Hak Isteri Terhadap Suami 8 - Minta Pendapat Dalam Pelbagai Hal  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Salah satu cara menghargai kehadiran isteri yang membuat kehidupan seseorang lelaki itu lebih bermakna adalah dengan menjadikan wanita di samping nya itu sebagai pakar rujuk dalam setiap masalah yang membabitkan hidupnya secara personal (masalah pelajaran, masalah kerja, masalah dakwah, masalah rakan2, keluarga) dan masalah anak-anak yang menjadi tanggungjawab kedua-dua pasangan ini. Tidak dinafikan bahawa lelaki, sekiranya ada masalah, mereka labih gemar bersendiri dan terkadang hanya sekadar menceritakan masalah mereka tanpa mahu mendengarkan solusi/pendapat dari sang isteri, tetapi alangkah gembiranya hati isteri sekiranya si suami setidak-tidaknya sudi mendengarkannya walaupun mungkin kadang2 kurang boleh diterima. Ia hanyalah sebagai tanda apresiasi akan kewujudan sang isteri, yang bukan hanya bertugas melayani suami, tapi lebih dari sekadar itu.

Hal ini dicontohi sendiri oleh Rasulullah SAW, baginda bukan hanya meminta pendapat para isterinya, tetapi juga melaksanakan pendapat tersebut.
Hali ini pernah terjadi pada saat peristiwa Hudaibiyah, iaitu setelah perjanjian Hudaibiyah ditulis, beliau berkata kepada para sahabatnya, "Segera bangkit, berkorban, dan bercukurlah kalian!" Demi Allah, tidak seorang pun di antara mereka yang berdiri. Sampai beliau mengulanginya 3 kali. Tatkala tidak seorang pun yang berdiri, beliau menemani Ummu Salamah. Beliau menceritakan sikap para sahabatnya tadi kepadanya. "Wahai Nabi Allah, apakah anda ingin mereka melakukannya? Keluarlah anda dan jangan berbicara dengan seorang pun sehingga menyembelih haiwan korban. Sesudah itu, panggillah tukang cukur anda dan suruhlah dia mencukur anda," saran Ummu Salamah.
Beliau pun keluar dan tidak berbicara dengan sesiapa pun lalu melaksanakan semua usulan tersebut. Ketika para sahabat melihat hal itu, mereka segera bangkit dan menyembelih haiwan korban. Lalu mereka saling mencukur satu sama lain sehingga seakan-akan bertengkar kerana ramainya. [HR Bukhari (lihat Fathul Baari v/329, no.2731,2732)].
Dari kisah ini dapat kita lihat bahawa Allah SWT telah memberikan banyak kebaikan bagi Rasulullah SAW melalui saran isteri baginda, Ummu Salamah.
Namun, hal-hal atau perkara-perkara kemaksiatan dan haram tidak termasuk dalam tuntutan ini.

This entry was posted on 3:19 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment