kalau dalam unsur politik kita tidak mahu menjadi pak turut dan bertindak begitu agresif, kenapa dalam agama ini, kita kena jadi pak turut? Bukankah agama ini lebih berhak ke atas kita? Dayus kah kita? Tolong jangan beri alasan "saya tak berani nak cakap lebih2 tentang agama, saya bukan ulama' atau ustaz, saya takde ilmu, saya taqlid kat ustaz je". Memang kita bukan ahli,ya, tetapi sebagai seorang yang akal pemikirannya sihat dan mempunyai fizikal yang tiada cacat cela, tidak malukah kita memberi alasan seperti itu? Kenapa tidak cuba berusaha mendalami ilmu / mencari tahu? Malulah jika seorang cerdik pandai berbicara seperti itu, alasan ini mungkin valid dipakai untuk orang yang tidak mengaji sekolah sahaja. Tidak wajar selamanya menjadi pentaqlid, apatah lagi secara membabi buta.

Lakukanlah secara berperingkat, berusaha meredakan sebarang kesalahfahaman, tingkatkanlah ilmu dengan berguru dan membaca, ikhlaslah dalam mencari kebenaran. Takkan Allah SWT kejam utk menyesatkan hambaNya yang ikhlas ingin kembali ke jalan yang lurus? Bukakan hati dan minda untuk menerima teguran walaupun teguran datang dari mereka yang 'di bawah' kita. Elakkan daripada mendengar serta menyebarkan fitnah atau berbicara tentang sesuatu yang kurang kita ketahui. Mantapkan ilmu & kefahaman terlebih dahulu, diikuti dengan proses memantapkan amalan. Terkadang dapat kita temui orang yang semangat dakwahnya tinggi tetapi ilmunya kurang, ada yang ilmunya mantap tapi kefahamannya pula yang bermasalah, ada yang memiliki banyak ilmu tapi kurang amalan, saya percaya semuanya masih dalam proses mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah SAw. Berdoa dan berlapang dada lah, jangan selamanya kita membiarkan diri sehingga tak "naik pangkat". WA.

Sudahkah Anda Bersedia Melangkah ke Alam Rumahtangga?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbkth..
Seorang teman sering bertanya, "bilakah saya akan update blogspot ni? Saya sendiri tercari-cari mood dan idea untuk mengulas isu yang sesuai, kalau asyik "copy paste" pun tak best juga, nak ulas tentang isu politik negara atau di Perak, macam malas nak layan la pulak..jadi, lebih baik saya menggunakan mood yang saya ada sekarang untuk bertanya kepada diri dan para pembaca "Sudahkah Anda Bersedia Untuk Mendirikan Rumahtangga??" kerana saya perhatikan anak-anak muda zaman sekarang terutama yang berkecimpung dalam da'wah, asal dibebani dengan masalah dakwah sikit, teman-temannya dinasihatkan untuk berumahtangga. Benar, boleh kita persetujui yang pernikahan boleh memberi kebahagiaan, ketenangan, dan sekaligus boleh menyelesaikan sebahagian masalah yang dideritai, sedar tak sedar, alam selepas perkahwinan akan menempah lebih banyak tanggungjawab baru yang belum pernah dilalui bila hidup mebujang, serabut nak fikirkan nafkah, nak beli motor baru (hehe),nak puaskan hati pasangan, nak memberi layanan yang terbaik dan lain2 yang semua sedia maklum, so, berkahwin ni, bukannya untuk "nak best" je, nak lepas rindu, nak pelihara kesucian diri, nak bercintan-cintun dan lain-lain yang sedia difahami oleh manusia normal yang punya hati dan perasaan serta fitrah cinta...
Saya tidak menafikan perkahwinan itu sangatlah dituntut, terutama kepada dua pemuda yang saling mencintai, Rasulullah SAW bersabda, "Kami tidak melihat di antara dua orang yang saling menyukai melainkan perkahwinan,"[Diriwayatkan oleh Ibn Majah di dalam sunannya, dinilai sahih oleh Albani]-sila semak.
Menikah termasuk perkara sunnah yang paling dianjurkan. Allah SWT berfirman..."Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dari keturunan ....." [QS Ar-Ra'd:38].

Saya juga teringat akan sebuah hadis Anas Bin Malik yang menceritakan tentang 3 orang datang ke rumah Rasulullah SAW ingin menanyakan tentang ibadah Nabi SAW. Ketika diberitahu, mereka pun meremeh-remehkan ibadah mereka dengan berkata; "Apalah kita ini dibandingkan dengan Rasulullah SAW. Baginda sudah pun diampuni dosanya, baik yang sudah berlalu mahupun yang akan datang," ujar mereka. "aku akan solat sepanjang malam terus menerus,"kata seorang di antara mereka. "kalau aku, aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka ," ujar yang satunya lagi. "Dan aku akan menjauhi wanita dan tidak menikah," ujar yang satu lagi.
Kemudian datang Rasulullah SAW mengatakan, "kaliankah yang mengucapkan perkataan tadi? Ketahuilah, demi Allah, sesungghnya aku lah orang yang paling takut kepada Allah dan palng bertakwa kepadaNya di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, solat dan tidur, dan aku pun menikahi wanita. Maka siapa saja yang tidak menyukai sunnahku, nescaya ia bukan dari golongan ku,"
[Muttafaq 'alaih].
Makanya, hadis ini, selain daripada membari pesan kepada kita supaya jangan berlebih-lebihan dalam beribadah, ia juga menekankan bahawa nikah itu adalah sunnah Rasulullah SAW yang perlu dijalani oleh setiap mereka yang mengakui sebagai pengikut Rasulullah SAW.

Menikah perlu disegerakan sekiranya seseorang itu tidak mampu atau khuatir dirinya jatuh ke lembah zina, dan sekiranya tidak mampu melaksanakannya, maka wajiblah ia berpuasa, berdasarkan satu hadis, "Wahai pemuda, barangsiapa di antara kalian telah memiliki kemampuan, maka menikahlah. Kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana itu adalah benteng baginya" [Muttafaq'alaih].
Allah SWT juga berfirman dalam surah An-NUr ayat 32, "Dan kahwinkanlah orang2 bujang di kalangan kamu, dan orang2 yang soleh dari hamba2 kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi maha Mengetahui".Demikianlah beberapa dalil yang menunjukkan keutamaan bernikah,dan kekuasaan Allah yang menciptakan makhlukNya berupa lelaki dan wanita serta fitrah ingin saling menyayang dan disayang, memiliki dan dimiliki.
"Kaum lelaki adalah pemimpin agi kaum wanita, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara mereka". [QS An-Nisaa':34].
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara mu rasa kasih sayang,"[QS Ar-Ruum:21].

Saya yakin dan percaya bahawa ramai di antara kita sudah pun tahu kepentingan bernikah dan sememangnya ingin bernikah apatah lagi jika sudah menemui calon pilihan hati. Alangkah indahnya sekiranya keinginan anak-anak muda yang ingin menjaga kesucian dirinya ini turut dimengerti oleh ibu dan ayah, keluarga, dan orang-orang di sekelilingnya. Namun, mungkin kita tidak terfikir apa yang difikirkan oleh mereka..Sudahkah kita menunjukkan kematangan dalam mengendalikan kehidupan sehinggakan ibu dan bapa berasa tidak keberatan untuk melepaskan kita menjalani kehidupan berumahtangga bersama calon idaman, sudahkah kita bertanya pada diri kita, "Adakah aku sudah bersedia meniti alam rumahtangga, menjadi seorang suami kepada seorang wanita atau menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki? Sudahlah kita belajar tentangnya? Maka, dalam tempoh dan kesempatan yang ada ini, ingin saya kongsikan dalam postings yang berikutnya tentang sifat rumahtangga Nabi yang wajar diteladani oleh para pengikutnya. Posting-posting ini tidaklah saya tujukan kepada sesiapa melainkan untuk diri saya juga, memandangkan umur saya pun dah nak masuk 22 tahun pada 26 Mac ini, jadi tidak salah seandainya kita mula belajar...

La Tahzan..  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbkth..
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memanjangkan riwayat aku hingga ke hari ini..Rasa segar bugar pulak bangun tadi, walaupun tidur ku agak tak teratur lewat kebelakangan ini. Tapi, setiap kali terjaga dari tidur itulah, masalah-masalah yang belum terselesaikan lagi menerjah ruang fikiran ku yang sudah kian bingung ni. Manusia memang tak terlepas daripada masalah. Kadang-kadang terfikir, larat kah aku menanggung segala yang ditakdirkan buat aku?? Mampukah aku menghadapi semuanya sendirian? Apalah salahku sehingga aku diperlakukan sedemikian rupa..Aku kecewa dan sedih. Air mata jangan kata..dah lama kering.
Tinggal sehari saja lagi aku akan menghadapi UAS, mudah-mudahan fokus aku tak hilang.
Saat-saat dugaan menimpa ni, aku sangat-sangat rindukan mak dan keluarga aku.

(1) Setiap masalah pasti ada jalan keluar.

من ساعةٍ إلى ساعةٍ فَرَجٌ

Dari masa ke semasa akan sentiasa ada jalan keluar


Dr al-Qarni merumuskan dari dalil berikut:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً
AQT 65:02 [Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.]

Ya..pasti Dia akan memberikan jalan keluar, selesaikanlah satu persatu masalah yang dihadapi, berat macammana sekalipun.

(2) Setiap Kesulitan Pasti ada Kemudahan yang Dia berikan..

إنَّ مع العُسْرِ يُسْراً

[Sesungguhnya sesudah kesulitan terdapat kemudahan]

Takhriij:

al-Qarni mengambil kaedah ini dari ayat berikut:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

AQS Alam Nasyrah: 05

(3) Dunia hanya Sementara..


الحياةُ خبزٌ وماءٌ وظلٌّ ، فلا تكترثْ بغير ذلك

Kehidupan (di dunia) tidak lebih dari sebuku roti (ارز , sepinggan nasi), segelas air dan bebayang, maka janganlah gundah lantaran tiadanya harta.

syarah:

Setiap kali pulang ke rumah, Nabi akan bertanya isterinya, apakah ada sesuatu untuk di makan? Jika ada makanan, baginda makan, jika diberitahu tiada sesuatu, maka baginda aka berkata, "aku akan berpuasa hari ini."
Sungguh simpel kehidupan baginda kerana berpegang dgn falsafah hidup: Dunia hanya sebuku roti atau sepinggan Nasi.

(4) Rezeki aku dah pun tertulis...

* وَفِي السَّمَاء رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ *

[Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezkimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepada-Mu]

syarh:

Dr al-Qarny memetik kata2 ini dari maksud ayat AQ dari surah al-Dzaariyat, ayat 22. Ia mengenai kemurungan dan kebimbangan manusia tentang rezkinya, sedangkan rezki sudah tertulis di Lauh Mahfudz...

(5) Musibah sebagai petunjuk..

لك في المصابين أُسوةٌ

" Pada orang-orang yg tertimpa musibah itu ada suri teladan"

Dalil:

AQT3:165. [Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
AQT32. 26. [Dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu.]

(6) Allah memberi percubaan, tanda Allah sayang..=P

إنَّ الله إذا أحبَّ قوماً ابتلاهُمْ
"Sesungguhnya jika Allah menyintai sesuatu kaum, maka Dia akan menimpakan cobaan atas mereka."
Dalil:

AQT2. 155. [Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.]
Dalil hadith:
3406-al-Albani, sahih at-Tarhib, 3:180 no 3406) صحيح )
وعن محمود بن لبيد أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا أحب الله قوما ابتلاهم
Dari Mahmud bin Labid, Nabi SAW bersabda," Bila Allah menyintai sesuatu qaum, maka dia menimpakan cobaan atas mereka." HR Ahmad.

(7) Doa senjata Kite..

كَرِّرْ أدعيةَ الكَرْبِ

"Ulangilah Do'a-do'a untuk menghapuskan bencana"

Dalil:
ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
[Berdo'alah kepada-Ku, niscaya Aku akan perkenankan] AQT 40:60

(8) Keep on Working..

عليك بالعملِ الجادِّ المثمرِ ، واهجرِ الفراغ

"Bekerjalah kamu akan sesuatu yg membuahkan hasil dan hijrahlah dari pengangguran."

Dalil:
AQT9. 105. "Dan Katakanlah: "bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat pekerjaanmu itu.."

(9) Banyakkan Zikir utk Ketenangan..

من أراد الاطمئنان والهدوء والراحةَ ، فعليه بذكرِ اللهِ تعالى

Barangsiapa mahukan ketenangan, ketenteraman dan kedamaian, maka berzikirlah kepada Allah SWT

(10) Beriman dan Beramal Soleh..


الإيمانُ باللهِ ، والعملُ الصالحُ هو الحياةُ الطيبةُ السعيدةُ

Beriman kepada Allah dan beramal salih itulah kehidupan yang baik dan bahagia


Mudah-mudahan aku dapat settle kan semua masalah mengikut berat dan prioriti serta kesesuaian masa dengan kadar segera..Hati tengah sedih. Tapi hidup tak berhenti di sini. La tahzaan..

Tatkala Ujian Melanda, Ibadah Dirasakan Lebih Manis  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Berehat sebentar utk teruskan perjuangan satu masa nanti, melihat pada sejarah ulama salaf....mereka sentiasa 'berehat sebentar' disebabkan ujian dan cabaran waktu rehat tu kelihatan seperti 'kosong' tapi sebenarnya ia adalah 'rehat' daripada Allah SWT utk kumpulkan kekuatan kumpulkan ilmu, kumpulkan iman...ibarat orang yg dilarang bercakap...dia membaca, satu masa nanti dia akan diminta bercakap...maka apa yang dibaca itulah yang akan dituturkan tapi jgn biarkan waktu mcm ni kosong. wujudkan suasana ilmiah dalam kehidupan peribadi masing2 banyakkan ibadah sunnah yg kita tak sempat selama ni banyakkan munajat pada Allah SWT ...sebab hati yang bersedih lebih mudah menghayati ibadah...

"Hati yang bersedih lebih mudah menghayati ibadah"...Demikianlah nasihat seorang pendakwah senior kepada aku sebagai anak muda/pelajar yang baru memulakan langkah dalam arena ini. Bukan lah saya terlalu obses dengan dakwah ini, saya sedar yang diri ini mempunyai satu prioriti besar dalam hidup, untuk berbakti kepada masyarakat dalam pemeliharaan kesihatan oral, memandangkan jumlah doktor gigi di negara saya sangat sedikit bilangan dan nisbahnya kepada jumlah pesakit. Pendirian saya, saya menolak kedua-dua fahaman liberal dan sekular, apatah lagi konvensional dalam beragama.
Namun, rupa-rupanya jalan dakwah itu tidak mudah. Adakah aku layak untuk semua ini? Mereka melihat aku tersenyum, namun di balik senyuman itu, tak siapa dapat menterjemahkan kegusaran yang bermain dalam kepala dan hati ini. Apalah yang mahu diceritakan lagi, jiwa aku memang jiwa yang bersemangat mahu menegakkan kebenaran, jiwa aku memang jiwa pengorbanan. Tapi..ilmu aku, semangat aku, pengorbanan aku, iman dan amal aku, tidak seperti mereka di generasi awal, sangat sedikit, dan jujur aku katakan, aku sebenarnya sangat lemah. Diri ini berbisik sekali lagi, mampukah aku??

Kebelakangan ini aku banyak bersendiri, interaksi aku lebih banyak dengan dunia luar. Entah kenapa, nak senyum pun rasa tak mampu. Biasalah, emosi seorang wanita (betul ke dah wanita??). Maafkan aku para sahabatku. Carilah aku bila kamu perlu, aku sentiasa di sini bersedia menjadi tempat untuk meluahkan perasaan. Itulah aku, suka mendengar rintihan dan keluhan mereka yang memerlukan, menjadi teman tatkala mereka kecewa. Dan kesedihan aku..kekecewaan aku..biarlah Allah SWT sahaja tempat aku luahkan, tiada siapa yang memahami melainkan Dia, mungkin kegirangan suara ibu ketika aku berbual di dalam telefon dengannya dapat menyuluh jiwa membakar semangat sedikit sebanyak. Aku masih ingat kali terakhir menghubungi ibu, aku bergurau senda dengannya. Aku cuba menzahirkan kondisi hidup yang sangat sempurna dan gembira di sini, kononnya aku seorang anak yang fokusnya hanyalah dunia buku dan ilmu. Namun jauh di sudut hatiku, hanya Allah yang tahu. Ibu, maafkan aku. Sebab itu aku sering menagih doa ibu. Doa itu, memberi kekuatan kepada perjuangan yang aku inginkan.
Benar, saat ujian hebat menimpa, ibadah itu dirasakan sangat manis, ujian itulah yang mendekatkan jiwa hamba dengan penciptanya, mungkin itu menjadi teguran buat diri kerana sering lengah, lupa dan lalai, alhamdulillah. Kekadang, terasa asyik hidup dengan dugaan. Tanpa dugaan itu, tak mungkin manusia mengenal Allah SWT, tak mungkin iman dapat bertambah, dan dugaan itu sudah tentunya berkadaran dengan tahap keimanan seseorang. Dan bila kita diuji, barulah kita tahu siapa teman, siapa musuh. Cita-cita hidup ini bukanlah terbatas kepada duniawi, bahkan hidup selepasnya, di akhirat sana. Tangisan ini bukanlah tangisan seorang gadis yang putus pacaran, tapi tangisan ini adalah tangisan seorang gadis yang sedang berjuang, dan perjuangan ini nilainya tak sampai pun 1 Rupiah Indonesia, apalah yang nak diherankan sangat. Justeru, yang menjadi pembakar semangat sekarang ini adalah para isteri Nabi, para sahabiah,dan tak lupa juga, wanita-wanita Islam di Palestin, Iraq..Diri ini terasa malu dengan kelemahan yang ada. Ingat, jangan lepaskan peluang ini untuk berdoa.

Pegangan Saya tentang Pengamalan Hadis Dha'if.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Pendirian Saya tentang Pengamalan Hadis Dha’if.

  1. Sebagai orang awam yang masih terkial-kial dalam bidang agama dan mempunyai prioriti untuk menguasai ilmu pergigian untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dalam jangkamasa lebih kurang 5 tahun lagi insyaAllah, saya kira keutamaan saya dalam mempelajari ilmu hadis ialah berinteraksi dengan hadis-hadis sahih terlebih dahulu dan juga hadis-hadis hasan yang darjatnya diyakini. Kenapa perlu saya mengutamakan sesuatu yang ragu-ragu dibandingkan dengan sesuatu yang dah confirm datang dari Rasulullah SAW, biarlah dari muhaddis yang terhormat sekalipun, Rasulullah SAW tetap menjadi prioriti saya. Lagipun, terlalu banyak hadis-hadis sahih yang perlu dipelajari.
  2. Para ulama’ ada yang berkeras dengan pengamalan hadis dha’if dan ada yang membataskannya dengan untuk tujuan tertentu. Walaubagaimanapun, ulama-ulama tersebut meletakkan syarat-syarat pengamalan hadis dhaif, maka dalam situasi ini kita harus memperhatikan syarat-syaratnya dan bersikap lebih berhati-hati, sudah terpenuhkah syarat-syarat tersebut? Frankly speaking, saya sebagai orang awam yang tak menguasai bidang hadis, atas dasar hati-hati, saya tidak mampu menentukan samaada dapat atau tidak saya melepasi syarat-syarat pengamalan hadis-hadis dha’if. Dalam menilai kesahihan hadis, saya hanya bertaqlid pada imam-imam hadis yang reliable. Kalau nak amal juga, saya nasihatkan rujuklah dahulu kitab sumber hadis tersebut dan sanadnya, bukan dengan hanya melepaskan batuk di tangga. Mengkaji sanad bukanlah bidang saya. Dalam pada masa yang sama, perlulah saya meneruskan usaha mendalami ilmu hadis, itu dah sememangnya tanggungjawab umat Islam, lebih-lebih lagi golongan intelek, harus menggunakan segala kudrat yang ada untuk mendalami ilmu ini. Saya menghormati pendapat setiap ulama’ namun kita haruslah faham pendirian setiap ulama’ tersebut dan tidak mengambil ringan dengan menganggap bahawa boleh sahaja beramal dengan hadis dhaif tanpa memperhatikan syarat-syaratnya.
  3. Perlu diingat, hadis-hadis dha’if maksudnya lemah, ragu-ragu samaada benar-benar dari Rasulullah SAW ataupun tidak, sekali lagi tegas saya, berhati-hati lah tentang amaran Rasulullah SAW ini: Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta, maka dia termasuk dalam salah seorang pendusta.” [Shahih Muslim] ; Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang berdusta ke atas aku maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka.”. Maka sesuatu hadis tidak boleh disampaikan mengikut sangkaan semata, harus ada pengertian dan kajian sebelum menyebarkan atau beramal dengan sesuatu hadis.
  4. Timbul persoalan daripada yang bertanya, ”Apa guna wujudnya hadis dhaif kalau macam tu?” Maka silalah anda berpegang pada pendapat Imam Nawawi: dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalam bab keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-Tarhib) asalkan ianya bukan hadis maudhu’. Adapun dalam bab hukum-hakam seperti halal dan haram, jual-beli, penceraian dan apa-apa lain yang seumpama, tidak boleh beramal dengan hadis dha‘if kecuali dengan hadis yang sahih atau hasan. Melainkan jika hadis-hadis tersebut bersangkutan dengan sikap berhati-hati terhadap bab-bab tersebut, seperti hadis dha‘if yang menyebutkan makruhnya hukum melakukan sebahagian bentuk jual-beli atau pernikahan, maka disunatkan untuk menghindari daripadanya (yang makruh tersebut) namun ia tidak jatuh kepada hukum wajib. Orang ramai perlu tahu bahawa ianya hadis dhaif, dan tidak ’salah kaprah’ dengan menganggap ianya hadis sahih/hasan kerana kemasyhurannya.

  1. Hadis dha’if tidak boleh diyakini ianya tsabit dar Rasulullah SAW, perlu menyatakan kelemhannya bila disebarkan kepada orang awam agar tidak berlaku sebarang kekeliruan, salah faham mahupun mendakwa sesuatu atas nama Rasulullah sedangkan belum tentu ianya daripada Rasulullah SAW. Kalau boleh, setiap amalan yang kita amalkan perlulah disemak dalilnya yang sahih terlebih dahulu dari Al-Quran dan As-sunnah dan kemudian amalkanlah. Sekiranya hanya ada hadis dhaif, semaklah pula darjat hadis dhaif tersebut, adakah kelemahannya ringan? Adakah anjuran beramal dalam hadis dhaif tersebut adalah tertakluk pada amalan yang sudah digariskan dalam AQ dan AS? Ingat, Hadis dha‘if tidak boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu amalan, perintah atau larangan.

  1. Apa yang saya khuatirkan, sekiranya kita mem ’busy’ kan diri dengan hadis dhaif, kita tertinggal sumber-sumber Islam yang sahih. Ini adalah satu fenomena yang sangat menyedihkan bagi saya, di mana letaknya ketulenan Islam itu sendiri. Kenapa harus sumber-sumber yang sahih dipinggirkan hanya sebab masyarakat sibuk nak beramal dengan sesuatu yang masih ragu-ragu. Kita memang tak mahir nak bagi prioriti. Patutlah Yusof Al-Qaradhawi tulis Fiqh Prioritas. Sebab tak tahu nak bagi prioriti ni lah, umat Islam jauh ketinggalan di belakang. Kadangkala, ada amalan yang ciput dijanjikan langsung pahala masuk syurga, ada yang ganjarannya mengatasi para Nabi, that’s why ada orang kata, ”cukup lah aku buat yang ni je, confirm masuk syurga,”.

  1. Maka, kesimpulannya, kita kenalah berdisiplin dalam mengambil syariat dan sumber Islam. Janganlah sewenang-wenangnya, sebab agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT, bukannya agama main-main dan rekacipta. Untuk kes pengamalan hadis dhaif, saya kira ia bukanlah mudah seperti yang disangka sekiranya kita benar-benar memperhatikan syarat-syaratnya. Berusahalah menyibukkan diri dengan hadis-hadis sahih dan seterusnya hasan yang masih banyak lagi belum kita kuasai dan masyhurkan. Itu saja buat kali ini, terima kasih kepada adikku yang bertanya. WA.

Penat?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in




Kenapa perlu mengeluh?
Bukankah jalan ini yang kau pilih?
Tak percaya dengan janji Allah ke?
Setebal mana iman kau? Nipisnye..
Macammana nak jadi umat yang membangkitkan kegemilangan umat?
Atau lebih tepat lagi, ibu kepada generasi pemangkin ummah (suatu hari nanti)..

Benda kecil pun kau tak boleh buat..
Dah mengadu letih, penat, pening..
Apatah lagi perkara besar yang sedang menanti..

Hati ni memang selalu bolak-balik
Kadang-kadang semangat je lebih
Bila kau jalankan amanah tu
Baru kau tau tinggi rendah langit
Baru kau tau erti tanggungjawab,
Baru kau tau yang sebenarnya kau memang masih banyak kekurangan,
Baru kau tau kan macammana orang lain rasa??

Aku perlukan kekuatan..
Aku pelukan sokongan..
Aku perlu ilmu..
Aku perlu restu dan redha orang tua ku,

Rupa-rupanya aku telah lama jauh dari Allah SWT.

Teman-teman, bantu aku, sentiasa ingatkan aku kalau aku ada tersalah, lalai, lupa..

**mode sedih dan kecewa

Tolong bagi Tajuk  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Bismillah.Assalamu'alaikum.

Rasa jari jemari ni gatal nak coretkan sesuatu di blog dentistsupermuslim. Saya harap blog ni bukanlah blog 'bakul sampah' yang tidak mempunyai manfaat yang jelas melainkan sampah, kalau sampah sekalipun, biarlah sampah yang boleh dikitar semula, berguna juga. Saya tadi baru sahaja melayari blog al-G****, melihat isu terbaru yang dipaparkannya, tidak berminat untuk mengulas, perbalahan bukanlah bidang saya, ilmu terlalu cetek. Bukan sahaja blog al-G**** yang saya rasa mual bila membaca/menatapnya, bahkan yang lebih parah, 'nausea' saya datang lagi tatkala menelusuri satu lagi blog, iaitu blog A** S*****. Sekali lagi, tidak berminat mengulas tentang sesuatu yang bukanlah menjadi kepakaran saya, tapi saya faham benar, dan saya tahu untuk membezakan antara kebatilan dan kebenaran, tanpa pedoman daripada Al-Quran dan As-Sunnah, kita mudah terpedaya dengan dusta dan nista.

Sebagai seorang yang gemar menulis, saya harus tetap mengingatkan diri saya sendiri, bahawa apa yang perlu memandu saya ketika jari jemari ini sedang rancak menari menaip button2 keyboard ini, ialah TAQWA. Penulisan saya adalah lambang pemikiran saya, penulisan saya adalah lambang personaliti saya, penulisan saya adalah lambang peribadi dan tingkatan ilmu saya, jika seorang teman mahu mengenal saya, kenallah saya melalui penulisan.

Pembaca, terkadang saya tidak sedar apa yang saya coretkan mungkin telah melukai hati seseorang, apa yang saya utarakan mungkin tidak semua mempersetujuinya, apa yang saya coretkan sememangnya terdedah kepada kritikan dan saranan. "Wahai penulis, apa yang engkau tulis atas lembaranmu, ia ditulis di sisi Tuhanmu! Maka ketika tanganmu mencatat di bumi, jiwamu hendaklah mendongak ke langit tinggi!!!"

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang teman, meluahkan masalah yang dihadapinya. Masalah biasa orang dakwah. Saya memberi nasihat dan buah-buah fikiran tentang tindakan yang bagaimana seharusnya dia ambil. Bercakap memang senang..sebab saya tidak melalui apa yang dia lalui. Kalau setakat terkena tempias tu, ada la. Saya berfikir kembali, seorang diri, merenung dan menelusuri kes sahabat tersebut. Dengar macam kes biasa, tapi bila diselidiki puncanya, saya menemui jawapannya.

Puncanya hanya satu, 'mata pena', atau lebih tepat lagi penulisan. Hebatnya penulisan ni sehingga ketajamannya bisa menghiris seketul daging bernama hati. Walaupun hati yang terhiris itu bukanlah berada di pihak yang benar, tapi dia tetap manusia, yang dikurniakan perasaan kecewa, sedih, terhina, pilu, geram, marah. Sedangkan yang berada di pihak yang benar pula, seharusnya lebih berjaga-jaga dalam penulisan dan tuturkata, bukan mengampu tetapi mungkin dalam penulisan boleh digunakan teknik 'sindiran analogi' untuk menjelaskan suatu situasi yang sukar difahami secara mutlak.

Saya mengambil pengajaran daripadanya untuk lebih berhati-hati dalam penulisan, pembela kebenaran harus menggunakan 'approach' yang fleksibel. Walaubagaimanapun, saya tidaklah menghukum sahabat saya ini, kerana saya percaya, setiap insan ada kelemahan dan kekurangannya. Dalam pada masa yang sama, saya amat mengkagumi semangat dakwah, keberanian, dan kesungguhan beliau menongkah arus perjuangan menegakkan kebenaran, berseorangan tanpa teman, bukan sedikit pengorbanan, bukan sebentar masa yang harus dilalui, sekali ia masuk ke lapangan dakwah, ia harus terus mara tanpa melayani sikap manja dan malas, pantang berundur sebelum Islam dapat tertegak, sesudah badai demi badai dilalui, kita hanya akan tersenyum, kerana dapat melihat 'badai' itu rupa-rupanya hanya gerimis di tengahari, pastinya menjadi coretan terindah dalam perjalanan hidup bergelar sang dai'e. Hanya satu yang harus kita ingat, kita sebenarnya tidak bersendiri, Allah SWT sentiasa bersama hamba-hambaNya, dan seperkara lagi, ujian buat kita itu adalah sesuatu yang sesuai dengan kadar kemampuan kita. Maka terserlah lah di sini, insan jaguh yang paling kuat fisik, mental, dan rohaninya adalah: MUHAMMAD SAW, satu nama yang gah sejak berabad lamanya, tertulis dalam sejarah tapi masih 'hidup' di kalangan umat yang rindu dan cintakan sunnahnya.

Tahniah buat mereka yang terus berusaha menyambung risalah perjuangan baginda. Saya mengingatkan diri ini juga untuk terus membina kekuatan kerana 'badai' ini akan tiba tanpa kita duga, jangan kata badai, entahkan tsunami yang mungkin bisa melanda, tapi harapnya Allah SWT memudahkan urusan mereka yang ikhlas menegakkan kebenaran. WA.

Menjawab Persoalan: Cara Nyatakan Hasrat  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Bismillah..Assalamu'alaikum wbkth.

Berkesinambungan daripada artikel "Lelaki Ideal" yang ditulis pada entri blog dentistsupermuslim sebelum ini, saya diajukan beberapa pertanyaan oleh sahabat-sahabat kaum Adam. Bagusla, ada usaha. Salah satu persoalan yang belum saya jawab ialah...

"Saya ada terbaca satu artikel ni tp tak ingat source dari mana tapi dia habaq: kalau kita betul-betul menghayati sirah Rasulullah SAW , bukan lelaki yangg pi cari/ masuk minang perempuan tapi perempuan tu yang pi masuk meminang dan berjmupa parent si lelaki.. contohnya, Siti Khadijah.
Dan ada lagi beberapa kisah sahabat saya tak ingat, sila comment or bagi pendapat pasal tu boleh tak?Sebab saya tertarik dengan artikel yang saya baca tu sebab ada kaitan dengan saya..
huk3 "saya a bit malu nak aproach2 ngan pompuan nie", so saya rase macam benda ni satu benda yang bagus, hurm sebabnya saya ada baca lagi, usaha kita mencari jodoh yang sebenarnya adalah usaha kite menjadi orang yang soleh and solehah bukan siang malam pi cari pasangan..hehehe.. then, of course you have to doaa,a kalau nak pi cari pasangan tu boleh....in the correct manner kot"- a friend of mine.

First and foremost, saya perlu mengingatkan pembaca yang saya bukanlah doktor cinta, doktor jodoh, tapi saya bakal doktor gigi (amiin..) dan kalau boleh nak elak tulis pasal hal-hal yang saya tak ada pengalaman dengannya. Sebenarnya, persoalan sebegini mungkin lebih pantas dijawab oleh Ustaz Hasrizal (misalnya). Walaubagaimanapun, sebagai kawan, saya perlu consider juga persoalan2 yang diutarakan oleh sahabat-sahabat di sekeliling saya dalam proses mendidik diri dan sahabat-sahabat saya. Apa yang saya tahu, saya akan kongsikan, melalui pembacaan saya, dalam mencari jawapan, saya agak menitikberatkan fakta dan sumber yang sahih. Jadi, saya akan komen sedikit tentang pertanyaan sahabat saya ini secara adil. Harap mereka2 yang berilmu (terutama yang ada dalam blog list saya ni) dapat membantu.

Yang kedua, saya terpaksa copy paste soalan sahabat saya ini, yang ditanya melalui YM, dengan sedikit edit, supaya maksud sebenar soalan tidak tersasar untuk difahami, dengan namanya dirahsiakan. Jadi saya harap ini tidak menjadi masalah buat beliau.

Terlebih dahulu, biarlah saya memberikan komentar secara personal. Sirah memang penting untuk mempelajari jatuh bangunnya Islam, sebagai wadah inspirasi kejayaan untuk umat Islam pada masa kini yang makin mundur, sebagai pengajaran buat kita semua supaya tidak berulang lagi kesilapan yang lalu, walaubagaimanapun, sirah nabawiyah yang sering kita dengar dan pelajari sejak turun temurun di sekolah, harus dinilai dengan sumber dan fakta yang jelas lagi sahih, berapa orang pernah bertanya, "sejauh manakah authenticity sejarah Islam yang saya belajar sekarang?"..Kalau dalam bidang Sains dan Teknologi kita amat menekankan fakta-fakta dan hujah dalam menegakkan teori, kenapa tidak dalam bidang agama? Kenapa perlu double standard? Maka, bila wujud sikap double standard di kalangan umat Islam, timbullah pelbagai kisah sejarah yang mengandungi pembohongan fakta, tidak tulen, tokok tambah, dan terjadi juga kisah-kisah Israilliyat yang kadang-kadang tak logik dek akal. To make it short, saya tekankan sebarang dakwaan ke atas sejarah Islam haruslah ditelusuri dengan sumber/fakta yang sahih dan jelas, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, Islam bukanlah agama khayalan/jelmaan.rekacipta, tapi Islam yang syumul ini turunnya daripada Allah SWT, dibawa oleh Rasululluah SAW dan generasi yang seterusnya. Lanjut baca: Keperluan Mengenal Sejarah Islam. Sama hal nya ke atas dakwaan artikel yang sahabat saya baca ni, tentang ketika di zaman Rasulullah SAW, sebenarnya, perempuan yang masuk meminang lelaki lebih dominan daripada lelaki yang masuk meminang perempuan? Apakah kenyataan ini benar??Apakah wujud dalil2 dalam Al-Quran dan As-Sunnahyang menyokong dakwaan ini? Sebentar lagi akan saya kupas.

Seterusnya, sebagai seorang lelaki, lebih-lebih lagi lelaki ideal, perlulah lebih berani dalam menyatakan atau meluahkan perasaan. Saya tidak mahu komen terlalu mendalam tentang hal ini, yang namanya lelaki mesti kena berani, sebab secara fitrah pun mereka dah 'power' sehingga diberi kelebihan untuk memimpin umat manusia, jadi kenapa harus rasa segan?? Mungkin belum ada kekuatan. Binalah kekuatan sebab kekuatan bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu, bukan selalu ianya datang, kekuatan harus dibina sendiri. Seperti yang saya katakan sebelum ini, anda mampu mengubahnya. Lain halnya dengan wanita, wanita ni dianugerahkan sifat malu yang tinggi, mungkin juga dalam suasana atau persekitaran sekarang ni lebih ramai lelaki yang pemalu dibandingkan dengan perempuan yang daring(positive)?

Dan yang terakhir, sedikit komentar daripada saya, tentang cara nak cari jodoh, perlu berusaha jadi baik je ke tanpa berusaha mencari?? Kalau macam tu macammana kita nak jumpa teman hidup yang sesuai, bagai menunggu durian runtuh. Mungkin, persoalannya yang sesuai di sini, "Apakah antara bentuk-bentuk usaha yang boleh dilakukan untuk mencari jodoh?" Seriously, saya sendiri agak malu untuk menyentuh hal ini, tapi saya akan kongsikan apa yang saya baca, kalau anda lihat pada booklist saya, ada je buku2 yang boleh menjawab persoalan sahabat saya ni.

Saya rasa entri ini biarlah saya dahulukan dengan my personal opinion, selebihnya akan saya huraikan dalam entry yang selanjutnya, al-maklumlah, baru habis mid-sem test.
Nantikan.

Farhani Binti Md Azizan,
zealous_jovial_87@yahoo.com
Jakarta, Indonesia.


Lelaki Ideal  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Bismillah..Assalamu'alaikum wbkth..
Biarlah aku berbicara sebentar..

Selama ini, telah banyak tulisan-tulisan yang bercerita tentang WANITA. Penulisnya pula adalah LELAKI. Ini bukanlah fenomena yang pelik, memandangkan Islam sendiri mengiktiraf kedudukan wanita, Islam melindungi wanita, hak-hak keistimewaan wanita dilindungi oleh hukum hakam Islam. Wanita disentuh dalam Al-Quran, contohnya, surah an-Nisa'. Wanita didendangkan dalam lagu nasyid sebagai perhiasan dunia, sebagai makhluk yang diciptakan dari tulang rusuk, bengkok dan mudah patah. Wanita juga banyak ditegur dalam artikel-artikel tulisan kaum Adam, tentang penampilan mereka di khalayak, tentang aurat, tentang kerjaya, tentang pemakaian, tentang bermusafir dan sebagainya. Wanita memang makhluk yang istimewa, sentiasa menjadi tumpuan kaum Adam.

Kali ini, aku akan bercerita tentang LELAKI..Mungkin bermanfaat buat para wanita juga, terutama kakak-kakak yang tengah mencari..

Salah satu hadis yang menarik minat aku untuk men'detect' golongan lelaki yang diiktiraf oleh Islam ialah:

"Apabila datang kepada kalian lelaki yang kalian redhai AGAMA dan AKHLAKNYA, maka nikahkanlah ia dengan puteri kalian. Sebab jika tidak, maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar." [HR At-Tirmidzi].


Dari hadis ni, aku dapat faham bahawa dua elemen penting yang perlu diutamakan ketika wanita memilih pasangan hidup ialah AGAMA dan AKHLAK yang dimiliki oleh si lelaki. Jadi, kamu para lelaki sebisa mungkin harus berusaha membaiki agama dan akhlakmu, supaya kamu tergolong dalam golongan yang diiktiraf dalam Islam.

Ada lagi cerita lain..

Pada saat al-Hasan bin 'Ali ditanya oleh seorang tentang kepada siapakah puterinya dinikahkan, beliau menjawab, "Dengan laki-laki yang BERTAQWA kepada Allah, sebab ia akan mencintai puterimu dan memuliakannya. Jikalau ia marah kepadanya, nescaya ia takkan menzalimi puterimu."

Seseorang bertanya kepada ayah 'Abdullah ibnul Mubarak, "Wahai Mubarak, kepada siapa puteriku dinikahkan?" Mubarak pun menjawab,"Kaum jahilliyah menikahkan dengan sebab kedudukan, kaum Yahudi menikahkan dengan sebab harta, kaum Nasrani menikahkan dengan sebab ketampanan maka umat Islam ini menikahkan dengan sebab agama,"

Lihatlah kaum Adam, apa yang dapat mengiktiraf diri kamu dan membezakan kamu dari lelaki-lelaki lain ialah agamamu dan taqwamu, bukan harta, bukan rupa paras dan bukanlah kedudukanmu. Takutlah kepada Allah, lakukanlah apa yang disuruh Allah dan tinggalkanlah apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Satu firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 34:

"Kaum laki-laki itu adalah PEMIMPIN bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang shalih ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memeliharanya (mereka)".


"Seorang suami adalah pemimpin dalam keluarganya. Dia kelak akan diminta pertanggungjawaban terhadap orang-orang yang dipimpinnya," [muttafaq 'alaih].

Sekali lagi, Allah SWT dan Rasulullah SAW telah mengiktiraf kaum lelaki ini sebagai pemimpin. Justeru, latihlah dirimu mulai sekarang untuk memimpin diri kamu, memimpin serta membimbing orang-orang di sekelilingmu, kerana kamu tetap ditakdirkan sebagai pemimpin. Apakah alat yang kamu ada bagi memandu kamu untuk memimpin?? Sudah tentulah ilmu, apakah ilmu yang penting itu? Sudah tentulah ilmu Islam, yang berpijak pada dua sumber utama iaitu Al-Quran dan as-Sunnah.

Kaum lelaki yang 'power' ni juga telah diberi pilihan untuk berpoligami sekiranya mereka mampu..

"Maka nikahilah wanita-wanita yang kamu senangi, 2, 3, atau 4....."[QS An-Nisa':34].

Aku tak berniat untuk ulas panjang tentang poligami kerana hal ini akan menyentuh sensitiviti kaum wanita, namun satu hakikat yang tak boleh kita nafikan, lelaki ada kelebihan utuk meng'handle' lebih dari seorang wanita, wanita pula secara fitrahnya hanya mampu mencintai dan melayani seorang lelaki sahaja pada satu masa. Kaum wanita, setuju semua?? =)

Allah SWT berfirman,
"Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf," [QS Al-Baqarah: 228].
Kalimat ini, sekalipun singkat, namun ia merupakan satu kaedah komprehensif yang menyatakan bahwa dalam semua hak, wanita sama dengan pria, kecuali dalam 1 hal, sebagaimana yang difirmankan Allah SWT (sambungan ayat tadi):-
"Akan tetapi para suami mempunyai satu ketingkatan kelebihan daripada isterinya" [Al-Baqarah;228].


Wahai kaum lelaki, rajin-rajinlah berdoa dengan doa ini:-
"Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk mata hati. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang betaqwa," [QS Al-Furqan:74].

Apa kata-kata Rasulullah SAW tentang sebaik-baik manusia??

"Sebaik-baik manusia di antara kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku di antara kalian," [HR At-Tirmidzi] -sahih.

"Sungguh, dalam diri Rasulullah SAW itu, terdapat suri tauladan yang baik," [QS Al-Ahzaab:21]

Jelas, Rasulullah SAW mengiktiraf lelaki yang berbuat baik kepada isterinya. Dan contoh yang terbaik itu, qudwah yang terbaik itu, sudah tentulah daripada Rasulullah SAW. Maka, lelaki yang ideal adalah lelaki yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola hidupnya, mencontohi Rasulullah SAW dalam setiap amalan, ibadat, perkataan, perucapan, akhlak, selain daripada memiliki pegangan agama yang mantap.

Berusahalah untuk menjadi lelaki yang baik, ngetop, seimbang agama, akhlak dan intelek kerana tugas kamu adalah memimpin manusia2 di dunia ini. Akhir-akhir ini, ramai wanita yang merungut amat susah untuk mencari lelaki yang baik pada zaman sekarang ini, aku tidak pasti sejauh mana benarnya kenyataan ini, mungkin benar mungkin tidak, namun aku berharap dalam kuantiti lelaki yang semakin runcing ini akan melahirkan lelaki berkualiti acuan al-quran dan as-sunnah, merekalah pemimpin yang hebat. Kaum lelaki, anda mampu mengubahnya!!!!

Kesimpulan:
  • Salah 1 ciri2 lelaki ideal ialah lelaki yang baik agama dan akhlaknya.
  • Lelaki yang mencontohi Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah dalam setiap sudut kehidupannya, lebih-lebih lagi dalam ibadat dan akhlak.
  • Lelaki yang berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Lelaki yang melindungi, memimpin, melayani, dan mendidik kaum wanita/orang yang di bawah tanggungjawabnya dengan baik.
  • Lelaki yang bertaqwa, patuh pada perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.
  • Lelaki yang adil.
  • Lelaki yang berilmu.
  • err..ada sesape lagi nak tambah ke? personally, perempuan kalau nak detect laki tu sunnah ke tak secara physically, akan tengok janggut dan seluar. Bukan sengaja tengok, tapi terlihat oleh mata. Peace and no war =)
Soalan saya kepada kaum lelaki: "Sudahkah anda memiliki ciri2 lelaki ideal ini??"
Soalan saya kepada kaum wanita: "Sudahkah anda bertemu dengan lelaki ideal??"
(Jawab dalam hati).


Farhani Binti Md Azizan
zealous_jovial_87@yahoo.com
Jakarta, Indonesia.

Apakah Tuhan Menciptakan Kejahatan?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Assalamualaikum wbkth..baru-baru ni aku diberi tugas untuk membahas persoalan ini untuk subjek Filsafat Moral/Ilmu. Dosennya seorang yang beragama Kristen, tetapi agak liberal. Haha..maksud aku, walaupun dia Kristen, dia percaya pada Tuhan Yang Maha Esa (fitrah la kan), aku tak tanya lah pulak adakah dia percaya pada konsep Trinity dsbg, soalnya Kristen pun ada banyak cabangnya jugak spt Orthodox dsbg. Sebenarnya, bagi orang-orang beriman, org2 mukmin, konsepnya, "we hear and we obey"..Tak perlulah kita fikirkan secara mendalam tentang persoalan seperti persoalan di atas, dah Allah suruh buat baik, so, kita cari yang baik je lah untuk diamalkan dan tinggalkan apa yang dilarang, tu tugas kita yang utama sebagai khalifah dan hamba atas muka bumi ni. Tapi, memandangkan pak dosen aku ni org nya agak "philosophy" dan kebetulan subjek yang diajar ni subjek Falasafah, so, layan je la untuk memenuhi SKS. Ni hasil kerja aku, aku harap kalau aku ada buat apa-apa kesalahan,kurang jelas, kurang kukuh, kurang mantap mohon dibetulin ya ~ memang serba kekurangan sbb aku baru buat benda ni last minute, pagi tadi, ilmu pun tak cukup lagi, dan kalau ada apa2 nak tambah pun boleh tapi kena ada dalil yang sahih. Rujukan aku, of course Al-Quran, dan artikel UHF tentang "Tuhan Islam Kejam?? (bhg 2) dan artikel Asma wa Sifat dari blog Aqeedah bro Nawawi, dan selain tu, dari situs http://www.islamtomorrow.com/ dan juga JIL(Jaringan Islam Liberal). Ups, jgn salah paham, aku nak tengok apa yang rasionalis mereka cakap tentang Allah berlandaskan dan compare kan dgn manhaj ASWJ....di bawah ini adalah pembahasan aku:-

Kejahatan berarti tindakan yang sangat keji, yang biasanya dilaksanakan atas kepentingan tertentu, atas dasar kriminal dan kekerasan di antara manusia, serta menimbulkan efek negatif seperti kesengsaraan kepada manusia lain. Contoh kejahatan adalah kebencian, ketidakadilan, pembunuhan, dan perlanggaran hak-hak asasi manusia lainnya dan bencana.
Persoalannya, apakah kejahatan-kejahatan ini diciptakan Tuhan? Bagi membahas hal ini (persoalan tentang sifat-sifat Allah), saya harus menggunakan dalil-dalil dari sumber Al-Quran dan hadis-hadis shahih, tidak mungkin saya menggunakan akal fikiran yang terbatas karena persoalan ini melibatkan sifat-sifat Allah, pencipta Yang Maha Esa.

Di dalam Al Quran, jelas, Allah berfirman:
Barangsiapa menghendaki kemuliaan, maka ketahuilah kemuliaan itu semuanya milik Allah (Fathir 35: 10)

Allah memiliki nama-nama yang baik dan mulia (Asma’ ul Husna), nama-nama yang mulia ini bukanlah sekadar nama kosong yang tidak mengandungi makna dan sifat, justeru ia adalah nama-nama yang menunjukkan kepada makna yang mulia dan sifat yang agung (misalnya, maha suci, maha penyayang, maha adil). Kita mengetahui bahawa apa yang Allah sifatkan untuk Diri-Nya adalah haq (benar), tidak mengandungi teka-teki dan tidak untuk dibongkar. Tidak ada satu pun yang menyamai-Nya, juga tidak dalam perbuatan-Nya.
Mengenai kebaikan dan kejahatan, pada dasarnya Tuhan telah menggariskan dengan jelas. Tergantung kepada manusia itu sendiri. Apakah mau ke jalan kebaikan ataukah ke jalan kejahatan. Sebenarnya kita diberikan dua opsi, pertama jalan kebaikan, yaitu jalan yang Tuhan ridhai, kedua jalan kejahatan yaitu jalannya Iblis dan syetan, yang tidak ingin manusia pada jalan kebaikan.
Firman Allah SWT dalam Surah Asy Syams (91: 8-10)
“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”.

Firman Allah, dalam surah Al-Balad (90:10 dan 11):-
”Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan). Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar?”

Dalam surah Az-Zumar 39:18 – “(yaitu) mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang2 yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah yang diberi akal yang sehat.” Ayat ini menyatakan orang yang diberi hidayah adalah orang yang mendengar hujah dan selepas itu membuat pilihan yang benar berdasarkan keyakinannya pada kebenaran.


Al-’Araf 7:12 – Allah berfirman, ”Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu? Iblis menjawab, ”aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”

Al-‘Araf, 7:13- Allah berfirman, ”maka turunlah kamu darinya (syurga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina.”

Al-Kahfi 18:50 – ”dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ”sujudlah kamu kepada Adam!” maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka, dia mendurhakai perintah Tuhannya. Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah iblis itu sebagai pengganti Allah bagi orang yang zalim. ”

Al-’Araf, 7:27 : ”Wahai anak cucu Adam! Janganlah kamu sampai tertipu oleh setan sebagaimana sebagaimana halnya setan telah mengeluarkan ibu bapakmu dari surga....................Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman”

Al-’Araf, 7:28 ”Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata ”kami mendapati nenek moyang kami melakukan yang demikian dan Allah menyuruh kami melakukannya”, katakanlah, Sesungguhnya Allah tidak pernah menyuruh berbuat keji. Mengapa kamu membicarakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui?”

Antara sifat Allah ialah iradah (berkehendak).
”Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, maka Dia hanyalah berkata: " Jadilah!". maka terjadilah ia.” (Yasin 36: 82)

Iradah kauniyah tidak mengharuskan mahabbah (cinta Allah). Terkadang Allah menghendaki terjadinya sesuatu yang tidak Dia cintai, tetapi dari hal tersebut akan lahir sesuatu yang dicintai Allah. Seperti penciptaan Iblis dan segala yang jahat lainnya untuk tujuan ujian dan cubaan. Firman Allah SWT,
"Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman. (al-An’am 6: 125)


Harus diingat, meskipun Allah SWT telah menciptakan nafsu dan iblis sebagai yang merupakan unsur kejahatan, tetapi Allah telah mengingatkan kita agar mengikuti kebaikan dan meninggalkan kejahatan, seperti firmanNya yang bermaksud:

”Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik. ”(al-Baqarah: 195)
” Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (al-Baqarah 2: 222)
”Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (al-Baqarah 2: 195)

Allah berfirman lagi dalam surah Al-Insan, 76: 3, ”Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.”
Dalam Surah al-Baqarah, 2:89, Allah berfirman: ”dan setelah sampai kepada mereka kitab Al Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka (tauhid yang diajarkan taurat),..........ternyata setelah sampai kepada mereka apa yang telah mereka ketahui itu, mereka mengingkarinya. Maka laknat Allah bagi orang-orang yang ingkar.”
Suatu perkara yang Allah kehendaki ianya terjadi (baik maupun jelek) tidaklah berarti Allah meredhainya namun Allah tetap mengizinkannya kerana sesuatu sebab atau hikmah yang ingin dicapai di sebalik sesuatu yang terjadi atau tercipta, firmanNya:

Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.” [al-Kahf 18:29]

Allah memiliki sifat qudrah, kuasa untuk melakukan apa saja yang dikehendakinya, sebagaimana Dia juga menafikan dari Diri-Nya sifat ‘ajz (lemah) dan lughub (letih).
”(sudah tetap) Bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; Sesungguhnya ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Fathir 35: 44)

”Katakanlah: "Dia lah Yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu,” (al-An’am 6: 65)

”Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (al-Ma’idah 5: 120)

Jika sesorang mengetahui bahawa Allah adalah Hakim yang Maha Adil, tidak menyukai kezaliman, kecurangan, dosa, dan permusuhan; dan Dia Maha Membalas dendam terhadap orang-orang yang zalim atau orang-orang yang melampaui batas atau orang-orang yang berbuat kerusakan, maka ia pasti akan menahan diri dari kezaliman, dosa, kerosakan, dan khianat. Dan dia akan berbuat adil atau optimis sekali pun terhadap dirinya sendiri, juga akan bergaul dengan teman-temannya dengan akhlak yang baik. Dan masih banyak lagi pengaruh terpuji lainnya kesan mengetahui nama-nama Allah dan beriman kepada-Nya.

Demikianlah, Allah memperkenalkan Diri-Nya dengan nama-nama itu agar hamba-Nya mengenal-Nya dan memohon kepada-Nya sesuai dengan isi kandungannya dan juga agar sentiasa berbuat baik kepada sesama hamba-Nya yang lain. Allah berfirman lagi,
”Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Ali Imran 3: 31)

Intinya, Tuhan menciptakan iblis dan segala sesuatu yang wujud dan terjadi atas dunia ini, tapi Tuhan bukanlah kejahatan, sebaliknya Dia memberikan kita pilihan untuk memilih yang baik dan yang buruk, Dia telah menjadikan manusia itu berakal untuk berpikir dan membedakan antara yang baik dan buruk, namun akal manusia itu masih terbatas, tidak sampai pengetahuan tentang alam ghaib dan sebagainya sehingga terkadang timbul salahtafsir terhadap sesuatu, termasuklah salah mengerti tentang tuhannya. Lalu, Allah menurunkan petunjuk dan peringatan kepada manusia berupa Al-Quran dan model terbaik, yaitu Nabi Muhammad SAW. Nah, manusia yang berakal dan berkemampuan seharusnya berusaha mencari dan mengkaji petunjuk-petunjuk ini, unsur kejahatan yang dicipta itu seperti bala bencana dan sebagainya hanyalah sebagai ujian Allah kepada umatnya di atas muka bumi ini yang mengandung pelbagai tujuan, antaranya ialah bertujuan menambahkan rasa cinta dan dekat kita kepada Khaliq (pencipta), dan sebagai syarat memperoleh syurga. firman Allah SWT:
Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik perbuatannya” (al-Mulk/67:2).

“Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dan lebih kekal” (QS al-A`la/ 87:17).

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini kecuali hanya senda gurau dan permainan” (QS Muhammad / 47:36).

”Apakah orang-orang itu menyangka bahwa mereka akan dibiarkan saja berkata: ’Kami beriman’ padahal mereka belum diuji?” (al-`Ankabut, 29:2)

“Dan sungguh akan Kami uji kamu dengan sesuatu yang berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Namun sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah / 2:155)


Rasulullah SAW bersabda: "Tak ada satu musibah pun yang menimpa seorang muslim, kecuali Allah dengan itu akan menghapus dosa dan kesalahannya, walaupun hanya sepotong duri yang menusuknya". (HR Bukhari dan Muslim).

Selain itu, kejahatan-kejahatan, bala bencana, dan kerusakan yang terjadi memiliki tujuan lain yaitu sebagai bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, sebagai meningkatkan jati diri, pengukur tahap keimanan, sebagai peringatan kepada yang leka, sebagai balasan kepada orang shalih yang tidak melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, menguji sikap orang yang terlepas daripada musibah, bala’ dan fitnah. Andai semua yang tercipta di dunia berupa perkara kebaikan, untuk apa dunia diciptakan? Analoginya, ujian-ujian semester yang kita ikuti itu juga mempunyai pilihan yang salah dan tepat, tinggal memilih aja yang benar (berasaskan ilmu dan usaha), terus kita akan berjaya.

Farhani binti Md Azizan
Kelas A
2007-11-152
5 Juni 2008

end...banyak lagi ayat2 AQ yang boleh dijadikan hujjah sebenarnya... banyak amalan sunnah dan doa2 yang dah Nabi ajar untuk lindungi diri dari kejahatan(spt bisikan syaitan, kejahatan sihir, kejahatan org yg dengki mendengki, kejahatan makhluk ciptaanNya, so amalkan lah, ni la kepentingan amalkan hidup ilmu yang sahih (AQ & AS), dpt protect diri dari syaitan dan kejahatan...ok, sekian dulu, gtg...class starts at 7.40 am..daaa...Assalamualaikum wbkth.