Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seseorang muslim membenci seorang mukminah (isterinya). Jika dia tidak menyukai salah satu akhlaknya, pasti dia menyukai akhlaknya yang lain." [HR Muslim]
Marilah sama-sama kita hayati melalui hadis berikut ini yang menunjukkan betapa bahawa wanita itu perlu dibimbing secara lemah lembut, sesuai dengan fitrah mereka, bukan dengan cara kekerasan mahupun kemarahan..
Rasulullah SAW bersabda, "Nasihatilah isteri dengan cara yang baik kerana mereka tercipta dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Apabila engkau luruskan (dengan keras), engkau akan mematahkannya. Tapi jika kau biarkan, tetap bengkoklah ia. Nasihatilah wanita dengan cara yang baik." [Muttafaq 'alaih].

Para suami seharusnya menahan sabar dalam melayani karenah sang isteri dan menghadapi kesulitan2 yang mereka timbulkan, malah mereka harus bersifat lemah lembut serta menahan amarah dan mengelak daripada berlaku keras terhadap isteri, hal ini kerana wanita memiliki jiwa yang lembut dan hatinya seni, mudah tersentuh atau berkecil hati apabila dimarahi apatah lagi jika dikasari baik dari sudut dalaman mahupun fiziknya. Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai model suami yang baik, bagaimana baginda sabar melayani para isterinya.
Sumber:
1. Sifat Rumahtangga Nabi, Dr. Abdul Azhim Badawi, Edisi 15 (terjemahan), keluaran Media Tarbiyah, Bogor, 2007.
2. Fiqih Praktis Nikah, Dr.Abdul Azhim Badawi, Salwa Press, Tasikmalaya 2008.
This entry was posted
on 3:46 PM
and is filed under
Ulasan Buku
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.