Terkejarkah Kita?  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Terlalu banyak perkara yang perlu dikejar. Kejar dunia. Kejar akhirat. Untung bagi yang berjaya memperoleh akhirat, lebih untung lagi mereka yang mendapat kedua-dua dunia dan akhirat. Sebagai seorang Islam yang berkemampuan dan berakal, kita perlu mengejar kedua-duanya tanpa mengabaikan walaupun salah satu aspek, apatah lagi kewajipan mengejar akhirat.

Realitinya. Ramai antara kita yang lemah. Lemah kerana malas dan tidak bijak memanfaatkan masa, menyebabkan kita memilih satu antara dua titik ekstrem. Akibatnya, bukan sahaja kita gagal di dunia, malah akhirat juga masih belum tentu hala tujunya. Masihkah ada kesempatan buat kita?

Kalau tak mahu Rugi..

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran" [QS Al-'Asr 103:1-3].


Menurut Prof Wahbah Zuhaili ketika mentafsirkan ayat 1 dari surah Al-'Asr:

Allah bersumpah demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian yang nyata kerana berniaga dengan syaitan dan lebih mengutamakan dunia. Jika mereka berniaga kepada Allah dengan cara mentaatinya dan lebih mementingkan akhirat, maka mereka akan mendapat keuntungan yang kekal.

Menurut al Imam Ibnu Kathir dalam tafsir nya, masa diisi oleh anak cucu Adam dengan aktiviti2 yang baik dan buruk, Allah SWT bersumpah dengan masa, bahawa sungguh, manusia dalam kerugian, TETAPI terdapat pengecualian bagi golongan-golongan yang disebutkan tadi, iaitu mereka yang:-

  • Beriman kepada Allah SWT( dengan hati) dan mengerjakan amalan soleh dengan kekuatan anggota badan yang dikurniakan
  • Taat perintah Allah SWT, laksanakan syariat Allah, (i.e: mentauhidkanNya) dan tinggalkan apa yang diharamkanNya
  • Bersabar atas segala dugaan, takdir, dan halangan yang diberikan kepada mereka yang menegakkan amar ma'ruf nahi munkar.

Dr. Wahbah Zuhaili juga menjelaskan, mereka yang tergolong dalam golongan yang saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran ialah mereka yang:-

  • Saling mengingatkan supaya sabar dalam melaksanakan ketaatan, menjauhi kemaksiatan, dan mengahadapi musibah.
  • Sabar termasuk sebahagian dari kebenaran..
Penutup

Ya. Inilah panduan kita. Kalau nak tahu tentang iman, tentang amal soleh, tentang tauhid, tentang suruhan dan larangan Allah SWT, kuncinya adalah ILMU yang benar. Untuk menuntut ilmu sahaja, pelbagai macam ujian yang perlu ditempuh, belum lagi ke tahap mengaplikasikannya dan bermujahadah dalam melaksanakannya. Kuncinya adalah SABAR, walaupun kita pernah GAGAL, walaupun banyak dugaan yang menghambat usaha kita menaiki tangga (atau merangkak?) menuju kejayaan. Ingat, kejayaan hakiki adalah akhirat walaupun hakikatnya sekarang kesibukan dunia terlalu menghimpit masa kita. Nampaknya kita sudah tidak ada masa lagi. Kalau mahu berjaya di dunia dan akhirat, kena lah melatih diri mulai dari sekarang untuk berhenti berangan kosong, berhenti melakukan perkara-perkara yang kurang manfaat dan mendatangkan banyak mudharat, membelakangkan perkara-perkara yang tidak wajar diberi prioriti, elakkan buang masa dengan melakukan dosa syirik, bid'ah, khurafat dan maksiat. Rajin-rajinkanlah diri dan tinggalkan banyak beralasan. Semoga ayat-ayat Allah ini dapat memberi motivasi buat kita semua terutama penulis.

WA.

This entry was posted on 8:35 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment