Hak Isteri Terhadap Suami 7 - Tidak Menyebarkan Rahsia Isteri dan Tidak Membuka Aibnya..  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Selepas kahwin, hubungan seorang lelaki dan perempuan yang dulunya tidak halal kini menjadi halal, hidup bersama, tidur pun bersama. Sudah tentulah isteri menjadi peneman suami dan suami pula menjadi pelindung isteri. Segala masalah hidup turut dikongsi bersama, cerita-cerita lalu dan rahsia-rahsia pun turut dikongsi..maklumlah, bukan namanya teman hidup/soulmate kalau tak berbagi hidup sedangkan itulah tujuannya mereka berumahtangga....

Suami pula menjadi orang kepercayaan isteri, mereka dituntut untuk menjaga isteri-isteri mereka. Antara rahsia penting yang harus dijaga adalah rahsia ranjang. Nabi SAW memperingatkan umatnya agar tidak menyebarkan rahsia ini.
Diriwayatkan dari Asma' Binti Yazid...Waktu itu ia beserta para pria dan wanita lainnya sedang duduk di sekitar Rasulullah SAW. Baginda bersabda, "Barangkali ada seorang lelaki di antara kalian yang menceritakan apa yang diperbuatnya bersama isterinya. Dan barangkali ada juga wanita yang menceritakan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?". Semua orang terdiam.
Asma' lantas berkata "Benar, demi Allah, wahai Rasulullah.. Para wanita itu menceritakannya dan para pria pun menceritakannya." Beliau pun berpesan, "Jangan kalian lakukan hal itu. Sebab, perbuatan itu layaknya setan lelaki yang bertemu dengan setan perempuan di tengah jalan kemudian menyetubuhinya sedangkan orang-orang melihat mereka berdua," sahih[Aadaabuz Zifaaf no.72].

Jadi, biarlah perkara tersebut hanya menjadi rahsia istimewa antara pasangan suami-isteri sahaja tanpa perlu dihebah-hebahkan kepada orang lain, jagalah ianya sebagai tanda penghormatan kepada pasangan masing-masing dan juga lambang maruah diri dan pasangan hidupnya.

This entry was posted on 2:59 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment