Tuntutan ini hanya berlaku untuk "special case" di mana suami memiliki lebih daripada 1 isteri. Ia perlu berlaku adil terhadap isteri-isterinya jika berpoligami. Ia harus adil dalam menguruskan keperluan asas hidup isteri2 nya dan adil dalam urusan pembahagian malam.
Dia tidak boleh sesekali berlaku tidak adil pada salah satunya sekalipun berbeza nilai kasih sayang antara satu dengan yang lain. Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa memiliki 2 isteri, kemudian lebih cenderung kepada salah satunya, maka pada hari khiamat kelak ia akan datang dengan salah satu bahunya tempang sebelah" [sahih-(HR Ibnu Majah, At-Tirmidzi dll)].
Dia tidak boleh sesekali berlaku tidak adil pada salah satunya sekalipun berbeza nilai kasih sayang antara satu dengan yang lain. Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa memiliki 2 isteri, kemudian lebih cenderung kepada salah satunya, maka pada hari khiamat kelak ia akan datang dengan salah satu bahunya tempang sebelah" [sahih-(HR Ibnu Majah, At-Tirmidzi dll)].
Walaupun Allah SWT mengharuskan poligami, namun ternyata ia bukanlah sesuatu yang ringan untuk dilaksanakan, kalau salah cara dan gayanya, ia akan menanggung penderitaan yang berat di akhir nanti, inilah antara amaran yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk melangkah lebih jauh lagi di alam perkahwinan, kerana hal ini melibatkan bukan hanya satu jiwa, tetapi lebih dari satu. Nah, untuk menghadapi tanggungjawab yang berat berbanding orang lain, maka, para bakal suami haruslah mempersiapkan diri dengan ilmu yang sahih dan kuat dalam mengamalkannya. Perhatikanlah dengan pertimbangan yang wajar. Soalan cepu cemas: Sudahkah anda bersedia??
Demikianlah, antara yang dapat kita kongsikan bersama tentang hak2 isteri terhadap suami. Berusahalah menunaikan hak2 ini untuk mereka. Janganlah sesekali meremeh-remehkannya/memandang sepele. Rumahtangga dijamin harmoni, tenteram dan selamat sekiranya kita tidak lengah dalam melaksanakan hak2 terhadap pasangan sebagaimana yang telah tertulis dalam syariat.
Walaubagaimanapun, para isteri/wanita juga harus ingat bahawa suami mereka juga adalah insan biasa meskipun kita membangga-banggakan mereka dengan beberapa kelebihan yang mereka miliki. Mereka juga memiliki keterbatasan-keterbatasan tertentu dalam menunaikan hak-hak tadi. Maafkanlah suami sekiranya mereka tersalah atau terlupa, dan bantulah suami membaiki diri dalam melaksanakan hak-hak mereka. "Teamwork" itu penting demi kebahagiaan yang berkekalan, apatah lagi jika suaminya berpoligami.
Bak kata WOnder Pets, "Apa yang penting??KERJASAMA..." thehehheh..
Sekian dulu dari saya untuk kali ini. Saya akan menyambung postings berikutnya pula nanti tentang hak2 suami yang perlu dipenuhi oleh sang isteri.
WA.
This entry was posted
on 6:27 PM
and is filed under
Ulasan Buku
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.