Antara Kelmarin dan Hari Ini  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

My juniors and my housemates

Akhowat2 yang terlibat sama dalam menjayakan program AKHI.

Moestoporian (sisters): Hani, Aizah, Ida, Pah, Wani, Kak Intan, Che Wan.

Acara: Antara Kelmarin dan Hari Ini
Tempat: TamanMini Indonesia Indah Jakarta Timur, Indonesia.
Hari: 6 p.m Sabtu-12 pm Ahad
Peserta: Pelajar Malaysia (Perubatan dan Pergigian) Universitas Prof Dr Moestopo, Universitas Kristen Krida Wacana, dan Universitas Trisakti batch 2005-2008.

Hmm..tidak banyak perkara yang boleh aku sampaikan melalui penulisan di blog dentistsupermuslim tentang acara yang aku 'join' pada hujung minggu ini..mungkin, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan bagaimana perasaan aku sekarang, aku cukup berpuas hati dengan ilmu baru yang aku peroleh, telah lama memendam hasrat untuk mendalami sejarah Islam berdasarkan fakta yang kukuh dan sahih, boleh jadi ini kuncinya.
Bangga..Kagum..Insaf..Sedar..terharu..malu..kecewa..kasihan..ilmu..semangat..dan ternyata, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah: TAJDID. Itulah kesimpulan yang dapat aku buat di penghujung program siang tadi.
Apa-apa sahaja masalah ummah, kembalilah kepada Islam sebenar, dan itulah antara usaha yang aku cuba lakukan, tak kuat bersendiri, ada teman-teman yang membantu, paling tak boleh lupakan, Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya yang menolong agama Allah SWT ini. Tu pun ciput je nak banding dengan susah payah pahit getir perjuangan Rasulullah SAW dan generasi terawal..nak2 menyeru dan berdakwah dekat masyarakat yang diselubungi karat jahiliyyah, Ya Allah..(speechless+sedih+terharu+bangga)..Para dae'i di luar sana seharusnya jadikan perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai inspirasi dan idola dalam setiap sudut kehidupan, aku sendiri tak dapat nak bayang macammana tegarnya baginda, kuatnya baginda berhadapan dengan masyarakat jahiliyyah yang tak tahu menahu sangat tentang Islam, tentang Tauhid, tentang ALLAH SWT, yang hidup mereka diselubungi dengan...(no word to describe, sorry). Malu pun ada..

Masih jauh langkah kaki, namun jauhkan lagi pandanganmu, sehingga ahirat yang sedang menanti. Siapa aku? Benarkah imanku? Bagaimana ekspidisi sejarah Tamadun Islam? dan bagaimana pula realiti umat Islam masa kini? Ke mana arah tuju aku dan apa solusi yang perlu aku lakukan?

So, lepas ni, nak diam jadi saksi je ke or nak mulakan langkah baru? Refresh dan update..Of course, bergerak memulakan langkah sebagai persediaan membina semula tamadun Islam yang gemilang, bermula daripada membetulkan diri sendiri, bina keluarga, didik masyarakat, kukuhkan negara, regenerate politik Islam, luaskan empayar.

**FAITH: Iman aku, bandingkan dengan iman para sahabat dan sahabiah, Sumayyah, Bilal etc..bagaimana iman aku? Adakah seutuh dan semantap iman mereka? Aku insaf, baru aku sedar siapa diri ini.

**Terima kasih kepada AJK2 program AKHI, brothers and sisters, participants, our speakers (saudara Naseem, Fikri dan Adli), tak lupa juga: my beloved housemates (Che Wan, Aizah,Pah,Ida), our super senior-Kak Intan and my 2008 juniors, thank you very much.

This entry was posted on 6:04 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

4 comments

speaker yang ke 2 tu, nama dia fikri...harap maklum. ;-)

thehehe..sebenarnya, sebelum ni dah tertanya2, Fikri ke Fitri???bila teringat Adli sebut pasal 'serangan pemikiran' a.k.a ghozwul fikri time AKHI hari tu, cuma takda ghozwul adli je.

Maaf lah ye.

dzihnun ni siapa ya??

siapakah dzihnun??

biarlah org2 tertentu saja yg tahu, huhu..

pastu, minta tlg tuan rumah skit.. psl link NSW, blh tlg tukar nama tak?? letak "NSW" ke, "Al-Ittiba' wa Laisa Al-Ibtida'" ke.. sbb takut nnti ada org salah faham..

hehe, skdr masukan je..

terima kasih atas masukannya. Nama telah pun diubah demi menghindari sebarang kesalahfahaman.

Post a Comment