Hak Suami Terhadap Isteri 1 - Sentiasa Berusaha Mentaatinya.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Melalui satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Hakim, Dari Abu Sa'id, Rasulullah SAW bersabda, "Hak suami ke atas isteri adalah jika seandainya ia menjilat luka suaminya, nescaya ia masih belum menunaikan haknya,"

Hadis ini sudah cukup menunjukkan bahawa hak2 suami atas isteri sangatlah besar, isteri yang baik akan menempatkan suami pada kedudukan yang terhormat sehingga mengutamakan hak2 yang telah digariskan oleh Allah SWT dan RasulNya, sebagaimana yang akan dihurai selepas ini.

Hak Suami terhadap Isteri yang Pertama: Sentiasa berusaha Mentaati Suaminya.

Kerana dengan berlaku taat kepada suami nya, kebaikan ini akan dibalas dengan syurga. Nabi SAW bersabda, "Jika seorang wanita telah menunaikan solat 5 waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya, 'Masuk lah ke syurga dari pintu mana saja yang kau suka' [sahih-rujuk Shahiih al-Jaami'ish Shaghiir no.660].

Sebagaimana solat dan puasa, ketaatan kepada suami juga adalah salah satu jaminan syurga buat para muslimah, tidak boleh berhenti mentaatinya dan menderhaka kepadanya. Allah murka kepada isteri yang menderhakai suaminya..

Nabi SAW bersabda, "Demi Rabb yang jiwaku di tangan Nya. Tidakkah seorang suami mengajak isterinya ke ranjang (tempat tidur), kemudian ia menolak, melainkan penghuni langit memurkainya hingga suaminya redha padanya."[HR Muslim].

Kewajipan isteri ialah patuh pada suami selama mana perintah suami tidak bercanggah dengan syariat dan bukanlah maksiat mahupun dosa. Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal2 yang menyanggahi hukum Allah SWT.

Bersambung...

This entry was posted on 3:50 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment