“BAGI MU AGAMA MU DAN BAGI KU AGAMA KU!”  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in



Sering kita dengar, dalam ceramah-ceramah agama, ustaz2 merintih tentang aqidah umat Islam yang kian tercemar, yang kian goyah. Isu kes murtad, pengaruh gerakan Kristianisasi, gejala khurafat, dukun dan pawang yang tak sudah2, kemunculan Nabi palsu, Islam Liberal, Syiah, Tarekat & Sufi yang melampau, sampai lah kepada isu2 pemimpin politik yang mempunyai nama dan kedudukan di tengah2 masyarakat yang turut menyertai upacara orang bukan Islam- berkabung dengan cara menyalakan lilin, puasa sunat dengan niat atas dasar membantah keputusan mahkamah, memberi penghormatan kepada tugu Negara, kata orang, pemimpin lahir dari masyarakat, maka pemimpin mencerminkan sesebuah masyarakat itu. Masyarakat juga sudah tidak kisah, menyambut dan tumpang bergembira pada hari perayaan agama orang2 kafir juga dah tak menjadi suatu kelainan lagi, sampaikan dulunya pernah masyarakat kita sibuk dengan promosi "Kongsi Raya", katanya, "Inilah Malaysia yang muhibah, bersatu antara kaum.." Takkanlah agama pun kita nak menyatu?


"Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir! Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untuk mu agamamu, dan untukku agamaku." [QS Al-Kaafiruun: 109:1-6]


Ibnu Kathir rahimahullah ketika menyebutkan ayat2 ini, menjelaskan:


"dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah" (109:4) - maksudnya, aku tidak akan pernah menyembah sembahan kalian (orang2 kafir). Aku tidak akan menempuh jalan kalian dan tidak juga mengikutinya. Tetapi aku akan sentiasa beribadah kepada Allah dengan cara yang Dia sukai dan redhai.

"dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah" (109:5) - kalian (orang2 kafir) tidak akan mengikuti perintah-perintah Allah dan syariatNya dalam menyembah Allah, tetapi kalian telah memilih sesuatu dari diri kalian sendiri. Dengan demikian Rasulullah SAW terlepas dari mereka dalam segala aktiviti mereka, kerana sesungguhnya, setiap orang yang beribadah sudah pasti memiliki sembahan dan ibadah yang ditempuhnya. Dan Rasulullah SAW beribadah kepada Allah atas apa yang disyariatkanNya.

Orang2 musyrik menyembah selain Allah dengan ibadat yang tidak diizinkanNya sedangkan tidak ada sembahan melainkan Allah semata, dan tidak ada jalan yang boleh sampai kepadaNya kecuali apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Persoalan kefahaman aqidah yang meruncing ini tidak wajar hanya dibicarakan oleh ustaz2 penceramah agama sahaja, tetapi setiap individu yang telah bersyahadah (beri'tiqad dan berikrar bahawa tidak ada yang berhak disembah dan menerima ibadah melainkan Allah SWT serta mengakui secara lahir batin bahwa Muhammad SAW adalah hamba Allah dan RasulNya yang diutus kepada manusia untuk diikuti), perlu memikul tanggungjawab, mengambil serta menyokong usaha yang dilakukan bagi melawan anasir yang boleh meruntuhkan aqidah umat Islam.

Hakikatnya, fenomena yang terjadi sekarang sangat membuktikan majoriti daripada kita sememangnya kurang sensitivitas terhadap perkara yang berkaitan dengan aqidah. Apabila pasangan suami isteri baru mendapat cahaya mata, mereka sudah mula merancang masa depan anak-anak nya itu yang melibatkan pendidikan sekolah & universiti, kerjaya yang professional, apabila mahu diajarkan sesuatu tentang agama ini kepada anak-anak, mereka memulakannya dengan mengajarkannya ibadah solat, apabila anak-anak jauh dari mata mereka, mereka mula risau dan tertanya-tanya, "Bagaimanakah kesihatan dan pelajaran anakku?", ketika pintu ajal sudah hampir, mereka risau di mana tempat yang akan diduduki oleh anak-anak mereka, lalu mereka wasiatkan segala macam harta benda dan jawatan. Apabila para pemuda diberi pilihan antara majlis ilmu yang mengagungkan Allah dan mengajak ittiba' kepada Rasul, maka hiburan jugalah yang menjadi pilihan….Dan bagi yang berada dalam barisan jemaah dakwah mahupun parti/persatuan pula, kadang-kadang, terlalu menumpukan perhatian kepada usaha mengukuhkan jemaahnya serta memandang kelemahan jemaah lain sehingga terlupa isu aqidah umat ini. Tidak semuanya salah, namun itukah yang menjadi prioriti dalam kehidupan ini sebenarnya?


Berapa ramai ibu bapa yang menasihati anak-anaknya sebagaimana yang dilakukan oleh Luqman terhadap anak-anaknya agar tidak mensyirikkan Allah? "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya, mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang amat besar." [QS Luqman 31:13]


Berapa ramai ibu bapa yang memulakan didikan kepada anak-anak dengan menyeru kepada anak-anaknya untuk mengenal Pencipta dan mengesakanNya?

Berapa ramai ibu bapa mahupun anak-anak yang bertanyakan khabar keimanan antara satu sama lain ketika berjauhan?


Berapa ramai ibu bapa yang berpesan kepada anak-anaknya sebelum mereka meninggal dunia, agar anak-anaknya teguh di jalan yang satu untuk sampai kepada Allah? Tahukah kita bahawa TAUHID adalah wasiat para nabi tatkala mereka menghampiri kematian?


"dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): 'Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam'. Adakah kamu menjadi saksi saat maut menjemput Ya'qub, ketika ia berkata kepada anak2nya:'Apa yang akan kamu ibadahi sepeninggalanku?' Mereka menjawab: 'Kami akan beribadah kepada Ilahmu dan Ilah nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il dan Ishaq, (iaitu) ilah yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya?" [QS Al-Baqarah 2: 132-133].

Dan berapa ramai antara kita yang peduli untuk melakukan perbaikan tauhid dalam diri dan saudara-saudaranya dengan menegakkan tarbiah dan menjalankan dakwah?

Adakah boleh dibilang dengan jari? Jelas lah, kenapa masyarakat kita terlalu takut dengan dakwah kristianisasi, takut Bible ditulis dalam Bahasa Melayu, melenting bila nama Allah mahu digunakan dalam bible, dan generasi kita terlibat sama dalam gejala2 penyimpangan aqidah, malah ada juga yang tak mahu ambil tahu langsung atau buat-buat tak tahu! Paling tidak pun, berusahalah untuk mengambil tahu, paling kurang pun, sampaikan lah kepada mereka yang dekat dengan kita tentang peringatan2 ini.


" Hai sekalian manusia, ibadahilah Rabb mu yang telah menciptakanmu dan orang2 sebelummu agar kamu bertaqwa" [QS Al-Baqarah 2:21]


"…..kerana itu, janganlah kamu mengadakan sekutu2 bagi Allah, padahal kamu mengetahui." [QS Al-Baqarah 2:22]


"Dan Ilahmu adalah Ilah yang maha Esa; tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" [QS Al-Baqarah, 2:163]


"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap2 umat (untuk menyerukan): Beribadahlah kepada Allah sahaja, dan jauhilah Taghut itu…." [QS An-Nahlu 16:36]


"…..Dan Kamu tidak mengutus seorang Rasul pun sebelummu, melainkan Kami wahyukan kepadanya:'Bahawasanya tidak ada Ilah (yang haq) melainkan Aku, maka ibadahilah olehmu sekalian akan Aku" [QS Al-Anbiyaa 21:25].


"Beribadahlah kepada Aku dan janganlah akmu mempersekutukan aku dengan sesuatu pun…." [QS An-Nisaa'4: 36].

Mungkin, ada di antara pembaca yang baru mendengar perkataan aqidah, atau sering mendengar tetapi kurang pasti akan apakah ertinya aqidah itu dan kenapa ia sangat penting untuk dipelihara?


Dari segi bahasa: asal perkataan AQIDAH ialah al-qa'du (ikatan), at-tautsiiqu (kepercayaan atau keyakinan yang kuat), al-ihkaamu (mengukuhkan/menetapkan) dan ar-rabthu biquwwah (mengikat dengan kuat. [1]


Dari segi istilah: AQIDAH ialah IMAN yang teguh dan pasti, tanpa ada keraguan sedikitpun bagi orang yang meyakininya. (-keyakinan) [1]


Manakala AQIDAH ISLAMIAH ialah keimanan yang teguh dan pasti kepada Allah Ta'ala dengan melaksanakan seluruh kewajipan, bertauhid (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, & Asma' Was-Sifat) dan taat kepada Allah, beriman kepada Malaikat2 Nya, Rasul2Nya, Kitab2Nya, hari Akhir, takdir yang baik mahupun yang buruk dan mengimani seluruh prinsip2 agama (usuluddin) yang sahih, perkara2 ghaib, beriman kepada apa saja yang disepakati oleh salafusSoleh, serta seluruh berita2 yang pasti, baik secara ilmiah mahupun amaliah yang telah ditetapkan menurut Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih serta apa yang telah disepakati oleh salafusSoleh. [1]


Ahli Sunnah wal Jamaah menamakan aqidah antaranya adalah sebagai: al-Iman, Aqidah, Tauhid, As-Sunnah, Ushuluddin dan Ushuluddiyanah, Al-Fiqhul Akbar dan Asy-Syari'ah. [2]


Manakala, nama2 aqidah menurut selain daripada Ahli Sunnah walJamaah antaranya ialah: Ilmu Kalam, Filsafat, Tasawwuf, Ilaahiyyat (Teologi), dan Kekuatan di Balik Alam Metafisik. [3]


Saya menyertakan nama2 ini supaya pembaca dapat mendeteksi aqidah yang benar dan menyimpang pada pertama kali mendengar istilah2 tersebut, dan seterusnya nilailah kefahaman aqidah tersebut dengan syari'at Allah Ta'ala.


Demikianlah, pengertian di sebalik kata AQIDAH dan realiti tentang kefahaman serta kepentingan aqidah di sisi masyarakat ketika ini. Sudah sampai saatnya kita berusaha mewujudkan satu lingkungan yang boleh menarik umat ini semula ke arah kefahaman aqidah yang jelas serta sahih dan umat Islam juga harus berusaha & berminat untuk mencari tahu. Tidaklah saya nukilkan seruan/teguran ini melainkan tujuan utamanya adalah sebagai panduan dan pengajaran untuk diri saya sendiri. Wallahu'alam.


[1] Prinsip-Prinsip Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Yazid Abdul Qadir Jawas, Pustaka At-Taqwa, cetakan ke-3, 2008, Bogor Indonesia, halaman 15-16.


[2] & [3] almanhaj.or.id


This entry was posted on 8:33 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

6 comments

Hmm, saya ambil masa yang agak lama untuk membaca. Berat juga tajuk nie. Then, i'm not really focusing reading. Thus, have to repeat and repeat reading.Harap ini komen yang selari dgn tajuk hani. Hani menegur tentang aqidah umat islam yang tinggal kulit. Muslim khususnya masyarakat kita hanya faham aqidah hanya pada luaran dan tidak pada isinya. Isu2 yang remeh dan temeh dijadikan bahas untuk mencari publisti murahan. Tapi sebenarnya mampu meruntuhkan institusi kemasyarakatan itu sendiri. Kita takut utk berdepan dengan masalah tauhid yang sebnar tetapi mencari alasan2 yang saya kira agak kelakar dan boleh jatuh kepada bodoh dan baghal utk dibahaskan. Kerana aqidah sesetengah individu yang di kulit sahaja. Maka bolehla saya simpulkan bahawa masalah umat islam hari ini ialah masalah tauhid yang di kulit bukan tauhid yang di isi..wallahu'alam..peace..

Assalamu'alaikum Anonymous. Terima kasih atas komentar.

Saya kurang mengerti apakah yang Anonymous maksudkan dengan KULIT, dan apakah pula yang dimaksudkan dengan ISI?

Penulisan ini direct to the point, saya tidak bertujuan untuk menamakan kulit atau isi sebab Al-Quran dan As-Sunnah tidak pernah menggambarkan demikian.

Namun, saya minta anonymous menjelaskan terlebih dahulu kulit dan isi yang dimaksudkan ini sebab bab2 falsafah dan perumpamaan ni saya kureng sikit.

Walaubagaimanapun, saya setuju tentang isu "ketakutan" yang diutarakan, hal ini berpunca daripada kelemahan kita utk memahami aqidah yang sahih dan juga kelemahan kita yang tidak mengajar orang lain ttg aqidah yang sahih.

Wallahu'alam.

Aqidah adalah pegangan. ibadah tanpa akidah belum tentu diterima Allah. yang paling ditakuti kalau kita syirik dalam tidak sedar..

This comment has been removed by a blog administrator.

This comment has been removed by a blog administrator.

This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment