Hana sudah Pulang..  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Farhana (my twin) sudah pulang ke rumah di Kangar, Perlis, dari 'sheep land' ke sunnah land =).. Alhamdulillah. Semoga kamu dapat meneruskan tarbiyah kepada family members kita. Saya lihat posting nya yang terbaru pada blog beliau yang telah di'restricted' tu (sempat lagi ko update blog ye), sesuatu yang membuatkan saya bertambah sayang dan sering teringat kepada kedua-dua orang tua saya,...

" Bismillaah..

Assalamua'laikum...

Alhamdulillaah, perjalanan dari NZ ke Perlis lancar dan selamat..

Tak lama lagi kak Nora dan mak long Suriati akan bernikah..
Tadi, borak dengan mak dan abah, termasuk lah bab nikah kahwin ni..
im so surprise that my mom is not that traditional..hehe

Mak cakap, sebenarnya tak digalakkan akad nikah di masjid,
tambahan lagi ianya mengundang banyak masalah
(bergambar, tidak solat sunnat tahiyatul masjid bising dan sebagainya)

mak juga cakap,
kalau boleh mak nak buat simple..
tak ada hantaran pun tak pa, (cuma mulut orang la)
sebab mak fikir banyak yang kena belanja tambah bila ada hantaran,
mak tak mau orang lain 'kena',
*p/s: anak-anak mak 4 perempuan, sorang je laki

mak juga cakap,
akad nikah cukup,
tak perlu lah ada upacara sarung cincin dan pembatalan air sembahyang di hadapan orang ramai tu,

mak cakap lagi,
kenduri tak perlu lah buat bunga telur sebab membazir,
buat benda yang nice and sweet

abah pula cakap,
bagi duit pada tuan rumah kenduri dah jadi satu trend,
ada tuan rumah yang membanyakkan bilangan tetamu
untuk mendapatkan 'pulangan'..

wallahua'lam..

ok,
ni pula dari sudut pandangan daku,

seriously, aku pun turut merasakan yang wang hantaran tu membebankan pihak lelaki,
kalau yang tak kisah dan yang mampu tu ok lagi,
tapi yang baru masuk kerja?yang tak mampu? kasihan...
Kahwin itu perkara sunnah,
Tapi bila campur adat-adat ni, ia jadi susah..
sampaikan ramai lelaki takut nak kahwin sebab 'mahal',
jalan pintasnya bercinta..(nak kena sekeh ni..hehe)

memanglah, kata orang wang hantaran tu untuk buktikan,
betapanya pihak lelaki sudah bersedia,
dan ia melambangkan kesungguhan si lelaki untuk mendapatkan si bunga,
tidakkah mahar sudah mencukupi?

entahlah,
kerana isu besarnya hantaran dilihat sebagai sesuatu yang membebankan ,
sedangkan nikah adalah perkara sunnah , perkara mulia,
ni lah kesannya bila ada campur tangan manusia,
nak top-up sana sikit, add up sini sikit..
kasihan!

wang hantaran tu , kan lebih best,
kalau si lelaki kumpul duit ,
dan guna duit tu untuk nafkah isteri selepas nikah nanti,
daripada guna untuk wang hantaran..hehe

lagi satu,
dari sudut pandangan dan hati aku,
aku lebih memandang usaha si lelaki dan kesungguhan si lelaki
untuk mendapatkan si bunga,
adalah melalui kesungguhan beliau mencari ilmu agama yang sahih (bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk orang-orang dibawah pimpinannya),
kesungguhan beliau untuk menjaga kehormatan wanita tersebut
dengan merisiknya/meminangnya melalui ibu bapa atau orang tengah yang dipercayai,(tidak sekali-kali bersenang lenang dalam ucapan atau tindakan dengan si bunga)
kesungguhan beliau untuk ubah sikap (lebih matang, buang sikap yang buruk),
kesungguhan beliau kumpul duit (bukan semata-mata untuk hantaran, tapi buat bekal masa hadapan..belajar la siap-siap),

pendek kata...seorang yang bersunggunh-sungguh membaiki diri ke arah yang lebih baik, nanti senang la nak didik isteri dan anak-anak..mulakan dari diri sendiri dulu..bukan tunggu nikah baru nak plan..plan dari sekarang

(isu ini umum)

wallahua'lam
wassalam"
--Hana

Hana memang...Semoga saudara maraku yang baru bernikah dan akan menikah dapat melangkah ke alam pernikahan ni dengan penuh kesabaran, bijaksana, dan tanggungjawab. Tahniah buat mereka, jangan tanya giliran kami, lambat lagi rasanya.

This entry was posted on 9:46 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

7 comments

tiba2 nak nyebok gak tanye. bile nk nikah ni? hehehe....mane tau lambat....ntah2 ade yang dah terfikir2 utk melamar. hehe,semoga bahgaia dunia akhirat.=)

sure takde..
hehe..
lambat lagi kot...habis ngaji ni.
Dr Radzi? saya masih ingat kat INTEC dulu sape gerangan yang punya..selalu nampak woo..jangan taktau.Kakak tu yang handle orientasi saya.Ke dah nikah???
~semoga berbahagia~

ha??? kite kenal ke? allah! astaghfirullahal'azim.....sedih ada yang mengetahui citer kat intec. anyway, kitorg punye 'cerita' ana ade tulis kat dlm blog tajuk "aku bercakap tentang cinta". jemputla baca...=)

insyaAllah sekarang dah takde pape. but if ade rezeki, dua tahun lagi nak hantar rombongan meminang.=p

Takpe saya faham. Saya juga pernah meniti era jahiliyah, tapi tak perlulah diceritakan. Alhamdulillah, antara insan terpilih yang dikurniakan hidayahNya dengan proses kembali kepada Islam yang sebenar, banyak mengajar diri untuk tegas tapi fleksibel. Takpelah kalau tak faham. Saya doakan ye, kakak tu pun nampak ok.

salam

isk, link kan kat ym pula..
malu lah..x reti menulis,
tu cuma dari hati je,
takda sebarang rujukan..hehe..bahaya, kalau ada yang salah fakta tu..

menarik..

komen2 pun menarik! tulisan dr.radzi mantap gak..

teringin nak 'bercakap tentang cinta', tapi..haha..

to hana: sekali sekala Hana apa salahnya, bukan selalu saya iktirafkan your writting...thehehe..Us Adlan said to me, takpela kalau penulisan tak ilmiah sangat (bagi org yang tak berapa mampu), asalkan betul. I think betul dah tu apa yang U cakap.

to zulfadli: nak cakap tentang cinta kena la tanya dr radzi tips dia..
dia pandai bermain dengan emosi..tapi tak sangka pula zulfadli nak cakap ttg cinta, maklumla penulisan zulfadli pun kadang2 saya sukar nak faham, falsafah nya tinggi!!

p/s: Entah kenapa malam ni baca buku tak masuk sangat macam malam exam UTS haritu..hukhuk..

Post a Comment