Hak Isteri Terhadap Suami 9 - Menemui Isteri Sesudah Waktu Isya' ...  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Antara hal yang perlu diperhatikan suami dalam rangka menjaga hati isteri ialah meluangkan waktu bersamanya, dan elakkan diri dari keluar rumah terlalu lama hingga lewat malam.

Hal ini kerana perbuatan ini akan menyebabkan timbul rasa tidak senang isteri, rasa gundah dan gelisah, malah si isteri juga mungkin akan berasa was-was/bersyakwasangka terhadapa suaminya sekiranya ini menjadi tabiat berterusan suami. Sekalipun keluarnya suami adalah untuk solat, pastikan ia tidak sesekali menjauhi isteri/menangguhkan untuk menunaikan hak isteri.
Rasulullah SAW mengingkari perbuatan 'Abdullah bin 'Amr yang suka keluar malam dan menjauhi isterinya (untuk beribadah). Beliau berpesan padanya, "Sesungguhnya isterimu memiliki hak ke atas dirimu," [Muttafaq 'alaih].

This entry was posted on 5:12 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment