Saya dedikasikan entri ini khas untuk para pria di luar sana yang sedang mengira-ngira untuk mendirikan rumahtangga. Mudah-mudahan, segala teori dapat dipraktekkan bila sudah tiba masanya nanti, dan ketahuilah bahawa tujuan Allah SWT mensyariatkan hak-hak ini untuk dipenuhi oleh seorang suami kepada isterinya (and vice versa) adalah tidak lain dan tidak bukan ialah supaya hubungan suami-isteri akan sentiasa disirami dan dibalut dengan kasih sayang sepanjang tempoh perkahwinan itu kerana sememangnya Dia menyukai hubungan halal ini disuburkan, kasih dan sayang serta tali cinta antara suami dan isteri, malah ia bertujuan untuk menyelamatkan sesebuah rumahtangga itu daripada tenggelam. Maka, dengan cara memenuhi hak2 ini, mungkin kegusaran dan kekhuatiran samaada hilangnya rasa cinta itu dalam tempoh perkahwinan dapatlah dikurangkan.
"Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf"[QS Al-Baqarah:228].
Dari sebuah hadis berdarjat hasan, Rasulullah SAW bersabda, " Ketahuilah sesungguhnya kalian memiliki hak atas isteri kalian, dan isteri kalian pun mempunyai hak ke atas diri kalian,"...Seorang mukmin sejati yang penuh dengan kasih sayang pasti mengakui akan hak2 ini.
1. Mempergauli Isteri dengan Cara yang Baik
"Dan bergaullah dengan mereka secara pantas (selayaknya)." [QS An-Nisaa:19].
Misalnya, memnuhi nafkah dan keperluan seorang isteri dari sudut zahir dan batin, jika isteri melanggar perintah, luruskan lah mereka, nasihatilah mereka dengan cara yang baik tanpa mencela/memaki hamun/memburuk-burukkannya, sekiranya isteri sudah menyedari kesilapannya, maka nasihat harus segera dihentikan. Tetapi, sekiranya tidak, maka jauhi lah isteri di tempat tidurnya, jika dia masih belum sedar akan salahnya, suami dibolehkan untuk memukul dengan pukulan yang tidak mencederakan.
Firman Allah SWT, "Wanita2 yang kamu khuatirkan nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pukullah mereka. Kemudian, jika mereka mentaatimu, maka jaganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah maha tinggi lagi Maha Besar," [QS An-Nisaa':34].
Dan apabila Rasullullah SAW ditanya tentang "Apa hak isteri salah seorang di antara kami terhadapnya?", baginda bersabda: "Berilah ia makan sesuai dengan yang kau makan dan berilah ia pakaian sebagaimana pakaianmu. jangan kau pukul wajahnya, jangan mejelek-jelekkannya, dan jangan menjauhinya kecuali di dalam rumah" [sahih: dari Sunan Ibnu Majah no.1500].
Lagi...."mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya,"[hasan sahih-Sahih Sunan At Tirmidzi no.928]. Demikianlah, ini menunjukkan bahawa kelembutan dalam mencandai isteri dan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya adalah antara tanda2 bahawa suaminya memiliki akhlak yang sempurna dan iman yang subur. Masih ingat kisah Rasulullah SAW yang mengajak 'Aisyah untuk lumba lari?
'Aisyah berkata,"Rasulullah SAW pernha mengajakku lumba lari lalu aku mengalahkan beliau. Setelah beberapa waktu lamanya , dan aku jadi agak gemuk. Saat itu, beliau menantangku lumba lari seperti dulu dan beliau pun mengalahkan aku. ' Kemenangan ini untuk menebus (kekalahan) yang dulu' kata beliau [sahih-rujuk Aadaabuz Zifaaf no.200]. See? Kehidupan Rasulullah SAW sebagai insan normal, dan dari sini, kita tahu bahawa bermain-main dengan sang isteri itu bukanlah hal yang sia-sia.
Saya rasa sampai di sini dulu pengisian buat hari ini, mudah-mudahan ini sahaja sudah mencukupi untuk merenungi diri, Islam itu agama nasihat dan mendidik, jadi insyaAllah, setiap hari pengisian ini akan bersambung, bukan sahaja kepada para pria, malah ada juga dedikasi khas saya untuk diri sendiri, erm..kena bersedia juga kan...Saya doakan moga-moga Allah permudahkan urusan saya dan perjalanan untuk membina hubungan yang halal dengan insan yang menjadi pilihan hati saya suatu hari nanti, dan begitu juga untuk para sahabat yang lain. Semoga kita sentiasa di bawa keredhaan Allah SWT dan rahmat kasih sayangNya.