Hukum Mengatakan Allah ada Di Mana-mana.  

Posted by: Farhana & Farhani Azizan in

Hukum Mengatakan Allah Ada Dimana-mana
Syaikh Abdul Aziz bin Baz


Pertanyaan.

Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Dalam sebuah siaran radio ditampilkan kisah dengan menggunakan kata-kata:"Seorang anak bertanya tentang Allah kepada ayahnya, maka si ayah menjawab: "Allah itu ada dimana-mana." Bagaimana pandangan hukum agama terhadap jawapan yang menggunakan kalimat seperti ini?

Jawapan.
Jawapan ini batil, merupakan perkataan golongan bid'ah dari aliran Jahmiyah dan Mu'tazilah serta aliran lain yang sejalan dengan mereka. Jawapan yang benar adalah yang di-ikuti oleh Ahli Sunnah wal Jama'ah, yaitu Allah itu ada di langit diatas Arsy, diatas semua mahlukNya. Akan tetapi ilmuNya ada dimana-mana (meliputi segala sesuatu).Hal ini sebagaimana disebutkan didalam beberapa ayat Al Qur'an,hadits-hadits Nabi صلی الله عليه وسلم ,ijma dari pendahulu umat ini.Sebagaimana contoh adalah firman Allah:

"Ertinya : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy [Surat Al A'raf:54]

Didalam Al Qur'an ayat ini tersebut pada 6 tempat. Yang dimaksud dengan 'bersemayam" menurut Ahli Sunnah ialah pada ketinggian atau berada diatas Arsy sesuai dengan keagungan Allah.Tidak ada yang dapat mengetahui BAGAIMANA bersemayamnya itu,seperti dikatakan oleh Imam Malik ketika beliau ditanya orang tentang hal ini.Beliau menjawab:

"Kata bersemayam itu telah kita fahami.Akan tetapi ,bagaimana caranya tidak kita ketahui.Mengimana hal ini adalah wajib,tetapi mempersoalkannya adalah bid'ah."

Yang beliau maksudkan dengan mempersoalkannya adalah bid'ah yakni mempersoalkan cara Allah bersemayam diatas Arsy. Pengertian ini beliau peroleh dari gurunya ,Syaikh Rabi'ah bin Abdurrahman yang bersumber dari riwayat Ummu Salamah radhiallahu anha .Hal ini merupakan pendapat semua Ahli Sunnah yang bersumber dari shahabat Nabi صلی الله عليه وسلم dan para tokoh Islam sesudahnya.Allah telah menerangkan pada beberapa ayat lainnya bahawa Dia dilangit dan Dia berada diatas, seperti dalam firmanNya:

"Ertinya : Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya" [Surat Faathir:10]

"Ertinya : Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" [Al Baqarah:255]

"Ertinya : Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu berguncang?, Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku" [Surat Al Mulk:16-17]

Banyak ayat-ayat Al Qur'an yang dengan jelas memuatkan penegasan bahawa Allah itu ada di langit, Dia berada di atas. Hal ini sejalan dengan apa yang dimaksud oleh ayat-ayat yang menggunakan kata-kata bersamayam. Dengan demikian dapatlah diketahui perkataan ahlu bid'ah :"Allah itu berada dimana-mana" merupakan hal yang sangat batil.Perkataan ini merupakan pernyataan firqoh yang beranggapan bahawa alam ini penjelmaan Allah,suatu aliran bid'ah lagi sesat,bahkan aliran kafir lagi sesat serta mendustakan Allah dan RasulNya Muhammad صلی الله عليه وسلم .Dikatakan demikian kerana dalam riwayat yang sah dari beliau صلی الله عليه وسلم dinyatakan bahawa Allah ada dilangit, sebagaimana sabda beliau صلی الله عليه وسلم :

Alaa ta'manuniy wa anaa amiinu man fis samaa?

"Ertinya : Tidakkah kalian mau percaya kepadaku padahal aku adalah kepercayaan dari Tuhan yang ada di langit." [Bukhari no.4351 kitabul Maghazi ;Muslim no.1064 Kitabuz Zakat]

Hal ini juga disebutkan pada hadits-hadits (tentang) Isra’ Mi'raj, dan lain-lain.

[Majallatuud Dakwah no.1288]

MENGATAKAN ALLAH ADA DI MANA-MANA
Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Pertanyaan.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Bagaimana pandangan hukum terhadap jawapan sebahagian orang:"Allah berada dimana-mana" bila ditanya :"Dimana Allah?" Apakah jawapan seperti ini sepenuhnya benar?

Jawapan.
Jawapan seperti ini sepenuhnya batil. Apabila seseorang ditanya :"Allah dimana?" hendaklah dia menjawab:"Di langit" seperti dikemukakan oleh seorang (budak) perempuan yang ditanya oleh Nabi صلی الله عليه وسلم :"Dimana Allah?" jawabnya:"Di langit."

Adapun orang yang menjawab dengan kata-kata: " Allah itu ada" maka jawapan ini sangat samar dan menyesatkan.Orang yang mengatakan bahawa Allah itu ada dimana-mana dengan pengertian dzat Allah ada dimana-mana ,adalah kafir kerana dia telah mendustakan keterangan-keterangan agama,bahawa dalil-dalil wahyu dan akal serta fitrah.Allah berada diatas segala mahluk. Dia berada diatas semua langit,bersemayam diatas Arsy.

[Majmu' Fatawaa wa Rasaail ,juz 1 halaman 132-133]


[Disalin dari kitab Al Fatawaa Asy Syar'iyyah Fil Masaail Al 'Ashriyyah min Fatawaa Ulamaa? Al Balaadil Haraami, Edisi Indonesia: Fatwa Kontenporer Ulama Besar Tanah Suci, Penyusun Khalid al Juraisy, Penerbit :Media Hidayah, Cet.1 September 2003]

sumber:
software salafidb from AFN.

This entry was posted on 5:12 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

3 comments

Sila rujuk kitab Mukhtasor ‘Ulu Li ‘Aliyyil ‘Azhim. M/s 71..akidah mengatakan Allah wujud bertempat adalah menyalahi aqidah ASWJ..

Kenyataan teks Al-Bani bersumber kitab di atas : “ Apabila kamu telah mendalami perkara tersebut, denganizin Allah kamu akan faham ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Nabai serta kenyataan para ulama Salaf yang telah dinyatakan oleh Az-Zahabi dalam kitabnya ini Mukhtasor bahawa erti dan maksud sebalik itu semua adalah makna yang thabit bagi Allah iaitu ketinggian Allah pada makhluk-makhlukNya ( bukan ketinggian tempat), istawanya Allah atas arasyNya layak bagi keagonganNya dan Allah tidak ber arah dan Allah tidak bertempat”.

berhati-hati dalam mengambil sumber..
ni disertakan hujah2 ahli sunnah terhadap golongan wahabi..

http://darulfatwa.org.au/languages/Malaysian/Ahlussunah.pdf

link dari iluvislam.com
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=736&pid=57629%20#post_57629


Penjelasan Terhadap Kata-Kata Imam Abu Hanifah

*sila rujuk nota kaki untuk 1-9

Bagi memahami persoalan ini adalah penting untuk mengetahui terlebih dahulu bahawa di dalam Al-Quran terdapat ayat yang dikategorikan sebagai ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat.

Ayat muhkamat ialah ayat yang mengandungi satu makna sahaja sementara ayat mutasyabihat ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna.

Tiada kesulitan dalam mentafsirkan ayat muhkamat kerana kejelasan maknanya contohnya firman Allah yang berbunyi:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Maksud: "Tiada menyerupai-Nya akan sesuatu". (As-Syura: 11)



Adapun bagi ayat mutasyabihat, maka dalam mentafsirkannya ulama telah memilih dua cara iaitu:

a. Takwil Ijmali (tafwidh):

Takwil ijmali lebih masyhur dalam kalangan ulama salaf dan sebahagian daripada ulama khalaf -1 . Maksud takwil ijmali ialah tafsiran yang umum dan ringkas pada sesuatu ayat yang pada zahirnya terdapat persamaan antara Allah dengan makhluk. Misalnya tentang makna istawa dalam surah Toha ayat 5 yang bermaksud: Ar-Rahman di atas arasyh istawa. Maka ulama yang memilih kaedah takwil ijmali ini akan mengatakan misalnya: istawa bi la kaif (istawa tanpa menyerupai makhluk). Dalam hal ini mereka tidak menentukan (ta'yin) makna yang khusus bagi kalimah istawa tersebut.

b. Takwil Tafsili:

Sementara kaedah takwil tafsili lebih masyhur dalam kalangan ulama khalaf dan sebahagian daripada ulama salaf. Maksud takwil tafsili ialah tafsiran yang terperinci iaitu ditentukan makna yang khusus bagi ayat yang pada zahirnya terdapat persamaan antara Allah dengan makhluk. Misalnya tentang makna istawa, maka mereka mentafsirkannya dengan makna qahara atau sebarang makna yang layak bagi Allah.

Jelasnya di sini, ulama salaf dan khalaf bersepakat tidak mengambil makna ayat mutasyabihat secara zahir.

Adapun dakwaan setengah pihak bahawa kata-kata sebahagian ulama salaf yang berbunyi: istawa bi la kaif maknanya ialah "Allah duduk tanpa kita mempersoalkan bagaimana Allah duduk" adalah satu kejahilan dan penyelewengan terhadap kata-kata ulama salaf tersebut.

Jika mereka terjemahkan kalimah istawa dengan makna duduk, itu bererti mereka telah melakukan takwil tafsili -2 iaitu dengan menentukan makna yang khusus bagi kalimah tersebut. Cuma takwilan mereka itu adalah takwilan yang salah kerana maha suci Allah daripada bersifat duduk yang mana ia merupakan sifat manusia, jin dan juga haiwan.

Adapun takwilan sebahagian ulama ahlus sunnah bahawa makna istawa ialah qahara, maka ia adalah takwilan yang layak bagi Allah kerana Allah sendiri telah menyifatkan zat-Nya dengan sifat tersebut seperti dalam firmannya yang berbunyi:

هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Makna: "Dialah Allah Yang Esa dan yang Maha Berkuasa (Al-Qahhar)". (Az-Zumar: 4)


Oleh itu sebahagian kaum muslimin menamakan anak-anak mereka dengan nama Abdul Qahhar (Hamba Allah Yang Maha Berkuasa) dan tiada yang menamakan anak mereka dengan nama Abdul Jalis (Hamba Allah Yang Duduk).

Contoh lain yang menunjukkan ulama salaf memilih kaedah takwil ijmali ialah kata-kata Imam Abu Hanifah di dalam kitabnya yang berjudul Al-Fiqh Al-Akbar yang berbunyi:

وله يد ووجه ونفس كما ذكره الله تعالى في القرآن، فما ذكره الله تعالى في القرآن من ذكر الوجه واليد والنفس فهو له صفات بلا كيف ولا يقال: إن يده قدرته أو نعمته، لأن فيه إبطال الصفة. وهو قول أهل القدر والاعتزال

Maksud: Dan bagi-Nya yadun dan wajhun dan nafsun sepertimana Allah menyatakannya dalam Al-Quran. Maka apa yang Allah Taala nyatakan dalam Al-Quran berkenaan al-wajh, al-yad dan an-nafs, maka ia adalah sifat-sifat bagi-Nya tanpa kaif dan tidak dikata: sesungguhnya yaduhu itu adalah kudrat-Nya atau nikmat-Nya, kerana itu membatalkan sifat Allah. Dan ia juga adalah kata-kata golongan Qadariah dan Muktazilah ". -3

Daripada nukilan di atas, Imam Abu Hanifah –semoga Allah meredainya- tidak menentukan makna yang khusus bagi kalimah al-wajh, al-yad dan an-nafs sebaliknya beliau sekadar mengatakan: fa huwa lahu sifaatun bi la kaif (maka ia adalah sifat-sifat bagi-Nya tanpa kaif).

Setengah pihak -khususnya golongan yang menolak dan mencela kaedah takwil- tidak memahami kata-kata Imam Abu Hanifah dengan betul maka mereka menterjemahkan kata-kata beliau dengan makna: "Dan bagi-Nya tangan (yadun), muka (wajhun) dan diri (nafsun) sepertimana Allah menyatakannya dalam Al-Quran".

Tidakkah dengan mereka mentafsirkan yadun dengan makna tangan, wajhun dengan erti muka dan nafsun dengan erti diri itu bererti mereka telah menentukan makna yang khusus bagi kalimah tersebut? Tidakkah ini melakukan takwil tafsili namanya?!

Maka sebenarnya kata-kata Imam Abu Hanifah tersebut bukan hujah bagi mereka untuk mengatakan bahawa golongan salaf beriktikad Allah mempunyai tangan, muka, duduk di atas arasyh dan sebagainya kerana sesungguhnya golongan salaf tidak bermaksud sedemikian dan maha suci Allah daripada sifat-sifat tersebut.

Antara bukti lain yang menunjukkan bahawa Imam Abu Hanifah tidak maksudkan dengan kalimah wajhun, yadun dan nafsun itu dengan anggota tubuh (al-jarihah) ialah apa yang disebut oleh Imam Abu Jaafar At-Thohawi dalam kitab akidahnya yang masyhur iaitu Al-Aqidah At-Thohawiyah yang berbunyi:

تعالى الله عن الحدود والغايات والأركان ولأعضاء والأدوات لا تحويه الجهات الستّ كسائر المبتدعات

Maksud: Maha suci Allah daripada mempunyai ukuran (hudud), berpenghujung (ghayat), bersisi (arkan), beranggota besar -4 ( aa'dho' ) dan beranggota kecil -5 (adawath). Tiada meliputi-Nya arah yang enam -6 seperti sekelian makhluk".

Apa yang ditulis oleh Imam Abu Jaafar At-Thohawi ini adalah merupakan akidah Imam Abu Hanifah dan dua orang anak muridnya iaitu Al-Qadi Abu Yusuf dan Muhammad bin Al-Hasan As-Syaibani -7 kerana pada awal bicaranya Imam Abu Jaafar At-Thohawi menyatakan:

هذا ذكر بيان عقيدة أهل السنة والجماعة على مذهب فقهاء الملّة: أبي حنيفة النعمان بن ثابت الكوفي، وأبي يوسف يعقوب بن ابراهيم الأنصاري، وأبي عبد الله محمّد بن الحسن الشيباني

Maksud: "Ini adalah satu penerangan tentang akidah ahlus sunnah wal jamaah atas jalan ulama Islam iaitu Abu Hanifah Nukman bin Tsabit Al-Kufi, dan Abu Yusuf Yaakub bin Ibrahim Al-Ansari dan Abu Abdillah Muhammad bin Al-Hasan As-Syaibani".-8

Maka jelaslah apa yang dikehendaki oleh Imam Abu Hanifah daripada kata-kata beliau: "Dan bagi-Nya yadun dan wajhun dan nafsun sepertimana Allah menyatakannya dalam Al-Quran", bukanlah bererti Imam Abu Hanifah menetapkan bagi Allah tangan, muka dan diri kerana kesemua itu adalah sifat makhluk yang tidak layak bagi Allah.

Adapun kata-kata Imam Abu Hanifah yang berbunyi: "dan tidak dikata: sesungguhnya yaduhu itu adalah kudrat-Nya atau nikmat-Nya, kerana itu membatalkan sifat Allah. Dan ia juga adalah kata-kata golongan Qadariah dan Muktazilah", maka ini tidak bererti takwil adalah dilarang sama sekali kerana sesungguhnya telah dinukil daripada sebahagian ulama salaf bahawa mereka turut melakukan takwil contohnya takwilan Ibnu Abbas terhadap firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 47 yang berbunyi:

وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْد


Maksud: "Dan langit itu kami bina dengan aydin". (Az-Zariyat:47)


Kalimah aydin dalam ayat di atas telah ditakwil oleh Ibnu Abbas dengan makna 'kekuatan' seperti yang telah dinyatakan oleh Ibnu Jarir At-Tabari dalam tafsirnya.-9 .

Kalimah aydin ialah kata jamak (plural) bagi kalimah yadun. Ini menunjukkan kepada kita bahawa takwil tidaklah dilarang secara mutlak.

Adapun pendirian Imam Abu Hanifah yang menolak untuk melakukan takwil tafsili terhadap kalimah yadun, wajhun dan nafsun maka ia berkemungkinan atas dua sebab:

a. Beliau seorang ulama yang hidup dalam kurun salaf yang mana pada masa tersebut kaedah takwil ijmali lebih masyhur di sisi ulama ahlus sunnah. Oleh itu kaedah ini lebih dekat dengan imej golongan ahlus sunnah pada zaman tersebut.
b. Golongan yang kerap melakukan takwil tafsili pada masa tersebut ialah golongan Qadariyah dan Muktazilah. Bagi membezakan golongan ahlus sunnah dengan golongan tersebut, maka berlakulah penolakan terhadap takwilan secara tafsili.

Namun apabila bilangan umat Islam semakin bertambah dengan kemasukan bangsa-bangsa yang bukan Arab ke dalam agama Islam, maka sebahagian ulama telah memilih kaedah takwil tafsili ketika mentafsirkan makna ayat-ayat mutasyabihat supaya ia lebih mudah difahami oleh bangsa bukan Arab dan juga demi menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam akidah tasybih dan tajsim.

Oleh kerana itulah, kaedah takwil tafsili lebih masyhur di sisi ulama khalaf dibandingkan dengan zaman ulama salaf.

Dalam konteks Malaysia, sudah pasti kaedah takwil tafsili lebih dekat dan praktikal dengan keadaan umat Islam di Malaysia yang majoritinya tidak memahami bahasa Arab. Seandainya kaedah takwil ijmali digunakan ke atas orang awam yang tidak mengerti bahasa Arab, maka apakah yang perlu dinyatakan kepada mereka jika mereka bertanya kepada para ulama tentang makna istawa dalam ayat 5 surah Toha?. Adakah memadai dikatakan kepada mereka: Istawa yang layak bagi Allah! (tanpa menjelaskan maknanya), sudah tentulah mereka akan kebingungan.

Semoga Allah meredai ulama-ulama ahlus sunnah daripada golongan salaf dan khalaf yang telah berusaha gigih menyelamatkan akidah kaum muslimin daripada iktikad tasybih dan tajsim!

WALLAHUA'LAM
________________________________________________________________________

1-Ini kerana tidak kesemua ulama salaf memilih kaedah takwil ijmali bahkan ada di antara mereka yang memilih kaedah takwil tafsili. Barangsiapa meneliti Tafsir At-Tabari dan kitab Al-Asma was Sifat bagi Imam Al-Baihaqi, nescaya mereka akan mendapati bahawa sebahagian ulama salaf seperti Ibnu Abbas turut melakukan takwil tafsili seperti yang dilakukan oleh kebanyakan ulama khalaf.

2-Golongan yang mengambil makna ayat mutasyabihat secara zahir mencela dan mengeji ulama yang memilih kaedah takwil dengan dakwaan mereka bahawa takwil adalah ta'thil (iaitu menafikan sifat Allah). Tidakkah mereka sendiri sebenarnya melakukan takwil apabila mereka menentukan makna yang khusus bagi ayat mutasyabihat seperti istawa mereka kata maknanya duduk, yadun maknanya tangan dan yang seumpamanya?. Sesungguhnya mereka mencela diri mereka sendiri tanpa mereka sedari!

3-Al-Imam Abu Hanifah: Al-Fiqh Al-Akbar, hlm.66, Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, Lubnan, 1995, ed.1. Tahkik: Ali Muhammad Dandal

4-Anggota besar contohnya seperti tangan, kaki, kepala dan yang seumpamnya.

5-Anggota kecil contohnya seperti lidah, hidung, mata, telinga dan yang seumpamanya.

6-Arah yang enam ialah: atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang. Maha suci Allah daripada berada pada salah satu dari arah-arah tersebut kerana Allah wujud tanpa memerlukan tempat sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Farqu Bainal Firaq (hlm. 256) yang bermaksud: "Golongan ahlus sunnah berijmak bahawa Allah tidak diliputi oleh tempat".

7-Tapi ini tidak bermakna Akidah Thohawiyah ini hanya merupakan akidah tiga ulama tersebut sahaja, sebaliknya ia adalah akidah golongan ahlus sunnah umumnya.

8-Imam Abu Jaafar At-Thohawi: Silsilah Al-Mutun (Al-Akidah Al-Thohawiyah), hlm. 19, Dar Al-Masyari', Lubnan, ed.1, 2004.

9-Ibnu Jarir At-Tobari: Jami' Al-Bayan, j: 13, hlm.7, Dar Al-Fikr, Lubnan, 1988

Post a Comment