1. Khalifah ar-Rasyidin :
• Abu Bakr Ash-Shiddiq
• Umar bin Al-Khaththab
• Utsman bin Affan
• Ali bin Abi Thalib
2. Al-Abadillah :
• Ibnu Umar
• Ibnu Abbas
• Ibnu Az-Zubair
• Ibnu Amr
• Ibnu Mas’ud
• Aisyah binti Abubakar
• Ummu Salamah
• Zainab bint Jahsy
• Anas bin Malik
• Zaid bin Tsabit
• Abu Hurairah
• Jabir bin Abdillah
• Abu Sa’id Al-Khudri
• Mu’adz bin Jabal
• Abu Dzarr al-Ghifari
• Sa’ad bin Abi Waqqash
• Abu Darda’
3. Para Tabi’in :
• Sa’id bin Al-Musayyab wafat 90 H
• Urwah bin Zubair wafat 99 H
• Sa’id bin Jubair wafat 95 H
• Ali bin Al-Husain Zainal Abidin wafat 93 H
• Muhammad bin Al-Hanafiyah wafat 80 H
• Ubaidullah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud wafat 94 H
• Salim bin Abdullah bin Umar wafat 106 H
• Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash Shiddiq
• Al-Hasan Al-Bashri wafat 110 H
• Muhammad bin Sirin wafat 110 H
• Umar bin Abdul Aziz wafat 101 H
• Nafi’ bin Hurmuz wafat 117 H
• Muhammad bin Syihab Az-Zuhri wafat 125 H
• Ikrimah wafat 105 H
• Asy Sya’by wafat 104 H
• Ibrahim an-Nakha’iy wafat 96 H
• Aqamah wafat 62 H
4. Para Tabi’ut tabi’in :
• Malik bin Anas wafat 179 H
• Al-Auza’i wafat 157 H
• Sufyan bin Said Ats-Tsauri wafat 161 H
• Sufyan bin Uyainah wafat 193 H
• Al-Laits bin Sa’ad wafat 175 H
• Syu’bah ibn A-Hajjaj wafat 160 H
• Abu Hanifah An-Nu’man wafat 150 H
5. Atba’ Tabi’it Tabi’in : Setelah para tabi’ut tabi’in:
• Abdullah bin Al-Mubarak wafat 181 H
• Waki’ bin Al-Jarrah wafat 197 H
• Abdurrahman bin Mahdy wafat 198 H
• Yahya bin Sa’id Al-Qaththan wafat 198 H
• Imam Syafi’i wafat 204 H
6. Murid-Murid atba’ Tabi’it Tabi’in :
• Ahmad bin Hambal wafat 241 H
• Yahya bin Ma’in wafat 233 H
• Ali bin Al-Madini wafat 234 H
• Abu Bakar bin Abi Syaibah Wafat 235 H
• Ibnu Rahawaih Wafat 238 H
• Ibnu Qutaibah Wafat 236 H
7. Kemudian murid-muridnya seperti:
• Al-Bukhari wafat 256 H
• Muslim wafat 271 H
• Ibnu Majah wafat 273 H
• Abu Hatim wafat 277 H
• Abu Zur’ah wafat 264 H
• Abu Dawud : wafat 275 H
• At-Tirmidzi wafat 279
• An Nasa’i wafat 234 H
8. Generasi berikutnya : orang-orang generasi berikutnya yang berjalan di jalan mereka adalah:
• Ibnu Jarir ath Thabary wafat 310 H
• Ibnu Khuzaimah wafat 311 H
• Muhammad Ibn Sa’ad wafat 230 H
• Ad-Daruquthni wafat 385 H
• Ath-Thahawi wafat 321 H
• Al-Ajurri wafat 360 H
• Ibnu Hibban wafat 342 H
• Ath Thabarany wafat 360 H
• Al-Hakim An-Naisaburi wafat 405 H
• Al-Lalika’i wafat 416 H
• Al-Baihaqi wafat 458 H
• Al-Khathib Al-Baghdadi wafat 463 H
• Ibnu Qudamah Al Maqdisi wafat 620 H
9. Murid-Murid Mereka :
• Ibnu Daqiq Al-led wafat 702 H
• Ibnu Taimiyah wafat 728 H
• Al-Mizzi wafat 742 H
• Imam Adz-Dzahabi (wafat 748 H)
• Imam Ibnul-Qoyyim al-Jauziyyah (wafat 751 H)
• Ibnu Katsir wafat 774 H
• Asy-Syathibi wafat 790 H
• Ibnu Rajab wafat 795 H
10. Ulama Generasi Akhir :
• Ash-Shan’ani wafat 1182 H
• Muhammad Shiddiq Hasan Khan wafat 1307 H
• Al-Mubarakfuri wafat 1427 H
• Abdurrahman As-Sa`di wafat 1367 H
• Ahmad Syakir wafat 1377 H
• Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh wafat 1389 H
• Muhammad Amin Asy-Syinqithi wafat 1393 H
• Muhammad Nashiruddin Al-Albani wafat 1420 H
• Abdul Aziz bin Abdillah Baz wafat 1420 H
• Hammad Al-Anshari wafat 1418 H
• Hamud At-Tuwaijiri wafat 1413 H
• Muhammad Al-Jami wafat 1416 H
• Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin wafat 1423 H
• Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i wafat 1423 H
• Shalih bin Fauzan Al-Fauzan hafidhahullah
• Abdul Muhsin Al-Abbad hafidhahullah
• Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidhahullah
Sumber: Makanatu Ahli Hadits karya Asy-Syaikh Rabi bin Hadi Al-Madkhali dan Wujub Irtibath bi Ulama dengan sedikit tambahan.
dari: AFN
Pegangan Saya tentang Pengamalan Hadis Dha'if.
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Hadis, Penulisan HaniPendirian Saya tentang Pengamalan Hadis Dha’if.
- Sebagai orang awam yang masih terkial-kial dalam bidang agama dan mempunyai prioriti untuk menguasai ilmu pergigian untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dalam jangkamasa lebih kurang 5 tahun lagi insyaAllah, saya kira keutamaan saya dalam mempelajari ilmu hadis ialah berinteraksi dengan hadis-hadis sahih terlebih dahulu dan juga hadis-hadis hasan yang darjatnya diyakini. Kenapa perlu saya mengutamakan sesuatu yang ragu-ragu dibandingkan dengan sesuatu yang dah confirm datang dari Rasulullah SAW, biarlah dari muhaddis yang terhormat sekalipun, Rasulullah SAW tetap menjadi prioriti saya. Lagipun, terlalu banyak hadis-hadis sahih yang perlu dipelajari.
- Para ulama’ ada yang berkeras dengan pengamalan hadis dha’if dan ada yang membataskannya dengan untuk tujuan tertentu. Walaubagaimanapun, ulama-ulama tersebut meletakkan syarat-syarat pengamalan hadis dhaif, maka dalam situasi ini kita harus memperhatikan syarat-syaratnya dan bersikap lebih berhati-hati, sudah terpenuhkah syarat-syarat tersebut? Frankly speaking, saya sebagai orang awam yang tak menguasai bidang hadis, atas dasar hati-hati, saya tidak mampu menentukan samaada dapat atau tidak saya melepasi syarat-syarat pengamalan hadis-hadis dha’if. Dalam menilai kesahihan hadis, saya hanya bertaqlid pada imam-imam hadis yang reliable. Kalau nak amal juga, saya nasihatkan rujuklah dahulu kitab sumber hadis tersebut dan sanadnya, bukan dengan hanya melepaskan batuk di tangga. Mengkaji sanad bukanlah bidang saya. Dalam pada masa yang sama, perlulah saya meneruskan usaha mendalami ilmu hadis, itu dah sememangnya tanggungjawab umat Islam, lebih-lebih lagi golongan intelek, harus menggunakan segala kudrat yang ada untuk mendalami ilmu ini. Saya menghormati pendapat setiap ulama’ namun kita haruslah faham pendirian setiap ulama’ tersebut dan tidak mengambil ringan dengan menganggap bahawa boleh sahaja beramal dengan hadis dhaif tanpa memperhatikan syarat-syaratnya.
- Perlu diingat, hadis-hadis dha’if maksudnya lemah, ragu-ragu samaada benar-benar dari Rasulullah SAW ataupun tidak, sekali lagi tegas saya, berhati-hati lah tentang amaran Rasulullah SAW ini: “Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta, maka dia termasuk dalam salah seorang pendusta.” [Shahih Muslim] ; Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang berdusta ke atas aku maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka.”. Maka sesuatu hadis tidak boleh disampaikan mengikut sangkaan semata, harus ada pengertian dan kajian sebelum menyebarkan atau beramal dengan sesuatu hadis.
- Timbul persoalan daripada yang bertanya, ”Apa guna wujudnya hadis dhaif kalau macam tu?” Maka silalah anda berpegang pada pendapat Imam Nawawi: dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalam bab keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-Tarhib) asalkan ianya bukan hadis maudhu’. Adapun dalam bab hukum-hakam seperti halal dan haram, jual-beli, penceraian dan apa-apa lain yang seumpama, tidak boleh beramal dengan hadis dha‘if kecuali dengan hadis yang sahih atau hasan. Melainkan jika hadis-hadis tersebut bersangkutan dengan sikap berhati-hati terhadap bab-bab tersebut, seperti hadis dha‘if yang menyebutkan makruhnya hukum melakukan sebahagian bentuk jual-beli atau pernikahan, maka disunatkan untuk menghindari daripadanya (yang makruh tersebut) namun ia tidak jatuh kepada hukum wajib. Orang ramai perlu tahu bahawa ianya hadis dhaif, dan tidak ’salah kaprah’ dengan menganggap ianya hadis sahih/hasan kerana kemasyhurannya.
- Hadis dha’if tidak boleh diyakini ianya tsabit dar Rasulullah SAW, perlu menyatakan kelemhannya bila disebarkan kepada orang awam agar tidak berlaku sebarang kekeliruan, salah faham mahupun mendakwa sesuatu atas nama Rasulullah sedangkan belum tentu ianya daripada Rasulullah SAW. Kalau boleh, setiap amalan yang kita amalkan perlulah disemak dalilnya yang sahih terlebih dahulu dari Al-Quran dan As-sunnah dan kemudian amalkanlah. Sekiranya hanya ada hadis dhaif, semaklah pula darjat hadis dhaif tersebut, adakah kelemahannya ringan? Adakah anjuran beramal dalam hadis dhaif tersebut adalah tertakluk pada amalan yang sudah digariskan dalam AQ dan AS? Ingat, Hadis dha‘if tidak boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu amalan, perintah atau larangan.
- Apa yang saya khuatirkan, sekiranya kita mem ’busy’ kan diri dengan hadis dhaif, kita tertinggal sumber-sumber Islam yang sahih. Ini adalah satu fenomena yang sangat menyedihkan bagi saya, di mana letaknya ketulenan Islam itu sendiri. Kenapa harus sumber-sumber yang sahih dipinggirkan hanya sebab masyarakat sibuk nak beramal dengan sesuatu yang masih ragu-ragu. Kita memang tak mahir nak bagi prioriti. Patutlah Yusof Al-Qaradhawi tulis Fiqh Prioritas. Sebab tak tahu nak bagi prioriti ni lah, umat Islam jauh ketinggalan di belakang. Kadangkala, ada amalan yang ciput dijanjikan langsung pahala masuk syurga, ada yang ganjarannya mengatasi para Nabi, that’s why ada orang kata, ”cukup lah aku buat yang ni je, confirm masuk syurga,”.
- Maka, kesimpulannya, kita kenalah berdisiplin dalam mengambil syariat dan sumber Islam. Janganlah sewenang-wenangnya, sebab agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT, bukannya agama main-main dan rekacipta. Untuk kes pengamalan hadis dhaif, saya kira ia bukanlah mudah seperti yang disangka sekiranya kita benar-benar memperhatikan syarat-syaratnya. Berusahalah menyibukkan diri dengan hadis-hadis sahih dan seterusnya hasan yang masih banyak lagi belum kita kuasai dan masyhurkan. Itu saja buat kali ini, terima kasih kepada adikku yang bertanya. WA.
1. Tidak harus beramal dengan hadith-hadith dhaif secara mutlak, sama ada hadith-hadith akidah, ahkam (hukum) mahupun hadith-hadith fadhail (keistimewaan mana-mana ibadah). Ibn Sayid al-Nas dalam kitabnya Uyun al-Athar meriwayatkan pendapat ini daripada Yahya bin Ma`in. Manakala dalam kitab Fath al-Mughith menyebutkan bahawa ia merupakan pendapat al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi. Yang jelas ia merupakan pendapat Imam al-Bukhari dan Muslim seperti yang terdapat dalam kitab Sahih mereka. Demikian juga pendapat Imam Ibn Hazam al-Andalusi.
2. Harus beramal dengan hadith dhaif yang membicarakan tentang fadhail al-a’amal, pengajaran, peringatan, cerita, targhib dan tarhib. Tetapi tidak boleh beramal dengan hadith dhaif yang membicarakan tentang akidah seperti sifat-sifat Allah SWT, perkara ghaib dan yang membicarakan perkara hukum syarak.
Dalam hal ini, Imam al-Nawawi menegaskan dalam kitabnya al-Azkar:
Para ulama yang terdiri daripada pakar fiqh, pakar hadith dan lain-lain menegaskan: harus malah digalakkan beramal dengan al-fadhail, al-targhib dan tarhib menerusi hadith dhaif selagi ia bukan hadith maudhu’ (palsu). Manakala hukum seperti halal, haram, jual beli, nikah, talak dan lain-lain yang berhubung dengannya tidak boleh beramal melainkan menerusi hadith sahih dan hasan.
Al-Imam al-Nawawi menegaskan dalam kitab al-Majmu’:
Para ulama menegaskan: hadith mempunyai tiga bahagian iaitu sahih, hasan dan dhaif. Mereka menegaskan lagi: Sesungguhnya hadith yang harus dijadikan hujah (dalil) dalam bidang hukum ialah hadith sahih atau hasan. Manakala hadith dhaif tidak boleh dijadikan hujah atau dalil dalam bidang hukum-hukum dan akidah, tetapi harus meriwayatkan dan beramal dengannya dalam bidang yang lain daripada hukum-hukum, seperti certa-cerita, keutamaan mana-mana ibadah, targhib dan tarhib. (al-Nawawi, Mahyuddin Yahya bin Syaraf, al-Majmu Sharh al-Muhazzab, Mesir; matba`ah al-Imam, jld. 1, hlm. 59)
1. Hadith dhaif yang hendak diamalkan tidaklah terlalu dhaif. Oleh itu, tidak boleh beramal dengan hadith dhaif yang diriwayatkan oleh mana-mana perawi dusta, perawi yang dituduh sebagai pendusta dan mana-mana perawi yang banyak kesalahan dan kesilapan. Al-Hafiz Solah al-Din al-`Alai menegaskan bahawa para ulama telah bersepakat terhadap syarat ini.
2. Hadith dhaif tersebut termasuk di bawah dasar agama yang umum dari segi maksudnya. Oleh itu, terkeluarlah mana-mana hadith palsu yang sama sekali tidak termasuk di bawah mana-mana dasar agama yang umum.
3. Seseorang yang beramal dengan hadith dhaif tidak boleh beriktikad bahawa hadith tersebut adalah thabit daripada Rasulullah, bahkan dia hendaklah iktikad sebagai berwaspada sahaja, supaya dia tidak menyandarkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang perkara yang tidak diucapkan oleh baginda.
Sebagai panduan lagi, kami ingin tegaskan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Barangsiapa dengan sengaja berdusta dalam hadith-hadithku, maka bersedialah tempat duduknya dari api neraka.
(hadith sahih Ashab al-Sunan dan Ashab Shahah)
Kalaupun mereka secara tidak langsung mendustakan hadith-hadith Rasulullah s.a.w., mereka dikategorikan sebagai pengikut dalam menyebarluaskan hadith-hadith yang dhaif atau palsu.
Ibn Hibban dalam Sahihnya mengatakan, wajib masuk neraka bagi sesiapa sahaja yang menisbahkan sesuatu kepada Rasulullah s.a.w., padahal dia tidak mengetahui sejauh mana kebenaran hadith tersebut. Seterusnya Ibn Hibban membawa satu dalil:
Nabi s.a.w. bersabda:
Barangsiapa mengutarakan hadith dariku dan diketahui bahawa ia dusta, ia termasuk dalam golongan pendusta. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jindub dan Mughirah bin Syu’bah)
Sumber: AFN
alhamdulillah, usaha bagi memberitahukan perihal hadis2 daif dan maudhu' semakin maju nampakna, dan rasa2nya masyarakat pun makin ramai yg sedar tentang perkara ini. Soalan saya adalah:
- Apakah mungkin wujud dalam satu2 situasi yg mana, ada beberapa hadis yang tercatit mengenainya, dan drpd beberapa hadis ini, ada yg sahih, dan ada yg daif?
- Jika ada, apa yg saya risaukan ialah, bagaimana jika kita bersungguh2 menolak satu2 hadis itu kerana daif atau maudhu'nya, tetapi, secara tidak langsung, kita turut menolak beramal dgn amalan itu terus, walhal, ada nas mengenainya?
Ringkas kata, boleh jadi, disebabkan kedaifan satu hadis, kita bukan sahaja menolak beramal dgn hadis daif tersebut, bahkan, terus membawa kepada menolak beramal dgn amalan yg dinyatakan dalam hadis tersebut. :confused:
- Situasi di atas mungkin berlaku di kalangan orang2 awam seperti saya, yang mana saya pasti salah satu jawapan utk kami, adalah dgn mempelajari ilmu2 hadis dgn lebih mendalam lagi drpd guru2 yg mursyid.
- Komentar?
Jawab:
Sudah tentu ada!
Namun hadis2 dha'ef dan maudhu' itu tidak mempengaruhi kesahihan hadis2 sahih itu.
Cth:
1. Puasa hari asyuura itu thabit dgn hadis sahih.
Disamping itu ada pula hadis2 dha'ef dan maudhu' yang mengiringinya supaya puasa asyuura itu lebih menarik kepada orang awam.
2. Solat Dhuha itu thabit melalui hadis sahih, tapi ada hadis2 dha'ef dan maudhu' yg menokok nambah fadhilatnya.
3. hadis2 tentang alMahdi itu banyak yg sahih, tapi ada bersamanya hadis lemah dan palsu menyebabkan alMahdi itu menjadi topik yg mengelirukan.
4. hadis2 tentang Dajjal itu banyak yg sahih, tapi ada bersamanya hadis2 lemah dan palsu...
Maka lahirlah ilmu mustalah hadis, takhrij hadis, tahqeeq hadis untuk membersihkan hadis sahih dari yg selainnya. Bahkan kitab2 yg besar2 pun dibersihkan kan hadis2nya spt kitab Ihya' Ulumiddin yg dibersihkan dari hadis2 dha'ef dan maudhu' oleh al_Iraqee. Kitab Fiqh Sunnah juga disusun semula oleh alMUhaddith Albanee dari hadis2 yg kurang kemas susunan dan ambilannya. WA
Adakah Salah Pendirian untuk Tidak Mahu Beramal dengan Hadis Dhaif?
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in HadisJawab: Pendirian anda itu (tidak mahu menggunakan hadis dha'ef secara mutlak) adalah pendapat dan wawasan Imam Bukhari dan Muslim. Adapun keharusan menggunakan hadis dha'ef secara mutlak ialah Imam Ahmad dan Imam Daud azZahiri. Alasannya hadis dha'ef lebih utama daripada pendapat manusia. Keharusan bersyarat (dalam urusan fadhail amal) itu pendirian Imam Nawawi, Imam Syuyuti dgn beberapa pra-syarat dan Imam-imam Tablighi menggunakannya dgn meluas tanpa syarat Nawawi dan Syuyuti. WA |
Saya telah membaca beberapa artikel di dalam web Al-Ahkam Net mengenai hadis-hadis dhaief ( lemah ) dan saya bersyukur kepada Ilahi kerana hadis-hadis itu dan juga hadis-hadis palsu dipaparkan kepada khalayak agar kita semua berhati-hati dengannya .
Tapi baru-baru ini ketika saya berbincang dengan rakan saya yang sama-sama bertugas di sini ( beliau sebagai seorang ustazah lepasan Fak. Pengajian Islam ) mengenai faedah-faedah yang saya telah dapati daripada web Al-Ahkam Net ini , tiba-tiba beliau menyatakan bahawa beliau tidak setuju hadis-hadis lemah itu ditolak 100 peratus.
Menurutnya hadis lemah bukanlah hadis palsu ( maudhu' ) dan bukan semua hadis lemah boleh ditolak sebab ada sebahagiannya yang benar isinya . Dan katanya lagi kebanyakan ulama' pun menerima juga sebahagian hadis-hadis yang lemah .
Saya masih tidak faham dengan kenyataan rakan saya itu .
Bagaimana sepatutnya sikap kita terhadap penggunaan hadis-hadis lemah ini dan bagaimana pula sikap para ustaz di Al-Ahkam Net di dalam menanggapi persoalan ini ? .
Saya berharap Al-Fadhil Ustaz Zain sudi menjawabnya memandangkan tuan adalah pengerusi dan pengendali utama web Al-Ahkam Net ini .
Saya mengalu-alukan juga jawapan dan respon daripada ketiga-tiga pengendali Ruangan SJ Feqh untuk membantu saya dan semua muslimin memahami isu ini .
Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik tuan dan semua pengendali web ini .
Syukran Jazilan .
al-Jawabb:
Al-Imam al-Nawawi ada menyebutkan:
Para ulama dari kalangan ahli Hadis, ahli Feqh dan selainnya berkata: Dibenarkan dan disukai beramal dengan hadis Dhaif dalam hal2 fadha'il serta targhib dan tarhib, selama hadis itu tidak berstatus maudhu' (palsu). (Al-Azkar, hal. 5)
Fadha'il bermaksud bermaksud hadis2 yang menyatakan kelebihan beramal. Targhib ialah hadis yang mengandung galakan untuk berbuat baik. Dan tarhib pula adalah yang mengandungi ancaman bagi mereka yang berbuat jahat dan maksiat.
Berdasarkan pendapat al-Nawawi, dapat kita simpulkan bahawa beramal dengan hadis dha'if adalah dilarang kecuali:
1. Dalam hal2 fadha'il, targhib dan tarhib. Kebalikannya ialah, hadis dhaif tidak boleh digunakan sebagai hujah hukum.
2. Kedha'ifan hadis itu tidak sampai ke tahap maudhu'.
------------------------
Apabila al-Imam al-Nawawi mensyaratkan pengamalan hadis dha'if adalah yang tidak sampai ke taahap maudhu', maka kita tertanya2 apakah maksudnya? Apakah penafsirannya?
Catatan kaki di dalam al-Azkar ada menyebutkan:
"Perkataan al-Nawawi: (Selama hadis itu tidak berstatus maudhu'): Termasuk hadis yang terlalu dha'if. Maka tidak boleh beramal dengan hadis yg di dalamnya terdapat rawi yang pendusta atau tertuduh dusta. Dan, ada lagi dua syarat untuk beramal dengan hadis Dha'if, iaitu: Sesuatu amalan itu hendaklah mempunyai syahid yang lain (ada dasarnya dari nash lain yang sahih) seperti ia berada di bawah suatu nash yang umum atau di bawah satu kaedah umum. Ketika beramal dengan hadis ini hendaklah tidak di-Iktikadkan bahawa ia sabit (dari Rasulullah s.a.w.). Malah, hendaklah di-iktikadkan sebagai ihtiati (langkah berjaga2) sahaja." (ibid.)
--------------------
Ini bermakna berdasarkan kepada kenyataan al-Imam al-Nawawi dan dari catatan kaki dalam kitab al-Azkar, bahawa untuk beramal dengan hadis Dhaif bukanlah secara mutlak boleh beramal. Asal sahaja ada hadis dhaif yang berbentuk fadha'il amal, maka kita boleh terus beramal dengannya. Bukan begitu. Mahu beramal dengan hadis dhai'if ada syarat-syaratnya. Sebagaimana yg dinyatakan ada 4 syarat:
1. Hadis itu untuk fadha'il a'mal, targhib dan tarhib.
2. Hadis itu tidak terlalu dha'if dan tidak maudhu'.
3. Amalannya mestilah mempunyai dasarnya dari nash sahih yang lain yang umum atau ia berada di bawah kaedah yang umum.
4. Semasa beramal, hadis itu tidak di-iktikad-kan sabit dari Rasulullah s.a.w.. Malah ia hendaklah ber-iktikad untuk ihtiyati sahaja.
Jadi, adalah suatu tanggapan yang salah apabila kita berhadapan dengan hadis dha'if lalu kita mengatakan: "Tidak mengapa, ini hanya untuk fadhilat amal sahaja.." Tanpa kita memperhatikan syarat2nya.
--------------------------
Syeikh Yusof al-Qaradhawi telah menghuraikan mengenai masalah ini secara panjang lebar di dalam bukunya: Kaifa Nata'amalu Maas Sunnah.
Antaranya, beliau menyebutkan:
"… Al-Hafiz Ibnu Hajar menetapkan tiga persyaratan untuk dapat diterimanya periwayatan yang lemah (dhaif) dalam hadis-hadis raqa'iq dan targhib. Ketiga syarat itu disebutkan oleh al-Hafiz al-Sayuthi dalam Tadribur Rawi sebagai berikut:
Pertama (syarat ini disepakati oleh para ahli): Kelemahan tersebut tidak keterlaluan. Kerana itu, harus ditolak periwayatan tunggal dari orang-orang yang memang dikenal sebagai pembohong, atau yang dicurigai sebagai pembohong, ataupun yang dikenal hafalannya sangat tidak akurat.
Kedua: Makna hadis tersebut masih dapat digolongkan dalam suatu tema dasar umum yang diakui. Maka harus ditolak setiap hadis yang hanya dikarang begitu sahaja, dan tidak ada asalnya sama sekali.
Ketiga: Pada saat penerapannya, hendaknya tidak dipercayai sebagai hadis yang tak diragukan asalnya dari Nabi s.a.w. Agar tidak terjadi penisbahan suatu ucapan kepada baginda, sedangkan baginda tidak mengucapkannya. Jadi, hendaknya hadis tersebut dipercayai dengan sikap ihtiyath (berhati-hati). (Kaifa Nata'amalu Ma'as Sunnah (edisi terjemahan: Bagaimana Memahami Hadis Nabi s.a.w.), hal. 71)
Saya mencadangkan agar sesiapa yang mahu penjelasan lanjut dan panjang lebar tentang hal ini boleh membaca buku Kaifa Nataamalu Maas Sunnah, karya syeikh al-Qaradhawi.
Sekian, Wallahu a'lam
1. Hadis itu untuk fadha'il a'mal, targhib dan tarhib.
2. Hadis itu tidak terlalu dha'if dan tidak maudhu'.
3. Amalannya mestilah mempunyai dasarnya dari nash sahih yang lain yang umum atau ia berada di bawah kaedah yang umum.
4. Semasa beramal, hadis itu tidak di-iktikad-kan sabit dari Rasulullah s.a.w.. Malah ia hendaklah ber-iktikad untuk ihtiyati sahaja.
~ MENURUT al-IMAM as-SUYUTHI ( RH )
Pertama (syarat ini disepakati oleh para ahli): Kelemahan tersebut tidak keterlaluan. Kerana itu, harus ditolak periwayatan tunggal dari orang-orang yang memang dikenal sebagai pembohong, atau yang dicurigai sebagai pembohong, ataupun yang dikenal hafalannya sangat tidak akurat.
Kedua: Makna hadis tersebut masih dapat digolongkan dalam suatu tema dasar umum yang diakui. Maka harus ditolak setiap hadis yang hanya dikarang begitu sahaja, dan tidak ada asalnya sama sekali.
Ketiga: Pada saat penerapannya, hendaknya tidak dipercayai sebagai hadis yang tak diragukan asalnya dari Nabi s.a.w. Agar tidak terjadi penisbahan suatu ucapan kepada baginda, sedangkan baginda tidak mengucapkannya. Jadi, hendaknya hadis tersebut dipercayai dengan sikap ihtiyath (berhati-hati).
NASIHAT KAMI :
Walaupun terdapat sebahagian ulama’ rh yang membenarkan penggunaan hadis-hadis lemah dengan syarat-syarat yang telah disebutkan di atas dan beberapa lagi syarat lain , akan tetapi marilah kita melihat ke dalam ribu-ribuan hadis sahih yang telah dikumpulkan olah para ulama’ rh daripada zaman berzaman .
Apakah hadis-hadis sahih itu tidak cukup ataupun tidak baik sehingga kita perlu meninggalkannya lalu mencari-mencari drp sumber yang lemah ? .
Bukankah hadis-hadis sahih itu mendatangkan keyakinan untuk lebih beramal dengannya memandangkan kita sendiri yakin ia memang benar-benar bersumberkan sunnah Baginda Rasulullah s.a.w ? .
Tidakkah pula hadis-hadis lemah menyebabkan kita masih ragu-ragu di dalam memastikan status hukumnya , lalu mengakibatkan kita pun tidak berapa yakin dengan amalan yang hendak dilakukan dengannya ? .
Kalau begitu , mengapa masih lagi mencari-cari hadis-hadis yang lemah walhal hadis-hadis yang sahih masih banyak di hadapan mata kita ??? .
Marilah kita men”tatbiq”kan saranan Baginda Rasulullah s.a.w :
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ
Ertinya : “ Tinggalkanlah apa-apa yang meragu-ragukanmu dan beramallah dengan sesuatu yang tidak meragu-ragukanmu ( meyakinkanmu ) “~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam at-Tirmidzie rh ,al-Imam an-Nasaie rh , al-Imam Ahmad rh dan al-Imam ad-Darimi rh .
Components of Hadith
A hadith is composed of three parts:
Matn (text), isnad (chain of reporters), and taraf (the part, or the beginning sentence, of the text which refers to the sayings, actions or characteristics of the Prophet (PBUH), or his concurrence with others action). The authenticity of the hadith depends on the reliability of its reporters, and the linkage among them.
Classifications of Hadith
A number of classifications of hadith have been made. Five of these classifications are briefly described subsequently.
1. According to the reference to a particular authority
Four types of hadith can be identified.
* Qudsi - Divine; a revelation from Allah (SWT); relayed with the words of the Prophet (PBUH).
* Marfu - elevated; a narration from the Prophet (PBUH), e.g. I heard the Prophet (PBUH) saying ...
* Mauquf- stopped: a narration from a companion only, e.g., we were commanded to ...
* Maqtu' - severed: a narration from a successor.
2. According to the links of Isnad - interrupted or uninterrupted
Six categories can be identified.
* Musnad - supported: a hadith which is reported by a traditionalist, based on what he learned from his teacher at a time of life suitable for learning; similarly - in turn - for each teacher until the isnad reaches a well known companion, who in turn, reports from the Prophet (PBUH).
* Mutassil - continuous: a hadith with an uninterrupted isnad which goes back only to a companion or successor.
* Mursal - hurried: if the link between the successor and the Prophet (PBUH) is missing, e.g. when a successor says "The Prophet said...".
* Munqati - broken: is a hadith whose link anywhere before the successor (i.e., closer to the traditionalist recording the hadith) is missing.
* Mu'adal - perplexing: is a hadith whose reporter omits two or more consecutive reporters in the isnad.
* Mu'allaq - hanging: is a hadith whose reporter omits the whole isnad and quotes the Prophet (PBUH) directly (i.e., the link is missing at the beginning).
3. According to the number of reporters involved in each stage of Isnad
Five categories of hadith can be identified:
* Mutawatir - Consecutive: is a hadith which is reported by such a large number of people that they cannot be expected to agree upon a lie, all of them together.
* Ahad - isolated: is a hadith which is narrated by people whose number does not reach that of the mutawatir.
It is further classified into:
* Mash'hur - famous: hadith reported by more than two reporters.
* Aziz - rare, strong: at any stage in the isnad, only two reporters are found to narrate the hadith.
* Gharib - strange: At some stage of the Isnad, only one reporter is found relating it.
4. According to the nature of the text and isnad
* Munkar - denounced: is a hadith which is reported by a weak narrator, and whose narration goes against another authentic hadith.
* Mudraj - interpolated: an addition by a reporter to the text of the hadith being narrated.
5. According to the reliability and memory of the reporters
This provides the final verdict on a hadith - four categories can be identified:
* Sahih - sound. Imam Al-shafi'i states the following requiremetts for a hadith, which is not mutawatir, to be acceptable "each reporter should be trustworthy in his religion; he should be known to be truthtul in his narrating, to understand what he narrates, to know how a different expression can alter the meaning, and to report the wording of the hadith verbatim, not only its meaning".
* Hasan - good: is the one where its source is known and its reporters are unambiguous.
* Da'if - weak: a hadith which fails to reach the status of hasan. Usually, the weakness is: a) one of discontinuity in the isnad, in which case the hadith could be - according to the nature of the discontinuity - munqati (broken), mu'allaq (hanging), mu'dal (perplexing), or mursal (hurried), or b) one of the reporters having a disparaged character, such as due to his telling lies, excessive mistakes, opposition to the narration of more reliable sources, involvement in innovation, or ambiguity surrounding his person.
* Maudu' - fabricated or forged: is a hadith whose text goes against the established norms of the Prophet's sayings, or its reporters include a liar. Fabricated hadith are also recognized by external evidence related to a discrepancy found in the dates or times of a particular incident.
Jom belajar ilmu hadis!!(Abdurrahman.org collections)
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya