Poligami 2  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in ,

Salam..

http://www.dentistsupermuslim.blogs.friendster.com/

Baca dulu post di blog friendster aku tentang nikah muda dan poligami. Tu hanya piece of mind aku.
Pokoknya, sekarang ni, tok sah lah kita dok marah orang-orang yang mempertahankan poligami, dah poligami tu ada dalam syariat, halal, dan ada syarat2nya yang harus dipenuhi. Kalau ada wanita yang teraniaya sebab suami dia kahwin lebih dari 1, itu bukan salah poligami, tapi itu salah lelaki tu yang tak kenal tanggungjawab, tak da ilmu, tak tau nak berlaku adil tapi tergedik-gedik nak kahwin lebih dari sorang, dia rasa mampu, tapi Allah dah kata dalam surah An Nisa' ayat 3, kalau rasa tak dapat berlaku adil, tok sah kahwin lebih dari satu, nanti berlakulah kezaliman.

Pelik juga bila poligami yang sifatnya melindungi wanita dan tidak menzalimi tiba-tiba diamalkan oleh mereka yang suka melakukan kezaliman dan orang2 yang jahil. Mana pergi mereka2 yang berilmu dan adil? Dah tak adakah mereka di muka bumi ni? Tunjuk la sikit kat masyarakat model poligami yang baik.. Ada yang tak berani ke? Wallahu3lam.

Aku bukannya nak cuba2 galakkan orang lelaki poligami, memang bukan senang kalau nak poligami, dan wanita pun bukannya mudah nak terima kenyataan bila suaminya nak berpoligami. Jadi, aku menyeru wanita2 di luar sana supaya prepare lah dari sekarang, dari segi kemahiran, ilmu agama maupun ilmu professional@alam kerjaya, prepare dari segi kewangan, dari segi ketahanan spiritual dan mental serta emosi, semuanya kena balance sebab sekarang ni poligami bukannya suatu yang mustahil lagi.
Bagus juga kalau wanita2 dapat berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan dari seorang lelaki bernama suami, lebih2 lagi bila lelaki itu adalah lelaki yang soleh, itupun salah satu cara kita membantu kaum kita juga, dapat kembangkan zuriat keturunan lebih-lebih lagi kalau anak anugerah Allah tu diserahkan untuk berjuang di jalanNya, untuk menyambung risalah perjuangan Rasulullah SAW. Itulah yang diharapkan dari poligami, dengan bertambah eratnya silaturrahmi dan persaudaraan umat Islam. Bagus je gambarannya...
Tapi bukanlah itu yang berlaku sekarang...Syariat mulia ini telah dinodai dengan kekurangajaran dan kezaliman si pelakunya (pada zaman sekarang)...Siapa lagi nak bangun membela sunnah? Siapa lagi nak bangun melindungi mereka2 yang tertindas? Kitalah...umat Islam..lalu apa dan bagaimana caranya????
Aku beri ruang untuk korang fikir-fikirkan jawapan ni, dan bukan hanya fikir, tapi bertindaklah, buat persediaan, baik lelaki mahupun wanita...

Sekian dulu. Wslm

This entry was posted on 4:09 PM and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment