Hak Isteri Terhadap Suami 4 - Mengajarkan Agama Kepada Isteri.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Suami bertanggungjawab untuk mengajarkan dasar-dasar agama kepada si isteri dan membenarkannya menghadiri majlis ilmu. Allah SWT berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu"[QS At-Tahrim:6].

Ajaklah isteri untuk melakukan amal soleh, di mana amal soleh hanya boleh dilakukan dengan adanya ilmu yang sahih. Maka, untuk menjadi pemimpin rumahtangga yang mantap, para lelaki bujangan yang ada sekarang ini haruslah mempersiapkan diri dan menyibukkan diri dengan ilmu sementara masih berkesempatan. Ilmu merupakan bekal untuk melayari kehidupan ini dengan sempurna dan bekal untuk akhirat nanti. Dan para wanita juga, seeloknya, utamakanlah lelaki-lelaki yang berilmu sebagai teman hidup, yang boleh mengajarkan kita agama dan sentiasa mengingatkan kita hampir setiap masa.

This entry was posted on 7:05 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment