Janganlah seorang isteri meminta cerai dengan sebab yang tidak jelas. Rasulullah SAW bersabda, " Siapapun isteri yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab yang jelas, maka haram baginya bau syurga," [HR At-Tirmidzi].
Janganlah seorang isteri meminta cerai dengan sebab yang tidak jelas. Rasulullah SAW bersabda, " Siapapun isteri yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab yang jelas, maka haram baginya bau syurga," [HR At-Tirmidzi].
Hak Suami Atas Isteri 13 - Menyimpan Rahsia Peribadi dan Rumahtangganya
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuDan di antara rahsia besar yang seringkali dipandang enteng oleh isteri ialah masalah berkaitan dengan ranjang dan adengan suami isteri yang dilakukan di situ.
Diriwayatkan dari Asma' Binti Yazid...Waktu itu ia beserta para pria dan wanita lainnya sedang duduk di sekitar Rasulullah SAW. Baginda bersabda, "Barangkali ada seorang lelaki di antara kalian yang menceritakan apa yang diperbuatnya bersama isterinya. Dan barangkali ada juga wanita yang menceritakan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?". Semua orang terdiam.
Asma' lantas berkata "Benar, demi Allah, wahai Rasulullah.. Para wanita itu menceritakannya dan para pria pun menceritakannya." Beliau pun berpesan, "Jangan kalian lakukan hal itu. Sebab, perbuatan itu layaknya setan lelaki yang bertemu dengan setan perempuan di tengah jalan kemudian menyetubuhinya sedangkan orang-orang melihat mereka berdua," sahih[Aadaabuz Zifaaf no.72].
Hak Suami Atas Isteri 12 - Tidak Menghalangi Suami Ketika Berhasrat Kepadanya.
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuBaginda juga bersabda, "Jika suami memanggil isterinya untuk menunaikan hajat biologisnya, maka hendaklah si isteri menyambutnya sekalipun saat itu sedang memasak," [HR At-Tirmidzi]
Hak Suami Atas Isteri 11- Memelihara Hubungan Baik dengan Orang Tua dan Keluarga Suami.
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuIsteri yang tidak berbuat baik kepada kedua orang tua dan familinya belum bisa diakatakan berbakti kepada suami.
Hak Suami Atas Isteri 10 - Mendidik Anak-Anak Dengan Baik
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuMendoakan keburukan dan mencela anak itu bukan sahaja akan menyakitkan hati anaknya, malah akan menyakiti suaminya. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, kecuali isterinya dari Khuril 'Iin berkata, "Jangan kau sakiti dia, atau Allah akan membinasakan mu. Dia hanya sementara sahaja bersamamu dan hampir saja ia mennggalkanmu menuju kami." [HR At Tirmidzi].
Hak Suami Atas Isteri 9 - Berasa Cukup dengan Pemberian yang Sedikit
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuAllah SWT berfirman, "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah SWT kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang mealinkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberi kelapangan sesudah kesempitan."[QS Ath-Thalaq:7].
Hak Suami Atas Isteri 8 - Tidak Mengungkit Harta yang Telah Diinfaqkan kepada Suaminya
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuIsteri tidak boleh mengungkit-ngungkit harta yang telah disedekahkan kepada suami dan keluarganya sebab hal ini boleh menghanguskan balasan pahala.
Namun, jelek sekali sekiranya isteri sering mengungkit-ngungkit pemberiannya, tidakkah ia melukai hati suami? Berilah sebagai tanda kasih sayang dan sokongan, jangan mengungkit walaupun ketika bermasam muka.
Hak Suami Atas Isteri 7 - Tidak Berpuasa Sunat ketika Suami Berada di Rumah
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuRasulullah SAW bersabda, "Tidak halal bagi seorang isteri melakukan puasa (sunat) padahal suaminya sedang berada di rumah, kecuali dengan izinnya," [muttafaq 'alaih].
Bahkan termasuk hak suami ke atas isteri, adalah jika isteri memiliki harta, maka dia tidak boleh menginfakkan hartanya itu, melainkan dengan izin suaminya berdasarkan sabda Rasulullah SAW, "Isteri tidak berhak membelanjakan sedikit pun hartanya kecuali dengan izin suaminya," (menurut Albani dalam as-Saahihah no.775, sanad hadis ini dhaif tetapi memiliki beberapa penguat yang menunjukkan validitas nya).
Seperkara yang harus kita ingat, sememangnya tugas sebagai isteri adalah menjaga harta suaminya dengan baik, jangan berlaku sewenang-wenangnya ke atas harta suami dan anggaplah ia sebagai satu amanah. Itu sudah cukup untuk difahami.
Hak Suami Atas Isteri 5 - Tidak Mengizinkan Sesiapapun Memasuki Rumah Kecuali dengan Izin Suami.
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuPendapat saya: Ada hikmahnya kenapa diturunkan perintah ini. Antara faktor yang boleh difikirkan ialah mungkin untuk menghormati pendirian suami sebagai ketua rumahtangga, suami lebih tahu apa yang rasional. Dan mungkin juga untuk menghinari berlakunya fitnah.
Hak Suami Atas Isteri 4 - Tidak Keluar Rumah Tanpa Izin Suami
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuPendapat saya: Kita tahu bahawa wanita zaman sekarang kerjanya kerap di luar rumah, ada jenis wanita yang suka keluar berjalan-jalan, shopping, etc. Lebih bagus seandainya suami mempercayai isteri dan mengizinkan isterinya berasa sedikit "kebebasan" sekali sekala daripada berterusan terperuk di dalam rumah, kekadang isteri pun nak keluar2 juga, nak exercise and so on, dan alangkah lebih bagus lagi seandainya suaminya yang menemani si isteri ber shopping dan berjalan2..
Hak Suami Terhadap Isteri 3 - Berdandan dan Bersolek di Hadapannya
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuSentiasalah tersenyum ketika berhadapan dengan suami dan cuba untuk elakkan daripada bermasam muka, hal ini mungkin lebih mendamaikan jiwanya yang mungkin saja dirundung masalah atau kegelisahan. Janaganlah menampilkan diri dengan penampilan yang suami kurang gemari.
Hak Suami Terhadap Isteri 2 - Memelihara Kehormatan Diri..
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuRasulullah SAW bersabda, "isteri adalah pemimpin di rumah (ketika suaminya tidak ada di rumah) dan ia akan dimintai pertanggungjawaban atas orang yang dipimpinnya".
Hak Suami Terhadap Isteri 1 - Sentiasa Berusaha Mentaatinya.
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuMelalui satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Hakim, Dari Abu Sa'id, Rasulullah SAW bersabda, "Hak suami ke atas isteri adalah jika seandainya ia menjilat luka suaminya, nescaya ia masih belum menunaikan haknya,"
Hadis ini sudah cukup menunjukkan bahawa hak2 suami atas isteri sangatlah besar, isteri yang baik akan menempatkan suami pada kedudukan yang terhormat sehingga mengutamakan hak2 yang telah digariskan oleh Allah SWT dan RasulNya, sebagaimana yang akan dihurai selepas ini.
Hak Suami terhadap Isteri yang Pertama: Sentiasa berusaha Mentaati Suaminya.
Kerana dengan berlaku taat kepada suami nya, kebaikan ini akan dibalas dengan syurga. Nabi SAW bersabda, "Jika seorang wanita telah menunaikan solat 5 waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya, 'Masuk lah ke syurga dari pintu mana saja yang kau suka' [sahih-rujuk Shahiih al-Jaami'ish Shaghiir no.660].
Sebagaimana solat dan puasa, ketaatan kepada suami juga adalah salah satu jaminan syurga buat para muslimah, tidak boleh berhenti mentaatinya dan menderhaka kepadanya. Allah murka kepada isteri yang menderhakai suaminya..
Nabi SAW bersabda, "Demi Rabb yang jiwaku di tangan Nya. Tidakkah seorang suami mengajak isterinya ke ranjang (tempat tidur), kemudian ia menolak, melainkan penghuni langit memurkainya hingga suaminya redha padanya."[HR Muslim].
Kewajipan isteri ialah patuh pada suami selama mana perintah suami tidak bercanggah dengan syariat dan bukanlah maksiat mahupun dosa. Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal2 yang menyanggahi hukum Allah SWT.
Bersambung...
Hak Isteri Terhadap Suami 10 - Berlaku Adil terhadap Isteri2nya
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuDia tidak boleh sesekali berlaku tidak adil pada salah satunya sekalipun berbeza nilai kasih sayang antara satu dengan yang lain. Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa memiliki 2 isteri, kemudian lebih cenderung kepada salah satunya, maka pada hari khiamat kelak ia akan datang dengan salah satu bahunya tempang sebelah" [sahih-(HR Ibnu Majah, At-Tirmidzi dll)].
Hak Isteri Terhadap Suami 9 - Menemui Isteri Sesudah Waktu Isya' ...
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuHal ini kerana perbuatan ini akan menyebabkan timbul rasa tidak senang isteri, rasa gundah dan gelisah, malah si isteri juga mungkin akan berasa was-was/bersyakwasangka terhadapa suaminya sekiranya ini menjadi tabiat berterusan suami. Sekalipun keluarnya suami adalah untuk solat, pastikan ia tidak sesekali menjauhi isteri/menangguhkan untuk menunaikan hak isteri.
Hak Isteri Terhadap Suami 8 - Minta Pendapat Dalam Pelbagai Hal
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuHal ini dicontohi sendiri oleh Rasulullah SAW, baginda bukan hanya meminta pendapat para isterinya, tetapi juga melaksanakan pendapat tersebut.
Hak Isteri Terhadap Suami 7 - Tidak Menyebarkan Rahsia Isteri dan Tidak Membuka Aibnya..
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuSuami pula menjadi orang kepercayaan isteri, mereka dituntut untuk menjaga isteri-isteri mereka. Antara rahsia penting yang harus dijaga adalah rahsia ranjang. Nabi SAW memperingatkan umatnya agar tidak menyebarkan rahsia ini.
Jadi, biarlah perkara tersebut hanya menjadi rahsia istimewa antara pasangan suami-isteri sahaja tanpa perlu dihebah-hebahkan kepada orang lain, jagalah ianya sebagai tanda penghormatan kepada pasangan masing-masing dan juga lambang maruah diri dan pasangan hidupnya.
Hak Isteri Terhadap Suami 6 - Mengizinkannya Keluar Rumah Jika Perlu
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuSan isteri haruslah dijaga supaya tidak mealakukan larangan-larangan dalam agama seperti ikhtilat di tempat kerja, dan berdandan berlebih-lebihan untuk dipertontonkan oleh umum mahupun hal-hal yang boleh menarik perhatian lelaki bukan mahramnya.
Hak Isteri Terhadap Suami 5 - Memerintahkan Isterinya Melaksanakan Ajaran Agama dan Menjaga Solat.
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuJadilah pemimpin yang baik, terpuji dan berkaliber. Ajaklah isteri untuk melaksanakan perintah Allah SWT dan memenuhi seruan Rasulullah SAW. Alangkah indahnya sebuah rumahtangga yang terdiri dari sepasang suami isteri yang sama-sama bekerja keras untuk akhirat kelak, sudah tentu rumahtanggan yang dibina aman bahagia.
Hak Isteri Terhadap Suami 4 - Mengajarkan Agama Kepada Isteri.
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuAjaklah isteri untuk melakukan amal soleh, di mana amal soleh hanya boleh dilakukan dengan adanya ilmu yang sahih. Maka, untuk menjadi pemimpin rumahtangga yang mantap, para lelaki bujangan yang ada sekarang ini haruslah mempersiapkan diri dan menyibukkan diri dengan ilmu sementara masih berkesempatan. Ilmu merupakan bekal untuk melayari kehidupan ini dengan sempurna dan bekal untuk akhirat nanti. Dan para wanita juga, seeloknya, utamakanlah lelaki-lelaki yang berilmu sebagai teman hidup, yang boleh mengajarkan kita agama dan sentiasa mengingatkan kita hampir setiap masa.
Hak Isteri Terhadap Suami 3 - Menjaga dan Memelihara Kehormatan Isteri, Kedudukan dan Martabatnya.
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuSeorang pemimpin kepada seorang wanita itu juga perlu menasihatkan dan melarang isterinya daripada bercampur gaul dengan lelaki bukan mahramnya, ikhtilat bisa sahaja terjadi di tempat kerja dan di luar rumah. Awasilah isteri dan berilah perhatian kepadanya supaya jangan sampai ia melakukan hal-hal maksiat dan mungkar, melanggar perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW, dan bimbinglah ia agar agama dan akhlaknya sentiasa indah dan terpelihara.
Hak Isteri Terhadap Suami 2 - Sabar Terhadap Perlilaku Buruk Isteri dan Maafkanlah Kesalahannya
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuRasulullah SAW bersabda, "Nasihatilah isteri dengan cara yang baik kerana mereka tercipta dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Apabila engkau luruskan (dengan keras), engkau akan mematahkannya. Tapi jika kau biarkan, tetap bengkoklah ia. Nasihatilah wanita dengan cara yang baik." [Muttafaq 'alaih].
Hak Isteri Terhadap Suami 1 - Mempergauli Isteri Dengan Cara Yang Baik.
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Ulasan BukuSaya dedikasikan entri ini khas untuk para pria di luar sana yang sedang mengira-ngira untuk mendirikan rumahtangga. Mudah-mudahan, segala teori dapat dipraktekkan bila sudah tiba masanya nanti, dan ketahuilah bahawa tujuan Allah SWT mensyariatkan hak-hak ini untuk dipenuhi oleh seorang suami kepada isterinya (and vice versa) adalah tidak lain dan tidak bukan ialah supaya hubungan suami-isteri akan sentiasa disirami dan dibalut dengan kasih sayang sepanjang tempoh perkahwinan itu kerana sememangnya Dia menyukai hubungan halal ini disuburkan, kasih dan sayang serta tali cinta antara suami dan isteri, malah ia bertujuan untuk menyelamatkan sesebuah rumahtangga itu daripada tenggelam. Maka, dengan cara memenuhi hak2 ini, mungkin kegusaran dan kekhuatiran samaada hilangnya rasa cinta itu dalam tempoh perkahwinan dapatlah dikurangkan.
"Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf"[QS Al-Baqarah:228].
Dari sebuah hadis berdarjat hasan, Rasulullah SAW bersabda, " Ketahuilah sesungguhnya kalian memiliki hak atas isteri kalian, dan isteri kalian pun mempunyai hak ke atas diri kalian,"...Seorang mukmin sejati yang penuh dengan kasih sayang pasti mengakui akan hak2 ini.
1. Mempergauli Isteri dengan Cara yang Baik
"Dan bergaullah dengan mereka secara pantas (selayaknya)." [QS An-Nisaa:19].
Misalnya, memnuhi nafkah dan keperluan seorang isteri dari sudut zahir dan batin, jika isteri melanggar perintah, luruskan lah mereka, nasihatilah mereka dengan cara yang baik tanpa mencela/memaki hamun/memburuk-burukkannya, sekiranya isteri sudah menyedari kesilapannya, maka nasihat harus segera dihentikan. Tetapi, sekiranya tidak, maka jauhi lah isteri di tempat tidurnya, jika dia masih belum sedar akan salahnya, suami dibolehkan untuk memukul dengan pukulan yang tidak mencederakan.
Firman Allah SWT, "Wanita2 yang kamu khuatirkan nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pukullah mereka. Kemudian, jika mereka mentaatimu, maka jaganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah maha tinggi lagi Maha Besar," [QS An-Nisaa':34].
Dan apabila Rasullullah SAW ditanya tentang "Apa hak isteri salah seorang di antara kami terhadapnya?", baginda bersabda: "Berilah ia makan sesuai dengan yang kau makan dan berilah ia pakaian sebagaimana pakaianmu. jangan kau pukul wajahnya, jangan mejelek-jelekkannya, dan jangan menjauhinya kecuali di dalam rumah" [sahih: dari Sunan Ibnu Majah no.1500].
Lagi...."mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya,"[hasan sahih-Sahih Sunan At Tirmidzi no.928]. Demikianlah, ini menunjukkan bahawa kelembutan dalam mencandai isteri dan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya adalah antara tanda2 bahawa suaminya memiliki akhlak yang sempurna dan iman yang subur. Masih ingat kisah Rasulullah SAW yang mengajak 'Aisyah untuk lumba lari?
'Aisyah berkata,"Rasulullah SAW pernha mengajakku lumba lari lalu aku mengalahkan beliau. Setelah beberapa waktu lamanya , dan aku jadi agak gemuk. Saat itu, beliau menantangku lumba lari seperti dulu dan beliau pun mengalahkan aku. ' Kemenangan ini untuk menebus (kekalahan) yang dulu' kata beliau [sahih-rujuk Aadaabuz Zifaaf no.200]. See? Kehidupan Rasulullah SAW sebagai insan normal, dan dari sini, kita tahu bahawa bermain-main dengan sang isteri itu bukanlah hal yang sia-sia.
Saya rasa sampai di sini dulu pengisian buat hari ini, mudah-mudahan ini sahaja sudah mencukupi untuk merenungi diri, Islam itu agama nasihat dan mendidik, jadi insyaAllah, setiap hari pengisian ini akan bersambung, bukan sahaja kepada para pria, malah ada juga dedikasi khas saya untuk diri sendiri, erm..kena bersedia juga kan...Saya doakan moga-moga Allah permudahkan urusan saya dan perjalanan untuk membina hubungan yang halal dengan insan yang menjadi pilihan hati saya suatu hari nanti, dan begitu juga untuk para sahabat yang lain. Semoga kita sentiasa di bawa keredhaan Allah SWT dan rahmat kasih sayangNya.
Sudahkah Anda Bersedia Melangkah ke Alam Rumahtangga?
Posted by: Farhana & Farhani Azizan in Penulisan HaniBismillah..
Assalamu'alaikum wbkth..
Seorang teman sering bertanya, "bilakah saya akan update blogspot ni? Saya sendiri tercari-cari mood dan idea untuk mengulas isu yang sesuai, kalau asyik "copy paste" pun tak best juga, nak ulas tentang isu politik negara atau di Perak, macam malas nak layan la pulak..jadi, lebih baik saya menggunakan mood yang saya ada sekarang untuk bertanya kepada diri dan para pembaca "Sudahkah Anda Bersedia Untuk Mendirikan Rumahtangga??" kerana saya perhatikan anak-anak muda zaman sekarang terutama yang berkecimpung dalam da'wah, asal dibebani dengan masalah dakwah sikit, teman-temannya dinasihatkan untuk berumahtangga. Benar, boleh kita persetujui yang pernikahan boleh memberi kebahagiaan, ketenangan, dan sekaligus boleh menyelesaikan sebahagian masalah yang dideritai, sedar tak sedar, alam selepas perkahwinan akan menempah lebih banyak tanggungjawab baru yang belum pernah dilalui bila hidup mebujang, serabut nak fikirkan nafkah, nak beli motor baru (hehe),nak puaskan hati pasangan, nak memberi layanan yang terbaik dan lain2 yang semua sedia maklum, so, berkahwin ni, bukannya untuk "nak best" je, nak lepas rindu, nak pelihara kesucian diri, nak bercintan-cintun dan lain-lain yang sedia difahami oleh manusia normal yang punya hati dan perasaan serta fitrah cinta...
Saya tidak menafikan perkahwinan itu sangatlah dituntut, terutama kepada dua pemuda yang saling mencintai, Rasulullah SAW bersabda, "Kami tidak melihat di antara dua orang yang saling menyukai melainkan perkahwinan,"[Diriwayatkan oleh Ibn Majah di dalam sunannya, dinilai sahih oleh Albani]-sila semak.
Menikah termasuk perkara sunnah yang paling dianjurkan. Allah SWT berfirman..."Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dari keturunan ....." [QS Ar-Ra'd:38].
Saya juga teringat akan sebuah hadis Anas Bin Malik yang menceritakan tentang 3 orang datang ke rumah Rasulullah SAW ingin menanyakan tentang ibadah Nabi SAW. Ketika diberitahu, mereka pun meremeh-remehkan ibadah mereka dengan berkata; "Apalah kita ini dibandingkan dengan Rasulullah SAW. Baginda sudah pun diampuni dosanya, baik yang sudah berlalu mahupun yang akan datang," ujar mereka. "aku akan solat sepanjang malam terus menerus,"kata seorang di antara mereka. "kalau aku, aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka ," ujar yang satunya lagi. "Dan aku akan menjauhi wanita dan tidak menikah," ujar yang satu lagi.
Kemudian datang Rasulullah SAW mengatakan, "kaliankah yang mengucapkan perkataan tadi? Ketahuilah, demi Allah, sesungghnya aku lah orang yang paling takut kepada Allah dan palng bertakwa kepadaNya di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, solat dan tidur, dan aku pun menikahi wanita. Maka siapa saja yang tidak menyukai sunnahku, nescaya ia bukan dari golongan ku," [Muttafaq 'alaih].
Makanya, hadis ini, selain daripada membari pesan kepada kita supaya jangan berlebih-lebihan dalam beribadah, ia juga menekankan bahawa nikah itu adalah sunnah Rasulullah SAW yang perlu dijalani oleh setiap mereka yang mengakui sebagai pengikut Rasulullah SAW.
Menikah perlu disegerakan sekiranya seseorang itu tidak mampu atau khuatir dirinya jatuh ke lembah zina, dan sekiranya tidak mampu melaksanakannya, maka wajiblah ia berpuasa, berdasarkan satu hadis, "Wahai pemuda, barangsiapa di antara kalian telah memiliki kemampuan, maka menikahlah. Kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana itu adalah benteng baginya" [Muttafaq'alaih].
Allah SWT juga berfirman dalam surah An-NUr ayat 32, "Dan kahwinkanlah orang2 bujang di kalangan kamu, dan orang2 yang soleh dari hamba2 kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi maha Mengetahui".Demikianlah beberapa dalil yang menunjukkan keutamaan bernikah,dan kekuasaan Allah yang menciptakan makhlukNya berupa lelaki dan wanita serta fitrah ingin saling menyayang dan disayang, memiliki dan dimiliki.
"Kaum lelaki adalah pemimpin agi kaum wanita, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara mereka". [QS An-Nisaa':34].
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara mu rasa kasih sayang,"[QS Ar-Ruum:21].
Saya yakin dan percaya bahawa ramai di antara kita sudah pun tahu kepentingan bernikah dan sememangnya ingin bernikah apatah lagi jika sudah menemui calon pilihan hati. Alangkah indahnya sekiranya keinginan anak-anak muda yang ingin menjaga kesucian dirinya ini turut dimengerti oleh ibu dan ayah, keluarga, dan orang-orang di sekelilingnya. Namun, mungkin kita tidak terfikir apa yang difikirkan oleh mereka..Sudahkah kita menunjukkan kematangan dalam mengendalikan kehidupan sehinggakan ibu dan bapa berasa tidak keberatan untuk melepaskan kita menjalani kehidupan berumahtangga bersama calon idaman, sudahkah kita bertanya pada diri kita, "Adakah aku sudah bersedia meniti alam rumahtangga, menjadi seorang suami kepada seorang wanita atau menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki? Sudahlah kita belajar tentangnya? Maka, dalam tempoh dan kesempatan yang ada ini, ingin saya kongsikan dalam postings yang berikutnya tentang sifat rumahtangga Nabi yang wajar diteladani oleh para pengikutnya. Posting-posting ini tidaklah saya tujukan kepada sesiapa melainkan untuk diri saya juga, memandangkan umur saya pun dah nak masuk 22 tahun pada 26 Mac ini, jadi tidak salah seandainya kita mula belajar...
Berserban menaiki motor bukannya sunnah
Oleh: Maszlee Malik
Adalah menjadi satu pemandangan yang biasa bagi kita melihat orang memakai serban ketika menaiki motor samada penunggang tersebut seorang yang beragama Sikh mahupun seorang yang beragama Islam. Bagi orang Sikh, perbuatan mereka itu dijustifikasikan dengan doktrin pemakaian serban yang wajib bagi mereka. Bukan hanya sekadar serban, malah rambut panjang yang tidak digunting itu pun merupakan syiar bagi agama mereka. Tanpa perkara tersebut, mereka dikira telah melanggar kewajipan agama, samalah seperti umat Islam yang tidak menutup aurat ataupun meninggalkan solat.
Bagi umat Islam pula, pemakaian serban bukanlah sesuatu yang wajib. Hatta Ayatollah-Ayatollah di Iran yang menjadi marja' sekalipun tidak pernah mengatakan serban adalah wajib bagi setiap umat Islam. Pemakaian serban ketika menaiki motor di kalangan umat Islam adalah lebih kepada kebiasaan dan adat sesuatu tempat demi mengekalkan penampilan mengikuti sunnah tersebut hatta ketika menaiki motor sekalipun. Menariknya, jika para penunggang muslim memakai serban ketika mereka menunggangnya di kampung-kampung ataupun felda-felda ianya adalah sesuatu yang agak normal dan tidak pula membahayakan memandangkan jalannya tidak sibuk dengan kenderaan-kenderaan besar yang lain. Yang agak mengundang persoalan ialah jika pemakaian tersebut oleh penunggang-penunggang motorsikal yang membawa motorsikal di Bandar-bandar besar seperti Johor Baharu, Ipoh, malah di Kuala Lumpur. Dengan kesesakan dan kesibukan jalan raya yang mengundang kemalangan-kemalangan yang tidak berbau adakah perbuatan tersebut logik dan boleh diterima Islam?
Artikel ini akan cuba membuka minda para pembaca sekelian agak berfikiran lebih rasional, menuruti al-Quran, sunnah dan ruh Islam itu sendiri serta menjauhi campur tangan emosi, nafsu dan juga ketaksuban.
Sunnahnya serban
Umat Islam berijmak bahawa pemakaian serban bukanlah sesuatu yang wajib bagi setiap muslim yang mukallaf. Barang siapa yang berijtihad bahawa pemakaian serban itu adalah wajib bagi setiap muslim yang mukallaf ternyata dia telah melakukan satu kesilapan yang besar dan malah boleh dikategorikan sesat lagi menyesatkan yang lain. Tidak terdapat satu ayat pun di dalam al-Quran mahupun hadis-hadis, baik yang sahih mahupun yang hasan menunjukkan perkara tersebut. Hatta hadis-hadis yang dhaif (lemah) pun tidak menunjukkan kewajipan tersebut.
Maknanya kini, yang tinggal adalah hukum berserban itu samada sunat ataupun harus. Sebelum membicarakan perkara tersebut, adalah lebih baik jika kita meninjau hadis-hadis berkaitan dengan serban. Dalam kes ini penulis menjauhi dan meminta dijauhi daripada hadis-hadis maudhu' (palsu) dan juga dhaif berkaitan pemakaian serban. (Di dalam kitab “al-Laali al-Masnu'at” tulisan Imam al-Suyuti (mati 911 Hijrah) beliau telah menyatakan hadis-hadis palsu dan dhaif yang amat sangat berkaitan dengan galakan pemakaian serban. (Lihat: al-Suyuti, al-Laali al-Masnu'at. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, j. 2, hal. 220-221). Kebanyakan hadis-hadis yang berkaitan pemakaian serban hanyalah hadis-hadis yang menerangkan pemakaian serban oleh Rasulullah S.A.W. sahaja. Yang menariknya tidak terdapat satu pun hadis yang sahih mahupun yang hasan menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W. menyeru ataupun menggalakkan umatnya memakai serban. Antara hadis-hadis berkaitan dengan pemakaian serban oleh Rasulullah S.A.W. banyak boleh didapati di dalam kitab-kitab berikut:
a) Di dalam kitab “Zaad al-Ma'aad” tulisan Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, beliau ada membawa hadis-hadis berkaitan dengan bentuk serban Rasulullah S.A.W., warnanya dan juga nama serban tersebut. (Lihat: Ibn al-Qayyim, Zaad al-Ma'aad. Jil.1, hal. 143)
b) Di dalam kitab “al-Syamail al-Muhammadiyyah”, pengarangnya Imam al-Tarmidhi juga telah menghimpunkan banyak sekali hadis berkaitan bentuk serban Rasulullah S.A.W. dan juga keadaan bila Rasulullah S.A.W. memakainya.(al-Tarmidhi, al-Syamaail al-Muhammadiyyah, Mekah: Maktabah al-Baaz. hal. 105-107).
Dari hadis-hadis yang telah disebutkan ternyata sekali hadis-hadis tersebut dan banyak lagi hadis-hadis lain dari rujukan yang pelbagai hanya menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. memakai serban yang kadangkala berwarna putih dan kadangkala berwarna hitam. Baginda juga kadangkala memakai satu ekor, dan kadangkala dua ekor dan adakalanya tidak berekor. Baginda juga menamakan serbannya dengan nama yang tertentu. Jika dilihat dalam keseluruhan hadis-hadis lain pula, baginda tidak pula memakainya selalu dan mewajibkannya. Ada waktu bagainda hanya memakai penutup kepala sahaja (Ibn al-Qayyim, ibid. j.1, hal. 43), ada waktu baginda tidak memakai apa-apa di kepala pun sehinggakan para sahabat dapat melihat fesyen rambut baginda S.A.W. (lihat: al-Tarmidhi, ibid. hal.105-107)
Kesimpulannya, kedudukan serban sebagai sunnah Rasulullah S.A.W. adalah tidak boleh disangkal. Jika seseorang memakai serban dengan niat untuk mencontohi Rasulullah S.A.W. maka dia akan memperolehi pahala sunat. Jika dia memakainya kerana adat dan kebiasaan, hukumnya adalah harus sahaja.
Mengapa penunggang memakainya?
Jadi jelaslah kepada kita bahawa pemakaian serban di dalam Islam itu hukumnya hanyalah harus, namun jika pemakainya berniat hendak mencontohi Rasulullah S.A.W. maka ianya bertukar menjadi sunat (ini berdasarkan hadis: “Sesuatu amalan itu dikira berdasarkan niatnya, hadis riwayat Omar di dalam al-Bukhari dan Muslim). Pada waktu itu pemakaian tersebut akan termasuk di dalam kategori sunnah fadhail (kelebihan-kelebihan), iaitu sunnah yang didapati dengan mencontohi perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. yang tidak bersifat Tasyri' (hukum). Makanya pemakaian tersebut bukanlah bersifat wajib sehingga para penunggang motorsikal yang beragama Islam tidak boleh menanggalkannya ketika menaiki motorsikal seperti halnya mereka-mereka yang beragama Sikh yang diwajibkan sentiasa melindungi kes (tocang mereka) dengan serban selepas melalui upacara Dastar Bandhi.
Jadinya, apakah alasan yang terlalu besar sehinggakan para penunggang motorsikal beragama Islam tidak mahu memakai topi keledar dan beriltizam teguh dengan serban mereka ketika menunggang motorsikal hatta ketika berada di kota kosmopolitan sekalipun ???
i)Malas
Ya, inilah jawapan yang paling tepat. Ramai di kalangan penunggang tersebut malas untuk membuka serban mereka yang telah dililit kemas. Jika mereka memakai topi keledar, mereka terpaksa mengikat semula serban yang telah mereka leraikan. Ini akan membebankan mereka. Untuk menjustifikasikan tindakan mereka sekaligus menyembunyikan kemalasan mereka, maka dicarilah helah-helah untuk membela diri. Maka sunnah Nabi S.A.W. lah yang dijadikan alasan.
Persoalannya, bukankah tindakan tidak memakai topi keledar itu merupakan satu undangan kepada risiko yang lebih besar. Allah S.W.T. di dalam al-Quran telah melarang umatnya dari mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan. Firman Allah: “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah (2): ayat 194)
Adakah berbaloi kerana sifat malas, kita mengundang kecelakaan yang boleh dikurangkan risikonya dengan memakai topi keledar ?
ii)Reaksi kepada sikh
Ada juga di antara pemakai serban itu berhujah dengan emosional mengatakan bahawa pemakaian serban mereka tiada beza dengan pemakaian serban oleh golongan Sikh. Hujah mereka, jika orang-orang Sikh boleh memakai serban ketika menunggang motorsikal, mengapa umat Islam tidak boleh???, ini sudah double standard!
Persoalannya jika ramai di kalangan penunggang motorsikal dari kalangan orang Sikh yang mati akibat kemalangan kerana tidak memakai topi keledar, adakah kita juga hendak ikut ?, sunnah siapa yang kita hendak ikut???
iii)Pemahaman yang salah
Tidak kurang juga ada sesetengah umat Islam mempunyai pemahaman yang salah terhadap pemakaian topi keledar dan serban. Bagi mereka pemakaian serban adalah sesuatu yang mengundang rahmat dan penjagaan Allah. Jika mereka memakai serban maka Allah akan melindungi mereka sepanjang perjalanan. Mereka akan terlindung dari bahaya yang bakal menimpa, perjalanan akan lebih cepat, selamat dan mendapat pahala yang lebih. Pendekata jika memakai serban ketika menaiki motorsikal, seseorang itu akan mendapat “karamah”, “ma'unah” malah kesaktian seperti cerita Puteri Gunung Ledang!
Ada sesetengah golongan yang fanatik lagi, mereka memandang pemakaian topi keledar sebagai tidak Islamik, peniruan cara barat dan bertentangan dengan konsep tawakkal. Atas dasar tersebut mereka memilih sesuatu yang lebih islamik, lebih kebal dan lebih hebat dari topi keledar, iaitu serban.
Apa yang sunnahnya?
Persoalan yang timbul di sini ialah: Apakah sunnahnya ketika menaiki motor ?, apakah cara menaiki motor yang menepati kehendak Islam.
Sebelum menjawab persoalan tersebut, perlu ditegaskan beberapa perkara asas agar tidak berlaku kekeliruan.
Yang pertamanya, pemakaian serban adalah sunat hukumnya dan bukannya wajib pada waktu-waktu biasa jika diniatkan untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. Persoalannya jika pemakaian tersebut mengundang bahaya kepada nyawa dan keselamatan pemakainya ianya tidak lagi menjadi sunat, malah boleh menjadi haram.
Yang keduanya, penunggang-penunggang motorsikal amat terdedah kepada bahaya ketika berada di jalanraya berbanding dengan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Risiko untuk mereka mendapat kemalangan dan mendapat kesan daripada kemalangan adalah amat tinggi berbanding pengguna jalan raya yang lain.
Statsitik Jabatan Pengangkutan Jalan telah menunjukkan daripada 298,651 kes kemalangan dan 6,282 kematian yang telah dilaporkan pada tahun 2003 sebanyak 3,548 kes telah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Jumlah kematian penunggang motosikal tersebut merupakan 56.5% daripada keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya. Rekod Kementerian Pengangkutan juga menunjukkan sebanyak 58.7% kematian yang dialami oleh penunggang dan pembonceng motosikal adalah disebabkan oleh kecederaan kepala.
Selain daripada itu bilangan penunggang motorsikal yang mati sewaktu kemalangan kerana tidak memakai topi keledar juga amat tinggi. Bahkan mereka yang memakai topi keledar pun ramai yang meninggal dunia kerana kecederaan yang mereka hadapi, apatah lagi mereka yang tidak memakai topi keledar!
Yang ketiganya, Islam amat mementingkan kehidupan dan nyawa. Di atas dasar inilah kita lihat Islam menggariskan banyak sekali hukum-hakam yang bertujuan menjaga nyawa dan kehidupan manusia. Bagi Imam al-Syatibi (mati 780 Hijrah), penjagaan nyawa adalah salah satu daripada objektif Syariah Islam itu sendiri.
Islam menjaga nyawa dengan meletakkan hukum-hakam yang bersifat samada memastikan nyawa dan kehidupan akan terus terjaga dan terjamin kualitinya dengan menyuruh umat Islam menjaga kesihatan, makan yang baik-baik, tidak melakukan perkara-perkara yang menjejaskan kehidupan tersebut dan seumpamanya. Islam juga menjaga kehidupan manusia dengan melarang umatnya dari membunuh diri, melakukan perkara-perkara yang membahayakan nyawa dan diri mereka, melarang dari bunuh-membunuh dan juga melarang umat Islam dari membahayakan nyawa pihak lain dengan apa cara sekalipun kecuali dengan haknya.
Keempat, Menunggang motorsikal adalah sesuatu yang baru. Di zaman Nabi S.A.W. tiada motor, tiada kemalangan jalan raya. Maka untuk menentukan apa-apa hukum berkaitan dengan cara menunggang motor menurut kehendak Islam adalah melalui ijtihad yang berlandaskan maslahat umum (Masalih Mursalah).
Menaiki motorsikal secara Islam dan Sunnah
Di atas dasar inilah, ada beberapa panduan menaiki motorsikal mengikut cara Islam yang lebih bertepatan dengan al-Quran dan juga sunnah. Antaranya:
a) Menjaga keselamatan ketika menaiki motorsikal - Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi “la darar wa la dirar”, yang bermaksud: “Tiada (jangan melakukan) perkara yang membawa kemudaratan pada diri sendiri dan tiada (jangan melakukan) perkara yang memudaratkan orang lain” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta, hal. 226 dan Ibn Majah di dalam kitab al-Sunan, hadis nombor: 2340 dan 2341)
Huraiannya: hadis ini menunjukkan bahawa Islam melarang umatnya dari melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan diri mereka sendiri dan orang lain. Oleh itu sebarang perlakuan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain adalah haram di dalam Islam. Berkait dengan menunggang motorsikal pula, segala perbuatan yang membahayakan diri seperti tidak memakai topi keledar, memakai selipar Jepun ketika menunggangnya, memandu dengan laju, tidak menggunakan lampu “signal” ketika membelok dan yang seumpamanya adalah haram di sisi syarak.
b) Membaca doa - Selain daripada usaha secara fizikal, usaha secara spiritual juga perlu. Di dalam bab Aqidah, ianya disebut sebagai usaha maknawi. Jika usaha fizikal (memastikan keselamatan ketika menunggang motorsikal) disertakan dengan usaha maknawi (dengan berdoa) ianya akan mengundang bantuan Allah dan juga penjagaannya. Usaha secara maknawi di sini ialah dengan membaca “Bismillah” sebagai sunnah dalam melakukan segala pekerjaan, membaca doa menaiki kenderaan, samada doa “Subhanalladhi sakhara lana….” ataupun doa “Bismillah majrehaa…” dan akhirnya membaca “Bismillah tawakkaltu 'ala Allah” ataupun “Bismillahi ladhi laa yadhurru …”. Ketika membacanya juga kita hendaklah berniat untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. dan juga merasakan kebersamaan dengan Allah S.W.T.
c) Memandu dengan cermat - Antara sunnah juga ialah memandu dengan cermat dan tidak memandu dengan cara yang membahayakan diri sendiri mahupun orang lain. Allah S.W.T. telah berfirman yang maksudnya : “Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah (2): ayat 194). Di atas dasar ini juga sebarang cara memandu motorsikal yang membahayakan seperti memandu melebih had laju, mencilok, peng maut, aksi kuda terbang dan yang seumpama dengannya adalah haram dan tidak dibenarkan oleh syarak.
d) Ikut undang-undang - Menunggang motorsikal yang menepati sunnah juga ialah menunggang dengan mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan. Undang-undang berkaitan jalan raya telah digariskan sedemikian rupa demi memastikan keselamatan penggunanya. Kebanyakkannya digariskan berdasarkan kajian, statistik dan juga penelitian mereka yang professional untuk manfaat para pengguna jalan raya. Agak ironic bila ada sesetengah golongan mengatakan undang-undang jalan raya tidak wajib dipatuhi kerana ianya adalah undang-undang ciptaan manusia dan kita hanya wajib mematuhi undang-undang Allah sahaja. Kata-kata seperti ini hanya keluar dari mulut mereka yang jahil tentang hukum-hakam dan juga tidak memahami Islam yang sebenarnya. Undang-undang jalan raya seperti yang terdapat di Malaysia, walaupun ciptaan manusia, namun jika ianya bertujuan untuk menjaga maslahat umum termasuk di dalam kategori “Masalih Mursalah” di dalam ilmu Usul Fiqh yang dalam beberapa keadaan membawa kepada hukum wajib untuk dipatuhi jika ianya berkaitan dengan maslahat umum.
e) Tawakkal - Akhir sekali setiap penunggang motorsikal wajiblah bertawakkal kepada Allah ketika berada di atas jalan raya. Mengapa tawakkal di akhir sekali ?, kerana itulah anjuran Rasulullah S.A.W. kepada seorang sahabat yang membiarkan tunggangannya tanpa diikat ketika beliau hendak bersolat di masjid. Ketika baginda bertanya apakah tujuannya membiarkan tunggangannya tidak berikat, beliau menjawab bahawa itu adalah usaha tawakalnya. Baginda telah menyuruh beliau mengikat dahulu tunggangannya dan kemudian bertawakal kepada Allah, itulah konsep tawakkal yang sebenarnya.Dalam kes ini hendaklah para penunggang memakai topi keledar, memastikan motorsikal selamat ditunggang, lengkap berlampu, lengkap dengan stiker pantul cahaya, berdoa dan kemudiannya bertawakkal kepada Allah. Inilah baru dinamakan sunnah dan bukan hanya pada serban sahaja!
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengamalan Islam dan sunnah yang sebenarnya adalah berdasarkan dalil dan rasional dan bukannya dengan mengikuti emosi semata-mata. Dakwaan memakai serban ketika menunggang motorsikal adalah sunnah adalah dakwaan yang diwarnai dengan emosi tanpa hujah dan dalil yang kuat. Tambah lagi perbuatan tersebut mengundang bahaya dan kemudaratan kepada penunggang itu sendiri. Islam sedari awal lagi, samada di dalam al-Quran, mahupun sunnah Rasulullah S.A.W. melarang umatnya dari membahayakan diri mereka. Adalah satu jenayah terhadap sunnah apabila kita melakukan sesuatu yang dilarang baginda dan kemudiannya menjustifikasikannya di atas nama sunnah.
Fenomena berserban ketika menunggang motorsikal hanyalah secebis dari penyelewengan pemahaman sebenar terhadap Islam dari banyak lagi penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh umat Islam di zaman moden ini. Umat Islam haruslah melihat dalil-dalil di dalam hukum-hakam syarak secara keseluruhan dan bukannya secara serpihan-serpihan. Pemahaman Islam juga hendaklah melalui ruh tasyri' (falsafah Syariah) dan juga objektif syariah itu sendiri dan bukan semata-mata dengan kaca mata emosi dan taksub kepada sesetengah individu.
Perlu diingat juga artikel ini bukanlah bertujuan untuk menghina serban, tetapi lebih kepada mengingatkan umat Islam agar tidak memburukkan imej berserban kerana kejahilan kita sendiri. Ingatlah kehidupan kita bukan untuk diri kita sahaja tetapi juga untuk umat Islam. Nyawa kita amat bermakna untuk Islam dan umat Islam, janganlah sia-siakannya dengan mengamalkan sesuatu yang kita sangkakan dari Islam, tetapi sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.
P/S: copy paste lagi..dari writer yang terpercaya..