Hak Suami Atas Isteri 14 - Selalu Berusaha Membahagiakannya  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Antara hak suami atas isteri ialah selalu berusaha untuk membahagiakannya dan tidak jemu mendampingi seluruh hidupnya. Bersamanya ketika susah mahupun senang, sihat ataupun sakit, bermasaalah atau tidak bermasalah, kerana sudah sifat lelaki sememangnya memerlukan belaian sang isteri. Dengan layanan2 isteri tersebut, sudah pasti dapat membahagiakan suami, memang tidak mudah untuk seseorang wanita berlaku konsisten apatah lagi sesudah melahirkan anak dan komitmennya bertambah, tetapi sekurang-kurangnya berusahalah sedaya mungkin, demi mencari keredhaan Allah SWT dan memelihara keharmonian rumahtangga.

Janganlah seorang isteri meminta cerai dengan sebab yang tidak jelas. Rasulullah SAW bersabda, " Siapapun isteri yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab yang jelas, maka haram baginya bau syurga," [HR At-Tirmidzi].
"Wanita yang meminta cerai suaminya tanpa sebab adalah wanita munafiq."[HR At-Tirmidzi].
Saya mengajak para muslimah sekalian dan menasihatkan diri saya juga (utk masa hadapan) supaya sentiasa berusaha untuk menunaikan hak-hak yang disebutkan sebelum ini dengan baik . Sekiranya suami melakukan kekurangan, maklumkanlah kepadanya kekurangan yang dilakukan ketika memberikan hak2 wanita sebagai isteri dan berkonsultasilah tanpa perlu melibatkan pihak luar. Hal ini insyaAllah dapat menjamin kasih sayang yang berterusan sehingga dapat melahirkan masyarakat yang baik.

Hak Suami Atas Isteri 13 - Menyimpan Rahsia Peribadi dan Rumahtangganya  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Isteri tidak boleh sesekali menyatakan rahsia peribadi dia dan suaminya serta rumahtangga nya kepada orang ramai.

Dan di antara rahsia besar yang seringkali dipandang enteng oleh isteri ialah masalah berkaitan dengan ranjang dan adengan suami isteri yang dilakukan di situ.
Nabi Muhammad SAW mengancam keras perbuatan itu:

Diriwayatkan dari Asma' Binti Yazid...Waktu itu ia beserta para pria dan wanita lainnya sedang duduk di sekitar Rasulullah SAW. Baginda bersabda, "Barangkali ada seorang lelaki di antara kalian yang menceritakan apa yang diperbuatnya bersama isterinya. Dan barangkali ada juga wanita yang menceritakan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?". Semua orang terdiam.
Asma' lantas berkata "Benar, demi Allah, wahai Rasulullah.. Para wanita itu menceritakannya dan para pria pun menceritakannya." Beliau pun berpesan, "Jangan kalian lakukan hal itu. Sebab, perbuatan itu layaknya setan lelaki yang bertemu dengan setan perempuan di tengah jalan kemudian menyetubuhinya sedangkan orang-orang melihat mereka berdua," sahih[Aadaabuz Zifaaf no.72].

Hak Suami Atas Isteri 12 - Tidak Menghalangi Suami Ketika Berhasrat Kepadanya.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila suami meminta isterinya ke tempat tidur, tapi dia tidak memenuhinya sehingga malam itu ia murka, maka malaikat melaknat si isteri hingga pagi tiba" [Muttafaq 'alaih]

Baginda juga bersabda, "Jika suami memanggil isterinya untuk menunaikan hajat biologisnya, maka hendaklah si isteri menyambutnya sekalipun saat itu sedang memasak," [HR At-Tirmidzi]
Bersambung.

Hak Suami Atas Isteri 11- Memelihara Hubungan Baik dengan Orang Tua dan Keluarga Suami.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Termasuk satu kebaikan isteri terhadap suami apabila ia berusaha untuk mempergauli kedua orang tua suaminya serta keluarga suaminya dengan baik.

Isteri yang tidak berbuat baik kepada kedua orang tua dan familinya belum bisa diakatakan berbakti kepada suami.
Oleh itu, hendaklah memelihara maruah dan imej suami dengan melaksanakan hak di atas, kerana hal ini akan lebih merapatkan lagi hubungan sesama menantu-mertua dan menambahkan kasih si ibu kepada anaknya. Hal ini dapat membantu suaminya untuk berkhidmat dan berbuat baik kepada orang tuanya sekalipun telah berumahtangga.

Hak Suami Atas Isteri 10 - Mendidik Anak-Anak Dengan Baik  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Termasuk hak suami kepada isteri adalah mendidik anak-anak dengan baik dan penuh kesabaran serta tidak memarahi mereka di hadapan suami. Tidak boleh mendoakan keburukan bagi mereka dan janganlah mencela anak-anak dengan celaan.

Mendoakan keburukan dan mencela anak itu bukan sahaja akan menyakitkan hati anaknya, malah akan menyakiti suaminya. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, kecuali isterinya dari Khuril 'Iin berkata, "Jangan kau sakiti dia, atau Allah akan membinasakan mu. Dia hanya sementara sahaja bersamamu dan hampir saja ia mennggalkanmu menuju kami." [HR At Tirmidzi].
Mendidik anak sudah tentu satu tanggungjawab yang sangat besar dan menguji kesabaran yang terlalu tinggi, terkadang seorang ibu memang tidak bisa menahan marah dengan kenakalan anak-anaknya dan bermacam ragam serta rengekan anak-anak. Namun kemarahan tersebut perlulah dikawal supaya tidak melmpaui batas sehingga menyakitkan, dan para suami juga haruslah membantu meringankan beban isteri yang fikirannya selalu tertumpu kepada anak-anak. Sekurang-kurangnya, apabila dibantu suami dan sering dinasihatkan, si isteri akan secara tidak langsung berasa tenang dan dapat mengawal kemarahannya. Tidak dinafikan, ibu lah yang lebih memainkan peranan untuk dekat untuk mendidik anak-anak dengan baik, selain daripada diperlukan kelembutan kasih sayang dan belaian seorang ibu, perancangan didikan yang rapi juga diperlukan bersama suami, tentukanlah hala tuju pendidikan anak-anak, dan seorang isteri perlulah tugas dan amanah nya dengan baik sebagaimana yang diharapkan suaminya sebagai ketua keluarga.

Hak Suami Atas Isteri 9 - Berasa Cukup dengan Pemberian yang Sedikit  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Para bakal isteri seharusnya sudah mulai melatih diri untuk bersifat qanaah dan jangan terlalu "demanding". Harus berasa cukup dengan apa yang ada dan rela menerima pemberian suami walaupun sedikit. Jangan sesekali merendah-rendahkan atau menunjukkan rasa tidak suka, sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk kita dan belajarlah untuk menerima apa adanya, jangan meminta sesuatu melebihi kemampuan diri suami.

Allah SWT berfirman, "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah SWT kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang mealinkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberi kelapangan sesudah kesempitan."[QS Ath-Thalaq:7].

Hak Suami Atas Isteri 8 - Tidak Mengungkit Harta yang Telah Diinfaqkan kepada Suaminya  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Allah SWT berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan si penerima" [Al-Baqarah:264].

Isteri tidak boleh mengungkit-ngungkit harta yang telah disedekahkan kepada suami dan keluarganya sebab hal ini boleh menghanguskan balasan pahala.
Beri, dan lupakan...Seorang isteri yang menyayangi suaminya pastinya menghulurkan bantuan di saat suaminya memerlukan baik dari segi moral, tenaga dan kewangan, sekiranya dia mampu, sebagaimana Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW yang rela meninfaqkan harta kekayaannya sebagai salah satu petanda sokongan beliau kepada Rasulullah SAW untuk kemudahan dakwah Islam.
Namun, jelek sekali sekiranya isteri sering mengungkit-ngungkit pemberiannya, tidakkah ia melukai hati suami? Berilah sebagai tanda kasih sayang dan sokongan, jangan mengungkit walaupun ketika bermasam muka.

Hak Suami Atas Isteri 7 - Tidak Berpuasa Sunat ketika Suami Berada di Rumah  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Isteri boleh berpuasa sunat ketika suami di rumah hanya apabila diizinkan suaminya. Jadi, sebelum memutuskan untuk berpuasa sunat pada satu2 hari, perlulah bertanya dan meminta izin terlebih dahulu.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak halal bagi seorang isteri melakukan puasa (sunat) padahal suaminya sedang berada di rumah, kecuali dengan izinnya," [muttafaq 'alaih].
Hal ini bersesuaian dengan tugas seorang isteri untuk melayani suaminya dan menguruskan rumahtangga. Apa yang telah ditentukan Allah SWT itu mengandung hikmah tersendiri, kebaikan dan keburukan yang terselindung di sebaliknya kadang-kadang tak tejangkau oleh akal fikiran kita yang terbatas ini. Allah SWT telah menjadikan Islam ini dan hukum-hakamnya sesuai dengan fitrah insan, tidak perlu dilebihkan mahupun dikurangkan sebab hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Dia sahaja yang layak menentukan semua ini untuk kita para hambaNya.
Seorang anak, harus meminta izin daripada orang tuanya terlebih dahulu sebelum keluar berjihad, begitu juga seorang isteri perlu meminta izin daripada suaminya terlebih dahulu untuk melakukan sesuatu meskipun kadang2 perbuatan itu adalah sesuatu yang baik.
Rasulullah SAW tidak menyukai umatnya berlebih-lebihan dalam beribadah sehingga menyanggahi fitrah kita sebagai manusia, walaupun kita mengaku diri kita "kuat".
Maka hujah sesetengah manusia yang menyatakan "Benda yang kita buat ni benda baik...takkanla benda baik pun tak boleh nak buat walaupun Nabi tak tunjuk, AQ dan AS tak bagitau.." memang tak valid.
Terdapat satu lagi contoh hukum Allah yang sibuk dicanangkan sekarang ini, iaitu isu musawah/kesamaan hak antara lelaki dan perempuan yang dianjurkan oleh SIS (Sisters in Islam) di Malaysia. Sungguhpun isu2 yang dibangkitkan itu secara rambangnya, (dengan pengaruh pola fikiran Barat), menampakkan bahawa Islam berlaku tidak adil terhadap wanita, namun apabila benar-benar ditelusuri dari sudut Islam yang sebenar, rupa-rupanya hukum Allah tersebut mengandung banyak hikmah yang terselindung yang tidak perlu lah saya menghuraikan satu persatu di sini (boleh klik sini untuk huraian salah satu isu). Cuma, nasihat saya yang kerdil ini, tuntutlah ilmu yang sahih dan buat lah amalan berdasarkan ilmu yang sahih itu, akan aman dunia ini...tak timbul lagi persoalan seperti "Poligami Menindas Hak Wanita" dan lain2...
*P/S: Sorry, terbabas dari tema sebenar.
WA.

Hak Suami Atas Isteri 6 - Menjaga Harta Suami  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Isteri bertugas untuk menjaga harta suaminya dan tidak menyedekahkannya tanpa izin suaminya, berdasarkan satu hadis, "Janganlah seorang isteri menginfaqkan sesuatu dari harta suaminya, kecuali dengan izinnya,". Ada yang bertanya, "walaupun makanan?" . Baginda menjawab, "Itu adalah sebaik-baik harta kita"[hasan(HR At-Tirmidzi)]

Bahkan termasuk hak suami ke atas isteri, adalah jika isteri memiliki harta, maka dia tidak boleh menginfakkan hartanya itu, melainkan dengan izin suaminya berdasarkan sabda Rasulullah SAW, "Isteri tidak berhak membelanjakan sedikit pun hartanya kecuali dengan izin suaminya," (menurut Albani dalam as-Saahihah no.775, sanad hadis ini dhaif tetapi memiliki beberapa penguat yang menunjukkan validitas nya).
Umumnya, hadis pertama di atas menunjukkan bahawa apa saja yang ingin dilakukan oleh isteri ke atas harta suaminya yang diamanahkan kepadanya, harus mendapat persetujuan dan keizinan daripada suami terlebih dahulu sekalipun untuk tujuan kebaikan. Namun, jika dilihat pada zaman sekarang, saya percaya kebanyakan suami akan bersikap fleksibel atas urusan ini malah terkadang dapat kita lihat, suami menyerahkan bulat2 kepada isteri untuk menguruskan hal ehwal kewangan/ekonomi rumahtangganya memandangkan mereka adalah pengurus yang baik.
Tentang hadis ke-2, saya tidak banyak ingin berkomentar, kerana ini adalah satu penemuan baru buat saya. Dan saya akan bertanya kepada yang lebih arif. Pending.

Seperkara yang harus kita ingat, sememangnya tugas sebagai isteri adalah menjaga harta suaminya dengan baik, jangan berlaku sewenang-wenangnya ke atas harta suami dan anggaplah ia sebagai satu amanah. Itu sudah cukup untuk difahami.

Hak Suami Atas Isteri 5 - Tidak Mengizinkan Sesiapapun Memasuki Rumah Kecuali dengan Izin Suami.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Dalil: "Hak kalian atas isteri kalian adalah tidak mengizinkan mereka memasukkan orang yang kalian benci ke dalam kamar kalian dan tidak memperkenankan mereka memasukkan orang yang kalian benci ke dalam rumah"...

Pendapat saya: Ada hikmahnya kenapa diturunkan perintah ini. Antara faktor yang boleh difikirkan ialah mungkin untuk menghormati pendirian suami sebagai ketua rumahtangga, suami lebih tahu apa yang rasional. Dan mungkin juga untuk menghinari berlakunya fitnah.
P/S: perlu semak hadis..