Saat saya menulis artikel ini, saya sedang belajar subjek Oral Biology- untuk peperiksaan akhir esok. Sekadar mahu member tazkirah kepada diri sendiri dan mengulangkaji khabar Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Dua hari peperiksaan berlalu, perasaan 'upset' terhadap bentuk-bentuk soalan di luar jangkaan itu masih tersisa di hati. Sering, selepas tamat saja satu-satu ujian, pasti terdengar dengusan-dengusan pelajar, kadang ada yang kurang puas hati dengan 'soalan luar silibus' yang ditanya, soalan-soalan susah nak dijawab, tak kurang dari itu, ada juga yang menyesal sebab tak cukup study, dan macam-macam complaint lagi. Apapun, peperiksaan dah over, mahu tak mahu, kena lah berserah sepenuhnya kepada Allah SWT setelah berusaha.
Kes di atas hanya sekadar satu contoh, ujian kecil di dunia. Belum lagi ujian-ujian hidup yang kita terima sehari-hari atas muka bumi ini. Umur-umur muda remaja macam kita, dah mula berkeluh kesah dengan ujian yang kecil, Nampak sangat KOMAN (curi perkataan abah saya, koman bermaksud lekeh atau lemah). Nanti bila dah bergelar isteri, ibu, tak ke lagi teruk kalau sifat seperti ini terbawa-bawa sampai ke tua? Well, this is the test of LIFE!! =). Menginsafi diri yang tingkat ketaqwaan nya masih di paras yang tak memberansangkan. Saya teringat akan satu firman Allah SWT bila saya berasa tidak tenang dan mengeluh, bahawa,
Manusia sememangnya dikurniakan sifat suka berkeluh kesah.
Firman Allah SWT, dalam Surah Al-Ma'arij, ayat ke- 19-21.
"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."
"Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,"
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir"
Sedikit huraian ayat ini daripada ringkasan tafsir oleh Prof Dr Wahbah Zuhaili:
Sememangnya manusia itu diciptakan bersifat SUKA BERKELUH KESAH bila ia mendapat sesuatu yang ia sendiri TIDAK SUKAI, dan bila ia mendapat sesuatu yang ia SUKAI pula yang berupa kebaikan, ia menolak untuk memberi (RAKUS). Jika ia ditimpa kemiskinan, sakit, atau bencana lain, dia TIDAK BERSABAR dan TIDAK MENCARI PAHALA melaluinya di sisi Allah SWT. Otherwise, bila dia mendapat kecukupan, berupa KEMAKMURAn dan KELUASAN REZEKI atau berupa ladang tanaman dan yang semakna dengannya, dia sangat KIKIR. 3 sifat ini: RAKUS, KELUH KESAH, KIKIR adalah sememangnya tabiat manusia.
Huraian Imam Ibnu Kathir tentang ayat 19-21 , surah ke 70 ini:-
Dari ayat-ayat ini, Allah SWT menceritakan tentang manusia dan akhlak tercela yang diciptakan kepadanya. Jika manusia ini ditimpa sesuatu hal yang menyusahkan mereka, maka ia akan gusar dan mengeluh. Hatinya jadi hancur kerana rasa takut luar biasa yang menyeramkan dan kerana putus asa dari mendapatkan kebaikan. Bila ia mendapat nikmat dari Allah SWT pula, dia sangat berkira untuk beri kepada orang lain, dan menolak daripada memberikan hak Allah dari nikmat yang diperolehnya itu.
Sekarang, kita lihat apa pula sambungan firman ALLAH SWT dalam ayat-ayat seterusnya beserta huraiannya (oleh al Imam Ibnu Kathir), siapakah sahaja mereka yang tidak tergolong dalam golongan di atas.. Manusia diciptakan dengan sifat-sifat tercela tersebut, TAPI ada manusia yang terpelihara daripada sifat2 itu, mereka ialah ialah:
Ayat ke 22-35:
KECUALI (i) orang-orang yang melaksanakan solat.
Huraian: iaitu Orang2 yang dilindungi Allah dan diberi taufiq +hidayah menuju kebaikan dan juga diberi kemudahan untuk mendapatkannya (taufiq dan hidayah), mereka itulah orang2 yang MENGERJAKAN SOLAT. 'Mereka mendahulukan keimanan dan agama yang haq' (-Prof Dr Wahbah Zuhaili).
(ii) Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya.
3 pendapat tentang maksud ayat ini:
-Mereka yang sentiasa memelihara WAKTU SOLAT dan berbagai KEWAJIPAN dalam SOLAT (menurut Ibnu Mas'ud) atau
-Mereka yang TENANG dan KHUSYUK dalam solatnya (menurut 'Uqbah bin 'Amir) atau
-Mereka adalah orang yang KONSISTEN dan mantap dalam amal perbuatannya (berdasarkan hadis 'Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Amal perbuatan yang paling disukai ialah yang dilakukan terus menerus walaupun sedikit"-muttafaq 'alaih).
(iii) dan orang-orang yang dalam hartanya disiapkan bahagian tertentu, bagi orang2 miskin yang meminta dan yang tidak meminta,
Huraian: mereka ialah golongan yang terpelihara daripada sifat tercela yang disebutkan dalam ayat 19-21 tadi ialah mereka yang memperuntukkan bahagian daripada harta mereka untuk orang2 yang memerlukan
(iv) dan orang2 yang mempercayai hari Pembalasan,
Huraian: dan orang2 yang meyakini hari kebangkitan, hisab, hari pembalasan.
(v) dan orang2 yang takut terhadap azab Rabbnya. Kerana sesungguhnya azab Rabb mereka tidak dapat orang merasa aman (terhadap kedatangannya).
Huraian: Mereka ini mengerjakan amal seperti orang2 yang mengharapkan pahala dan takutkan hukuman. Tidak ada seorang pun dari orang2 yang memahami perintah Allah yang berasa selamat dari seksa Nya kecuali yang mendapat pengamanan daripada Allah SWT.
(vi) Dan orang2 yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
Huraian: Juga, mereka yang terpelihara ialah mereka yang memelihara diri dari hal2 yang haram dan menghindarkan untuk meletakkannya pada tempat yang tidak diizinkan oleh Allah SWT (seperti zina), kecuali pada yang berhak yang diharuskan.
(vii) Dan orang-orang yang memelihara amanah yang dipikulnya dan janjinya.
Huraian: Dan, mereka ini juga, sekiranya mereka diberi kepercayaan, mereka tak akan melakukan pengkhianatan, jika mereka berjanji mereka tidak pernah mengingkari (baca: sifat yang berlawanan dengannya adalah ciri orang munafiq).
(viii) Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya.
Huraian: Dan juga, orang yang member kesaksiannya, bererti dia tidak menokok tambah atau mengurangi mahupun menyembunyikan apa yang disaksikannya.
(ix) Dan orang2 yang memelihara solatnya.
Huraian: Mereka selalu memelihara waktu, rukun, dan hal2 wajib solat serta sunnah-sunnahnya [sekali lagi, Allah SWT mengulang sebut tentang SOLAT, pada pembuka dan penutup ayat, menegaskan keutamaan dan kemuliaan solat].
Mereka itu kekal di syurga lagi dimuliakan.
Huraian: Mereka itulah golongan yang dimuliakan dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan.
Demikianlah checklist beberapa ciri yang dinyatakan oleh Allah SWT orang2 yang terlepas daripada sifat tercela kebiasaan manusia. Perhatikan pada diri kita dan di sekeliling kita, boleh dikatakan setiap hari manusia berkeluh kesah. Sungguh, ini betul2 satu tazkirah buat saya. Semoga Allah SWT mengurniakan hidayahNya, keimanan dan ketaqwaan kepada saya sebagai bekalan hidup.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , "KAMI TELAH BERIMAN" dan mereka TIDAK DIUJI?" Al-Ankabut, 29:2.
Nah, nak tau kita betul2 beriman ke tak sebagaimana kita ngaku, kena la bagi UJIAN dulu kan. No wonder la orang2 yang dah lepas ujian2 tahap SUPER DUPER tu (para Nabi, sahabat, dan orang terawal), keimanan dan ketaqwaan mereka jauh berkali ganda lebih baik dari kita.
Harap2, selepas belajar tentang ayat-ayat ini, aku dapat mengurangkan sifat keluh kesah (andai wujud), berusaha memenuhi sifat2 yang dinyatakan dalam ayat 22-35 Surah al-Ma'arij, dan mengambil peluang untuk memperbanyak pahala bila diriku tertimpa UJIAN. Ameen.
Do pray for me… (ps: sorry kalau ada bunyi Indo siket sebab rujuk terjemahan).