Kerana Wanita Ingin Dimengerti…  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,




"Berbuat baik lah terhadap para wanita, kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnyaa sesuatu yang paling bengkok ialah bagian atas tulang rusuk. Jika engkau meluruskannya, engkau mematahkannya. Dan jika engkau membiarkannya bengkok, ia tetap bengkok. Oleh kerana itu, berbuat baik lah kepada wanita." (Fathul Bari, 6/418 no.3331, dan Sahih Muslim (1468))

Seorang penyair berkata, "Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok dan tidak engkau luruskan, ketahuilah, meluruskan tulang rusuk bererti mematahkannya. Apakah engkau mengumpulkan kelemahan dan kekuatan pada seorang pemuda, di mana kelemahan dan kekuatan itu bukan hal aneh?"

dalam Istri-istri Para Nabi, ditulis oleh Ahmad Khalil Jam'ah dan Syaikh Muhammad bin Yusuf ad Dimasyqi)

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik." (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

"Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya." (Hadis riwayat al-Bukhari 4889).

Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik, berlaku lembut dan menjaga hati mereka.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)
Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian (Muhamad Hanief Awang Yahya, Perempuan Tidak Berasal Dari Tulang Rusuk, http://www.darulkautsar.com/).

Wanita, sebagai manusia, telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang lemah, yang perlu dibimbing dan dilindungi. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas harian, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana fitrah manusiawi seorang wanita. Sudahlah lemah, jalan fikirnya juga sangatlah mendalam serta panjang sekali, berkelok-kelok (baca: complicated), dan seringkali juga setiap tindak tanduknya dikuasai oleh emosi yang kadangkala tidak stabil. Selamilah lubuk jiwa wanita, bertolak ansur dan berlapang dada dalam menyelesaikan konflik, berlemah lembut lah dengan wanita sesuai dengan lemah lembut nya sifat seorang wanita, didiklah wanita sesuai jiwanya sebagai wanita, jangan sesekali mendidik atau membetulkan wanita dengan cara didikan yang sama untuk lelaki yang kuat dan keras, sekalipun seorang isteri nusyuz terhadap suaminya, Islam tetap memberi "guidelines" kepada si suami untuk mendidik, sedangkan untuk memukul seorang isteri yang nusyuz juga mempunyai syarat-syarat pukulan yang digariskan syariat. Bersabarlah terhadap kebengkokan akhlak para wanita dan lemahnya akal mereka. Janganlah membenci tanpa sebab dan janganlah terlalu mengharapkan mereka agar terus 'lurus' semaunya.

Ibnu Kathir rahimahullahu berkata ketika menyebut ayat di bawah ini:

"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka"[4:34]

Ayat ini menerangkan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada wanita, iaitu dia sebagai pemimpin, pembesar dan penguasa serta pendidik bagi mereka, ketika terjadi kebengkokan pada wanita itu. Kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberikan keutamaan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita) iaitu karena laki-laki lebih utama dari wanita dan lebih baik. Karena itulah kenabian dikhususkan kepada kaum laki-laki. Demikian pula kekuasaan yang agung berdasarkan hadith Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam: "Tidak akan beruntung suatu kaum manakala menyerahkan urusan kepemerintahannya kepada seorang wanita." (HR. Al-Bukhari) [Ustadz Abu Ubaidah Syafruddin, Berita Kenabian Atas Kepemimpinan Wanita, http://www.salafy.or.id].

Dalam surah an-Nisa' juga terkandung banyak peringatan agar lelaki/suami berlaku baik dan bersabar terhadap kekurangan/kelemahan isterinya, serta suruhan untuk menggauli isteri dengan cara yang sepantasnya.

"Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para istri) secara patut." (An-Nisa`: 19)

"Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah karena mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisa`: 19)

Mudah-mudahan lelaki yang banyak bersabar atas sikap para wanita, dikurniakan ganjaran dan rezeki oleh Allah SWT. Maafkan kami atas segala kekurangan dan kelemahan, maafkan kami kerana tidak mampu sekuat isteri para nabi dan para sahabiah dalam berjuang, apa yang kami pinta, bimbinglah kami agar kami dapat melangkah dengan keyakinan dan semangat kuat di jalan istiqamah, agar kami dapat menjadi insan solehah dalam perilaku dan pemikiran, agar keimanan dan ketaqwaan kami sentiasa dipelihara.

-Dedikasi khas buat sahabat seperjuangan, sebarang kesilapan harap dibetulkan-


This entry was posted on 5:08 AM and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

11 comments

Wanita
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

Salam...

Sebagai tambahan, boleh baca 'Men From Mars, Women From Venus' & 'Why Mars & Venus Collide' untuk melihat sudut pandang yang praktikal tentang nature wanita & lelaki.

Terima kasih Bro Shahnom sebab selitkan lirik nasyid tu sekalian.

Terima kasih bro abulharith atas cadangan. Teringin nak baca, tapi belum ada kesempatan untuk dapatkan buku tu lagi.

salam... nk tnye sikit..
dulu ade t'dgr yg hadith wanita dri tlng rusuk lelki tuu ade lah riwayat israiliyyat...
apsal tibe2 ade plk hadith mengenaii bnda ni??
yg ana tgk tu dari ASN.net...
syukran

wslm.
Hadith ttg wanita dijadikan daripada tulang rusuk tu sahih.

Yang israilliyat nye cerita ttg asal-usul kejadian Hawa yg dikatakan diciptakan daripada tulang rusuk Adam as. Sedangkan tiada satu pun dalil dari AQ dan AS yg berkata demikian.

Dalam Al-Quran telah ditegaskan bahawa Allah SWT menciptakan Adam dan isterinya Hawa, dan kedua2 nya adalah asal usul manusia. Sedangkan teknik penciptaan, detail nya, dan waktu yang diperlukan tidak disebutkan dalam AQ, maka tidak penting utk kita bicarakan. Allah SWT berfirman,
"Aku tidak menghadirkan mereka (iblis) dan anak cucunya) utk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka sendiri dan tidaklah Aku mengambil orang2 yang menyesatkan itu sebagai penolong. (Al-Kahfi;51), bila disebut "kun" (jadilah) maka jadilah.

Terdapat juga ayat AQ yg menjelaskan tujuan penciptaan Hawa:
"Hai sekalian manusia , bertakwalah kalian kepada Tuahn kalian yang telah menciptakan kalian dari diri yang satu dan daripadanya ALlah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" [an-Nisa' 4:1).
tujuan penciptaan Hawa: Mewujudkan perdamaian di kedua2 belah pihak L dan P, masing2 saling memerlukan dan berasa damai antara 1 sama lain. Kesatuan spritual keduanya adalah dengan kehendak Allah SWT jua.
Itu saja yg dijelaskan dalam AQ.
WA.

UHF:
Alhamdulillah, artikel yang baik, menjadi tazkirah kepada orang lelaki/suami seperti saya.
Lebih menarik sebab ia ditulis oleh seorang muslimah. Kerap kali yang ditemui ialah mereka (muslimah) yang menolak hadis-hadis seperti itu kerana kononnya merendahkan kedudukan wanita.

P/S: TQ.

boleh ambil entry anti utk buletin tajdid di kolej saya? Bagus juga kalau bagi students baca tentang ini. sekurang2nya takde la berani sangat merapu yang bukan2 dengan pensyarah perempuan...

to LalaLOla...
boleh saja. Silakan. Actually artikel ni ada edited version, diedit oleh salah seorang penulis agama Malaysia. Nanti saya e mail kan.

Salam wbt

Hani, tertarik bila baca komen readers
Btw, Hani sedar x ada percanggahan pendapat antara Dr MAZA dan Dr. Danial?

Mungkin sudah aware, tp elok kalau lihat 2 video ini:


Dr Danial
http://www.youtube.com/watch?v=mVPZsmJVX0M&feature=related

Dr Maza
http://www.youtube.com/watch?v=UQkeFRqG_EI


Mungkin dapat menjawab simpulan dalam fikiran antum~


Artikel yang lagi tu diedit oleh Dr Danial kan?
Secara personal, ana fikir Dr Danial kurang kelayakan untuk membincangkan secara terperinci berkenaan isu agama

Boleh rujuk biografi beliau:

http://www.danialzainalabidin.com/siapa/

Menurut Ustaz Nik Abduh, ada ciri-ciri tertentu yang membolehkan seseorang digelar sebagai ulamak.
Beliau sendiri tidak mengaku dirinya seorang ulamak

Ciri-ciri ulamak boleh difahami daripada artikel ini, ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad:

http://idrisahmad.wordpress.com/2009/05/04/pengertian-%E2%80%98ulama%E2%80%99-dan-ciri-ciri-ulama%E2%80%99/

Penting untuk faham bahawa untuk mencapai ilmu yang membolehkan kita mentafsir ilmu Quran dan Hadis, kita memerlukan satu sistem sistematik yang tidak wajar dipermudah-mudahkan

Hanya ulamak yang layak mentafsir dan memberi penerangan akan isu agama
Kita sebagai manusia yang cetek ilmu tidak boleh memberi hujah secara terus berdasarkan Al Quran dan Hadis melainkan hanya dengan berpandukan tafsiran yang dibuat oleh ulamak

Untuk isu ini, ana syor sahabat berpegang kepada Ustaz MAZA yang lebih martabat ilmu agamanya berbanding yang satu lagi

Ana tahu Ustaz MAZA pun ada kelemahan. Tapi dalam isu ini Ustaz MAZA dapat memberi penjelasan yang lebih kukuh.


Syukran

salam,

sekadar memberi pendapat...

pada saya tiada salahnya artikel ini tetapi bagi saya orang perempuan tidak bleh dibayangi dengan sikap 'oh kami ni kaum yang lemah layanilah kami dengan lemah lembut dan jagalah hati kami'..bagi saya wanita seharusnya dididik dengan tarbiyah yang betul agar mereka menjadi seorang wanita yang bijaksana,tidak mengikut perasaan dan boleh membezakan antara yang hak dan batil...tetapi apa yg saya lihat sekarang kebanyakan wanita suka mengikut perasaan mereka dengan mengenepikan hukum-hukum Allah...sebagai contoh dalam bab poligami...amatlah sukar untuk mencari seorang wanita yang sanggup dimadukan tidak kira menjadi istri kedua,ketiga atau keempt...sekiranya mereka sanggup pasti ada sahaja demand mereka...bagi saya inilah akibatnya apabila orang perempuan tidak ditarbiyah dengan tegas,mudah terpengaruh dengan masyarakat...hati dan perasaan mereka didahulukan dari segala-galanya...bagi saya biarlah seorang wanita itu dihina,dimaki atau dicela asalkan itu boleh membuatkan hatinya menjadi kuat,fikirannya menjadi waras dan boleh bertindak sesuai keadaannya...kalau tidak bagaimana kita ingin menjadi seperti Khaulah?atau mereka2 yg sanggup mempertahankan agamanya bila tiba masanya?bila orang perempuan terlalu dimanjakan atau terlalu asyik hendak menjaga hatinya inilah yang menyebabkan orang2 perempuan zaman sekarang suka bertindak mengikut perasaan dan mementingkan diri sendiri..hidup ini bukanlah untuk bersenang lenang dan dilayan seperti permaisuri...biarlah seorang perempuan itu diguris atau disakiti hati oleh suaminya aslkan itu boleh mengubah dia menjadi seorang manusia yang tidak mengikut perasaan dan bijaksana..

wallahua'lam...

maaflah sekiranya terkasar bahasa...sekadar berkongsi pendapat...

Wslm.
Amiratun Nadhirah,
tidak salah berkongsi pendapat.
Saya setuju.

Post a Comment