Hak Suami Terhadap Isteri 3 - Berdandan dan Bersolek di Hadapannya  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Hiasan wanita hanya layak dipertontonkan kepada suaminya, hal ini merupakan salah satu cara menarik perhatian suami, iaitu dengan berdandan, bersolek, sentiasa berpenampilan kemas, segak dan menarik bukan sewajarnya di luar rumah, tetapi lebih dituntut dilakukan di dalam rumah, untuk si suami. Tanpa bersolek juga, saya kira, wanita secara zahirnya sudah kelihatan cantik, bezanya khas kepada suami, aurat seseorang wanita tidak perlu ditutup, terserahlah sekiranya suami memahukan lebih dari sekadar itu, tetapi lebih bagus seandainya si isteri bersikap pro-aktif dalam berhias untuk suami, sungguhpun sudah beranak pinak.

Sentiasalah tersenyum ketika berhadapan dengan suami dan cuba untuk elakkan daripada bermasam muka, hal ini mungkin lebih mendamaikan jiwanya yang mungkin saja dirundung masalah atau kegelisahan. Janaganlah menampilkan diri dengan penampilan yang suami kurang gemari.
Imam Ath-Thabrani meriwayatkan hadis 'Abdullah bin Salam, Nabi SAW bersabda, "Sebaik-baik isteri adalah yang menyenangkanmu jika kau memandangnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya, dan menjaga dirinya dan hartamu ketika kau jauh darinya,".
Cuma kebiasaan masyarakat kita sekarang agak terbalik , para isteri selalu berhias berlebihan apabila keluar rumah, tidak di dalam rumah. Saya harap kita para wanita terhindar dari masalah ini, tidak salah bersiap untuk keluar rumah, tetapi haruslah ala kadar dan melebihkan berhias diri untuk suami. Hal ini kerana suami adalah orang yang paling berhak untuk menikmati dandanan dan kecantikan isterinya.
Bersambung...
P/S: Sekiranya terdapat kesalahan atau kekurangan pada ulasan ini, mohon para pembaca sekalian untuk menegur dan dapat sama2 melakukan penambahbaikan. Penulis masih belum berpengalaman, hanya sekadar ilmu. Harap maklum.

This entry was posted on 1:15 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment